mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 19, 2019

MAKANAN BUAH DAN SAYUR SELAMAT

BUAH-BUAHAN dan SAYURAN yang dimakan setiap hari perlulah dijamin selamat dan berkualiti. Ini kerana kandungan sisa racun makhluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna kerana ia menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Dalam pada itu juga kini tanggapan ini kurang tepat kerana bahan pencemaran dan aditif makanan pada paras yang rendah hanya boleh mendatangkan risiko bahaya tetapi tidak terus memberi kesan kepada tubuh manusia. Jika residu racun ini terkumpul pada paras yang tinggi dalam tubuh maka ia mungkin boleh mendatangkan bahaya untuk kesan jangka masa panjang. Penulis blog yang berpengalaman selama 37 tahun dalam sektor pertanian mendapati kita boleh mengelak didalam pengumpulan residu bahan pencemaran dengan mengikuti panduan tertera seperti antaranya sengan mempelbagaikan  jenis makanan serta mengelak mendapatkan sesuatu jenis makanan dari satu punca iaitu pembekal atau tempat yang sama. Biasanya makanan dari satu punca menggunakan kaedah pengeluaran serupa dari aspek aalan agronominya.  Begitu juga penggunaan racun perosak yang sama atau pencemaran alam sekitar yang sama. Sebaiknya petani dan pengusaha ladang perlu menukar bahan kimia yang digunakan untuk kualiti hasil tanaman dan dipihak pengguna pula sentiasa mereka menukar punca makanan. Amalan ini akan dapat mengurangkan risiko pengumpulan bahan toksik. Artikel malam Ahad ini dalam blog ''Anim Agro Tchnology'' saya kongsi maklumat dengan semua pembaca mengenai keoentingan pemilihan makanan dan makanan berasaskan organik yang selamat dimakan dan berkhasiat.

Amalan terbaik kepada pengguna dan peminat buah-buahan dan sayur-sayuran adalah dengan mereka itu menanam  sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan. Aktiviti menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah bagi dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak jika mengikut amalan pertanian yang baik. Adalah digalakkan agar anda memilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada kesan ulat atau serangga. Buah yang mempunyai kesan ulat atau serangga menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan itu kurang atau tiada sisa racun perosak.  Memang ada pelbagai jenis racun atau kimia lain boleh menyebabkan makhluk perosak lali. Cara membasuh dengan bersih sayur-sayuran dan buah-buahan adalah didakwa akan mengurangkan residu racun perosak sehingga 20 peratus. Racun makhluk perosak tidak dapat dihilangkan 100 peratus kerana bagi produk buah-buah mempunyai lapisan minyak di permukaannya yang mengikat racun perosak. Sebaiknya pengguna boleh mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan hidroponik yang mudah dilakukan sendiri dirumah atau dikawasan tanah lapang (Sila lihat foto disebelah). Kaedah penanaman hidroponik di kawasan yang ditutupi jaring menghalang serangan racun perosak. Untuk lebih pasti lagi, dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai label. Apabila anda mendapatkan bekalan dari pertanian organik akan mudah dan selamat. Kini kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dan racun perosak. Ia menggunakan baja organik. Hasil pertanian organik lebih mahal tetapi lebih selamat untuk dimakan. Di samping memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas daripada racun perosak, pengguna perlu tanaman itu selamat dimakan, bersih dan mempunyai kandungan zat makanan.


Keinginan seorang teman yang beberapa kali mencadangkan kami mencuba hidangan organik akhirnya dipenuhi. Semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Rasanya walau pada peringkat awalnya agak unik akan tetapi kini ia mampu memberi pengalaman baru bagi ramai penduduk dikawasan bandar. Kini mereka lebih selesa menikmati nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dan beraneka jenis sambal dan ulaman dari hasil tanaman sendiri. Bagaimana pun untuk lebih sihat maka sdslsh digalakkan supaya lebih ramai mula beralih kepada sayur-sayuran organik walaupun harganya lebih mahal. Tentang ada persoalan bagaimanakah kita mahu memastikan produk yang dibeli itu benar-benar organik dan bebas bahan kimia ianya adalah mudah dijawab. Ada bertanya lagi benarkah produk organik contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan itu lebih menyihatkan berbanding dengan yang guna bahan kimia?. Penuis blog juga ada ditanya apa bezanya hasil organik dengan hasil yang dilabel dengan perkataan ‘semula jadi’ atau alami?. Kini baru dapat analisa dimana rupanya masih ramai orang awam yang tidak tahu akan perkara ini. Jika ada piawaian atau persijilan khusus yang menjamin keselamatan makanan maka ia boleh menarik perhatian awam seterusnya akan melariskan jualan.


Penulis blog semasa bertugas Pengarah Pertanian di Negeri Pahang ada beberpa kali melawat projek organik dis ekitar Daerah Bentong, Raub dan Temerloh (Sila lihat foto di sebelah). Penulis blog dapati dimana ada yang dakwa produk organik adalah hasil daripada perladangan terkawal yang 100 peratus tidak menggunakan racun serangga dan baja buatan manusia berasaskan bahan kimia serta tiada unsur pengubahsuaian genetik (GMO). Produk semula jadi pula merujuk kepada hasil pertanian yang diproses secara minimum, tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa dan pengawet sintetik. Produk pertanian GMO juga boleh dikategorikan sebagai hasil semula jadi manakala hasil pertanian menyihatkan pula sangat luas maknanya, iaitu produk yang boleh dimasukkan dalam amalan diet sihat. Ada empat kategori produk yang boleh dimasukkan di dalam hasil pertanian menyihatkan iaitu produk organik, semula jadi, vegan dan makanan tambahan (suplemen). Di negara kita kini telah ada ada garis panduan untuk produk organik yang boleh digunakan oleh pengeluar dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dengan Sijil MyOrganik. Pengusaha kabun organik boleh menghubungi pegawai di Jabatan Pertanian jika ingin mendapatkan persijilan ladang MyOrganik.


Bagaimana pengguna di Malaysia yang hendak memastikan satu-satu produk itu benar-benar organik diterangkan dalam artikel ini. Kaedah atau cara paling mudah adalah membaca terus label MyOrganic (Sila lihat foto disebelah) pada prodk dijual. Memang ada banyak pihak yang mendakwa mengeluarkan hasil organik tetapi ia tidak semestinya 100 peratus organik. Jika semua aktiviti pengurusan dalam menghasilkan produk organik (iaitu daripada peringkat penanaman, pengeluaran, pengangkutan dan penjualan) sudah cukup 70 peratus ikut SOP persijilan organik bagaimana pun di USA atau dibawah standard USDA ia sudah boleh dikategorikan sebagai ‘organik’. Ia ada sedikit berlainan dengan SOP yang memang ada dijalankan di Malaysia yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Memang menjadi sebab yang penting untuk membaca label untuk memastikan produk mencapai tahap seperti yang didakwa supaya wang yang dilaburkan berbaloi. Ini kerana produk organik biasanya 30 peratus lebih mahal berbanding produk biasa. Produk organik yang ada di negara kita kebanyakannya diimport dari luar negara dan sebahagian kecil dihasilkan oleh pekebun tempatan sekitar Pahang Barat, Johor Bahru, Lembah Kelang dan Ipoh. Bukan tidak ada pertanian organik di negara kita akan tetapi saiznya masih terlalu kecil kerana kos mengusahakannya adalah lebih tinggi dengan pulangan dan permintaan masih rendah.


Apabila pengguna kepasaraya menjadi perkara asas semasa anda mahu membeli pproduk organik perlu kena lihat label. Pastikan beberapa perkara asas bagi produk organik imoport seperti ianya Ada Logo USDA, logo ‘Non-GMO’ dan juga bahannya 100 peratus organik (Sila lihat foto disebelah). Selain itu ia mestilah tidak mengandungi bahan yang bermula dengan huruf E. Huruf E ini menandakan adanya bahan kimia. Memang pada label ada banyak bahan yang kita tidak tahu kerana menggunakan huruf dan nombor tertentu. Malah yang tersenarai pun, banyak yang tidak difahami kerana ia meletakkan nama sebatian kimia. Jadi untuk memudahkan sila lihat senarai bahan dan pastikan tiada bahan yang ditulis menggunakan huruf E dan diikuti dengan nombor tertentu. Bukan sahaja tumbuh-tumbuhan kini produk organik turut merangkumi haiwan. Bagi produk daripada haiwan lazimnya ia tidak diberi makanan yang ada bahan pengawet. Ia juga tidak diberikan hormon tumbesaran dan antibiotik. Sisa bukan antibiotik mengambil masa iaitu sekurang-kurangnya tujuh hari untuk disingkirkan daripada badan haiwan. Dalam tempoh seminggu sebelum ianya boleh disembelih maka haiwan ternakan tidak boleh diberikan makanan yang mengandungi bahan kimia. Kini ada kesedaran mengenai produk organik iaitu dalam kalangan masyarakat kita masih rendah. Ramai yang sudah tahu tetapi belum faham sepenuhnya. Kini permintaan terhadap produk organik memang ada yang menunjukkan masyarakat mula sedar ia adalah pilihan yang lebih baik demi kesihatan.


Bagaimana pun banyak mempersoalkan akan apakah hebatnya dari segi khasiat produk organik ini. Penulis blog pun lama terfikir benda sama kerana ia tidak berbeza dengan hasil yang diusahakan secara biasa baik menggunakan kaedah moden atau konvensional. Mungkisn asas perbezaan adalah cuma produk organik bebas daripada sebarang bahan kimia. Ada kalangan pengguna mendakwa rasa produk organik lebih sedap bagaimanapun soal rasa ini agak subjektif kerana ia bergantung kepada cita rasa setiap orang. Namun apa yang pasti dimana jika satu-satu produk itu mengandungi sisa kimia ianya akan memberikan ‘tinggalan rasa’ dalam mulut seperti rasa pahit atau kelat selepas kita menikmatinya. Pandangan umum mungkin akan bersetuju dengan dakwaan dimana makanan organik sebolehnya lebih menyihatkan. Anggapan ini kurang tepat kerana semuanya bergantung kepada corak atau tabiat pemakanan seseorang. Bukan semua produk organik atau semula jadi itu boleh menyihatkan. Contohnya garam bukit organik atau gula perang organik yang mana seseorang pengguna jika diambil berlebihan tetap akan memberi kemudaratan kepada kesihatan. Pada penulis blog didunia ini tiada makanan yang boleh dikategorikan sebagai ‘baik’ atau ‘tidak baik’. Apa yang ada hanyalah tabiat pemakanan yang baik atau buruk. Jadi, semuanya kembali kepada kesedaran kita sendiri untuk mengamalkan gaya pemakanan yang memberi manfaat kepada kesihatan. bagaimana pun disyorkan mengambil produk organik yang bebas bahan kimia terutama racun serangga dan bahan pengawet yang digunakan untuk memastikan hasil tanaman bertahan lebih lama di pasaran.


Pasaran produk organik di Malaysia masih lagi terhad dan sedikit penggunaknya. Dalam penulis blog meninjau beberapa ladang yang berstatus Ladang Organik di Bentong, Pahang mereka dakwa pasaran produk organik tidak menentu. beberapa pengusaha telah 'gulung tikar' setelah beberapa tahun beroperasi kerana masaalah garha, bekalan dan permnintaan yang tidak menentu. Bagaimanapun ada dilaporkan jika keadaan kewangan agak terhad maka para pengguna boleh saja membeli hasil yang buah dan sayuran oleh petani yang amalkan kaedah pertanian biasa. Cara memakan produk ini kena pastikan produk segar dicuci bersih sebelum dimasak. Cuci buah-buahan dan kupas kulitnya sebelum dimakan. Walaupun ada yang mendakwa cara ini akan menghilangkan zat yang ada pada kulit buah-buahan akan tetapi kehilangan ini adalah minimum. Kini sudah sampai masa untuk kita menjadi pengguna yang bijak dan berilmu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan membaca label pada bungkusan produk. Memang sukar untuk kita memahami barisan nama bahan tercatat, tetapi carilah produk yang tiada bahan dengan awalan huruf E (diikuti dengan nombor tertentu). Kalau boleh, cari juga produk yang ditulis ‘clean-labour’ yang bermaksud ia menggunakan bahan awet semula jadi seperti rempah dan herba. Kini bagi  menambah pengetahuan semua boleh google mengenai perkara ini. Kini apabila bertambahnya pengguna yang memahami manfaat produk semula jadi dan sihat maka ia secara tidak langsung meningkatkan jumlah pengguna makanan asli dan organik secara ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kemoen kesedaran  (awareness program) dilakukan kerajaan dalam memberi pengetahuan keselamatan makanan dan penggunaan produk organik di Malaysia sepanjang tahun. Semuga semua pembaca mendapat info terbaik dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKAN SAYUR... BUAH PUN SAMA...
PRODUK ORGANIK..ADA SIJILNYA...
PILIH YANG MANA.. TANYA SELERA...
BACA ARTIKEL... FAHAMLAH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...