Support My Blog

Friday, August 23, 2019

'HIDDEN HERO' PERTANIAN - LADYBIRD

LADYBIRD adalah serangga yang digelar sebagai ''Hidden Hero'' dalam bidang pertanian yang mana mungkin ramai dikalangan pembaca blog kurang mengetahuinya, Serangga ini juga dipanggil sebagai 'Kumbang Kura-kura' berdasarkan kepada bentuknya semacam badan kura-kura cuma saiznya kecil dan warnanya ada pelbagai sehingga ada yang sangat menarik. Kumbang Ladybird (Coccinella spp) merupakan sejenis serangga dari kumpulan Kumbang iaitu dari keluarga Concinellidae yang terdapat diseluruh dunia dan sangat popular kerana warnanya yang terang berbintik-bintik hitam. Peranannya didalam sektor pertanian kerana serangga ini memakan segala serangga kecil lain yang merosakkan tanaman seperti aphids, kuu daun, lalat putih dan larva serangga yang berada pada tanaman. Kehadiran serangga ini sebagai pemangsa berfaedah (benefecial predators) yang mana ia membantu mengawal perosak secara semulajadi. Ini yang dinamakan sebagai 'hidden hero' kepada petani dan elakkan daripada serangga ladybird ini dibunuh dengan racun atau pelbagai cara menghapuskannya. Tarikan warna merah, oren, kuning dengan bintik hitam yang terang dan bentuknya yang cantik menyebabkan serangga ini digunakan dalam dunia Fesyen Pakaian atau Barang permainan terutama bagi golongan kanak-kanak. Di Malaysia jenama 'LadyBird' banyak digunakan dalam industri Pakaian Kanak-kanak, Restoran, Mainan Kanak-kanak dan pelbagai produk. Kumbang Ladybird ini mudah didapati dikawasan keliling rumah kita dimana ada tanaman seperti pokok buah-buahan, rumpai dan juga dalam kawasan semak belukar. Nama lain bagi kumbang ini seperti Kumbang Kura-kura, Lady Fly, Lady Beetle, Lady Bug dan juga Lady Cock. Artikel malam Isnin ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai serangga dikenali sebagai Ladybird dan gelaran sebagai ''hidden hero'' kepada petani kerana ia membantu mengawal musuh tanaman secara biologi untuk bahan rujukkan semua pembaca blog ini.


Dalam pada itu penulis blog percaya mereka yang tinggal diluar bandar atau membesar dikampong kenak dengan pelbagai jenis kumbang dahulu. Apa pun mungkin yang terjumpa kumbang yang berbentuk badan kilat bulat dan kecil berterbangan dipokok tertentu dimana di belakangnya terdapat tanda hitam. Dalam mata yang diambil serangga. Kini ada bertanya kepada saya bagaimanakah nama serangga itu berasal sebagai kumbang kura-kura atau ladybird. Saiz kumbang adalah 4 hingga 10 mm dengan bentuk badannya bulat, cembung di bahagian atas. Jika diteliti maka dilihat terdapat kepala, pronotum, dada, enam kaki, perut, sayap dan elytra. Di kepala terdapat mata besar dan antena yang fleksibel yang membolehkan serangga merasakan segalanya (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya kumbang ladybird ini mempunyai warna terang yang berfungsi sebagai sejenis perlindungan dari musuh. Warnanya boleh berwarna kuning, merah, hitam atau biru. Apa pun yang menjadi ikonik adalah bila terdapat bintik hitam, merah, kuning atau putih dengan jelas. Kadang-kadang kumbang ini akan bergabung dan membentuk corak yang lebih unik. Bilangan mata kumbang ladybird yang ada pada punggungnya bergantung kepada jenis serangga akan tetapi tidak menunjukkan umur kumbang tersebut. Selalunya corak pada pronotum dapat mengenali lantai kumbang. Dalam pada itu lazimnya keluarga mereka mempunyai lebih dari 4,000 spesies yang bersatu dalam 7 subfamili dan 360 genera. 


Dalam sejarah ada dakwaan dimana pada zaman purba serangga ladybird ini pernah dianggap sebagai utusan dewa matahari. Ini kerana dengan bantuan kumbang ladybird bewarna merah, mereka juga cuba meramalkan keadaan cuaca. Sekiranya kumbang itu meninggalkan tanaman seperti tanaman kelapa sawit maka pekebun akan terus meramalkan hari yang cerah. Sekiranya kumbang ini tidak bergerak atau terbang maka ia menjanjikan cuaca akan hujan atau bahasa biasa iaitu cuaca buruk. Kebanyakan negara didunia mereka melarang memusnahkan serangga ladybird agar ia membantu petani mengawal serangan serangga perosak lain. Ladybird sejak lama memang digunakan sebagai jenama banyak produk dan juga dalam perkhidmatan. Ia digunakan untuk pakaian dan perhiasan dimana imej tersebut memainkan peranan talisman dan melindungi pemiliknya dari kegagalan. Dikawasan negara beriklim tropika dilaporkan tidak dibenarkan untuk dibunuh kerana ia memberikan bantuan yang tidak ternilai untuk pertanian dalam mengawal perosak merbahaya. Serangga ladybird ini akan makan aphids dimana uniknya kumbang ini terpaksa untuk membuat pergerakan zigzag. Ini adalah kerana aphid dalam jumlah yang banyak dan penuh sesak agak sukar untuk dimangsakan.


Ladybird mempunyai warna cerah merah dan kuning yang mana dipercayai ini melindungi diri serangga tersebut. Lazimnya jika ada burung tidak berisiko menyerang mereka apabila serangga ini megeluarkan sejenis cecair yang pahit yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan dimana burung tidak suka akan bau ini. Kitaran Hidup serangga Ladybird berbeza antara negara tropika dengan negara yang mempunyai 4 musim. Di Malaysia serangga ini aktif membiak dan bergerak sepanjang tahun tetapi di negara 4 musim pula ianya selalunya tidak aktif dimusim sejuk selama beberapa bulan cuma aktif dimusim panas. Ladybird mempunyai kitaran hidup yang lengkap iaitu beberapa peringkat Telur, Larva, Kepompong (Pupa) dan Dewasa. Kumbang ini akan mengawan dengan memilih kawasan yang banyak sumber makanan dan kemudian akan bertelur dibawah permukaan daun. Telur yang kecil berbentuk lonjong ini berwarna kuning atau oren ini akan menetas dalam masa 3-7 hari bergantung kepada keadaan cuaca (Kalau panas dan suhu tinggi akan lebih cepat berbanding musim hujan). Peringkat Larva adalah dalam masa 10-21 hari dimana larva Ladybird adalah bertubuh panjang, berbulu dan mempunyai 6 kaki untuk bergerak. Masa ini larva akan makan aphid dan koya yang ada disekitarnya.


Ladybird merupakan serangga yang terang dan ini merupakan petanda ianya jenis serangga yang tidak enak untuk dimakan(Dibahagian sayap elytron). Antara sistem pertahananya adalah dengan mengeluarkan cairan berwarna kuning yang berbau busuk (alkoloid) dari bahagian kaki dan ini menyebabkan musuh tidak akan mendekatinya. Satu lagi ciri istimewa kumbang ladybird adalah sifat 'Mematikan Diri' dengan tidak bergerak apabila disentuh oleh musuh. Lazimya pemangsa tidak akan makan atau minat dengan serangga yang telah mati untuk dimakan (Sporting juga spesis serangga - tak makan yang mati). Serangga yang suka dan tetap makan ladybird adalah jenis Labah-labah, Jenis Burung dan juga jenis Kumbang Besar. Tebuan menupakan serangga yang akan bertelur dengan menyuntik telurnya kedalam badan Ladybird (semua peringkat)dan apabila telur tebuan menetas maka akan membunuh serangga ladybird ini. Memang jahat jenis tebuan ini (Dinocampus spp) yang juga menyerang Lebah Madu (Baca artikel saya Tebuan - Sila Klik disini). Kumbang Ladybird ini merupakan sejenis kumbang yang tidak membahayakan kepada manusia malahan ianya adalah seranggaPEMANGSA (Predetors) kepada serangga perosak tanaman lain yang merosakan tanaman kita seperti Aphids, Koya (Mealybug), Whitefly serta beberapa jenis serangga kecil lain. Pemerhatian di Ladang TKPM dengan tanaman Betik yang saya lihat mendapati Kumbang Ladybird memakan mangsanya seperti Aphid dengan menghisap cairan dalam tubuh mangsanya dan akibatnya mangsa akan mati. Rujukan menunjukkan kemampuan seekor Larva Ladybird mampu makan sebanyak 20-25 ekor aphid dalam satu hari. Seekor Ladybird Dewasa pula mampu makan kutu daun ini lebih daripada 50 ekor sehari. Jika populasi ladybird dalam ladang ini banyak dimakan, secara tidak langsung ianya merupakan kaedah kawalan biologi terbaik yang sedia ada diladang kita. Selain itu ada laporan yang menyatakan ladybird mekan sejenis kulat Kulapok Berdebu (Mildew) dari jenis iaitu Psyllobora vigintiduopunctata di dalam kebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa pembaca anim agro technology bagaimana serangga ladybird sebagai ''hidden Hero'' dalam sektor pertanian. Wasallam!!...
SERANGGA LADYBIRD... IA PEMANGSA...
MEMAKAN SERANGGA... ELAK ROSAKNYA...
WARNA MENARIK.. ELAK MUSNAHKANNYA...
MEMBANTU PETANI...IA PERLU DICERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Putrajaya, Malaysia.
(19 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...