mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 12, 2019

PERSIJILAN HALAL - APA DIA?

Penguatkuasaan berhubung dengan ungkapan "HALAL" dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 (selepas ini disebut "perundangan subsidiarinya"). Logo Halal (Foto diatas) adalah satu tanda yang menunjukan bahawa produk yang dipamerkan untuk jualan memang benar-benar halal. Akta ini dan perundangan subsidiarinya memberi perlindungan kepada peniaga dan pengguna dari amalan perdagangan yang tidak sihat. Ungkapan "Halal" adalah merupakan salah satu perihal dagangan bagi maksud Akta ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" dengan mengambil maklumat daripada lamanweb KPDNKK mengenai soalan-soalan yang lazim ditanya (FAQ) mengenai penguatkuasaan Halal di Melaysia yang memang berhubung kait terutamanya dengan produk-produk pertanian. Produk pertanian ditakrif halal dengan pengeluaran yang betul dan mengikuti syarak penting untuk pengguna-pengguna dinegara kita dan diseluruh dunia


A. Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Penggunaan perihal "Halal" atau dengan apa-apa ungkapan lain oleh peniaga tidak diwajibkan di bawah undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 telah memperuntukkan bahawa apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu: (a) bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; (b) tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak; (c) tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak; (d) tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak; (e) tidak beracun atau memudaratkan kesihatan; (f) tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak; dan (g) tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi perenggan (a) dan (b). 

Apabila perkhidmatan berhubung dengan makanan atau barang-barang, termasuk pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah, penyajian dan peruncitan makanan atau barang-barang tersebut diperihalkan sebagai halal, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan itu dijalankan mengikut Hukum Syarak. Mana-mana orang yang menyalahi Perintah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 1 juta atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu. Manakala penalti untuk syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM 5 juta.


B. Perintah Perihal Dagangan 
(Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal 2011) hanya memperuntukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri (MAIN) masing-masing dilantik menjadi pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Di bawah Perintah ini, semua makanan, barang-barang atau perhidmatan tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan jika (a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa (JAKIM/MAIN); dan (b) ditandakan dengan logo yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa (JAKIM/MAIN) sepertimana berikut: Mana-mana orang yang menyalahi Perintah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu. Manakala penalti untuk pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.00. KPDNKK dengan kerjasama JAKIM/MAIN secara konsisten menjalankan pemeriksaan bagi menentukan kesahihan perbahasaan "Halal" yang digunakan itu. KPDNKK menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan perihal "halal" palsu atau mengelirukan supaya tindakan dapat diambil. Artikel ini dipetik daripada : http://www.kpdnkk.gov.my /pengguna/penguatkuasaan/tanda-halal


JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu. Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata dimana terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun. “Berdasarkan rekod tiga tahun terakhir ini dilaporkan permohonan sijil halal telah melebihi 10 peratus tersebut. Jakim melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dalam kalangan pemain industri kerana kita maklum bahawa ada pihak beranggapan memohon sijil halal dengan Jakim ini susah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2019. GHaS 2019 adalah merupakan platform terbesar bagi pemain industri halal dunia berkongsi pengetahuan melalui sesi perbincangan selain peluang meningkatkan komuniti halal demi faedah ummah secara global. Sirajuddin berkata mulai 2016, Jakim telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memastikan tempoh pemprosesan permohonan yang lebih singkat dalam usaha membantu pemain industri segera memperoleh sijil halal bagi mempromosikan produk mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. “Kalau dahulu, kita ambil masa tiga hingga enam bulan untuk meluluskan permohonan sijil halal ini. Bagaimanapun, tahun lepas kita telah luluskan sebanyak 84.7 peratus permohonan dalam tempoh kurang daripada 30 hari. Ini merupakan satu perkembangan yang baik. “Orang ramai yang ingin membuat permohonan sijil halal boleh datang terus ke Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri tanpa menggunakan pihak ketiga atau ejen kerana caj permohonan serendah RM200 bagi syarikat tempatan manakala RM2,000 bagi syarikat multinasional untuk tempoh dua tahun,” katanya. Sirajuddin berkata, permohonan sijil halal kepada Jakim menerusi pihak ketiga atau ejen akan menyebabkan caj permohonan meningkat seterusnya tidak ramai yang ingin mendapatkan sijil halal tersebut. Beliau berkata permohonan sijil halal oleh syarikat multinasional juga memberangsangkan kerana masing-masing mempunyai sasaran pasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pemcaca anim agro technology klali ini. Wasallam!!...
TANDA HALAL.. PENTING DIBACA...
PRODUK HALAL... BAGAIMANA CARA..
SYARAT DIPATUHI... SIJIL BUKTINYA....
MENJAGA KUALITI... BERUL KAEDAHNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pertsektian,
Putrajaya
(8 Syaaban 143H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...