mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 16, 2019

TANAMAN KENTANG - TEKNOLOGI (Part 2)

TANAMAN KENTANG (Solanum tuberosum L.) memang agak kurang diketahui dikalangan petani di Malaysia akan tetapi merupakan tanaman popular di Indonesia terutama di Pulau Jawa. Kentang atau 'Potato' dalam bahasa Inggeris memang antara produk makanan pertanian yang banyak diimpor oleh Malaysia terutama daripada beberapa negara pengeluar kentang duia sama ada dalam bentuk kentang segar atau kentang siap proses. Kentang tumbuh di lebih dari 100 negara didunia dimanatanaman kentang boleh ditanam di kawasan ropika dan sub-tropika dimana faktur suhu memainkan peranan penting. Suhu menentukan kadar pertumbuhan umbisi kentang dimana pada suhu di bawah 10°C (50° F) dan di atas 30°C (86° F) ia jejaskan hasil. Suhu paling optima untuk penanaman kentang diantara 18 - 20 ° C (64-68° F). Bagaimana pun orang Malaysia antara yang banyak makan kentang kerana ia digunakan dalam banyak jenis masakkan daripada jenis masakan tradisional sehingga makanan moden dan makanan segera. Kalau kita pergi ke Restoren KFC atau McDonald atau lain-lain rangkaian restoren makanan segera menu makanan berasaskan kentang memang manjadi satu kebiasaan. Tanaman kentang tidak menjadi pilihan petan di Malaysia kecuali dibeberapa lokasi tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan beberapa lokasi tanah rendah yang lain. Difahamkan dimana sejarah tanaman kentang di negara Indonesia yang banyak menghasilkan kentang bermula semenjak abad ke 17 hingga abad ke 18 daripada benih yang didatangkan daripada kawasaniklim subtropika iaitu dari Eropah. Kawasan utama penanaman tanaman kentang di Indonesia terletak di Lembang dan Pangalengan (Jawa Barat), Magelang (Jawa Timur) dan juga di Bali. Pengeluran kentang Indonesia pada tahun 1998 mencapai 1,011,316 metrik tan dan sekarang telah bergganda jumlahnya. Dalam pada itu tanaman Kentang (Solanum tuberosum L) termasuk jenis tanaman sayuran semusim yang berumur pendek dan mempunyai perdu dan tumbuh seakan semak. Kentang termasuk tanaman semusim sebab ia hanya satu kali untuk mengeluarkan hasil kemudian pokok mati. Biasanya jangkamasa umur tanaman kentang antara 90 -180 hari. Dalam pengkelasan tumbuhan kentang diklasifikasikan sebagai dari keluarga Solanaceae. Kumpulan tanaman ini ada juga spesies-spesies lain yang merupakan spesies liar di antaranya Solanum andigenum Linn, Solanum anglgenum Linn, Solanum demissum Linn dan lain-lain lagi. Varieti kentang yang banyak ditanam di Indonesia adalah kentang isi kuning seperti Granola, Atlantis, Cipanas dan juga Segunung. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai teknologi penanaman kentang seperti yang dilakukan dinegara jirn Indonesia untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.

Kerja-kerja untuk merumput sebaiknya dilakukan 2-3 hari sebelum membaja kedua serta aktiviti penggemburan. Sebaiknya merumpai dilakukan minima dua kali selama masa penanaman. Masa mengawal rumpai sebaiknya dapat dijalankan pada fasa kritikal iaitu pada peringkat vegetatif awal dan peringkat pembentukan umbisi. Kawalan rumpai dlakukan dengan cara manual atau pun menyumbur dengan racun rumpai sesuai (Sila lihat oto disebelah).  Perlu dijalankan juga aktiviti pemangkasan bunga kentang terhadap beberapa varieti tertentu. Ia perlu dilakukan bagi mencegah terganggunya proses didalam pembentukan umbisi kerana akan berlaku perebutan nutrien makanan untuk tujuan fasa pembentukan umbisi dan fasa pembungaan. Pembajaan selain gunakan baja organik diberikan juga baja kimia seperti Urea dengan kadar 330 kg/ha, TSP dengan kadar 400 kg/ha sedangkan KCl adar 200 kg/ha. Pemberian baja kimia ini diberikan ke dalam lubang pada jarak 10 cm dari batang tanaman kentang.  Kewujudan sistem pengairan amat penting untuk tanaman kentang. Tanaman kentang adalah sangat peka dengan kewujudan air disekilingnya. Pemberian air yang cukup membantu menstabilkan kelembaban tanah sebagai agen melarutkan baja diberikan. Peberian air selang 7 hari sekali secara rutin sudah cukup untuk tanaman kentang. Pengairan dilakukan dengan cara disiram dengan menyiram, semburan atau cara lain dengan pastikan tahap kelembapan sekitar 15-20 minit).


Bagi kawalan perosak dan penyakit dilakukan dengan betul kerana antara perosak menyerang tanaman kentang adalah Ulat Ratus (Spodoptera litura) dimana di Indonesia dipanggil Ulat Grayak yang menyerang daun dengan memakan bahagian epidermis dan jaringan hingga habis daunnya. Cara kawalan dengan kaedak mekanikal iaitu cara dengan memangkas daun yang telah ada melekat telur didaun atau disembur dengan racun serangga seperti dengan Azordin, Diazinon 60 EC, Sumithion 50 EC.  Perosak tanaman kentang ke 2 adalah dikenali dengan nama Kutu Daun (Aphis sp) dimana kutu daun menghisap cairan dan akan menyebabkan infeksi tanaman sertaagen menularkan virus bagi tanaman kacng soya. Kawalan kutu daun dengan cara memotong dan membakar daun yang dierang kutu daun atau menyembur racun kimia seperti Roxion 40 EC, Dicarzol 25 SP. Perosak kentang ke 3 dikenali dengan nama Cengkerik atau nama tempatan sebagai Orong-orong (Gryllotalpa sp) yang akan menyerang umbisi dan akar, tunas muda dan tanaman muda. Akibatnya tanaman menjadi terdedah kepada serangan bakteria. Kawalan dengan cara meletakkan cmpuran tepung dibubuh racun Sevin 85 S yang dicampur dengan tahi haiwan. Perosak ke 4 adalah Ulat Pengorek Umbisi  atau nama tempatan sebagai Penggerek Umbi (Phtorimae poerculella Zael). Ia menyerang pada daun yang berwarna merah tua dan terlihat adanya jalinan seperti benang yang berwarna kelabu yang merupakan kepompong pembungkus ulat. Umbi yang terserang bila dibelah akan terlihat adanya lubang-lubang kerana sebahagian umbisi telah dimakan. Kaedah kawalan dengan gunakan bahan kimia iaitu Selecron 500 EC, Ekalux 25 EC, Orthene 5 dan juga seperti Lammnate L. Perosak kentang ke 5 adalah Kutu atau Hama Thrip (Thrips tabaci ) yang menyerang pada daun terdapat bintik berwarna putih dan ia kemudian akan berubah menjadi kelabu perak dan kemudian mengering. Serangan dimulakan dari hujung daun yang masih muda. Kaedah kawalan dengan cara mekanikal iaitu dengan cara memangkas bahagian daun yang terserang atau disembur dengan racun kimia menggunakan Basudin.


Setelah selesai melakukan amalan aagronmi tanamn kentang mulai dari penanaman sampai dengan penjagaan tanaman maaka terakhir adalah menuai. Penuaian hasil merupakan kegiatan yang ditunggu-tunggu oleh petani sebab dari apa yang telah lama di usahakan kini tinggal menuai hasilnya. Menuaai hasil kentang libatkan kegiatan pemungutan hasil ladang yang mana ia juga menandakan bahawa kegiatan ladang telah berakhir. Kegiatan tuai hasil umbisi  kentang harus diperhatikan supaya kentang yang dituai tidak terlalu muda ataupun terlalu tua. Jika kentang yang dituai terlalu muda maka pembentukan karbohidrat dalam kentang tidak optima dan ini akan mempengaruhi kualiti umbisi kentang. Sedangkan masa penuaian yang terlalu tua akan menyebabkan umbisi jadi rosak dan juga mudah diserang penyakit. Kegiatan menuai hasil ubi kentang dilakukan ketika tanaman kentang telah berumur 3 - 4 bulan selepas ditanam (Sila lihat foto disebelah). Kentang yang siap dituai ditandakan dengan keadaan daun menguning menjadi kering dan keadaan umbi yang telah matang. Sebelum dilakukan pemungutan umbi kentang sebaiknya terlebih dahulu supaya melakukan perebahan tanaman dan pemangkasan. Setelah tanaman selesai dipangkas biarkan beberapa hari dengan tujuan supaya dapat merangsang pembentukan kulit dan umbi muda. Bagi umbi kentang yang ingin dijadikan benih tanaman untuk musim berkutya sebaiknya dituai ketika tanaman berusia kurang lebih 2.5 bulan. Penuaian dilakukan dengan hati-hati dengan pastikan bahawa umbi kentang telah matang. Usahakan supaya kulit kentang tidak teluka, sebab jika kulit terluka akan mengakibatkan timbulnya bintik-bintik hitam oleh cendawan. Setelah kegiatan tuian kentang diladang selesai ia dilanjutkan dengan pengwndalian lepas tuai. Walapun sebenarnya mebuai ini merupakan bahagian awal dari kegiatan lepastuai keranaa ia adalah sebuah tindakan yang dimulakan dengan pemungutan hasil yang diproses dengan cara tertentu hingga siap untuk dipasarkan.


Piawaian Diskripsi Kentang perlu ikuti  Klasifikasi dan Standard Mutu Menurut ukuran berat. Kentang segar telah dikelaskan mengikut saiz dan berat iaitu SAIZ KECIL (50 gram kebawah), SAIZ SEDANG (51-100 gram), SAIZ BESAR (101-300 gram) dan SAIZ SANGAT BESAR (301 gram ke atas). Menurut kelas mutunya kentang segar digolongkan dalam 2 jenis mutu iaitu mengikut keseragaman warna dan bentuk dan keseragaman ukuran. Untuk mendapatkan hasil kentang yang sesuai dengan standard maka mesti dilakukan ujian yang meliputi Ujian Penentuan keseragaman ukuran kentang dimana kemudian perlu ditimbang seluruh kentang. Dalam buat ujian sample maka contoh ini diambil dari setiap bungkusan sebanyak 10 kg dari bahagian atas, tengah dan bawah. Contoh sampel tersebut dicampur merata tanpa menimbulkan kerosakan dan kemudian dibahagi menjadi empat dan dua bagian diambil secara diagonal. Pekerja yang mengambil contoh harus memenuhi syarat iaitu orang yang berpengalaman atau dilatih lebih dahulu dan mempunyai ikatan dengan pihak berkuasa. Pengeluran Kentang disajikan dalam bentuk yang utuh dan segar. Dikemaskan dengan car pembungkusan dalam keranjang atau bahan lain dengan berat bersih maksima 80 kg/bekas dan ditutup dengan anyaman buluh kemudian diikat dengan tali rotan atau tali lain. Isi kemasan tidak melebihi permukaan bakul dimana pada bakul dilabel dengan info nama barang, jenis gred mutu, nama pengeuar atau eksporter dan juga berat bersih serta lokasi penghantaran. Penghasilan kentang di Indonesia telah mencapai tahap kemajuan terbaik sehingga lebih untuk kegunaan tempatan malahan mampu mengeksportnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Sila baca Part 1 dalam blog yang sama. Wasallam!!!...
MENANAM KENTANG... DI INDONESIA...
ADA 4 VARIETI... LUAS TANAMANNYA...
TEKOLOGI DIPAPAR... ADA RUJUKNYA...
TEKNOLOGI KENTANG...BAGI PEMBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(4 Syawal 1440H)
Selamat Hari Raya!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...