Support My Blog

Tuesday, June 25, 2019

KACANG SOYA (Part 6) - PENUAIAN HASIL

TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara mereka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan brasasakan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaraan kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluas dan produktivitinya ditingkatkan namun kadar permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri. Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif. Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman dipercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporkan tanaman kacang soya disebarr luaskan kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kacang Soya atau kedelai mulai dikenal di negara Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 ton/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan mencapai target saaradiri kedelai. Kenyataan Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. Kawasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Sumatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu mengurangkan kebergantunga import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai aktiviti penuaian hasil tanaman kacang soya untuk rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Perkara yang penting diperingkat akhir penanaman kacang soya adalah aktiviti Penuaian (panen). Penuain merupakan salah satu faktor penting yang dapat menentukan produktiviti kacang soya atau hasil didapati dalam dua aspek utama iaitu Menuai (Harvesting) dan juga Aktiviti LepasTuai (Post Harvest Activtity). Sebelum menuai antara beberapa perkara asas perlu dilihat adalah seperti umur tanaman, aktiviti menuai, menjemur lengai, mengeuarkan biji soya, pembersihan biji soya dan juga penyimpanan biji soya. Menuai kacang soya akan dibuat apabila apabila sebahagian besar daun pokok kacang soya sudah menguning akan tetapi bukan kuning disebabkan oleh serangan serangga perosak atau pun akibat penyakit. Lengai dan biji buah akan mula gugur dimana buah mula berubah warna dari hijau menjadi kuning kecoklatan dan dilihat ada keadaan retak-retak atau pun lengai atau polong sudah kelihatan tua. Bahagian batang pokok kacang soya sudah berwarna kuning dimana ia  bertukar kepada warna  coklat dan akhirnya akan botak. Penuaian yang terlambat akan merugikan petani dimana akan berlaku banyak buah yang sudah tua dan kering sehinggakan kulit polong retak-retak atau pecah dan biji didalamnya akan terjatuh ketanah bertaburan. Dalam pada itu buah akan gugur akibat tangkai buah yang telah mengering dan terlepas gugur daripada dahannya. Amat penting petani mengira umur kacang soya ini yang akan dituai iaitu sekitar 75-110 hari selepas aktiviti menanam bergantung pada varieti dan ketinggian tempat. Perlu diperhatikan dimana tanaman kacang soya yang akan digunakan sebagai bahan makanan mesti dipetik pada umur pokok 75-100 hari. Dalamm pada itu pokok yang hendak dijadikan benih tanaman dipetik pada umur 100 -110 hari atau lebih lama agar kemasakan biji betul-betul sempurna dan seragam semuanya



Kaedah menuai kacang soya dilakukan dengan cara manual atau menggunakan bantuan mesin. Pemungutan hasil bagi kacang soya ini dilakukan pada semasa hari yang tidak hujan dimana ianya akan dapat memberikan hasilnya segera dapat untuk ia dijemur. Pemungutan dibuat dengan cara mencabut dimana sebelum tanaman soya tersebut dicabut pastikan keadaan tanah yang ada perlu diperhatikan sebaiknya kering terlebih dulu. Kepada jenis tanah ringan dan berpasir sebiknya proses mencabut akan lebih mudah dilakukan dan mudah berbanding dengan tanah liat dan padat. Cara mencabut dengan dengan memegang batang pokok dengan kuat dengan gunakan tangan dalam posisi tepat di bawah ranting dan cabang yang berbuah (Sila lihat foto disebelah). Mencabut pokok sebaiknya ia dilakukan  dengan berhati-hati sebab kacang soya yang sudah tua mudah sekali buahnya gugur diatas tanah apabila tersentuh dengan tangan digegar sedikit. Jika memilih untuk menuai dngan cara memotong dimana alat yang biasanya digunakan untuk memotong adalah sabit yang cukup tajam. Sabit ini bila igunaakan tidak akan menyebabkan terlalu banyak kejadian goncangan atau gegaran yang akan gugurkan buah atau bijinya. Disamping itu dengan alat pemotong yang tajam maka semua kerja menuai boleh dilakukan dengan cepat dan jumlah buah yang gugurk akibat goncangan boleh dikurngkan. Cara menuai dengn memotong gunakan sabit ini boleh ianya dlam meningkatkan kesuburan tanah disebabkan akar dengan bintil-bintilnya yang menyimpan banyak unsur Nitrojen yang mana ia tidak ikut tercabut dan ia tetapi tertinggal di dalam tanah. Bagaimana pun pada tanah yang keras maka cara menuai dengan kaedah mencabut sukar dilakukan dan disyorkan agar gunakan cara memotong akan lebih cepat. 


Bergantung kepada jadual penanaman, selalunya kerja menuai kacang soya agak kritikal kerana jika buah masak serentak ia menjejaskan jadual penuaian. Oleh itu kena pastikan dimana buah yang belum betul betul cukup masak (buah muda) tidak ikut dipetik dimana kaedah untuk pemetikan sebaiknya dilakukan secara berperingkat atau dibuat beberapa kali. Penanam kacang soya yang sudah berpengalaman biasanya ahu bagaimana untuk membuat anggaran hasil. Penghasilan kacang soya di Indonesia apa yang penulis blog anim agro pernah membuat unjaua tekologi adalah purata hasil 600-700 kg/ha. Faktur pengurua dan amalan agronomi, varieti ditanam, serangan oleh perosak dan penyakit selain daipada faktur cuaca amat mempengaruhi penghasilan kacang soya.  bagi aktiviti pasca tuai kacang soya amat penting dilakukan pengumpulan dan juga pengeringan. Ini kerana apabila penuaian selesai maka semua hasil soya hendaknya segera dijemur. Kacang soya perlu dikumpulkan kemudian dijemur di atas tikar, alas plastik. anyaman buluh atau di lantai simen konkrit untuk jangkamasa selama 3 hari. Apabila sudah kering sempurna dan merata maka lengai atau polong soya akan mudah pecah sehingga bijinya mudah untukianya dikeluarkan. Bagi tujuan mempastikan soya ini kering sempurna maka adalah sebaiknya semasa menjemur hendaklah dibuat pembalikan yang berulang-ulang kali. Aktiviti membalikan lengai pada masa menjemur juga menguntungkan sebab dengan cara pembalikan banyak polong pecah dan banyak biji lepas dari polongnya. Sedangkan biji-biji masih terbungkus polong dengan mudah boleh ianya dikeluarkan dari polong iaitu asalkan polong sudah cukup kering. Biji soya yang akan digunakan sebagai benih sebaiknya terus dijemur dimana ia secara terpisah dengan yang lain (Sila lihat foto disebelah). Biji tersebut sebenarnya telah dipilih dari tanaman-tanaman yang sihat dan dituai berasingan dan ia kemudian dijemur sampai betul-betul kering dengan kadar air 10-15 % sahaja. Penjemuran benih sebaiknya dilakukan diwaktu pagi iaitu daripada jam 10.00 hingga 12.00 tengahari.


Aktiviti pscatuai selanjutnya adalah mengred dan juga mengawal kualiti soy. Biasanya terdapat beberapa cara untuk memisahkan biji dari kulit lengai seperti dengan cara memukul-mukul ikatan pokok soya yang telah kering tersebut  secara langsung dengan kayu atau  dan bijinya yang gugur akan dimasukkan ke dalam karung atau digunakan alat pembanting padi yang selalu digunakan untuk memisahkan biji padi daripada tangkainya Apabila bijinya telah pun  terpisah maka pokok kacang soya atau tangkai soya tersebut dikumpul dan dibuang. Biji soya yang terpisah kemudian perlu pula ditampi agar terpisah dari segala kekotoran-kotoran lainnya. Perlu diperiksa dimana jika ada biji yang luka dan keriput dan ia mesti diasing atau dipisahkan. Biji yang bersih ini selanjutnya perlu dijemur semula bagi tujuan untuk mendapatkan tahap kelempatan (MC ) sekitar kadar airnya 9 -11 %. Biji yang sudah kering ini dengan segera perlu pula dimasukkan ke dalam karung atau bekas sesuai sebelum kacang soya ini akan dipasarkan atau disimpan. Apa pun sebagai perkiraan dari batang dan daun basah hasil tuaian soya yng akan diperoleh biji soya sekitar 18.2 %. Diperingkat akhir dalam aktiviti penyimpanan dan pengemasan kacang soya perlu dilakukan dengan baik kerana semua bijian seperti ini perlu disimpan untuk satu jangkamasa amat lama sehingga libatkan beberapa bulan malahan sehingga bertahun lamanya. Kaedah untuk menyimpan soya adalah dengan ia disimpan di tempat kering dalam karung dikawasan teduhan bertutup dan selamat. Sebaiknya semua karung-karung biji soya ini disusun berlapisan dengan mesti ada diberi alas kayu agar guni ini tidak langsung menyentuh tanah atau lantai. Apa yang penting semas penyimpanan soya dimana apabila soya ini  disimpan dalam waktu lama maka mestinya setiap 2-3 bulan sekali harus dijemur semulai sampai kadar airnya menurun sesuai untuk penyimpanan iaitu MC sekitar 9-11 %. Harga pasaran amat mementingkan pendapatan petani kerana banyak kerja yang mereka jalankan sehingga mampu menyara keluarga dan menanam soya dalam masa akan datang. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kai ini. Wasallam!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI NEGARA INDONESIA..
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...