mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 21, 2019

KACANG SOYA (Part 2) - KEPERLUAN TUMBUH

TANAMAN KACANG SOYA atau KEDELAI (Glycine max (L.) Merill) di Indonesia setiap tahun selalu meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dan tambahbaik pendapatan perkapita. Bagaimana pun masih diperlukan bekalan kacang soya tambahan di Indonesia yang harus diimport disebabkan pengeluaran dalam negara merka masih belum mencukupi akibat banyaknya industri makanan brasasakan kacang soya dinegara tersebut yang sangat popular iaitu TEMPE. Walau pun tahap pengeluaran kacang soya dan kawasan tanaman telah diperluaskan lagi dan produktivitinya ditingkatkan namun permintaan juga terus meningkat untuk kecukupan mandiri (SSL). Kini pihak berkuasa mereka membuat kempen kepada petani didalam memperluaskan tanman kacang soya dengan agressif.  Kacang Soya atau Kedelai merupakan tanaman dipercayai natif atau berasal dari Cina dan telah ditanam oleh manusia sejak 2500 SM. Pada awal abad ke-19 dilaporkan tanaman kacang soya disebarluaskan kebeberapa negara pengeluar utama kacang soya seperti Jepun, Korea, Indonesia, India, Australia dan Amerika (USA). Kedelai mulai dikenal di Indonesia sejak abad ke-16 dimana pada peringkat awal pengenalannya adalah dikawasan di Pulau Jawa dan ianya kemudian berkembang ke Bali, Nusa Tenggara dan ke beberapa buah Pulau lainnya. Dahulu tanaman kedelai dikenali dengan beberapa nama botani seperti Glycine soja dan Soja max. Namun pada tahun 1948 telah disetujupakai nama botani yang dapat diterima sebagai Glycine max (L.) Merill. Kementerian Pertanian Indonesia sasarkan produktiviti kedelai boleh mencapai 2.9 ton/ha pada tahun 2018. Jika target tersebut tercapai ini bemakna Indonesia akan mencapai target saradiri kedelai. Kenyataan Kementerian Pertanian mengatakan penanaman di kawasan tanaman baru pada Oktober 2017 dan produktivitinya dicatitkan sebanyak 1.5 tan/ha akan mendorong peningkatan hasil kacang soya tempatan. Pada masa ini jumlah keperluan kedelai nasional di Indonesia sebanyak 2.4 juta tan metrik. Disasarkan kawasan baru tanaman kacang soya ini seluas daripada 500,000 hektar (2017) kepada seluas 710,000 hektar pada tahun 2019 dengan bajet sebanyak Rp1.3 trilliun. Bantuan kerajaan ini sebanyak Rp1.3 trilliun adalah berbentuk subsidi benih, baja dan juga Rhizobium bagi kawasan tanaman baru sluas 300,000 hektar pada 2019. KAwasan sasaran adalah terletak di 20 propinsi iaitu di Smatera (153,000 ha), Jawa (130,000 ha), Kalimantan (27,000 ha), Sulawesi (110,000 ha) dan NTT/NTB (80,000 ha). Disasarkan ia akan mampu sasaran menghasilkan kacang soya sebanyak antara 800,000 - 1 juta metrik tan setahun dengan tahap produktiviti disasarkan sekitar 2.5 - 3.0 mt/ha. Projek ini dijangka mampu dalam mengurangkan kebergantungan import kacang soya dari luar negara terutamanya dari USA. Apa pun di Malaysia masih belum ada kempen atau galakkan penanaman kacang soya seperti di negara jiran. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai keperluan pertumbuhan tanaman kacang soya untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua terutamanya petani di Malaysia yang inginkan info.


Tanaman kacang soya atau kedelai adalah tanaman sangat penting  didunia dan petani di Indnesia sama seperti padi. Perkara berkait dengan jenis keputusan yang akan diambil untuk memperolehi tahap pertumbuhan pokok yang optima dengan tahap penghasilan yang maksima dari tanaman tersebut. Petani perlu mahir, faham ata pun mampu dalam amalan agronomi menanam kedelai. Aspek seperti pembajaan, mengawal rumpai, mengawal perosak dan penyait dan jadual menanam serta menuai amat signidikan. Peringkat pertumbuhan kacang soya ada dua iaitu Peringkat Vegetatif dan Peringkat Reprodukif.  Pada pertumbuhan vegetatif biasanya pertumbuhan bermula sejak tanaman mulai muncul ke permukaan tanah sampai masa mulai berbunga. Bila benih bercambah ia dicirikan dengan adanya kotiledon dan sedangkan peringkat vegetatif dikira dari jumlah buku ruas yang terbentuk pada batang utama. Pada peringkat vegetatif umumnya dimulakan pada ruas buku ketiga. Kemudian peringkat petumbuhan reproduktif bermula sejak tanaman kedelai mulai berbunga sampai pembentukan lengai buah (polong), perkembangan biji dan peringkat pemasakan biji kacang soya. Tanaman kacang soya ini sesuai ditanam pada kawasan sesuai seperti faktur tanah dan dan iklim dimana ia merupakan dua komponen penting untuk pokok tumbuh. Pertumbuhan kacang soya ini tidak boleh optima pada jika salah satu faktur tersebut tidak memihak kepada keperluan asas tanaman ini. Komponen kesuburan tanah memang sangat dititikberatkan kerana hanya tanah yang subur, gembur dan banyak nutrien sahaja mampu menghasilkan buah dan biji kacang soya yang banyak. Tanaman ini sangat sensitif dengan cuaca dan iklim sehinggakan jadual penanaman kacang soya perlu disusun agar tidak menjejaskan pertumbuhan dan penghasilannya. 


Faktur kesesuaian tanah (Soil type) bagi tanaman kedelai sebenarnya penting diambil kira untuk penghasilan maksima walau pun tanaman soya dilaporkan boleh tumbuh di semua jenis tanah. Sebaiknya untuk mencapai tahap pertumbuhan dan produktiviti kacang soya yang optima maka ia harus ditanam pada jenis tanah berstruktur lempung berpasir atau liat berpasir. Perkara ini tidak hanya berkaitan dengan tahap ketersediaan air untuk membantu semasa proses dalam pertumbuhan akan tetapi juga berkaitan dengan faktor lingkungan tumbuh yang lain. Faktor lain yang akan dapat mempengaruhi penghasilan tanaman adalah kedalaman membajak tanah yang merupakan media penting pertumbuhan akar. Difahaamkan semakin dalam dibajak tanahnya maka akan tersedia ruang untuk proses pertumbuhan akar yang lebih bebas sehingga akar tunjang yang terbentuk semakin kukuh dalam tanah. Pada jenis tanah yang bertekstur gembur dengan kedalaman bajak tanah  lebih dari 50 cm biasanya akar tanaman kedelai dapat untuk tumbuh mencapai kedalaman 5 meter. Sementara itu pula pada jenis tanah dengan kadar liat yang tinggi akan menyebabkan kadar pertumbuhan akar hanya mencapai kedalaman sekitar 3 meter sahaja. Teknologi penanaman kedelai boleh dilakukan dengan penanaman di lkawasan yang kering dimana keasidan tanah pH4.5 - pH5.5 yang sebenarnya termasuk sebagai kebun kategori kurang sesuai. Bagi tujuan mengatasi agronomi maka jika berlaku kekurangan nutrien maka penggunaan baja perlu ditambah dimana ini tentunya akan menaikkan jumlah kos pengelluaran yang menyebabkan kompensisasi akibat jumlah pengeluaran yang tinggi melebihi kadar purata nasional sebanyak 2.0 mt/ha. Sebarang penghasilan yang melebihi kadar tersebut akan memberikan kelegaan kepada penanam soya yang lumayan.


Faktur Iklim (Climate) bagi tujuan pertumbuhan tanaman kacang soya mestilah ditahap optima. Tanaman soya ini memerlukan kawasan pertumbuhan sesuai kerana ia amat peka terhadap perubahan faktor persekitaran diperlukan iaitu faktur tanah dan iklim. Keperluan air sangat tergantung pada cuaca dan pola curahan hujan yang turun sepanjang proses pertumbuhan, penjagaan tanaman, serta umur varieti soya yang ditanam. Sementara itu peranan faktur suhu diperlukan untuk tanaman soya agar ia dapat tumbuh pada keadaan suhu yang berbagai. Suhu tanah yang optima dalam proses percambahan iaitu 30°C. Bila pokok sudah tumbuh ia perlukan suhu pada tanah yang rendah (30°C) sedikit dimana ia mempercepatkan lagi akan kadar pertumbuhan. Sementara itu akan berlaku banyak bijibenih yang mati keana ini berpunca dari proses respirasi air dari dalam biji yang terlalu cepat. Disamping suhu tanah biasanya kesan suhu persekitaran juga berpengaruh terhadap aktiviti untuk pertumbuh tanaman soya. Bila suhu dikebun sekitar 40°C pada masa tanaman berbunga m aka ia akan mengakibatkan bunga soya gugur dan jumlah polong dan biji soya atau kedelai yang terbentuk juga menjadi berkurangan. Suhu yang terlalu rendah pula (sekitar 10°C) terutama dikawasan dalam Indinesia yanag jatuh dibawah subtropik akan bermasaalah didalam proses pembungaan dan pembentukan lengai (polong) buah soya. Suhu sekitar yang optima untuk pembungaan iaitu pada  24 - 25 celcius.


Panjang Hari (photoperiod) juga amat penting bagi tanaman kacang soya unuk memberikan hasil yang signifikan. Tanaman soya sangat peka terhadap perubahan panjang hari atau lama penyinaran sinar matahari sebab kedelai termasuk tanaman “hari pendek”. Ia juga bermakna tanaman kedelai tidak akan berbunga bila panjang hari melebihi had atau batas kritikal iaitu 15 jam sehari. Oleh kerana itu apabila varieti yang berpenghasilan tinggi dari kawasan tanaman subtropik dengan panjang hari 14 - 16 jam kemuidan ia ditanam di kawasan tropika dengan rata-rata panjang hari 12 jam sahaja maka varieti tersebut akan mengalami penurunan hasil sebab masa bunganya menjadi pendek iaitu dari umur 50 - 60 hari menjadi selama 35 - 40 hari setelah`ia di tanam. Selain itu bahagian batang tanaman pun menjadi lebih pendek dengan ukuran buku ruas subur juga lebih pendek. Perbezaan di atas tidak hanya terjadi pada pertanaman kedelai yang ditanam di kawasan beriklim tropika dan subtropika akan tetapi juga terjadi pada tanaman kedelai yang ditanam di dataran rendah (1,000 m dpl). Umur berbunga pada tanaman kedelai yang ditanam di kawasan bertanah dataran tinggi mundur 14 sekitar 2-3 hari jika ianya dibandingkan tanaman kedelai yang ditanam di datarn rendah. Kedelai yang ditanam di bawah naungan seperti tanaman tahunan sepertti tanaman kelapa, jati, dan mangga hanya akan mendapatkan sinar matahari yang lebih sedikit. Hasil penyelidikan saintis disana mendapati bahawa kes naungan yang tidak melebihi 30% tidak banyak berpengaruh negatif terhadap penerimaan sinar matahari oleh tanaman kedelai. 

Taburan Curahan Hujan (Rainfall distribution) merupakan aspek yang terpenting pada aspek agihan curahan hujan dimana jumlahnya akan merata sehingga keperluab air pada tanaman kedelai dapat terpenuhkan. Jumlah air yang digunakan oleh tanaman kedelai tergantung pada keadaan iklim, sistem pengendalian tanaman dan juga jangkamasa lama ia tumbuh. Namun demikian selalunya pada umumnya keperluan air pada tanaman kedelai berkisar 350 - 450 mm selama masa pertumbuhan kedelai. Semasa proses percambahan lazimnya faktor air menjadi sangat penting sebab ia akan berpengaruh pada proses awal pertumbuhan. Keperluan air semakin bertambah seiring dengan bertambahnya umur tanaman. Keperluan air paling tinggi terjadi semasa peringkat berbunga dan juga peringkat pengisian polong. Jika iklim kekeringan maka ia merupan keadaan sangat kritikal pada tanaman soya yang berada pada peringkat percambahan dan pembentukan polong. Sebaiknya bagi mencegah terjadinya kekeringan pada tanaman soya khususnya pada peringkat berbunga dan pembentukan polong perlulah dilakukan dengan waktu menanam yang tepat  mengikut syor. Pastikan jadual tanaman disesuaikan dengan masa kelembaban tanah sudah memadai untuk benih becambah.  Selain itu juga harus dipastikan pada pola taburan curahan hujan yang terjadi di kawasan penanaman betul. Tanaman soya ini sebenarnya cukup toleran terhadap kemungkinan berlaku cekaman kekeringan kerana ia selalu akan dapat bertahan dan berhasil bila berlaku kekeringan maksima 50% dari kapasiti sebenar di lapangan atau keadaan tanah yang mana diperlukan adalah optima. Selama masa peringkat iaitu  pemasakan biji sebaiknya tanaman soya memerlukan keadaan cuaca yang kering agar diperolehi kualiti biji soya yang baik. Keadaan cuaca yang kering akan mendorong proses pemasakan biji lebih cepat dan bentuk biji yang seragam. Seuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallamSemua!!...
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI INDONESIA RAYA...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA..`

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Posting from,
Room 308, Hotel Sofera,
Manjung, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...