mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 15, 2019

HARUMANIS BERSTATUS 'GI'

Image result for anim agro mangga
MANGGA HARUMANIS PERLIS (MA128) telah berjaya mendapatkan penarafan Petunjuk Geografi atau dalam bahasa peringkat antarabangsanya lebih dikenali sebagai 'Geographical Identification' atau 'GI' daripada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 21 Ogos 2011. Perkara ini adalah selaras denngan Akta Petunjuk Geografi 2000 Peraturan-peraturan petunjuk geografi tahun 2001 (Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602). Peraturan bagi pendaftaran ini adalah dibawah SubPeraturan 29(3) dibawah Akta. Nama tuan pendaftar sebenarnya adalah Jabatan Pertanian Malaysia yang didaftarkan bermula 21 Ogos 2011 dan akan hanya tamat pada 20 Mac 2021 (10 tahun kemudian). Dalam sijil tersebut kenyataan barang yang dinyatakan adalah termasuk Buah Mangga Harumanis  Segar dan Buah Proses Minima Harumanis. Aktiviti untuk mendaftarkan Mangga Harumanis telah bermula sejak tahun 2009 lagi akan tetapi hanya berjaya di terima pendaftarannya pada tahun 2011. Penulis Blog merujuk kepada persijilan ini sebagai satu kejayaan Jabatan Pertanian untuk Jabatan meningkatkan martabat mangga Harumanis tempatan kepada satu lagi penarafan di peringkat negara khususnya dan peringkat dunia amnya. Mungkin ramai orang awam dan peminat Mangga Harumanis ini belum mengetahui perkara GI sebelum ini dan artikel ini antara yang pertama berjaya untuk mewar-warkan akan kejayaan penarafan ini. Selain daripada durian varieti Mangga Harumanis penulis blog dapati Tanaman Halia Bentong dan Durian varieti Musang King juga telah menerima status GI ini pada tahun 2017 dan 2014. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kejayaan Jabatan Pertanian dalam usaha mendaftarkan durian Musang King sebagai sejenis buah yang mencapai penarafan dibawah MyIPO untuk rujukkan dan bacaan.


Dalam keterangan MALAYSIA MANGGA HARUMANIS jelas dinyatakan dimana diMalaysia terdapat 25 varieti atau klon (kini disebut varieti) mangga yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Mangga Harumanis adalah satu klon mangga yang telah didaftarkan sebagai MA128. Buahnya berbentuk lonjong (Ovoid oblong) dengan purata berat sebiji sekitar 340 - 450 gram. Warna kulit buah ketika muda adalah hijau dan bertukar kepada hijau gelap atau hijau sederhana apabila masak. Bagaimana pun apabila disarung dengan teknologi Pembungkus Khas Kertas Lapisan Berlogam, kulitnya akan bertukar menjadi warna kuning keemasan dan cantik. Isinya berwarna kuning oren dengan rasa amat enak, manis, berjus dengan aroma yang kuat. Buah harumanis mempunyai biji ditengahnya yang berukuran 8.7 cm x 4.2 cm. Varieti ini sesuai ditanam di negeri utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah kerana kawasan tersebut telah dikenalpasti mempunyai jangkamasa kemarau dan panas agak panjang untuk aruhan pembungaan. Bagaimana pun ia juga boleh ditanam diseluruh Semenanjung Malaysia yang ada kawasan sesuai. Lazimnya varieti mangga ini akan dapat mengeluarkan hasil dalam bulan Mei hingga Jun setiap tahun. Kalau 10 - 15 tahun dahulu harga pasaran Mangga Harumanis sekitar RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram, pada tahun 2011 harga runcit buah mangga ini dipasarkan pada Gred Premium sekitar RM 25.00 sekilogram. Buah ini telah mendapat luang pasaran ekspot ke Jepun melalui Jabatan Pertanian dan FAMA. Mangga Harumanis juga menjadi ikon kepada Negeri Perlis dengan keluasan tanaman di negeri tersebut melebihi 1,250 hektar pada tahun 2018.


Apakah dia Asas Petunjuk Geografi ini?. Penulis blog membuat rujukan dan bertanya kepada MyIPO dimana mereka jelaskan bahawa Petunjuk Geografi (GI) ini adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Ia bertujuan untuk perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan akan tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain. Bagaimana pun dijelaskan dimana ada pengecualian dari perlindungan petunjuk Geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal. Biasanya Hak Penggunaan Petumjuk Geografi ini hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja dimana ia boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan. Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan iatiu ia berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran. Bagusnya apabila penulis blog diberitahu dimana ada Tempoh Penggunaan dan Tempoh Perlindungan bagi Petunjuk Geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pemohonan yang layak adalah individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan. Selain itu adalah pihak berkuasa tempatan; atau pun organisasi perniagaan atau persatuan. Sekarang ini baru penulis agak jelas apakah dia GI untuk kes Mangga Harumanis (MA128) ini dan kepentingannya kepada industri buah mangga negara.


Related image
Dalam pada itu penulis blog ada membuat rujukkan dalam media tempatan dimana ada satu laporan media tempatan bertajuk "Masyarakat belum faham harta intelek" dari Utusan Online. Berita dari Kuantan dipetik dimana rata-rata dimana masyarakat negara ini belum mengenali dan mengetahui tentang harta intelek dan komponennya yang terdiri daripada cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta serta kepentingannya kepada mereka. Ia memetik kenyataan dari Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya memerlukan sokongan media arus perdana di negara ini untuk mereka dapat terus menyebarluaskan maklumat berhubung harta intelek. Contoh yang mudah ialah kita sering dengar ‘saya hendak patenkan produk saya’, sedangkan yang betul adalah ‘saya hendak daftarkan produk saya’. Produk adalah komponen harta intelek yang terdiri daripada cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta. Paten merupakan komponen harta intelek yang diberikan lesen kepada produk melibatkan langkah reka cipta yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah seperti penghasilan teknologi baharu. Dia bercakap ketika berucap pada majlis Malam Media MyIPO Bersama Media Pahang. Pihak media memainkan peranan besar dalam membentuk pola pemikiran masyarakat dan membentuk sikap pembaca supaya dapat bertindak secara proaktif. Kini dengan penyampaian berita dan maklumat tepat maka masyarakat akan lebih peka terhadap isu serta kepentingan perlindungan harta intelek. Pihak MyIPO akan bergerak secara lebih aktif dalam menyalurkan berita dan maklumat yang diperlukan oleh pihak media bagi tujuan memastikan maklumat diperoleh lebih bermaklumat serta tepat. Usaha ini juga dapat menghentikan kegiatan daripada pelanggaran harta intelek seperti muat naik secara tidak sah, membuat salinan langgaran hak cipta serta penghasilan dan pembelian produk jenama tiruan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology dimana Mangga Harumanis sebenarnya telah menerima ststua Petunjuk Geografi pada 21 Ogos 2011 lagi untuk pengetahuan rakyat Malaysia. Wasallam!!...
MANGGA HARUMANIS... POPULAR DIA..
NEGERI PERLIS... IKON NEGERI JUGA...
MENDAPAT GI... PETUNJUK BERGUNA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 222, Green Park Hotel,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(10 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...