mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 25, 2019

ALAT INO TUT - UNTUK MENGETUT POKOK

MENGETUT TANAMAN (Marcotting) merupakan satu kaedah pembiakan tanaman yang popular selain daripada kaedah Cantuman (budding), Keratan (Cutting), Biji Benih (Seed) dan lain-lainnya. Aktiviti mengetut tanaman melalui kaedah biasa lazimnya kita perlu membuat dua (2) kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5 - 5 cm yang dibuat dengan cara manual. Kulit diantara dua kelaran ini akan dikupas dan dibuang dan kemudian lapisan kambium ini akan dikikis (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun terkini sudah ada inovasi menggunakan Alat Ino-Tut yang boleh melakukan kelaran ini dengan baik dan serentak, seragam dan pantas dimana ia juga sekali gus menghasilkan bahan kelaran untuk mengetut lebih baik lagi. Biasanya apa yang penulis blog pernah buat dan lihat adalah dengan kaedah membuat kelaran yang dibuat pada dahan adalah tidak seragam dari segi tekanan dan jarak. Dahulu dengan teknologi alatan menggunakan cara kaedah lama, kelaran atas dan bawah perlu dibuat secara berasingan. Penyediaan media yang digunakan untuk membaluti dahan yang telah dikelar adalah sukar dilakukan terutamanya sewaktu mengikat plastik media tersebut. Apabila Jabatan Pertanian Melaka merekacipta pisau Ino-Tut, maka kerja hasil kelaran atas dan bawah pada dahan dapat dilakukan secara serentak, seragam dan cepat. Acuan media yang direka digunakan untuk membentuk kepalan media sebelum dilekapkan pada dahan yang dikelar amat mudah dilakukan dan seragam. Selain itu dpenulis blog lihat dimana alat acuan ini juga memudahkan untuk mengikat kedua-dua hujung plastik yang akan membungkus media tersebut dengan menggunakan Ino-Clamp. Penulis blog yang menjadi salah seorang panel dalam pertandingan Inovasi Pertanian pada tahun 2014 mendapat hasil rekacipta ini amat praktikal den cekap dijalankan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini mempaparkan hasil inovasi yang memang anugerah Inovasi Jabatan Pertanian untuk bacaan dan rujukkan anda.


Mengetut pokok (Marcotting)  salah satu daripada pembiakan tampang (vegetative propagation) yang mudah dilakukan dan praktikal dalam usaha bagi pengeluaran bahan tanaman. Cara asas pembiakan tampang adalah kaedah di mana ada sebahagian daripada tumbuhan yang dipilih itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan tumbuhan. Cara pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air. Antara kelebihan pembiakan dengan menggunakan kaedah ini ialah dimana ciri pokok induk dapat diwarisi dan juga tanaman baru lebih cepat matang. Akan tetapi penulis blog juga faham dimana kaedah mengetut juga mempunyai beberapa kekurangan tersendiri. Benih daripada tut akan boleh menyebabkan tanaman tidak dapat dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada pokok induk. Benih tut juga akan menyebabkan tanaman akan lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang dan ketiga kelemahannya adalah dimana ia memerlukan kemahiran yang tinggi dalam membuat tut Langkah-langkah mengetut mungkin nampak mudah. Namun, cara mengetut memerlukan kemahiran dan latihan selain daripada pokok induk yang berkualiti. 


Penulis blog ucapkan tahniah kepada pasukan dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka yang hasilkan inovasi alat INO TUT ini. Inovasi ini tercipta hasil daripada masalah yang dihadapai oleh agen pengembangan kawasan terutamanya sewaktu mereka memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan kaedah mengetut kepada petani dan usahawan. Melalui pengalaman mereka, didapati petani sukar mempraktikkan kaedah mengetut dalam masa yang singkat. Selain daripada ia memerlukan kemahiran tang tinggi, kadar kejayaan dan keberkesanan kaedah mengetut juga bergabtung kepada pengalaman seseorang. Penggunaan alat ini dilaporkan akan menggabungkan teknologi Set Pisau Ino Tut dan juga Alat Ino Clamp. Diantara kelebihan set pisau Ino-Tut ini adalah dimana ia didakwa membuat kelaran atas dan bawah pada dahan dapat dilakukan secara serentak, seragam dan cepat.  Kelebihannya juga mampu membuat kelaran yang dibuat dapat membuang sekaligus kulit luar dahan dan kambiumnya bersekali. Alat ini menyediakan acuan media yang digunakan untuk membuat kepalan media sebelum dilekapkan pada dahan yang dikelar. Acuan yang disediakan memudahkan untuk mengikat kedua-dua hujung plastik yang akan membungkus media. Beberapa langkah dalam membuat tut dengan menggunakan set pisau Ino-tut ini adalah seperti dengan memilih jenis pokok dan dahan yang sesuai untuk ditut (diameter kurang dari 1 cm) dan ia mesti bebas daripada penyakit. 


Cara mengguna dengan mencengkam pisau ino-tut pada dahan yang telah dipilih dan kemudian dibuat pusingan 360 darjah mengikut arah lawan jam (pada masa ini kulit dahan dan kambium akan tertanggal). Seterusnya anda hanya menyapukan bahan penggalak akar (Saradex) pada bahagian permukaan yang telah dikelar.  Perlu disediakan plastik pembalut media dan bahan media seterusnya diletakkan pada alat pemampat media PVC (Ino-clamp). Alat pemampat Ino-clamp dicengkam pada dahan yang telah dikelar. Kemudian sebaiknya alat pemampat in-clamp dikunci dimana pastikan plastik pembalut media diikat di bahagian atas dan bawah dengan menggunakan ‘cable tie’. Lepas itu dikunci alat pemampat dibuka dan plastik pembalut perlu untuk diperkemaskan. Dilaorkan dengan menggunakan kaedah konvensional, kadar keberkesanan kelaran adalah bergantung kepada kemahiran pengelar. Sekiranya mereka adalah terdiri daripada mereka yang baru belajar, kadar kejayaan kelaran dan tut adalah lebih rendah. Namun begitu, dengan menggunakan pisau ino-tut, ianya boleh digunakan oleh semua peringkat, sama ada mereka terdiri daripada orang yang baru belajar tut  mahupun yang telah ada kemahiran. Peratus kejayaan menggunakan pisau ino-tut ini didapati adalah lebih tinggi iaitu 98%. Selain itu, perbezaan kadar masa antara kaedah konvensional dan pisau ino-tut juga terdapat perbezaan. Dengan menggunakan kaedah manual, masa untuk mengelar, mengikis lapisan kulit luar dan kambium secara sempurna, serta mengikat media tut adalah selama 10 minit ke 15 minit (bergantung kepada pengalaman dan kemahiran pengetut). Walau pun anda ada menggunakan pisau yang telah diinovasikan ini maka  keseluruhan proses ini cuma mengambil masa 4 minit (tanpa mengira kemahiran dan pengalaman). 


Kos yang terlibat dalam inovasi ini keseluruhannya adalah sekitar RM30.00 satu unit. Kos ini termasuk pembelian bahan pisau pemotong, media, PVC, palstik pembalut, engsel, penggalak akar dan ‘cable tie’. Jadual di bawah merupakan ringkasan kepada perbezaan antara kaedah konvensional dan set pisau Ino-tut. Kajian menunjukkan kadar kejayaan kaedah biasa cuma kurang dari 50% akan tetapi dengan menggunakan Ino-Tut kadar kejayaan adalah sebanyak 98%. Semasa melakukan aktiviti pemotongan Mengelar, mengikis lapisan kulit luar dan kambium dibuat berasingan Mengelar maka masa yang diambil cara lama adalah 10-15 minit sedangkan alat Ino-Tut cuma mengambil masa kurang 5 minit (4 minit sahaja). Dari segi penjimatan kos, kaedah lama memerlukan kos sebanyak RM 50.00sedangkan kos untuk teknologi Ino-Tut hanya sekitar RM 30.00 sahaja. Alat yang diperkenalkan ini adalah merupakan inovasi yang baru, yang mana belum dihasilkan secara sempurna daripada mana-mana pihak. Set pisau ino-tut ini memberikan faedah yang besar kepada agen pengembangan kawasan terutamanya sewaktu memberikan khidmat nasihat kepada petani serta semasa hands-on. Setiap pegawai agen pengembangan kawasan digalakkan untuk memiliki set ini kerana dapat meningkatkan mutu dan kualiti pengembangan. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan imej Jabatan Pertanian. Inovasi ini telah dilaksanakan secara penuh yang mana agen pengembangan kawasan Masjid Tanah telah mengaplikasikannya di kawasan pengembangan masing-masing selama setahun. Daripada tempoh itu, didapati set ini amat praktikal dan mudah digunakan. Alat ini sesuai digunakan oleh semua pihak. Apa yang penulis blog faham, Inovasi ‘alat ino-tut dan in-clamp’ ini bukan sahaja memudahkan kerja mengetut, malahan saiznya yang kecil juga memudahkan alat ini dibawa bersama-sama ke mana sahaja dan ianya selamat dibawa dan digunakan. Selain itu, alat ini juga membantu dalam memastikan kecedaran semasa mengupas kulit dahan yang dipilih dapat dikurangkan. Perkara ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kebarangkalian untuk petani dapat menghasilkan tut yang baik. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENGETUT DAHAN... AMBIL BENIHNYA...
CARA LAMA... RENDAH KEJAYAANNYA...
GUNAKAN INO-TUT... MUDAH CARANYA...
SIAPA BERMINAT...BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...