mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 15, 2019

USAHAWAN KELULUT HJ ABAS DI LABUAN

TERNAKAN KELULUT HJ ABAS DI KG LAYANGAN  Labuan adalah satu projek apiari yang berjaya di W,P. Labuan yang sesuai untuk dikunjungi ketika melawat Labuan. Hj Abas yang dibantu ahli keluarga mengusahakan ternakan kelulut di kawasan keliling rumahnya semenjak tahun 2015 setelah mendapat maklumat semasa membuat lawatan di MAHA dan membuat rujukan didalam internet. Antara website yang beliau banyak membuat rujukkan dakwanya adalah "Anim Agro Technology" dimana hari ini beliau amat gembira dapat berjumpa dengan pengulis blog tersebut semasa lawatan saya ke projek beliau. Kawasan kebun beliau seluas sekitar 2 ekar dipenohi dengan pelbagai tanaman buah-buahan seperti durian, mangga, kuini, pisang, dokong, belimbing, kedondong yang ditanam bercampur dengan beberapa tanaman lain. Kawasan ternakan amat sesuai dimana disebelah tanah beliau ada hutan kecil dengan pelbagai pokok hutan yang bolem memberikan sumber makanan dan juga perlindungan daripada ancaman angin dan sebagainya. Kawasan ternakan yang sejuk dan gelap sedikit membolehkan kelulut selesa dikawasan ternakan. Beliau menubuhkan Syarikat Rimbun Madu Enterprise sebagai pengeluar madu kelulut dan produk berasaskan kelulut yang terbaik di WP Labuan. Difahamkan beliau adalah bekas pegawai di Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan memang berminat dengan sektor pertanian dengan menanam buah-buahan dan tanaman bungaan.  Kampong Layangan merupakan sebuah kampong yang aktif dengan sektor pertanian dimana terdapat aktiviti tanaman sayuran dan buah-buahan dikawasan kampong yang boleh membekalkan sumber makanan kepada kelulut. Pada masa ini beliau mempunyai lebih daripada 400 log akan tetapi  hanta sekitar 280 loh yang berpenghuni aktif  dengan kelulut yang produktif. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai hasil tinjauan saya ke Projek Ternakan Kelulut di Kg Layangan, WP Labuan oleh Hj Abas sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan.


Menurut Hj Abas beliau berminat untuk mendapatkan log kelulut kali pertama dengan spesis Trigona itama yang dibeli dengan harga sekitar RM200 daripada rakannya. Antara spesis termahal yang beliau beli adalah spesis Trigona thoracica berharga RM800 pada masa itu dan menjadi kesukaan Hj Abas sebagai spesis yang baik untuk membuat theraphy. hampir 90% koloni kelulut yang ada dikawasan keliling rumah dan dalam kebun adalah jenis T. itama yang dakwanya lebih mudah dipantau dan dapat berikan hasil yang baik. Kesemua kelulut mempunyai log kayu dan dipasang kotak super diatasnya dan bumbung zink berwarna hijau bir diatasynag dengan frame besi (Berat dan tidah jatuh jika ditiup angin). Kedudukan kelulut ini disusun dengan susunan menarik sekitar ketinggian 1 meter daripada paras tanah (Sila lihat foto dibawah sekali). DIbahagian bawan tempat letak kelulut dijaga bersih. Menurutnya kebersihan ini penting untuk elakkan serangan musuh seperti semut, cicak dan mengkarong.  Hj Abas juga mengamalkan amalan MyGAP didalam membuat pengurusan dikawasan kelulut dengan mempastikan memakai peralatan sesuai, tutup mulut dan pakaian sesuai semasa memeriksa kotak kelulut. Penulis blog dan rombongan ditunjukkan bagaimana beliau memeriksa madu kelulut dan membuat ujicuba madu segar yang diambil menggunakan shink yang baru (Sila lihat foto disebelah). Semasa lawatan adalah musim panas dan banyak nektar membolehkan banyak madi didalam kotak super yang sedang dituai.


Sumber makanan yang ada dikawasan ternakan merupakan sumber asli hutan disekitarnya dan pokok buah-buahan seperti durian, mangga, pokok pinang, rambutan dan kuini yang sedang lebat berbunga. Selain itu banyak tanaman makanan kelulut ditanam seperti Honolulu creepers, Bunga Tunera, Belimbing, Pokok Pinang yang sentiasa dikunjungi kelulut untuk sumber makanannya. Beliau yang dibantu anak perempuannya sentiasa pastikan pemeriksaan semua kotak kelulut dilakukan secara berjadual dan ada menyimpan rekod pengeluaran. Ditanya apakah masaalah menternak kelulut beliau nyatakan dimana musim landas (musim hujan) selalu koloni kelulut akan berkurang. Penulis blog nasihatkan pengurusan kelulut ketika musim hujan yang berpanjangan dengan pengetahuan yang ada. Pada masa ini tidak ada musuh yang serius berbanding dengan pada peringkat awal menternak kelulut. Dahulu berlaku serangan semut, burung, cicak dan koloni lari akan tetapi kini semuanya kurang. Hanya sesekali beliau jumpa cicak diatas kotak super yang makan kelulut. Pada beliau aspek penting didalam menjaga koloni kelulut adalah selalu membuat pemeriksaan setiap koloni dan jika ada masaalah diselesaikan segera.


Beliau kini mempunyai pelbagai produk daripada ternakan kelulut. Produk utama beliau adalah madu kelulut yang sentiasa dijaga kualitinya. Harga jualan madu kelulut beluat adalah sekitar RM250 sekilogram akan tetapi banyak telah di simpan dalam botol dan pembungkusan lain (Sila lihat foto disebelah). Pada beliau hanya madu yang telah cukup matang dengan kandungan air sekitar 18-20% sahaja akan di tuai dan diproses sebelum dibotolkan. produk madu kelulut beliau dipasarkan di Labuan, Sabah, Sarawak, Brunei dan sehingga ke Semenanjung. Beliau pernah membawa produk madu kelulut sempena Pameran MAHA dan membawanya ke Beijing, China untuk diberikan kepada imam masjid disana. Madu kelulut asli yang didakwa mengandungi bahan berkhasiat merupakan satu produk yang boleh dijadikan makanan tambahan dan perubatan terbaik. Aktiviti menternak kelulut oleh Hj Abas di WP Labuan ini amat dibanggakan penduduk tempatan dan ia boleh dijadikan contoh terbaik sebagai model usahawan kelulut berjaya. Di Malaysia sahaja terdapat 21 spesies kelulut  yang dapat menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENTERNAK KELULUT.. DIKG LAYANGAN...
HJ ABAS NAMANYA....IA JADI KESUKAAN...
POKOK BUAH, BUNGA... SUMBER MAKANAN...
IA SUDAH BERJAYA... LUASKAN PASARAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 554, Hotel Lazenda,
Jalan OKK Abdullah,
WP Labuan, Malaysia.
(4 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...