mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 12, 2019

KOBIS - LANDSKAP DAN TULAR


SAYURAN DAN ULAMAN merupakan program yang baik bagi menghasilkan makanan segar disekeliling anda yang dikelaskan didalam program pertanian bandar. Tekanan Kos Sarahidup rakyat amat terasa masa kini apabila pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menyara keluar terutama mereka yang inggal dibandar besar seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. Semua perlukan duit untuk hidup dan ada dikalangan orang awam yang bekerja lain bagi menambahkan pendapatan. Kini kos barangan dapur boleh dikurangkan dengan menanam sayuran dan ulaman sendiri atau besama komuniti dalam masyarakat melalui program Pertanian Bandar atau dahulu dipanggil sebagai Kempun Bumi Hijau atau Buku Hijau. Pelbagai jenis tanaman boleh dianam seperi sayuran daun, sayuran buah dan juga ulam-ulaman. Ada yang menanam sayuran ini dikawasan rumah sebagai tanaman untuk dipetik sebagai bahan makanan sebaiknya ada juga yang buat kerja ini sebagai tanaman hiasan (ornamental plants). Salah satu tanaman yang kini mendapat perhatian adalah tanaman Kobis Bulat. Kobis Bulat (Brassica oleracea) merupakan tanaman tanah tinggi dan tanah rendah yang ditanam diatas tanah atau dalam pasu yang menarik unuk dijadikan tanaman hiasan yang mnguntungkan dibawah kategori 'Edible Landscape'.  Lazimnya tanaman kobis bulat ini yang ditanam dan disusu dalam pasu akan menjadi hiasan amat menarik dan jran-jiran tetangga akan cemburu melihatnya. Artikel subuh jam 3.30 pagi ini semasa Cuti Umum Hari Tahun Baru Cina 2019 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai menanam kobis dan pokok sayuran serta ulaman lain untuk dijadikan hobi berfaedah yang dapat memberikan sayuran segar dan halaman rumah yang juga menarik landskapnya seperti dilaporkan akhbat tempatan. 


Penulis blog amat suka apabila melihat sevuah rumah mempunyai landskap yang menarik dan memberikan faedah ekonomi kepada pemiliknya. Susunan pasu-pasu yang ada kobis yang ditanam di dalam pasu menjadi hiasan di halaman rumah (Sila lihat foto disebelah)Deretan pasu berisi tanaman kobis yang sedang mekar disusun cantik bertingkat-tingkat pada beberapa sudut halaman rumah memang ia memikat mata amai orang yang memandang. Itu merupakan permandangan biasa bagi pemilik kediaman yang terletak di Taman Desa Telok Ira, Temerloh, Pahang dikenali dengan nama Nor Hayati Ismail. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang berpeluang elawat rumah tersebut bersama beberapa rumah lain yang mengikuti Program Pertanian Bandar dan Buku Hijau ini di Pahang.Tenyata pemilik rumah ini mempunyai ideay sendiri apabila beliau memutuskan untuk berkebun sayur. Asalnya dia mahu tanaman itu bukan sekadar dapat memenuhi keperluan dapurnya akan tetapi lebih penting mengindahkan lagi halaman rumah yang telah pun dihiasi dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang lain. Pada awalnya dakwa beliau dimana dia tercabar dengan kata-kata rakan-rakan dalam 'geng kebun' yang merasakan agak mustahil untuk menanam kubis dalam pasu lebih-lebih lagi di kawasan panas. Lalu sebagai percubaan awal dahulu dia menanam dalam dua pasu sahaja akan tetapi akhirnya ia tumbuh dengan baik membuatkan dia bersemangat untuk tanam lebih banyak lagi.


Sehingga kini selain tanaman kobis dia sudah menanam salad dan kubis bunga, di samping bunga seperti kekwa, vinca, mawar Jepun dan petunia. Dia dakwa tanaman kobis yang ditanam dalam pasu dimana apabila sudah mula membesar nampak lebih cantik dan menarik. Dari situ maka telah timbul idea untuk beliau dapat menyusunnya di halaman rumah dan nampak unik (Sila lihat foto disebelah)Berbangga dengan kreativitinya dia kini telah mengambil gambar jambangan kubis yang mekar cantik seolah-olah bunga mawar di halaman rumah dan dimuat naik ke akaun Facebook miliknya. Apa yang mengejutkan kerana apabila gambar-gambar tersebut menjadi tular dan kini telah memperoleh jumlah perkongsian yang mencecah sehingga 2,000 daripada pelayar media sosial yang tertarik dengan keunikan hiasan tersebut. Ramai netizen dakwanya yang mula bertanya lebih lanjut bagaimana dia mengendalikan tanaman kobis dan pelbagai variasi bunga sehingga menjadi hiasan yang begitu cantik. Beliau semakin aktif serta selalu  berkongsi gambar tanam-tanaman saya di laman Facebook sejak beberapa tahun lalu. Bukan tujuan untuk menunjukkan, sebaliknya sebagai simpanan untuk dia dapat mengmbau kembali pada di kemudian hari. Ia juga adalah album dalam FB di kebunnya yang tidak boleh dipadam. Kini dia lebh gembira apabila sedar gambar tanaman kobisnya menjadi tular dan mendapat perkongsian sehingga ke luar negara. Kini jika ada masa terluang yang dimiliki oleh suri rumah ini telah membolehkannya berbudi kepada tanah dengan menggunakan kreativiti dan usaha sendiri. Dia tidak berharap pada suami atau anak-anak biarpun mereka sedia sahaja membantu jika diminta.


Apabila ditanya wartawan akhbar utusan dia mendedahkan rahsia yang menjadikan setiap tanamannya hidup subur maka dia mengakui perlu buat penjagaan bagi semua jenis tanaman amat memerlukan kesabaran dan kasih sayang (Sila lihat foto disebelah). Menjaga tanaman sayur dan bunga-bungaan ini sama seperti menjaga manusia. Kalau kita berikan perhatian dan kasih sayang yang cukup, tanaman akan tumbuh dan hidup subur. bagitu pun sekiranya kita bersikap terburu-buru untuk tujuan mendapatkan hasil dalam tempoh yang singkat maka tanaman akan mengalami tekanan dan akhirnya ia tidak menjadi. Dakwanya bagi memastikan tanaman hidup subur, dia hanya menggunakan tanah organik yang tidak dicampur dengan mana-mana tanah lain yang diperoleh dari kedai bunga. Amalan penggunaan baja yang bersesuaian dan cukup juga penting bagi membekalkan nutrien-nutrien tumbuhan yang lengkap dengan mineral, asid humik dan asid amino yang meluas dipakai dalam sektor pertanian. Dari aspek siraman air pula, dia melakukan rutin penjagaan harian dengan dua kali siraman sehari ketika cuaca panas. Dia akan tetap akan menyiram pokok-pokok bunga miliknya walau hari hujan kerana pokok-pokok yang tumbuh dan merimbun tidak memperoleh air hujan yang mencukupi berbanding pokok yang ditanam di dalam pasu. Pada masa ini ada kalangan kenalan serta jiran-jiran menyifatkan dia mempunyai 'sentuhan ajaib' kerana kebolehan dalam mengendalikan tanaman yang dianggap sukar oleh pihak an sesetengah orang. Dalam pada itu, disebabkan dia sendiri tidak begitu gemar makan sayur, hasil tanaman yang diusahakan dihulurkan kepada jiran tetangga yang datang berkunjung. Dakwanya lagi ada juga orang luar yang singgah rumah untuk membeli sayur-sayur ini. Sesetengahnya sanggup membeli pada harga yang lebih mahal daripada kedai. Sebenarnya hobi ini telah sedikit sebanyak memperoleh pendapatan hasil daripada minat yang mendalam terhadap tanaman hijau. Beliau kini juga menganggap nurseri tanaman di sekitar daerah tempat tinggalnya bagai rumah kedua kerana terlalu obses dengan keindahan pokok dan bunga, sehinggakan setiap bunga yang baharu sampai, dia menjadi pelanggan pertama. Semakin ramai pemilik kedai bunga dan penjual baja menggunakan gambar-gambar tanaman milik beliau bagi melariskan lagi jualan. Dikatakan sejak berkebun, dia amat seronok melihat perubahan ruang di halaman rumah yang dipenuhi tanaman menghijau dan warna-warna bunga yang pelbagai. Kini dia juga dapat menambah kenalan baharu dari serata tempat termasuk negara jiran, Indonesia melalui perkongsian dalam media sosial. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca dan pelayar anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HOBI PERTANIAN... MENARIK JUGA...
TANAM KOBIS... BERSAMA BUNGA....
LANDSKAP MENARIK... VIRAL 'FB' NYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 JamailAkhir 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...