mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 7, 2018

FENOMENA KARAT BUAH NANGKA

KARAT BUAH NANGKA yang pernah menjadi fenomena buruk kepada petani dan pakar-pakar pertanian merupakan satu perkara yang penulis blog bincang kali ini. Nangka (Artocrpus heterophyllus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Moraceae yang kini telah dikomersilkan di Malaysia. Jabatan Pertanian melalui Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) telah memertabatkan tanaman nangka dengan mengkomersilkannya terutama di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Kini terdapat seluas 5,514 hektar tanaman nangka diseluruh negara dengan pengeluaran dari Negeri Sembilan sahaja mencapai 7,375 mt diikuti Pahang (6,522 mt) dan Sabah sebanyak 4,290 mt (Sumber: Laporan statistik tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2017). Penanaman nangka menrik minat ramai petani kerana ia mudh ditanam, cepat mengeluarkan hasil serta potensi pasarn domestik serta pasaran eksport ke USA dan ke China. Saya ada menulis berpuluh-puluh artikel mengenai nangka sebelum ini dimana ia boleh dirujuk dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak pautan lagi. Antara varieiti nangka yang popular ditanam adalah J32 (Mantin), J33 (Tekam Yellow), J36 (Nangka Madu), J37 (Mastura), J28 (Subang) dan juga J31 (NS101). Penulis blog dapati nangka Tekam Yellow (J33) merupakan jenis nangka yang paling disukai petani dan pengguna kerana nangka ini mempunyai nilai kualiti terbaik kerana kemanisannya, rangup, warna kuning keemasan, aroma yang kuat, tahan lama dan juga ianya mempunyai kualiti untuk pasaran eksport. Penulis blog pernah terlibat dalam promosi pemasaran nangka Tekam Yellow di Nanning, China dalam Malaysia Fruit Fair 2017. Artikel subuh ini didalam hujan musim tengkujuh dari Hotel Jeti Tg Gemok, Rompin, Pahang saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' bagaimana fenomena kejadian karat nangka ini terutama nangka Tekan Yellow (J33) pernah mengusarkan banyak pihak.


Fenomena Karat Isi Nangka (Jackfruit Bronzing) pertama kali dilaporkan dikesan di Malaysia pada tahun 2010 iaitu dibeberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka terhadap nangka varieti Tekam Yellow (J33) terutamanya. Terkini masih sama dilaporkan dimana seluas 23.4 hektar kawasan penanaman nangka pernah terjejas dengan serangan karat nangka terutama dikawasanpokok nangka yang masih belum matang lagi. Fenmena karat nangka ini telah menjejaskan kualiti isi buah nangka kerana nilai komestik buah tersebut ada kesan bintik dan jalur perang seperti karat pada ulas dan jerami buah (Sila lihat foto paling atas). Penulis blog melawat projek tanaman nangka yang pernah diserang karat nangka di TKPM Ulu Sungai, Raub, Pahang dan TKPM Lanchang, Temerloh Pahang bagi melihat sendiri lokasi serangan berlaku (Sila lihat foto disebelah). Banyak pihak yang terlibat melihat isu ini termasuk Jabatan Pertanian, MARDI dan Universiti Tempatan dengan menjalankan kajian, bancian dan penelitian serta menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Kawalan Penyakit Karat Nangka di peringkat pusat dimana penulis blog terlibat. Terdapat asas laporan dimana kes fenomena ini adalah berpunca daripada serangan kulat dan bakteria. Jabatan Pertanian kenalpasti sejenis kulat dikelani sebagai Rhizopus sp manakala penyelidik MARDI menemui bakteria dikenali sebagai Pantoea sp dari sampel buah diteliti dimakmal. Semua hasil kajian dilaporkan dalam jawatan kuasa untuk dibincangkan dan bagaimana cara dan kaedah sesuai untuk pengawalannya.

Terdapat juga awalnya dimana ujud spekulasi penyakit ini adalah akibat kekerapan hujan dilokasi serangan yang mana ia menjadi lembab. Nangka Tekam Yellow apa yang penulis blog tahu mempunyai ''bahu melekuk'' pada tangkai buah yang boleh menakung air hujan (Sila lihat foto disebelah). Jika berterusan dipercayai air ini akan menyebabkan serangan kuat dan masuk kedalam buah. Lekukan ini dikatakan menyebabkan kesan karat pada buah nangka dimana dari penelitian didapati karat nangka lebih kerap berlaku dikawasan yang sering mendapat hujan banyak pada pokok nangka berumur diantara 2 - 5 tahun. Keadaan hujan musim tengkujuh adalah satu ancaman kepada industri tanaman buah nangka. Dalam pada iru merujuk kepada maklumat luaran, penulis blog dapati serangan seperti ini ada dilaporkan di Filipina dimana daripada temuan saintis mereka didapati kejadian karat nangka dinegara tersebut disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Pantoea stewartii melalui beberapa siri kajian. Mereka membuat inokulasi bakteria ini terhadap buah nangka yang sihat dimana memang buah tersebut akhirnya berlaku serangan karat nangka. Di Malaysia berdasarkan hasil kajian oleh MARDI dan pemerhatian oleh Jabatan Pertanian telah menyokong temuan daripada saintis Filipina.

Terkini kajian tertumpu kepada membuat isolat bakteria yang dibawa ke makmal di Malaysia terdapat patogen bakteria iaitu bakteria Pantoea stewartii pada sampel buah nangka yang diserang. Kesan serangan ini menyebabkan isi buah nangka dan jerami akan ada bintik atau jalur karat berwarna coklat (Sila lihat foto disebelah). Jika diambil bahagian yang diserang ini ia adalah kurang manis dan ada rasa pahit sedikit dimulut. Walau pun kulit luar buah nangka J33 ini kelihtan baik seakan tiada apa juga serangan, tetapi apabila buah nangka ini dibelah dan dikupas isinya maka ketika itu baru tahu akan berlaku isu karat nangka didalamnya. Apabila berlaku maka kualiti buah akan turun malahan pembeli akan marah kerana buah yang cantik diluar tetapi apabila dibuka didalamnya tidak baik. Mereka akan minta ganti baru atau tidak mahu membelinya lagi. Kawalan untuk mengatasi masaalah karat nangka ini banyak dibincangkan dikalangan saintis dan penulis blog terlibat didalam memberikan idea. Antara kaedah untuk kita kurangkan serangan karat nangka adalah menggunakan benih nangka yang tahan serangan ini, lakukan cantasan terbuka pokok nangka, penggunaan baja mengikut pakej amalan teknologi, sanitasi kawasan tanaman nangka, buat semburan bahan kimia yang sesuai dan sentiasa membuat pemantauan diladang. Oleh kerana rekod menunjukkan kes serangan karat nangka hanya pokok nangka muda diantara umur pokok 2-5 tahun maka peringkat ini perlu dibuat pemerhatian rapi. Walau pun ada dikalangan orang tertentu tidak dibenarkan menanam nanas (Ananas commosus) didalam kawasan tanaman nangka tetapi perkara ini tidak benar sama sekali. Ini kerana ada pendapat tanaman nanas membawa patogen yang merbahaya seperti Ervinia spp dan ia akan menyerang pokok nanas dan nangka. Semuga tulian ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM NANGKA... DIMANA-MANA...
KARAT NANGKA...SATU FENOMENA...
SUDAH DIKAWAL... ADA CARANYA....
BACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1219, Hotel Jeti Tanjung Gemok,
Tg Gemok, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...