mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 6, 2018

APAKAH ISU PAJAK TANAH? - MEDIA KATA

PAJAKAN TANAH merupakan satu kaedah biasa iaitu ada urusniaga dimana tuanpunya tanah (pemberi pajak) memberi kepada pihak lain (penerima pajakan) satu kepentingan ke atas tanah kurang dari pegangan bebas dan kurang dari apa yang pemberi pajak berhak. Kanun Tanah Negara (KTN) pula walau bagaimanapun memberi definasi pajakan sebagai pajakan atau pajakan kecil berdaftar bagi tanah beri milik. Definisi ini telah menyempitkan makna pajakan secara teknikal dan mengeluarkan perjanjian pajak dan tenansi bebas daftar. Memang ada banyak tanah yang dipajak, disewa atau diikat dengan surat perjanjian diantara pemilik dan pengguna sama ada tanah tersebut Tanah Kerajaan, Tanah Bermilik atau tanah TOL. Pada masa ini banyak kerajaan negeri telah menambahbaik sistem pajakan tanah kepada pengguna dengan tujuan untuk pembangunan berkonsepkan '' Win-win situation''. Tanah yang dipajak ini akan digunakan seterusnya untuk pembangunan didalam sektor pertanian, industri dan sebagainya. Pajakan adalah berbeza dengan konsep sewaan dimana ada sekatan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi diantara kedua belah pihak. Foto diatas adalah contoh projek tanaman nanas varieti Madu Kaca yang di tanam di Rantau Panjang, Kelantan dimana pekebun menyewa atau memajak tanah pekebun lain terutamanya didalam program tanaman semula getah berkelompok RISDA. Anda boleh membaca mengenai perkara ini dalam tulisan saya bertajuk ''Pajakan Tanah - apa dia?'' dengan membuat pautan (Sila klik disini) yang saya tulis sebelum ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai cerita iaitu mengenai pajakan tanah seperti yang ada dilaporkan oleh media tempatan untuk dikupas dan difahami isinya oleh semua pembaca blog ini.

Dalam laporan media oleh BERNAMA bertajuk "Perak perlu akur keputusan Kanun Tanah Negara" oleh wartawan Saifullah Ahmad berita dari Ipoh, Perak telah menyatakan dimana Kerajaan Perak perlu akur dengan sebarang keputusan Kanun Tanah Negara (KTN) kerana ia dipersetujui semua negeri yang menganggotai Majlis Tanah Negara (MTN). Bekas Pengarah Tanah dan Galian Perak, Datuk Abu Zar Omar berkata, bagi isu pemberian geran hak milik tanah kampung baharu, MTN juga bermesyuarat tiga kali iaitu pertama menetapkan tempoh pajakan dari 30 tahun kepada 60 tahun dan kali kedua pula menaikkan tempoh 60 tahun kepada maksimum 99 tahun. Beliau berkata, pada tahun 2008, MTN sekali lagi bermesyuarat membincangkan keputusan kerajaan Perak ketika itu memberikan hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baharu dan keputusan diambil adalah mengekalkan keputusan pada mesyuarat kedua dengan memberikan tempoh maksimum 99 tahun. “Sebenarnya KTN ini perhimpunan wakil-wakil negeri yang bersetuju apa yang dibincangkan dijadikan keputusan dan mesti diikut. “Jadi tak timbul ia sebagai penasihat, sama ada boleh ikut atau tak boleh diikut tak perlu timbul sebab dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dari Perkara 83 sampai 91 itu semua urusan tanah mesti diikut,” katanya ketika menjadi panel Bicara Harapan Rakyat Siri 1 di sebuah hotel di sini, hari ini. Beliau berkata, isu pemberian hak milik kekal itu tidak timbul di negeri lain malah di Selangor, kerajaan negeri menetapkan pajakan tanah hak milik sehingga 99 tahun.

Selepas bersara beliau kini tinggal di Selangor dan secara tidak langsung dia terlibat dengan proses pengambilalihan tanah di Selangor bagi projek Langat 2. Beliau telah banyak berdamping dengan pegawai tanah di negeri Selangor. “Di negeri Selangor sangat mudah, tidak timbul hak milik selama-lamanya dan mereka bagi pilihan untuk panjangkan tempoh pajakan sedia ada ke 99 tahun dan tanah teroka haram yang boleh diberikan pajakan 99 tahun akan diberikan bagi tempoh itu,” katanya. Dalam pada itu, beliau didapati turut menasihatkan supaya jika ada sebarang keputusan mesti memikirkan kesan jangka panjang kepada negeri terutama dari sudut pendapatan kerajaan. “Beliau mencadangkan semua tanah-tanah kampung tersusun, kampung baharu dan sebagainya diberikan tempoh pajakan sama rata selama 99 tahun dengan dua cara,” katanya. Katanya, cara pertama yang boleh digunakan iaitu kerajaan mengenakan bayaran RM1,000 kepada pemilik tanah dengan syarat tanah tidak boleh dipindah milik, dicagar dan sebagainya atau kedua, mereka perlu membayar premium tanah mengikut harga pasaran semasa. “Kita minta kerajaan dahulu, sekarang dan akan datang pertimbangkan perkara ini. Kita memerlukan duit dan hasil negeri. Jadi jika kita terlalu fleksibel, potong 80 peratus dan kutip 20 peratus daripada harga semasa di mana hasil kita?. “Betullah kita nak popular tetapi kita nak mentadbir negeri, nak bayar gaji YB dan pegawai, yang ini kita perlu fikirkan untuk generasi kita dan akan datang,” katanya. Sebelum ini, janji manifesto kerajaan PH Perak untuk memberikan hak milik kekal kepada penduduk kampung tersusun, kampung baharu dan Felda menjadi polemik selepas timbul banyak pandangan mengenai pelaksanaannya. Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Madya Fakhruldin Mohd Hashim sebagai moderator. Antara tetamu yang hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming; Exco kerajaan negeri, pegawai kerajaan, Ahli-ahli Majlis pihak berkuasa tempatan dan juga ramai ketua-ketua kampung.  MB lepas kuasa pindah milik, gadaian dan pajakan tanah.


Di Kuantan, Pahang wartawan Norkhalilah menyatakan dimana Menteri Besar Pahang mengumumkan penurunan kuasa pihak berkuasa negeri (PBN) kepada Pentadbir Tanah dan Pendaftar Daerah bagi tujuan mendapatkan kelulusan pindah milik, gadaian dan pajakan tanah rakyat negeri ini, berkuat kuasa serta-merta. YAB Menteri Besar  berkata dimana keputusan itu dibuat PBN bagi memendekkan masa serta memudahkan urusan berkaitan kelulusan perkara tersebut. Menurutnya penurunan kuasa ini termaktub di bawah bidang permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian bagi tujuan suami isteri, anak-beranak, waris kadim dan bukan waris kadim. Semua permohonan tersebut sama ada hak milik Pejabat Tanah atau hak milik Pejabat Pendaftar hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah dan diproses untuk dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah. Keputusan bagi permohonan yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh sehari atau dua hari bekerja. “Begitu juga bagi tujuan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah sama ada individu atau syarikat dalam kategori Melayu kepada Melayu, bukan Melayu kepada bukan Melayu dan bukan Melayu kepada Melayu diturunkan dari Kuasa PBN kepada Pendaftar atau Pengarah PTG bagi hak milik Pejabat Pendaftar dan Pentadbir Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah bagi hak milik Pejabat Tanah. “Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja sekiranya wujud masaalah untuk dokumentasi permohonan, telah lengkap. Perlu diingat ia hanya bersabit urusan bagi tanah yang sudah mempunyai geran milikan sahaja,” katanya pada sidang media di Wisma Pahang, Jalan Gambut di sini, pagi tadi. Wan Rosdy berkata, pindah kuasa atau penurunan kuasa ini diharapkan dapat memanfaatkan dan memudahkan rakyat dalam membuat urusan tersebut. Tanaman secara fertigasi antara yang popular di Pahang (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya, hal ini berbeza dengan cara lama yang mana pemohon perlu memohon kepada Pejabat Tanah kemudian Pejabat Tanah perlu kemukakan kepada Pejabat Tanah Galian (PTG) dan seterusnya dihantar ke Pejabat Menteri Besar untuk dipertimbangkan. “Perkara tersebut juga akan menyebabkan tempoh permohonan menjadi terlalu lama sehingga berbulan-bulan. Kekangan dari segi sumber manusia juga menyumbang kepada kelewatan ini berbanding dengan pertambahan permohon­an pemilikan tanah dari semasa ke semasa,” katanya.

Laporan Bernama di Terengganu pula pada 18 Ogos 2018 yang bertajuk  "Terengganu seragamkan tempoh pajakan tanah" dengan satu lagi kenyataan Kerajaan Negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini. Menteri Besar masa itu iaitu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pemanjangan tempoh pajakan itu akan memudahkan rakyat negeri ini membuat urusan pinjaman bank bagi tujuan tersebut. "Sebelum ini, pihak bank agak sukar meluluskan pinjaman bagi tempoh pajakan tanah yang pendek (bagi tempoh pajakan 30 atau 60 tahun).   "Dengan langkah penyeragaman ini, kita harap akan lebih ramai rakyat negeri ini dapat memiliki tanah sekaligus dapat membina kediaman masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini. Sementara itu, Ahmad Razif menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai langkah kerajaan negeri menawarkan tanah kepada golongan muda yang berkahwin di negeri ini sebagai 'gula-gula' menjelang PRU14. "Ia tidak benar kerana pemberian tanah kepada mereka yang laya adalah sebahagian daripada janji kerajaan untuk menghapuskan masalah pemilikan kediaman oleh golongan muda di negeri ini (Sila lihat foto disebelah). Ia tidak ada kena mengena dengan PRU14," katanya. Pada 1 Ogos lalu, kerajaan negeri mengiklankan 5,900 lot tanah kosong di seluruh negeri untuk dipohon golongan muda yang telah berkahwin bagi membina kediaman masing-masing. Mengenai kematian empat mangsa sengatan tebuan di daerah Dungun, Setiu dan Besut baru-baru ini, Ahmad Razif meminta pihak berkuasa tempatan bertindak segera mengenal pasti kawasan berisiko dan menghapuskan sarang tebuan secepat mungkin supaya kejadian sama tidak menimpa orang lain. "Kita mohon juga bantuan Angkatan Pertahanan Awam turut membantu menghapuskan mana-mana kawasan yang mempunyai sarang tebuan. Orang ramai turut dinasihatkan tidak mendekati sarang berkenaan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya. - Bernama.

Dalam Berita Harian pula dengan tajuk berita "Tukar status pemilikan tanah ikut keutamaan" dipetik dari Seremban, Negeri Sembilan ada kenyataan dimana terkini pertukaran status pemilikan tanah bagi tujuan kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal di negeri ini akan dilakukan dengan berdasarkan keutamaan tapak yang sudah hampir tamat tempoh pajakan 99 tahun (Sila lihat foto disebelah). Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata selain itu setiap pemilik rumah hanya dibenarkan menukar status pemilikan tanah bagi satu unit rumah kediaman yang dibeli sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sahaja dan tidak membabitkan tanah jenis lain termasuk pertanian. Beliau berkata, permohonan pemilik yang tanah kediaman mereka masih mempunyai tempoh pajakan yang panjang akan turut diproses, namun tidak dianggap sebagai kes yang perlu diberi keutamaan. "Kita akan pilih permohonan pemilik rumah yang tempoh tamat pajakan semakin hampir terlebih dahulu sebelum mereka buat permohonan lain diproses. "Kita juga menetapkan syarat setiap orang hanya boleh menukar status pemilikan satu unit rumah. Jika mereka mempunyai banyak rumah, pemilik perlu memilih satu rumah sahaja untuk ditukar kepada status hak milik kekal," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Catur Xiangqi Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said di sini, hari ini. Kelmarin, Aminuddin dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menukar status pemilikan tanah pajakan menjadi hak milik kekal seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU-14. Dalam perkembangan lain, Aminuddin, berkata acara tahunan Port Dickson International Triathlon (PDIT) akan diteruskan pada tahun depan walaupun penganjurannya kali ini terpalit dengan insiden kemalangan mengorbankan dua peserta, selain didapati tidak mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan. "Kita tidak membatalkan penganjuran sebarang acara termasuk PDIT pada tahun depan, namun kita akan pastikan penganjur mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mendapatkan kebenaran Pesuruhjaya Sukan," katanya.

Dalam media lain yang bertajuk "Hak milik tanah 999 tahun bercanggah Perlembagaan" mengikut Ahmad Faizal, MB Perak ada menyatakan dimana kerajaan negeri menetapkan pendirian bahawa cadangan untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung2 Baru bercanggah dengan Perlembagaan. Beliau berkata, semakan dengan pihak Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau 'leasehold' bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun. Menurutnya, mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan atau leasehold bagi kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. Sebarang keputusan ini sekaligus mengikat semua negeri di seluruh Semenanjung seperti peruntukan di bawah Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan, oleh itu cadangan untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru adalah bercanggah dengan Perlembagaan. "Memandangkan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan, perkara ini akan dipanjangkan kepada kerajaan Pusat untuk pertimbangan melalui MTN," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Ahmad Faizal, pekeliling oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan iaitu dari perspektif Perlembagaan, keputusan MTN yang dibuat di bawah Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan adalah sebahagian daripada efek operasi undang-undang yang mengikat kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk mematuhinya.

Sehubungan itu jika ada tindakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang telah membelakangi keputusan MTN maka tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai tidak mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ahmad Faizal kini kerajaan negeri juga mengambil pendirian tegas bahawa tanah kerajaan negeri tidak boleh dipindah milik individu lebih-lebih lagi jika melibatkan aktiviti pencerobohan. Kata beliau, bagaimanapun atas budi bicara, kerajaan negeri boleh membenarkan tanah-tanah tersebut diusahakan dengan membuat permohonan menyewa atau boleh diberikan lesen pendudukan sementara (TOL).  Katanya, kerajaan negeri tetap bertegas bahawa tanah-tanah kerajaan negeri tidak boleh diberikan kepada individu sewenang-wenangnya kerana ia akan memberi kesan kepada jumlah rizab tanah atau 'land bank' kerajaan negeri. "Tanah adalah aset yang amat berharga kepada kerajaan dan sekiranya kerajaan negeri memberikan hak pemilikan kepada semua mereka yang menceroboh tanah kerajaan, ia akan membuka ruang atau 'floodgate' kepada lebih banyak aktiviti pencerobohan. "Ini juga akan memberi kesan jangka masa panjang kepada perancangan kerajaan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya di masa depan," katanya. Semuga anda semua mendapat info berguna mmbaca artikel mengenai isu pajakan tanah dalam aanim agro technology seperti dilaporkan oleh media tempatan. Wasallam!!!....
PAJAKAN TANAH.. DILAPORKAN MEDIA...
KERAJAAN NEGERI...MEREKA BERKUASA....
BANYAK SYARAT... ASALKAN BERJAYA...
BACA ARTIKEL.   TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ja;an Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahtu, Johor,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1440H bersamaan 1811/ 18).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...