mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, November 12, 2018

RAHSIA PINACOLADA!!!

PINA COLADA merupakan sejenis produk minuman berasaskan buan Nenas dan Kelapa yang digabungkan dengan Rum (Alcohol) sebagai sejenis produk berkhasiat. Makanan dipanggil sebagai ''Piña colada" ini sebenarnya adalah sejenis 'cocktail' yang manis dibuat dengan campuran rum, krim kelapa atau santan kelapa dan juga jus nanas. Biasanya ihidangkan dalam bentuk 'blended' atau dalam bentuk 'shake' dengan air batu. Biasanya sebagai hiasan akan diletakkan (garnished) dengan potongan buah nanas, maraschino cherry atau pun keduanya. Pada penulis blog kemudian mendapat tahu dimana produk piña colada sebenarnya telah menjadi minuman rasmi negara Puerto Rico semenjak tahun 1978 lagi. Nama piña colada memang gabungan daripada buan nanas (Pineapple) dan juga buah Kelapa (Coconut) serta Rum (Da). Ia menjadi minuman yang mesti dihidangkan dalam majlis-majlis rasmi dinegara tersebut dan menjadi kebangaan mereka. Dalam penulis ingin mengetahui lebih mendalam mengenai makanan ini, secara umumnya produk ini telah dilaporkan dimana dalam menggunakan 3 Bahagian Jus Nanas (3 aun), 1 bahagian 'Light rum' (1 aun)  dan juga 1 bahagian krim kelapa (1 aun) atau dengan kadar campuran 3:1:1. Minuman atau pun cocktail ini tentunya mempunyai rasa dan aroma daripada 3 bahan yang digunakan iaitu nanas, kelapa dan juga rum. Ia biasanya tidak dibubuh gula lain sebagai pemanis kerana jus nanas itu sendiri sudah manis. Oleh kerana minuman ini ada rum (alkohol) maka ianya kurang sesuai untuk orang Islam meminumnya. Bagaimana pun jika ada bahan sesuai yang boleh diguna sebagai pengganti rum (alcohol) maka ia kini boleh di makan oleh umat Islam seperti menggunakan cuka makan dan pengawet lain yang sesuai tanpa banyak mengubah rasa asal Pina Colada. Penulis blog namakan produk ini sebagai 'Pina Colama' iaitu produk baru dari Malaysia yang dilancarkan semasa MAHA 2018. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi produk Pina Colada sekadar memberi info kepada semua pembaca setia.


Menyediakan piña colada yang asli mudah sahaja asalkan ada bahan-bahan yang mencukupi dan berkualiti. Bahan penting pastinya adalah santan kelapa, jus nanas, rum putih dan juga ketulan ais. Sukatan yamg disyorkan adalah menggunakan sebanyak 120 ml jus nanas (jus segar atau dari jus nanas dalam tin), 60 ml rum putih, 60 ml santan kelapa (coconut cream) dan juga potongan kepingan nanas untuk hiasan atau payung kecil. Mula-mula ambil ketulan ais dan masukkan kedalam alat pengoncang minuman seperti 'Boston Shaker' atau pengisar (blender). Tuangkan rum putih kedalam shaker dan kemudian dimasukkan jus nanas serta santan kelapa dan digoncang dengan tangan sehingga sebati. Keluarkan dari shaker dan masukkan kedalam gelas minuman (sila lihat foto disebelah) dan ia sedia untuk diminum. bagaimana pun untuk hiasan anda boleh meletakkan kepingan cherry atau potongan nanas atau payung kecil untuk menambahkan seri minuman tersebut. Enak diminum sesa segar baru dibuat sebelum air batu mencair dan kurangkan kemanisan dan aroma Pina colada. Bagi kaedah kedua masukkan ketulan ice cube kedalam blender dan masukkan rum putih, air santan kelapa dan jus nanas dan kisar sehingga hancur. Kemudian dikeluarkan daripada pengisar dan sedia untuk dihidangkan dengan sedikit hiasan menarik. 


Apa yang menarik lagi mengenai produk ini adalah kandungan nutrisi Pina Colama yang disediakan. Kajian nutrisi menunjukkan setiap 100 gram produk yang diambil ia mengandungi nutrisi sebanyak 174 kalori, kandunag Lemak tidak tepu (1.9 gram) atau sekitar 2%, kandungan lemak Tepu (1.6 gram) atau 8%, Tiada lemak polyunsaturated, Lemak monosaturated hanya 0.1 gram, Tiada kandunga kolesterol (0%), Garam Sodium (6 mg), Potassium 71 mg (atau 2%), Karbohiderat sebanyak 23 gram atau 7%, Fiber hanya 0.3 gram atau 1%, kandungan gula sebanyak 22 gram dan Protein 0.4 gram. Sementara itu dimakmal diuji kandungan Vitamin A (0%). vitamin C (8%), Kalsium (0%), Zat Besi (1%), Vitamin B-6 (0%), Cobalamin (0%) dan juga mineral magnesium (2%). Kandunga tenaga boleh disesuaikan dengan keperluan kalori harian setiap individu.  Enak diambil sebaik sahaja ia didiapkan dan terus minum. Hidangan boleh diambil setiap hari sekali bergantung kepada ketersediaan bahan pina colada untuk diminum dan juga minat seseorang terhadap minuman ini. Dikawasan tropika yang mempunyai pantai dengan matahari cerah memang minuman pina colda ini menjadi salah satu pilihan terutama di hotel-hotel yang ramai pengunjung seperti di Hawaii, Pataya (Thailand), Filipina, Amerika Selatan dan sebagainya.


Sebenarnya resepi pina colada ini hanya menggabungkan 3 ingredient utama iaitu RUM, KELAPA dan NANAS sahaja tetapi ia boleh dijadikan banyak kombinasi dan variasi. Hanya kadar campuran setiap ingredient itu yang akan membezakan Pina Colada tersebut sama kada 3:1:1 ini diikuti atau diubah komposisinya yang akan menukar rasa, aroma dan keenakannya. Ia juga dapat dibezakan jika dicampr dengan aiu kuib dengan menggoncang (shake) atau mengisar (blend) sebelum dihidangkan. Ia juga boleh gunakan pelbagai jenis rum yang akan memberikan kelainan produk pina colada ini. Ianya boleh menjadikan warna, bau, rasa dan kepekatan produk ini bergantung kepada bahan asas rum yang digunakan. Ada juga Pina Colada yang digabung dengan beberapa perisa lain seperti dicampur jus buah kiwi, jus buah epal, jus oren, jus belimbing, jus strawberry dan sebagainya bagi tujuan menambah dan mengubah citarasa pengguna. Juga hiasan yang digunakan sama ada kepingan nanas (Sila lihat foto disebelah) atau Buah Ceri Maraschino. Apa pun ada Pina Colada jenis 'smoothie' yang kini semakin popular dipasaran. Penulis blog mendapat info dimana minuman Pina Colada ini bukan mudah didapati di mana-mana bar di bandar-bandar sebaliknya kajian antarabangsa melaporkan dimana ia banyak disediakan dan dijual di hotel-hotel, bar dan restoren dikawasan pesisir pantai. Terkini terdapat Pina Colada yang tidak dibubuh alkohol sebaliknya menggunakan bahan lain yang mana ia sedikit sebanyak mengubah citarasa tetapi masih ramai peminatnya. Paling asas adalah produk ini memberikan khasiat terbaik dan mudah disediakan. Penulis blog yang berusaha keras mempromosikan produk menggunakan nama dan resepi hampir serupa di Malaysia dengan nama ''PINA COLAMA'' percaya bahawa produk ini akan mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong asing dimasa akan datang jika ppromosi dijalankan berterusan. Industri nanas dan kelapa negara akan dapat berkembang baik dimasa akan datang dengan permintaan untuk produk seperti ini dimasa akan datang. Dinasihatkan mencuba minuman ini semasa MAHA 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor dari 22 November 2018 - 2 Disember 2018. Semuga tulisan ini memberi info terbaik kepada semua pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!..


NAMA PRODUK... ADALAH 'PINCO LADA'...
JUS NANAS... RUM DAN KRIM KELAPA...
SUDAH POPULAR... DILUAR NEGARA...
PINACOLAMA ... IA PRODUK MALAYSIA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 RabiulAwal 1440).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...