Sunday, September 30, 2018

NANAS MD2 - PASARAN EKSPORT

NANAS MD2 (Ananas commosus) merupakan sejenis varieti nanas yang semakin popular ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. LPNM dalam usaha untuk membangunkan kawasan penanaman nanas di negara ini berusaha keras bersama pihak swasta dan pekebun kecil nanas bagi mempastikan pengeluaran nanas yang diiktiraf sebagai Sumber Rezeki Baru (SRB) terus berkembang. Penanaman nanas MD2 memerlukan masa agak lama berbanding dengan nanas tradisional seperti nanas Morris, Josapine, N36 dan sebagainya. Seluas 13,400 hektar nanas ditanam pada tahun 2017 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM610 juta melibatkan seramai 3,000 orang pengusaha. Beberapa program penanaman nanas seperti Program Pasaran Nanas bagi Premium MD2, Program Pengukuhan Penanaman Nanas, Program Tanaman Nanas Secara Intergrasi dan Pembangunan Industri Asas Tani berasaskan nanas menjadii tumpuan pembangunan nanas dalam negara. Terkini permintaan untuk pasaran eksport nanas MD2 semakin luas terbuka apabila negera China telah menerika protokol pengeksportan nanas MD2 ke negera tersebut pada tahun 2017. Negara China memerlukan kuantiti yang banyak untuk nanas MD2 berbanding dengan pasaran konvensional sedia ada seperti ke Singapura, Korea, Timur Tengah, Jepun dan sebagainya. Nanas segar MD2 yang berkualiti dari negara kita mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan menentukan penanam mengikuti persijilan MyGAP yang menjamin kualiti. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato' Salahuddin ayub telah melawat projek tanaman nanas di Ladang Kulim PIneapple Farm (KPF) untuk melihat sendiri aktiviti penanaman nanas dan melancarkan eksport pertama nanas kr Kuwait. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan paparkan testimoni akhbar mengenai potensi eksport nanas terutama nanas MD2.

Dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 224 September 2018 bertajuk "Malaysia perlukan kawasan penanaman nanas lebih luas penuhi permintaan eksport" dinyatakan negara memerlukan 3,000 hektar tanah lagi sebagai kawasan penanaman nanas Premium MD2 bagi memenuhi permintaan eksport yang semakin meningkat pada masa ini (Sila lihat foto disebelah)Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata buah tersebut ketika ini mendapat permintaan tinggi di 13 negara termasuk Oman, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki, China, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu Kuwait. Namun dengan kawasan penanamannya yang hanya seluas 2,000 hektar di seluruh Malaysia setakat ini maka ia sedikit menyukarkan Malaysia menampung permintaan berkenaan. “Potensi nanas ini sangat besar, malah hari ini pun dua kontena nenas (bersamaan 36 tan) telah dihantar ke pasaran Kuwait. Jadi kita menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100 kontena bersamaan 1,800 tan metrik nanas sebulan. Menurutnya daripada jumlah itu sebanyak 50 kontena atau 900 tan metrik nanas akan dieksport,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat ladang nanas Kulim (Malaysia) Berhad di Ulu Tiram, Johor Bahru. 

Testimoni lain bertajuk "Malaysia perlu kawasan penanaman nanas lebih luas penuhi permintaan eksport" oleh Bernama. YB Menteri, KSU Moa dan KP LPNM ketika melihat buah nanas dilabelkan ketika lawatan ke Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bharu semalam (Sila lihat foto disebelah). Berita yang dipetik Bernama nyatakan negara memerlukan 3,000 hektar tanah lagi sebagai kawasan penanaman nanas Premium MD2 bagi memenuhi permintaan eksport yang semakin meningkat pada masa ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata buah tersebut ketika ini mendapat permintaan tinggi di 13 negara termasuk Oman, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki, China, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu Kuwait. Namun, dengan kawasan penanamannya yang hanya seluas 2,000 hektar di seluruh Malaysia setakat ini, ia sedikit menyukarkan Malaysia menampung permintaan berkenaan. “Potensi nanas ini sangat besar, malah hari ini (semalam) pun dua kontena nanas (bersamaan 36 tan) telah dihantar ke pasaran Kuwait. Jadi kita menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100 kontena bersamaan 1,800 tan metrik nanas sebulan. “Daripada jumlah itu, 50 kontena atau 900 tan metrik nanas akan dieksport,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat ladang nanas Kulim (Malaysia) Berhad di Ulu Tiram, di sini, semalam. Salahuddin berkata pada masa depan, pihaknya menyasarkan untuk menembusi pasaran Eropah namun kini fokus lebih terarah kepada pasaran China berikutan bekalan nanas belum mencukupi. Beliau berkata, buat masa ini, dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak bersetuju menawarkan tanah untuk diusahakan dengan penanaman nanas namun belum diputuskan secara muktamad. Beliau berkata semua pihak diingatkan agar harus menjaga mutu dan kualiti buah yang dieksport supaya tidak menjejaskan kepercayaan negara luar terhadap pengeluaran nanas di negara ini.- Bernama.


Dalam laporan lain oleh Bernama dinyatakan tajuk "JCorp sasar keluar 3,800 tan metrik nanas" dimana YB Salahuddin Ayub (dua dari kanan) meletakkan buah nanas MD 2 di dalam mesin pengumpulan disaksikan Kamaruzzaman Abu Kassim (tiga dari kanan) di Ulu Tiram, Johor Bahru kelmarin (Sila lihat foto disebelah).  Kini Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 3,800 tan metrik nanas premium MD2 dengan 30 peratus adalah untuk eksport pada tahun depan. Diberitahu pengeluaran nanas MD2 de­ngan jenama Melita oleh Kulim itu dijalankan di ladang milik mereka, Kulim Pineapple Farm (KPF) di Ulu Tiram di sini dan anak syarikatnya, Renown Value Sdn. Bhd. di Ladang Selai dekat Kluang. Pengurus Besar KPF, Moha­mad Yami Bakar berkata, sasaran jumlah hasil pengeluaran na­nas MD2 sebanyak 3,800 tan metrik pada 2019 itu menyaksikan peningkatan sebanyak 200 tan metrik daripada 3,600 tan metrik yang disasarkan tahun ini.  Pada tahun ini sehingga Ogos, syarikat telah mengeluarkan 2,582 tan metrik nanas dan dijangka mampu mencapai 3,600 tan metrik akhir tahun ini, jumlah tersebut meningkat berbanding 2,176 tan metrik nanas dikeluarkan pada 2017.


 Syarikat Kulim (KPF) akan terus mengorak langkah dalam mengembangkan penanaman nanas dan sehingga kini terdapat 360 hektar tanaman nanas MD2 diusahakan secara komersial di Ulu Tiram di sini, Kluang dan terbaharu di Tanah Abang, Mersing, Johor. "Syarikat kini dalam perancangan untuk meluaskan tanaman kepada 1,000 hektar menje­lang tahun 2021,” katanya berucap semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ke KPF di Ulu Tiram di sini semalam. Antara yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, KSU Kementerian Pertanian Datuk Salehuddin, Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan. Mohamad Yami dalam taaklimatnya berkata pengeluaran benih nanas MD2 juga telah meningkat dari 2017 iaitu sebanyak 3.4 juta benih kepada 4.4 juta benih yang disasarkan pada tahun ini yang mana sehingga Ogos telah mencapai 2.6 juta benih. Dakwanya lagi buat masa ini jenama Melita sudah menembusi pasaran antarabangsa antaranya ke Emiriah Arab Bersatu, Oman, Iran, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Lebanon, Pakistan, Turki, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu ke Kuwait selain bakal menembusi pasaran China tidak lama lagi.


Dalam pada promosi pasaran nanas ke negara China terus dipergiatkan dimana dilaporkan "Promosi nanas Malaysia di China" dilakukan oleh Menteri Pertanian. Lawatan oleh B Menteri bagi merasmikan program mempromosikan nanas Malaysia di Walmart Beijing, China bersama beberapa pengeksport dari Malaysia dilancarkan (Sila lihat foto disebelah). Akhbar Harian Metro melaporkan dimana telah ada kebenaran mengeksport pelbagai jenis tanaman berasaskan buah-buahan mencerminkan keyakinan China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia, sama ada dari segi kebersihan, keselamatan atau keenakannya. Dalam pada itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) giat menjalankan promosi buah-buahan tempatan ke luar negara khususnya China. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, objektif program promosi ini untuk memperkenalkan keunikan nanas Malaysia. Malaysia kin tahu nanas MD2 tempatan itu memang manis, lebih berair dan serat yang bagus untuk kesihatan. Tambahan pula dengan keadaan iklim dan cuaca Malaysia yang menyebabkan nanas paling sesuai ditanam sepanjang tahun. Kes ini menjadikan nanas Malaysia sentiasa berada di pasaran. Di samping itu, tujuan promosi adalah untuk meningkatkan kesedaran jenama nanas segar dari negara ini. Diantara jenama yang terkenal di Malaysia termasuk Tropicale, Aqina Farm, Melita dan Royalmast. Kita harap jenama ini akan berada di pasar raya di China terutama di Beijing. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program mempromosikan nanas Malaysia di Walmart Beijing, baru-baru ini.


Eksport nanas segar Malaysia yang pertama ke China adalah pada Oktober 2017 menerusi beberapa syarikat. Hingga kini, 15 kontena nanas Malaysia berjaya dihantar ke China dengan anggaran 202 tan metrik dan nilai sebanyak RM1.5 juta. Dikhabarkan pada 2017 Malaysia mempunyai keluasan penanaman nanas sebanyak 13, 733 hektar dengan pengeluaran 394,000 tan metrik dan nilai RM515 juta sementara eksportnya pula RM155 juta. Pada masa ini Malaysia menyasarkan RM320 juta untuk eksport produk nanas dengan jumlah pengeluaran sebanyak 700,000 metrik tan pada 2020. Sektor nanas akan terus diperkasakan di sepanjang rantaian bekalan dengan meluaskan lagi program penanaman nanas MD2 Malaysia apabila kita menyasarkan keluasan tanaman nanas ini sebanyak 5,500 hektar menjelang 2020. Diantara usaha yang dilakukan seperti pembukaan dan perluasan kawasan baru untuk tanaman nanas bagi memastikan nanas dapat dibekalkan dengan kuantiti mencukupi (Sila lihat foto disebelah). Pengeluaran nanas yang berkualiti dengan penggunaan Sijil Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dan program ini dibantu Jabatan Pertanian (DOA). Pada masa ini lebih banyak kebun nanas telah dipersijilkan dengan MyGAP untuk membolehkan pasaran nanas akan terus berkembang.


Dalam akhbar berbahasa China bertajuk "Buah nanas MD2 mendapat sambutan di China" didapati memberikan inpirasi baru kepada ramai penanam nanas. Ini kerana telah ada halatuju industri nanas di Malaysia dibawah program Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) termasuk pembangunan nanas MD2 untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam keterangan oleh Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim menyatakan antara tujuan pembangunan nanas adalah untuk meningkatkan pengeluaran nanas secara komersial terutama untuk tujuan eksport serta hendak melahirkan pengusaha pendapatan tinggi selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN). Dalam pada itu pengeluaran nanas dijangka tumbuh pada kadar 22.1 peratus setahun dengan unjuran pengeluaran nanas sebanyak 700,000 tan metrik pada 2020. Pendekatan Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Program Kawasan Nanas Lestari (KNaL) akan diperluaskan ke seluruh Malaysia untuk mencapai matlamat peningkatan pengeluaran dan jaminan bekalan khususnya nanas yang mencukupi, konsisten serta berterusan. Jumlah eksport produk nanas Malaysia pada 2016 adalah RM138 juta dan ianya terus meningkat. Sasaran nilai eksport nanas pada 2020 adalah RM320 juta sejajar dengan pembukaan pasaran yang meluas di China terutama varieti MD2. Nilai pengeluran nanas negara dijangka mencecah RM1 bilion pada 2020 dengan perancangan pengeluaran yang rapi. Pada masa ini seluas 13,148 hektar kawasan nanas menghasilkan sebanyak 391,714.4 tan metrik dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 515,248,678 telah dicapai. Keluasan tanaman nanas utama mengikut negeri pastinya di Negeri Johor (8934.5 ha atau 63%), Sabah (988 ha), Sarawak (972.5 ha), Kedah (778.3 ha) dan juga Pahang (572 ha). Negara China pada masa sama akan mengimport Durian Musang King, Nangka (Telam Yellow - J33) dan pastinya Nenas MD2 dari Malaysia dengan lebih banyak dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NANAS DITANAM... DISELURUH NEGARA...
PALING LUAS... JOHOR ADALAH JUARA...
KEGUNAAN DOMESTIK...EKSPORT KECHINA...
PETANI GEMBIRA... NEGARA MAKMURNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 109, Executive Suite,
Doubletree Hilton, Dubai Al-Barsha,
Dubai, UAE.
(29 September 2018).

Saturday, September 29, 2018

MODEL TANAM NANAS KEPADATAN TINGGI

Penanaman Nanas Moris (Ananas comossus) di Malaysia, pada kebiasaannya ditanam pada jarak 90cm x 60cm x 30cm. Pada jarak tersebut, petani akan memperolehi bilangan pokok sebanyak 30,000 - 35,000 sehektar. Dalam banyak negara pengeluar nanas dunia, hanya negara Filipina mengamalkan teknik penanaman nanas berkepadatan tinggi dengan penghasilan sebanyak 80,000 - 90,000 pokok. Varieti yang ditanam ialah MD2 dan menjadi amalan ladang-ladang nanas dalam pengeluaran nanas bersaiz sederhana iaitu Gred B dan Gred C. Kaedah ini didapati mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada lebih ramai pengusaha. Setelah mempertimbangkan prospek kaedah tersebut dan setelah mengambilkira tanaman nanas merupakan salah satu lagi tanaman utama yang berjaya diperkenalkan di bawah projek tanah terbiar. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu kaedah model penanaman yang mampu memaksimumkan produktiviti. Di atas kreativiti warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah, pada tahun 2010, mereka telah berjaya memajukan pakej pengurusan tanaman nanas berkepadatan tinggi khusus bagi varieti Moris. Kaedah ini menjadi semakin popular di negeri Kedah terutamanya di kalangan penanam nanas di Daerah Kuala Muda. Atas kejayaan yang dicapai di Negeri Kedah, Jabatan Pertanian akan terus mengambil langkah positif bertujuan untuk mengembangkan kaedah penanaman nanas cecara padat dikalangan petani yang ingin terlibat dalam penanaman nanas diseluruh negara. Artikel tengahmalam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkann model tanaman nanas secara padat untuk dijadikan bahan rujukkan.

Diantara beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan untuk penanaman nanas adalah petani mesti mengikuti pakej amalan teknologi penanaman nanas. Pakej penanaman nanas untuk berkepadatan tinggi mengaplikasi pendekatan untuk memaksimumkan pokok dalam satu unit pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang dikeluarkan. Khusus bagi nanas varieti Moris, jarak tanaman yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan bilangan pokok di antara 80,000 – 85,000 pokok sehektar. Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi fokus kepada perkara amalan agronomi  berikut iaitu : (1) Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan pusingan bajak putar. (b) Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air (c). Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate (CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17. (d) Menggunakan semburan Ethrel sebagai bahan penggalak pembungaan bagi menggantikan pil ANAA dan (e) Mengaplikasi kaedah pengurusan tanaman secara cekap dan persis menggunakan peralatan dan mekanisasi yang praktikal dan efisien.

Inisiatif Kreatif Dalam Pengurusan Tanaman Pemilihan dan Penggunaan Benih Berkualiti Benih adalah input asas dalam penanaman. Pemilihan benih nanas yang sihat dan seragam adalah pra-syarat asas bagi menentukan kejayaan penanaman. Benih nanas perlu ditanam di tapak penanaman yang telah disediakan dengan sempurna. Benih nanas ditanam pada jarak 30cm x 30cm dengan menyediakan lorong kerja selebar 75cm pada setiap 10 baris. Kejayaan kaedah penanaman ini berpaksikan kepada cara pengurusan tanaman yang cekap dan efisien. Jentera penyembur High Clearance Boom Sprayer merupakan peralatan mekanisasi yang paling sesuai digunakan untuk kerja-kerja membaja, meracun dan semburan penggalak bunga dalam ladang nanas. Penggunaan peralatan mekanisasi ini sangat praktikal di mana tayarnya yang nipis dan tinggi membolehkan jentera ini bergerak di celah-celah dan di atas pokok nanas tanpa merosakkannya selain memberikan semburan yang serata. Bagi petani bermodal kecil, mereka boleh menggunakan Power Sprayer yang dilengkapi dengan salur getah 30m panjang, penyembur, tangki air 500 liter yang diangkut menggunakan trailer dan power tiller.

Kejayaan dan Perkembangan Pengamalan Teknologi bagi tanaman nanas secara padat hendaklah dengan  teknologi untuk mempraktikan pakej pengurusan tanaman yang disyor. Penanam nanas dan petani boleh mengeluarkan hasil hampir tiga kali ganda berbanding kaedah biasa tanpa mengurangkan kualiti dan gred hasil buah yang dikeluarkan. Ekoran daripada peningkatan bilangan buah yang dipetik, petani memperolehi pendapatan yang berganda. Jika hendak dibuat perbandingan prestasi pengeluaran nanas morris dengan menggunakan kaedah penanaman berkepadatan tinggi seperti dalam Cashflow di Jadual 1 diatas adalah didakwa ia lebih menguntungkan. Kaedah penanaman nanas berkepadatan tinggi khususnya nanas Moris telah semakin popular terutamanya di Negeri Kedah. Dalam tempoh dua (2) tahun kaedah ini diperkenalkan, seluas 40 hektar tanah yang dahulunya terbiar telah ditanam dengan nanas berkepadatan tinggi. Penanaman nanas menggunakan kaedah ini dapat dilihat di Kg. Bukit Batu Pahat, Kg. Lima Puloh Relong, Kg. Bendang Dalam, Kg. Tempoyak dan Kg. Hutan Gelam di Negeri Kedah Darul Aman. Antara kawasan lain yang akan diusahakan ialah di Kg. Sg. Bongkok, Gurun Kedah seluas 5.7 hektar. Buat masa ini, kaedah tanaman ini didapati sangat berjaya di kebanyakan kawasan tanah mineral di negeri Kedah dan dijangka boleh diperluaskan di negeri lain di seluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!.
TANAM NANAS... KEPADATAN TINGGI...
80,000 POKOK/HA.. JUMLAH KAPASITI...
NANAS MORIS... DIKEDAH MENJADI...
BOLEH DICUBA... DILAIN2 NEGERI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Muharram  1440H).
Published on:
Seat 10A, Business Class,
EK343 KUL-DXB,
FLYING ROUTE.
(29 September 2018).














Friday, September 28, 2018

KELAPA MATAG SG YU, TG KARANG

TANAMAN KELAPA MATAG (Cocos nucifera) di Kg Sungai Yu, Tanjung Karang, Selangor merupakan satu projek yang berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Kebun kelapa seluas 3 hektar ini ditanam dengan benih kelapa Matag (Kelapa hibrid kacukan diantara Kelapa renek MRD/MYD dengan Kelapa Tinggi Tagnanan) yang diberikan bantuan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002. Pemilik kebun ini adalah Encik T.S. Lee yang menyambut agar dia menanam kelapa dimana ramai petani disekeliling kawasan kebun beliau semuanya menanam dengan Kelapa Sawit. Pada peringkat awal penanaman beliau menjaga dengan baik anak benih kelapa dimana ancaman paling serius adalah oleh Kumbang Tanduk (Rhinocerous beetle) yang mana dia menggunakan racun sesuai untuk mengawalnya. Bagaimana pun serangan yang teruk menyebabkan beliau membuat sulaman. Penulis blog yang hadir bersama dengan delegasi Asia Pacific Coconut Country (APCC) melibatkan 20 negara memberi penerangan bersama Pejabat Pertanian Daerah terlibat (Sila lihat foto disebelah). Antara yang turut hadir dalam rombongan adalah delegasi bertaraf Menteri dan Pemerhati-pemerhati daripada pelbagai organisasi dan badan gabungan antarabangsa berkaitan industri kelapa. Mesyuarat berkaitan industri kelapa dari negara yang bergabung ini diadakan setiap tahun oleh negara ahli dimana Malaysia menerima giliran unatuk tahun 2018. Mesyuarat yang sama diadakan di Tarawa, Kepulauan Kiribati pada tahun 2017 dengan meluluskan 'Tarawa Accord'. Kali ini ahli mesyuarat dibawa melawat projek tanaman kelapa Matag di Kg Sg Yu ini sebagai salah satu program lawatan. Tanaman kelapa matag ini dikira amat berjaya kerana ianya mampu menghasilkan buah kelapa tua dan kelapa muda untuk pasaran domestik. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai projek tanaman kelapa Matag yang berjaya untuk dijadikan bahan bacaan. 


Petani yang mengushakan tanaman kelapa Matag dan dijaga dengan baik ini berkata dimana cabaran amat teruk diperingkat awal penanaman kerana ia perlukan penjagaan yang agak sukar. Ini kerana ada rakan beliau yang gagal dalam penanaman kelapa Matag ini akibat serangan Kumbang Tanduk yang tidak mampu mengawalnya. Penggunaan racun serangga dan baja berkualiti membolehkan pokok kelapa Matag disini mengeluarkan hasil pertama hanya selapas 38 bulan ditanam. Pembinaan sistem perparitan dibuat pada setiap 2 -3 baris penanaman kelapa untuk pastikan kawasan kering sepenuhnya. Sehingga kini selepas 16 tahun ditanam, pokok kelapa Matag dikebunnya sudah mencecah ketinggian 70 kaki keatas dan ketinggian ini menyebabkan kebanyakan tuaian adalah untuk kelapa tua. Bagaimana pun jika ada permintaan untuk kelapa muda akan diusahakan penuaiannya. Beliau kini hanya mempunyai 3 orang pekerja terutama untuk kerja memetik kelapa, kerja membaja dan juga lain-lain kerja penjagaan. Harga kelapa tua diladang adalah RM1.20 sebiji sementara harga ladang untuk Kelapa Muda adalah RM 1.60 sebiji. Kelapa muda disini dituai pada umur 7 - 8 bulan sementara kelapa tua dipetik dengan galah panjang setiap 12 bulan yang matang. Sebiji kelapa muda boleh menghasilkan 2 - 3 cawan minuman 'coconut shake' yang popular di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Para rombongan APCC diberikan kelapa muda untuk dinikmati (Sila lihat foto disebelah). Mereka komen dimana memang enak kelapa muda dari varieti Matag dari kebun ini.


Apabila pokok kelapa telah tumbuh selama 16 tahun dengan banyak tuaian untuk kelapa muda, maka pokok kelapa adalah lebih tinggi daripada jika dikutip hanya kelapa tua sahaja. Kebun En Lee ini agak tinggi walau pun belum begitu tua jika dibanding dengan jenis kelapa tinggi Malayan Tall (CN1). Terkini bagi tujuan penggantian pokok baru maka beliau telah mula menanam anakbenih kelapa pandan baru diantara barisan tanaman (Sila lihat foto disebelah - anak benih kelapa dalam bulatan). Menurut En Lim, ini adalah bagi mempercepatkan pokok kelapa baru membesar sebelum pokok tua kelak akan ditebang membolehkan hasil kelapa dari kebun kelapa dapat berkekalan. Kaedah pengurusan seperti ini memeng amat sesuai dijalankan dengan sistematik apabila Jabatan Pertanian penghasilan dan pengeluaran kelapa tua di Malaysia berkurangan sebanyak 17.5% semenjak tahun 2010 - 2017 kerana banyak pokok kelapa muda yang ditanam belum mengeluarkan hasil. Kaedah penyulaman anakbenih kelapa cara ini boleh diamalkan oleh penanam kelapa dikawasan lain. Terdapat beberapa kebun disepanjang perjalanan je Kg Sg Yu yang telah menanam anakbenih kelapa dicelah-celah pokok kelapa sawit. Ini kerana harga buah sawit semasa artikel ini ditulis pada paras agak rendah.


Ditanya adakah En Lee ingin kempen kepada petani lain untuk menanam kelapa, beliau nyatakan memang bagus menanam kelapa kerana ia mampu memberikan pendapatan bulanan antara RM9,000 - RM12,000 bersih sebulan dari keluasan 6 ekar kebun kelapanya. Pada masa ini kebun beliau dijaga dengan menjalankan pembajaan mengikut jadual dan kebunnya sangat bersih dari sebarang rumpai (Sila lihat foto paling atas dan sebelah). Selama beliau menanam dan mengeluarkan kelapa memang tidak ada kangsung masaalah untuk menjual kelapa tuanya. Ini logik kerana keperluan kelapa tua di negara kita memang sentiasa tinggi saban tahun. Kalau dahulu beliau tahu akan permintaan kelapa tempatan tinggi dan tawaran harga baik tentunya beliau akan menanam lebih banyak kelapa jenis  hibrid Matag. Walau pun kini kekangan untuk mendapatkan benih F1 kelapa Matag ini amat sukar tetapi sebenarnya setiap tahun Jabatan Pertanian mampu menghasilkan antara 50,000 - 80,000 biji benih hibrid Matag. Penulis blog juga dapati kefahaman petani dan pembeli benih kelapa hibrid Matag agak rendah dan sering ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Kini hanya benih yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian dan UP Plantation sahaja yang telah mempunyai sijil Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) yang boleh dijadikan anakbenih kelapa Matag Tulin. Kebun kelapa Matag Sg Yu ini hanya salah satu daripada berpuluh-puluh usahawan kelapa matag yang diberikan bantuan oleh kerajaan. Kerajaan kini telah menjadikan tanaman kelapa sebagai tanaman Sumber Rezeki Baru (SRB) dengan memberikan bajet agak tinggi bagi program pengeluaran benih kelapa, penanaman baru atau pemulihan kawasan tanaman kelapa atau untuk pemproses produk berasaskan kelapa. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KE SUNGAI YU... PANTAU TANAM KELAPA...
POKOK DAH MATANG...16 TAHUN UMURNYA....
DIJAGA BERSIH... DITUAI ADA JADUALNYA...
PETANI GEMBIRA... HASILNYA BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kelapa Sg Yu, Tg Karang,
selangor, Malaysia.
(20 Muharram 1440H).

Thursday, September 27, 2018

INOVASI PETIK BUAH MANGGA

ALAT INOVASI PETIK BUAH MANGGA telah ada banyak jenisnya tetapi kali ini penulis blog ambil kaedah paling guna alat mudah dan senang untuk membuat dan senang untuk menggunakanya. Buah Mangga (Mangifera indica) ada banyak varieti di negara kita daripada jenis ditanam secara komersial monokrop seperti Mangga Chok Aban (MA224) kepada jenis mangga yang ditanam secara selingan atau suka-suka seperti varieti Mangga Pauh atau Pelam Pauh. Selain itu di Perlis memang sudah amat popular jenis mangga yang menjadi ikon negeri tersebut iaitu Mangga Harumanis (MA 128) dimana ia ditanam secara komersil dan mampu menerima harga runcit sangat tinggi setiap musim. Dalam pada itu penulis blog membuat penelitian dimana terdapat sebanyak 26 juta metrik tan mangga dikeluarkan setiap tahun diseluruh dunia dan jumlah ini merupakan 40% daripada pengeluaran buah-buahan tropika. India merupakan pengeluaran mangga terunggul didunia dengan pengeluaran sebanyak 12 juta metrik tan setahun atau kira-kira 35% daripada pengeluaran dunia. Terdapat seluas 9,500 hektar tanaman mangga ditanam di Malaysia pada tahun 2017 dengan pengeluaran sebanyak lebih 25,000 metrik tan dari bebagai jenis dan varieti. Pokok mangga merupakan jenis buah-buahan bermusim untuk kebanyakan varieti walau pun varieti Chok Anan dilaporkan mampu untuk berbuah tanpa musim jika diuruskan dengan baik. Buah mangga lazimnya mempunyai kulit yang nipis dimana jika jatuh kebawah semasa memetiknya akan menyebabkan kerosakkan buah. Ia menjadi lebih bermasaalah jika pokok mangga telah tinggi dan sukar untuk aktiviti memetik buah. Terdapat banyak kaedah untuk memetik buah mangga seperti menggunakan galah buluh, memanjant dan memetiknya secara manual, membaling dengan kayu dari bawah, menggunakan sabit pengait buah, menggunakan tangga dan sebagainya. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" inovasi mudah menggunakan alat memetik buah mangga dengan lebih cekap, effisien dan amat signifikan untuk semua pemilik pokok mangga.


Terdapat banyak pokok mangga yang ditanam dikawasan dusun yang akan berbuah apabila tiba musimnya. Jenis mangga yang tradisional ini biasanya tumbuh tinggi sebab ianya tidak dikawal dengan membuat cantasan pembentukkan agar pokoknya rendah sahaja untuk memudahkkan kaedah pengurusan agronomi. Bagaimana pun pokok mangga jenis Chok Anan dan Harumanis yang ditanam secara komersil dikawasan monokrop biasanya dikawal ketinggiannya tetapi masih juga tinggi untuk menuai hasilnya. Jika penjagaan dijalankan dengan betul mengikut amalan MyGAP dan menerima cuaca yang mengizinkan biasanya mangga akan dituai sekitar bulan Mei hingga Julai mengikut varieti di negara kita (Sila lihat foto disebelah). Sama ada buah mangga ini dipetik semasa mentah untuk dijadikan jeruk mangga atau seperuh matang atau hampir matang ianya dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik. Buah mangga yang hampir masak apabila jatuh kebawah akan rosak apa lagi kalau ketinggiannya melebihi 5 - 10 kaki. Apabila ia jatuh ketanah yang keras akan menyebabkan buah mangga jadi pecah, lebam atau rosak kulit buahnya (terutama jika buah mangga yang tidak berbalut). Hanya buah manggga yang berkualiti boleh dimakan atau dijual kepada pengguna.


Alat memetik buah mangga yang penulis jumpa untuk dijadikan alat yang berguna mudah dibuat sendiri. Penulis blog telah pun berjaya membuatnya sendiri dan berpuas hati menggunakannya. Alat ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu Komponen PVC untuk memetik buah, Komponen Galah kayu atau Galah Buluh atau Galah Jenis Aluminium Bolehlaras, Komponen kain Sarung Plastik atau Nylon untuk melorotkan buah dan juga Komponen Tali serta Guni atau Bakul pengumpulan buah mangga (Sila lihat foto disebelah). Bahagian Pemetik Mangga dibuat daripada PVC 3 inci yang di potong 3 segi dan diikat dengan menggunakan kawat pada galah (Sila lihat foto paling atas). Pastikan lubang tersebut cukup besar untuk membolehkan tangkai dan buah mangga (saiz mengikut jenis) dimasukkan kedalam PVC dan bila galah ditarik maka tangkainya terssebut pada hujung PVC tajam mudah putus. Seebaiknya hanya sebiji buah sahaja yang ditarik setiap kali memetik buah bagaimana pun jika saiz buah kecil maka beberapa biji boleh dipetik sekali gus. Alat yang amat mudah digunakan dan ringan ini amat sesuai kepada mereka yang ada kemahiran untuk mereka memetik buah mangga walau pun yang yang baru kali pertama mencubanya akan kata ia alat yang mudah diguna.

Buah mangga yang terputus tangkainya akan jatuh kedalam PVC yang disambung dibawahnya dengan sarung panjang yang mana mempastikan buah tidak jatuh ketanah. Buah mangga akan tergolek dengan baik terus turun dan terkumpul dibahawah (Sila lihat foto disebelah). Buah ini kemudian digredkan dan dimasukkan kedalam bakul atau guni. Kerja memetik ini boleh dilakukan seorang pemetik atau dua orang untuk mempercepatkan penuaian mangga. Seorang akan memegang galah dan melihat dimana buah mangga yang hendak dipetik dan seorang lagi memegang hujung sarung beesama abakul sambil berjalan bersama pemetik buah. Kaedah memetik mangga ini sama ada mangga muda atau mangga matang membolehkan ia selamat daripada kerosakan pada kulit dan juga bahagian isinya. Alat ini mudah disediakan atau dibuat sendiri dengan kos kurang daripada RM20.00 untuk alat yang sangat baik atau pun jika ada cukup bahan hanya menggunakan bahan terpakai. Semuga artikel malam ini mamberi info yang sangat berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUAH MANGGA ... TINGGI DUDUKNYA....
PERLU DIPETIK... BAGAIMANA CARA...
GUNAKAN ALAT...IA SUDAH DICERITA...
BUAT SENDIRI ... MUDAH SAHAJA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1038, Executive Floor,
Royale Chulan Damansara Hotel,
Damansara, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(18 Muharram 1440H).

Wednesday, September 26, 2018

IKAN KELI DAN USAHAWAN BENIH KELI

IKAN KELI (Catfish) kini boleh diternak dalam takungan air seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas. Terkini penulis blog dapati ternakan ikan keli menggunakan sistem kanvas merupakan satu inovasi baru untuk bidang akuakultur dan telah dimulakan sejak 2006 selain daripada dalam kolam tanah. Ternakan ini selalu dijalankan dalam set ternakan kanvas dengan mana bingkai berukuran 4.5m x 1.2m x 1m dan diliputi dengan kanvas yang berkualiti tinggi dan tahan kepada perubahan cuaca. Kedalaman air dalam takungan kanvas adalah 0.4m. Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10gm ke atas dilepaskan dengan kadar pelepasan 129ekor/m2. Ikan-ikan ini diberi makan dengan makanan rumusan bagi menjamin kualiti ikan yang diternak dan menjaga tempoh guna sistem tersebut. Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg). Dalam penternakan ikan keli maka kriteria benih ikan keli adalah diutamakan kerana ia akan mempengaruhi kejayaan seperti faktur benih berkualiti dengan saiz sama, aktif, tiada kecacatan rupa bentuk, ia tidak mengasingkan diri dan ia mempunyai warna biasa. Sebaiknya sebelum pelepasan benih perlu penternak dengan mempastikan mutu air sesuai, Tiada musuh dalam kolam (pemangsa), Buat pemeriksaan benih (Ia betul benih ikan keli yang dikehendakki), mempunyai bilangan jumlah benih seperti dikehendaki dan juga pastikan benih adalah benih sihat. Biasanya perlu ada tempoh ternakan pengasingan ikan keli. Setelah benih di masukkan selepas 10-20 hari maka ikan perlu diasingkan mengikut saiz. Setiap saiz hendaklah dimasukkan ke dalam kolam yang sama mengikut kadar pelepasan untuk ternakan. Contohnya tangki bersaiz 4.5m x 1.2m -700 ekor ikan bersaiz 6 inci. Pengasingan ikan akan diteruskan ketika hari ke 40 dan ke 60. Sekiranya tidak berapa banyak perbezaan saiz maka ikan tidak perlu diasingkan. Biasanya ikan bersaiz 3 inci ke atas perbezaan saiz tidak begitu ketara. Ikan akan diasingkan sekali sahaja setelah ikan mencapai tempoh ternakan sebulan. Pengasingan ikan yang yang terlalu kerap tidak sesuai kerana akan menganggu tumbesaran akibat tekanan. Bagi penulis blog kemahiran penternak perlu ada untuk mereka tahu akan teknologi yang betul dalam menternak ikan keli. Artikel malam ini saya menulis lagi didalam "Anim Agro Technology" mengenai pengeluaran benih ikan keli oleh usahawan bumiputra dalam menentukan industri ternakan ini akan terus berkembang. 

Bagaimana pun penulis blog juga ingin berkongsi sedikit info mengenai cara pengurusan makanan dan amalan pertanian baik untuk ternakan ikan keli. Ikan keli perlukan makanan betul untuk cepat membesar dan berkualiti hasilnya. Antara jenis-jenis makanan untuk ikan keli ada 3 jenis iaitu jenis Makanan Semulajadi, Makanan Tambahan dan Makanan Tambahan. Bagi makanan semulajadi ianya merupakan makanan asasi seperti plankton yg terdiri dari fitoplankton dan zooplankton. Makanan ini penting bagi benih ikan diperingkat asuhan. Dihasilkan melalui ternakan makanan hidup. Antara makanan hidup yang mudah dihasilkan adalah seperti Moina. F. Chorella, b. Rotifer. G. Infusoria, Cladocera, Daphnia serta pelbaga jenis cacing. Bagi jenis Makanan tambahan ia terdiri dari bahan-bahan dari alam semulajadi dan sisa pertanian seperti Daun tumbuhan, Daun (ubi ,kangkong,pisang, sisa sayuran), Rumput (Napier,rumput guinea), Bijirin (dedak padi, dedak gandum, jagung), Ikan baja dan Lain-lain (hampas kacang soya,hampas kelapa,hampas kacang tanah, kepala ikan bilis). Ketiga adalah jenis Makanan rumusan(pelet) dimana ia merupakan makanan yang lengkap dan seimbang. Terdiri dari campuran karbohiderat, protein, lemak, mineral dan vitamin. Makanan rumusan yang terdiri dari pelet starter yang mengandungi 30-32% protein adalah disyorkan dalam ternakan keli dalam tangki dengan kadar pemberian disyorkan.

Terdapat usahawan yang kini fokus kepada pengeluaran benih ikan keli di Malaysia. Seorang darinya adalah Mansur Arifin yang tetap meletakkan harapan untuk berjaya dalam projek pembenihan keli di Kampung Limau Manis, Banting, Selangor. Ini kerana pada beliau yang penulis blog pernah lawati dahulu industri akuakultur bagaikan di serang demam keli kerana semakin ramai ingin menceburkan diri. Ramai pengusaha mula berjinak-jinak melibatkan diri sama ada berstatus kecil atau sederhana khususnya mereka yang berada di luar bandar. Terkini meskipun ada ura-ura dan keluh kesah di sana sini bahawa aktiviti penternakan keli sudah tepu dan ramai yang telah berpendapat tidak menguntungkan tetapi semakin ramai yang bertanya di manakah benih keli dapat diperoleh.  Oleh itu pengusaha ini mungkin penternak induk iaitu untuk tumbesaran, membekalkan benih sahaja, makanan rumusan untuk ternakan atau juga produk hiliran seperti keli salai dan sebagainya. Inilah kesan daripada usaha kerajaan memberi nafas baru kepada bidang pertanian yang kini terus maju dan mendapat sambutan rakyat. Memang tidak dinafikan dimana sebilangan besar pengusaha ini sudah berjaya dan juga sebahagiannya pula gagal dan kecewa lalu menyalahkan bidang pertanian yang dikatakan tidak mempunyai masa depan sedangkan petua paling penting untuk berjaya ialah sabar setelah 'tersungkur' beberapa kali. Sama ada pembaca blog ini percaya atau tidak mungkin belum ada pengusaha pertanian tulen yang boleh dikatakan berjaya tanpa melalui onak dan duri, mencabar kematangan, bergolok bergadai sedangkan hasilnya lambat untuk dituai. En Mansur Arifin yang meminati bidang penternakan ikan keli mula menanam azam untuk kembali bersaing setelah pernah gagal dan mengharungi pelbagai masalah antaranya persekitaran, penyakit dan juga kurang berkemahiran dalam bidang penternakan itu.

Mansur boleh dikatakan mencuba bidang ini sejak beberapa tahun lepas dan selepas berkenalan dengan seorang pengusaha yang ingin membantunya. Bagaimanapun hasrat murninya terbantut kerana menghadapi masalah. Jabatan Perikanan Daerah Banting tampil memberi sokongan dan dorongan supaya beliau mencuba semua bidang tersebut dengan enam kolam sebagai permulaan. Tapak kolam di Kampung Limau Manis, Banting, Selangor itu secara kebetulannya menawarkan persekitaran sesuai kerana berhampiran punca air. Dia menternak pelbagai spesies ikan seperti keli, puyu dan haruan. Beliau mulanya hanya suka-suka sahaja kerana dari kecil memang suka bermain dengan ikan.Kawasan ini pun dipunyai oleh adik-beradik yang menyerahkan kepada saya untuk mengusahakannya secara serius. Dari berbekalkan modal RM3,000 untuk membina enam buah kolam, dia berjaya menternak keli sehingga 2,000 ekor dan puyuh sebanyak 3,000 ekor yang boleh dijadikan induk serta induk tilapia. Bagaimanapun masalah timbul selepas dia bekerjasama dengan seorang pengusaha lain yang tidak begitu membantunya secara bersungguh-sungguh. Pada masa sama ada isu penggunaan dari sisa ternakan khinzir sebagai makanan ternakan keli yang didedahkan media massa tidak lama dulu bagaikan mala petaka kepadanya kerana pasaran keli terjejas. Masalah-masalah tersebut menjejaskan usahanya untuk terbabit secara serius tetapi semangat tidak pernah luntur kerana baginya sekali berusaha dia kan terus berusaha. Ada masalah ikan mati yang dihadapinya sebelum ini mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan yang mengesyorkannya supaya beliau mendapatkan benih di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Twar (PPAT) Perlok, Pahang. Kini beliau telah berjaya dalam membangunkan kawasan tersebut dengan kolam kepada 20 buah termasuk 14 buah kolam induk, serta kolam benih dan kolam Moina, sejenis zooplankton untuk makanan anak ikan tetapi jalur perjuangannya untuk terus kekal dalam bidang penternakan keli diperluaskan kepada projek pembenihan.

Kini beliau memfokuskan kepada usaha pembenihan iaitu satu cabang dalam ternakan ikan yang mempunyai potensi luas untuk dikembangkan. Pertemuannya dengan rakan usahawan lain Mohd. Razif telah pun meyakinkannya untuk memfokuskan kepada usaha tersebut. Mansur telah membina tempat khas untuk menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli dengan menggunakan teknik aruhan. Dia kini telah mampu menghasilkan 200,000 anak benih sebulan dan sudah menyasarkan pengeluaran kepada 1.5 juta hingga 2 juta sebulan dalam beberapa bulan akan datang. Ada beberapa pihak sudah menyatakan minat untuk membuat tempahan dan kini mencecah dua juta. Mereka juga mendapat lagi sokongan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk memfokuskan kepada aktiviti pembenihan. Kini dia menumpukan kepada permintaan yang datang daripada pengusaha atau penternak tulen dan bukan orang tengah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari. Kini dia menawarkan harga lima sen bagi anak benih bersaiz dua inci, dan tujuh sen bagi saiz yang sama jika tempahan itu memerlukan pihaknya menghantar kepada pemohon. Ini bagi permohonan berjumlah lebih 100,000 ekor setiap konsainan. Bagi tempahan kurang 100,000 ekor harga yang ditawarkan ialah lapan sen untuk anak benih bersaiz tiga inci. 

Seorang usahawan lain iaitu En Yahya Ismail dari Padang Besar, Perlis berjaya menjadi usahawan benih ikan keli (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana pada dia aktiviti pertanian seperti ternakan ikan keli kini merupakan salah satu bidang akuakultur yang dapat memberikan hasil lumayan sekiranya ia diternak secara komersial melalui teknik serta penjagaan yang baik. Ikan keli adalah jenis ikan air tawar yang senang dijaga dan cepat membesar sama ada melalui ternakan dalam kolam, palung simen atau pun kanvas. Tempoh kematangan ikan keli bergantung kepada cara pemakanan dan benih keli yang digunakan. Ada keli yang boleh dituai hanya dalam tempoh dua bulan sahaja. Apa pun bagi penternak keli tidak ramai yang berkecimpung atau menghasilkan benih ikan keli sendiri. Kebanyakan penternak hanya memperoleh benih ikan keli daripada pihak tertentu yang mempunyai kemahiran menghasilkan benih ikan keli dengan harga tertentu mengikut gred benih. Beliau kini mengusahakan di Kampung Batu Bertangkup, Chuping dimana selain menternak ikan keli beliau juga menghasilkan benih ikan keli sendiri. Beliau kini boleh tersenyum lebar apabila beliau merupakan salah seorang penternak keli yang berjaya di Perlis. Atas kesungguhan yang ditunjukkan dalam bidang pertanian dan ternakan tanpa mengharap bantuan daripada kerajaan beliau mampu berjaya. Penglibatan awal dalam ternakan keli ia ceburi bidang ini kira-kira tujuh tahun lalu dalam dua kolam berhampiran rumahnya. Padanya kaedah pembenihan keli hanya dipelajarinya dua tahun lalu apabila mendapati cara itu mampu menjimatkan kos di samping dapat memperolehi benih yang berkualiti. Dia pernah gagal beberapa kali dalam mempelajari teknik pembenihan keli ini tetapi tidak pernah berputus asa dan menganggap itu adalah lumrah biasa dalam bidang pertanian dan ternakan. Sebelum ini melalui benih yang dibeli dari luar dianggarkan daripada 60,000 benih keli hanya separuh yang akan hidup dan membesar dimana ini adalah sebagai satu kerugian yang besar. Dia kini sebagai salah seorang penternak yang berjaya dan menjadi salah seorang tempat rujukan terutama dalam kaedah pembenihan ikan keli yang turut disyorkan oleh Jabatan Perikanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN KELI... MUDAH CARA TERNAKNA...
BENIH DISEDIA... MAKANAN KENA ADA...
USAHAWAN BENIH...IA ADA MERATA...
BENIH DIJUAL... MURAH PULA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 547, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(10 Muharram 1440H).