KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 24, 2017

KELADI KEMAHANG - TEKNOLOGI GUNAAN

KELADI KEMAHANG (Colocasia esculenta) merupakan sejenis tumbuhan liar yang sesuai diambil sebagai bahan makanan berkhasiat asalkan kita tahu teknologi gunaan bagaimana memilih bahagian untuk dimakan. Mungkin ramai dikalangan generasi baru yang tidak kenal atau merasai kenakkan akan keladi ini sehingga mencubanya sendiri. Ini kerana terdapat beberapa 'pantang larang' yang mesti diketahui oleh mereka yang ingin mendapatkan bahagian keladi kemahang untuk dimakan. Pengendalian dan tatacara memilih bahagian yang sesuai untuk dimasak amat kritikal kerana keladi kemahang sama seperti beberapa jenis keladi lain adalah berisiko untuk menyebabkan KERADANGAN dan GATAL apabila dimakan. Ini kerana cuma bahagian keladi kemahang yang sesuai diambil untuk dimakan adalah hanya SULUR IMBI sajaha yang sesuai untuk dimakan, Bahagian lain seperti daun, batang daun dan umbisinya memang tidak sesuai untuk dimakan. Penulis beberapa kali tutun ke daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Raub untuk meneliti sendiri bagaimana habitat tumbuhan ini yang tumbuh meliar didalam kawasan tanah berpaya dan rendah serta dibiarkan begitu sahaja oleh penduduk kampung. Bgaimana pun hanya golongan orang lama sahaja yang tahu bagaimana untuk memetik dan memproses bahagian keladi kemahang yang sesuai untuk dimakan tanpa menjadi 'gatal' pada tekak kita. Apa pun artikel subuh ini saya menulis buat pertama kalinya mengenai teknologi memetik dan memilih keladi kemahang berdasarkan pengalaman dan temubual bersama pakar En Ali Hanafiah untuk dikongsi bersama pembaca. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini dapat menjelaskan beberapa tips dan pantang larang yang perlu diketahui mengenai keladi kemahang dan rahsianya.


Memilih dan mengambil bahagian sulur umbisi ini pelu ada seninya tersendiri atau dalam bahasa saintifik perlu ada teknologi menuai yang agak unik. Ini kerana jika silap cara maka hasil sulur umbisi yang diambil akan menyebabkan masakan sayur keladi kemahang menjadi gatal yang menyiksakan. Diantara beberapa punca kegatalan adalah seperti menuai pada musim hujan. Ini kerana pokok keladi kemahang pada musim hujan adalah masa 'Reproductive stage'. Maka ia menyebabkan banyak bunga dan buah yang mana ianya adalah gatal. Ada juga petua orang lama dimana jika pokok keladi dilangkah ular atau ada dilalui ular juga menjadi punca kegatalan. Petua lain dinyatakan dimana sebaiknya sulur umbi tersebut jangan terdedah sebelum dimasak dan memang petuanya ia tidak boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dimasak. Selepas makan keladi kemahang juga dinasihatkan agar jangan minum air batu kerana ianya akan menyebabkan kegatalan dan tidak selesa pada tekak. Seterusnya pantang larang yang diberitahu kepada penulis blog adalah batang keladi kemahang tidak boleh dilangkah dan semasa masak dinasihatkan agar jangan dicampur dengan sayuran jenis lain seperti Peria, Petola, Pundak Jagung sebagai ramuan tambahan. Pengalaman penulis semasa jamuan makan tengahari di IPKL mendapati keladi lambuk yang dicampur dengan putik jagung menjadikan sayuran yang dihidangkan tersebut menjadi gatal selepas memakannya. Kenyataan dan petua yang diberikan diatas nampaknya amat signifikan menurut pengalaman tersebut. Mereke yang ingin memmilih bahan masakan keladi kemahang perlu ada pisau tajam, pakaian sesuai (takut terkena gatal) dan berkasut serta bekas khas (Sila lihat foto diatas). Beliau juga perlu tatacara bagaimana untuk memilih dan mengambil keladi kemahang.

Secara tradisinya penulis dapat juga maklumat dimana seseorang yang ingin memetik keladi kemahang perlulah dia berpantun dahulu sebelum memulakan operasinya. Pantunnya disebut dibaca agak kuat dihadapan kelompok pokok keladi kemahang. Pentun yang penulis dimaksudkan akan dizahirkan sebelum menetak perdu keladi kemahang berbunyi "OI CIK MANIS, GATAL KEMANA?, CIK GATAL BERJALAN, CIK MANIS DATANG". Penulis agak faham kenapa pantun ini dibaca berkemungkinan untuk memberikan confident kepada dia agar hasilnya nanti tidak mengecewakan, mungkin ia akan menghalau haiwan bahaya seperti ular dan babi untuk menjauhinya jika berada dikawasan berhampiran dan kemungkinan untuk mendapatkan 'restu' dari penunggu?. Ia juga berkait dimana yang dimaksudkan dengan cik manis adalah rasa gatal yang mana dihalau dahulu dikawasan memetik keladi kemahang dan apabila cik gatal sudah pergi barulah perdu keladi kemahang akan dipotong menggunakan pisau tajam (Sila lihat foto disebelah). Potong pelepah yang sesuai saiznya dan sihat serta berwarna hijau. Disyorkan agar memakar sarung tangan semasa memotong untuk elakkan sebarang kemungkinan berlaku.


Bahagian batang keladi kemahang yang dipotong ini dikumpulkan setelah bahagian atas daunnya dibuang dan juga bahagian perdunya (Sila lihat foto disebelah). Perlu dipilih hanya batang yang elok iaitu ianya mempunyai warna hujau keputihan, segar, tidak berpenyakit atau rosak dan saiz yang sesuai diambil. Memetik pada musim hujan memang tidak digalakkan kerana pada waktu ini pokok keladi kemahang adalah dalam peringkat pembiakan (reproductive stage). Ia dikenali sebagai 'SULUR JANTAN' apabila diproses dimana pada fasa reproduktif ini biasanya keladi kemahang hanya mengeluarkan 'SULUR BUNGA' dan bukan 'SULUR UMBI'. Sulur Bunga menjadikan ianya GATAL dan ianya tidak sesuai diambil kerana pokok berada pada Fasa Reproduktif. Sulur bunga tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan miang atau gatal ketika kita memakannya dan dikelaskan sebagai MERBAHAYA. Daiantara ciri dimana keladi kemahang adalah pokok telah berbunga dan akan berbunga yang mana ia biasanya akan berbunga pada musim hujan. Oleh otu ditegaskan sekali lagi dimana untuk penggunaan dalam masakan kurang sesuai pada musim hujan dikhuatiri tersalah pilih sulur dan berlaku pencemaran getah melalui peralatan yang digunakan. Pastikan pisau dan alatan lain diperiksa jika terpotong pokok keladi kemahang yang dalam reproductive stage yang menjadikan sulur umbi tersebut terjejas gatal sama.

Lazimnya hanya satu sulur umbi dapat diambil daripada satu pokok keladi kemahang. Memang tidak boleh dapat banyak sulur umbi daripada sepokok. Sulur Umbi yang boleh dimakan adalah dari pokok keladi kemahang dalam peringkat vegetatif dimana ia TIDAK GATAL. Saiz sulur umbi yang didapati adalah bergantung kepada saiz pokok dimana lagi besar batang keladi maka lagi besarlah saiz sulur umbi diperolehi. Kerja seterusnya dalam mendapatkan sulur umbi Keladi Kemahang adalah membuang bahagian kulit luar atau kerja ini dipanggill sebagai 'MENYEPAT' dikalangan penduduk kampong. Menyepat adalah bagaimana batang keladi yang dipetik tadi dipotong atau dibelah dengan pisau tajam bertujuan untuk mendapatkan sulur umbi didalamnya (Sila anda lihat foto disebelah). Perlu gunakan sarung tangan untuk elakkan terkena cecair yang berkemungkinan memberkan kerengsaan kepada tangan sebagai keselamatan.


Apabila batang keladi kemahang dibelah akan dikeluarkan sulur umbi yang lazimnya macam pucuk daun keladi yang masih lagi bergulung didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Ia juga berada dibahagian tengah batang keladi yang dibelah semasa proses menyepat dan pastikan ia tidak terpotong atau terputus. Sulur ini berwarna hijau muda keputihan dan ianya adalah lembut. Berbeza dengan sulur bunga yang lazimnya lebih berbentuk tajam dan agak keras serta warna yang lebih putih kerana apabila keluar kelak maka sulur bunga ini akan menjadi bunga dan buah keladi. Sulur bunga memang tidak boleh diambil untuk dimakan kerana ianya adalah Gatal. Jika hendak masak sulur umbi keladi kemahang sekurang-kurangnya perlukan 15-20 pokok keladi kemahang untuk mendapat kuantiti sesuai untuk dimasak. Bagaimana pun bagi tujuan komersil maka lebih banyak pokok keladi kemahang perlu dikunjungi bagi jualan komersil.


Selepas sulur umbi keladi kemahang ini dikeluarkan melalui proses menyepat, maka ia dikumpulkan dahulu diletakkan ditempat yang bersih. Elakkan daripada meletakkan diatas tanah kerana ia akan menjadi kotor. Lazimnya setelah menyepat sulur umbi ini disusun diatas daun keladi atau daun pisang atau bekas khas plastik dilokasi. Ia kemudian akan diikat dengan tali sesuai dengan bilangan diantara 5 - 12 batang satu ikat mengikut saiz sulur tersebut dan juga kehendak pasaran (Sila lihat foto diatas). Hasilan keladi kemahang ini perlu dijual dengan segera untuk menikmati kesegarannya dan tidak digalakkan untuk disimpan dalam peti sejuk.


Didalam tinjauan penulis dibeberapa pasar minggi dan pasar tani di Kuala Lipis, Raub dan Jerantut mendapati sulur umbi keladi kemahang ini dijual dengan produk sayuran kampong lain. Tinjauan penulis blog juga mendapati disekitar daerah tersebut sulur keladi kemahang dijual dengan harga RM2.00 satu ikat yang mengandungi sekitar 4-6 buah sulur (Sila anda lihat foto diatas). Bagi satu keluarga 5-7 orang memadai dengan membeli 2-3 ikat sulur keladi kemahang untuk dimakan bersama keluarga. Bagaimana pun didapati keladi kemahang yang kita beli dari pasar mingguan ini masih segar dan murah berbanding dengan jenis sayuran kampung lain dipamerkan pada rak jualan. Apabila dibawa balik maka keladi kemahang boleh dimasak dalam beberapa resepi mengikut kesukaan. Pada penulis masakan keladi kemahang dengan tempoyak yang agak pedas memang enak dimakan tengahari dengan nasi panas (Sila anda lihat foto dibawah). Sebenarnya keladi kemahang boleh ditanam secara komersil untuk pasaran lebih baik dimasa akan datang. Jabatan Pertanian Pahang akan membuat penanaman ini di Kg Budu pada tahun 2017 untuk keladi kemahang dan keladi lambuk. Semuga projek ini berjaya dan menjadi model sesuai dimasa akan datang. Wasallam!!!.

KELADI KEMAHANG.... ADA DIPAHANG...
MAHU MEMETIK... PANTUN DI CANANG...
PILIHLAH BETUL.. GATALNYA DIKENANG...
MENULIS ARTIKEL... HATI PUN SENANG...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Kg Budu,
Mukim Budu, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(18 Jamadilakhir 1438H)

Thursday, March 23, 2017

TERNAK KETAM NIPAH - JANA PENDAPATAN

KETAM NIPAH (Scylla serrata) atau 'Mud Crab' adalah sejsnis haiwan dari jenis krustacea iatu jenis hidupan yang bercangkerang seperti udang. Menternak ketam nipah kini telah dikenalpasti sebagai satu aktiviti akuakultur yang menjana pendapatan kepada pengusaha dinegara kita. Kini ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut di Malaysia. Menternak ketam nipah dengan menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini memerlukan kawasan yang luas. Proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Saya fikir mungkin ramai diantara kita yang kurang tahu bahawa ketam nipah boleh diternak dengan kaedah saintifik dan praktikal untuk penghasilan komersil. Kita tidak boleh mengharap dan memburu ketam nipah yang ada secara semulajadi kerana ianya akan pupus jika terlalu banyak ketam nipah yang di kutip dikawasan semulajadi. Banya kajian telah dibuat oleh saintis bagaimana teknologi sesuai untuk menternakk ketam nipah. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi ternakan ketam nipah berasaskan laporan akhbar tempatan bertajuk 'Ternak Ketam Nipah - Menjana Pendapatan' yang ditulis semula dan daripada hasil lawatan penulis dibeberapa projek ternakan ketam nipah dibeberapa lokasi untuk rujukkan anda semua.

Ketam nipah membiak lazimnya akan secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya atau kulitnya akan besar mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kilogram seekor (walau pun jarang penulis blog jumpa). Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu warna hijau, coklat dan merah bergantung kepada spesis dan lokaliti kawasan sekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Ketam nipah tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri akuakultur dimana terutamanya kegiatan separa-kultur (dalam bahasa kita penternakan separa moden). Ketam ini mengandungi sejenis protein yang tinggi serta merupakan penawar bagi serangan penyakit denggi yang sangat mujarab. Semasa artikel ini ditulis memang berlaku serangan nyamok denggi amat serius dimana ketam menjadi buruan pesakit untuk melawan penyakit tersebut. Ketam nipah juga didakwa memang boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi dengan lebih berkesan. Pengambilan sup ketam sebagai perubatan dimana ia perlu dimasak sebagai sup (kuantiti sup 500ml hingga 1 liter) akan meningkatkan bacaan platelet dengan kadar yang sangat cepat. Walau pun doktor di hospital memberikan ubat, pengambilan sup ketam didakwa memang antara kaedah mengubati serangan dengi dan menjadi amalan ramai. Ia juga sesuai untuk merawat serangan nyamok yang menyebabkan Penyakit Chikungunya yang berlaku di Johor dan Melaka beberapa tahun lalu.  Penulis yang pernah mengalami serangan denggi di Putrajaya mengambil ketam sebagai pilihan untuk proses penyembuhan dan alhamdullilah memang signifikan.

Dalam laporan akhbar tersebut yang bertajuk 'Ternakan Ketam Nipah Jana Pendapatan' yang disiarkan pada October 11, 2016 ia dipetik dari aktiviti seorang penternak di Perlis. Din Abdullah berumur 70 tahun adalah menjadi satu-satunya penternak ketam nipah di Perlis yang telah memulakan ternakan ini sejak 2002 (Sila lihat foto beliau disebelah). Beliau kini sudah mempunyai 5 buah kolam tanah seluas 40m x 80m yang diusahakan secara konvensional. Pengalaman beliau yang lama dalam aktiviti menternak ketam nipah ini juga memperolehi sokongan secara semulajadi daripada nelayan-nelayan tempatan. Hingga kini, terdapat antara 800 hingga 1000 ekor benih ketam diternak untuk proses pengemukan. Ketam nipah didakwa melalui kajian makmal mengandungi pelbagai khasiat untuk kebaikan tubuh badan. Diantara cabaran yang dihadapi Din Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pakdin ketika mengusahakan ternakan ketam nipah ini adalah hujan yang berlarutan. Ini kerana apabila berlaku cuaca hujan turun dua-tiga hari berturut-turut maka air kolam akan berubah menjadi tawar  dimana ini menjejaskan habitat semulajadi ketam tersebut. Sementara itu keadaan cuaca panas dan terik juga menjadi masalah kerana pembesaran ketam boleh terjejas malah ada yang mati. Beliau kini menjadi satu-satunya penternak ketam di Perlis ini dan dia juga amat berharap agar lebih banyak penyertaan daripada orang ramai untuk melibatkan diri dalam penternakan ketam nipah ini terutamanya daripada generasi muda kerana ianya menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Pakdin merupakan salah seorang penternak yang mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Jabatan Perikanan. Bantuan yang diberi termasuklah pemberian anak benih ketam dan juga bantuan fasiliti seperti pagar kolam dan juga saliran air. Sebenarnya menternak ketam nipah sangat berpotensi untuk dimajukan di peringkat komersil kerana permintaannya yang tinggi serta peluang pasaran yang baik. Ketam nipah kini dipercayai mampu merawat penyakit seperti demam denggi, leukimia dan barah kerana hidupan ini mengandungi khasiat vitamin A,C,B dan B12 serta mineral zink dan tembaga untuk kebaikan tubuh badan. Daripada kajian penulis dibeberapa lokasi mendapati Cashflow ternakan ketam nipah dikira sangat menguntungkan. Kajian mendapati anggaran modal aset adalah sekitar RM12,000.00 dan Modal Operasi sekitar RM1,140.00 satu pusingan untuk selama tempoh ternakan iaitu 70 hari. Berdasarkan kepada keluasan kolam ternakan berukuran 5 kaki x 10 kaki maka analisa kewangan dikira sebagai memberikan peratus keuntungan sehingga 65%. Penulis dapati jumlah pusingan ternakan 6 kali setahun dimana setiap 1 pusingan menghasilkan ketam nipah sebanyak 67 Kg. Jika harga ladang sekitar RM28.00 setiap kilogram makan ia menjana pendapatan 1 Pusingan iaitu 67 Kg x RM28 menjadi pendapatan kasar RM1,876.00. Oleh itu jika dijalankan 6 kali pusingan maka menjadikan pendapatan kasar sekitar RM1,876 x 6 kali atau RM11,256.00. Jika kos operasi bagi satu pusingan hanya RM569.00 maka anggaran kos operasi bagi 6 pusingan adalah RM569.00 x 6 kali menjadikan nilai RM3,414.00. Analisa kewangan menjadi dimana untung Kasar bagi 1 pusingan adalah sebanyak RM1,307.00 atau bagi untung Kasar 6 pusingan sebanyak RM7,835.00 (Pengiraan ini tidak termasuk pembelian 1 set akuarium bernilai RM6,000). 

Apabila memeriksa lanjut, penulis menilai bagaimana kos operasi ternakan ketam nipah ini dikira. Kos pembelian benih ketam nipah adalah sekitar RM84.00 iaitu dengan membeli sebanyak 120 ekor (10 ekor/Kg @ RM7/Kg) atau pun 12Kg x RM7.00. Sementara itu jumlah kos untuk makanan adalah sekitar 134 Kg X RM2.50/Kg berjumlah RM335.00 bagi satu pusingan selama 70 hari. Kos untuk bekalan elektrik sekitar RM20.00 dan Kos untuk pembelian bahan kimia adalah sebanyak RM80.00. Selain itu terdapat kos untuk kerja-kerja penyelenggaraan Set Sistem sekitar RM50.00 dimana ini menjadikan jumlah keseluruhan kos operasi menternak ketam nipah bagi satu pusingan sebanyak RM569.00. Didalam penulis membuat analisa kewangan diatas telah mengambil beberapa faktor pengiraan seperti jumlah peratus Hidup Ketam Nipah mestilah sekitar 90% dengan menggunakan saiz benih atau anak ketam 80 gram. Kiraan ini juga mengambil kira saiz tuaian untuk pasaran sekitar 500 gram seekor dengan kadar Food Covention Rattio (FCR) sekitar 2. Ia juga mengira tempoh ternakan sebelum jualan sekitar 60 hari dengan kadar kos Operasi/Kg atau B/C Ratio sekitar RM8.50 (Bermakna setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan RR8.50) dan ini menjadikan nilai margin keuntungan ternakan ketam nipan sekitar 69%. Pada masa ini permintaan dari pasaran domestik terutama dari restoran mewah dan hotel-hotel meningkat setiap tahun. Manakala bekalan dari kutipan liar dan ternakan secara tradisional semakin merosot setiap tahun. Jualan secara borong menunjuk peningkatan dan harga semakin tinggi di antara RM15.00 - RM28.00 bagi satu kilogram. Pasaran luar negara semakin berkembang dengan permintaan amat tinggi terutama dari Shanghai (China), Singapura, Hong Kong dan Dubai dimana harga ketam nipah memang boleh mencapai RM35.00 sekilogram. Wasallam!!..
KETAM NIPAH.... MUDAH TERNAKNYA...
CARI ILMU... KAWASAN KESESUAIANNYA...
HARGA TINGGI... TINGGI HARGANYA...
BACA ARTINEL... TERINGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai 4,
Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1438H)

Wednesday, March 22, 2017

KEREPEK KULIT PISANG - APA DIA?

KEREPEK KULIT PISANG merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kulit buah pisang (Musa spp). Penulis amat jarang mendengar bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dijadikan kerepek dan juga keropok sehingga ada peluang melawat negara jiran baru-baru ini. Sebelum ini saya ada juga mendengar bagaimana bahan kulit pisang yang selalunya dibuang sahaja selepas isinya dimakan sesuai untuk dijadikan makanan ringan (Dinegara jiran makanan ini dipanggil sebagai 'cemilan'). Rupanya resepi atau pun cara membuat kerepek kulit pisang mudah sahaja untuk pembaca menyediakannya. Apakah sebenarnya yang anda tahu tentang buah pisang?. Penulis blog ini yakin anda semua tidak hanya tahu akan buah pisang tetapi saya yakin anda semua pernah memakannya. Namun terlepas makan pisang apakah kita semua tahu kalau kulit pisang boleh dijadikan kerepek (Banana Skin Chips). Sebenarnya teknologi subuh ini saya paparkan bagaimana kulit pisang sesuai untuk dijadikan kerepek yang sangat enak dan rangup. Bukan sahaja ia berkhasiat tetapi kandungan vitamin kulit pisang pun tidak kalah dari isi pada buahnya. Sebenarnya kulit pisang mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi serta ia juga terdapat vitamin C, B, kalsium, protein dan bahan karbohidrat didalamnya. Kajian makmal menunjukkan bahwa kulit pisang mempunyai khasiat atau potensi untuk tujuan kesihatan seperti kurangkan tekanan dan menjaga kesihatan retina mata. Pisang adalah kaya akan vitamin B6 dimana bahagian kulit pisang juga mengandungi banyak bahan dikenali sebagai Serotonin yang didakwa sangat vital untuk menyeimbangkan 'mood' manusia. Setelah kita mengetahui berbagai manfaat kulit pisang maka penulis blog "Anim Agro Technology" akan mencuba menulis mengenai teknologi memanfaatkan kulit pisang tersebut menjadi kerepek. Bagi anda yang masih bingung bagaimana cara memproses kulit pisang menjadi kerepek kulit pisang berikut dipaparkan beberapa tips atau cara membuat keripik kulit pisang yang enak, rangup dan sesuai dihidangkan untuk keluarga.

Membuat Kerepek Kulit Pisang memerlukan bahan asas yang mudah diperolehi dan senang dicari. Dalam menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerepek kulit pisang perkara asas diperlukan adalah Kulit Pisang Makan Segar (Sila lihat foto disebelah). Antara jenis pisang yang sesuai digunakan adalah seperti Pisang Cavendish, Pisang Embun, Pisang Nangka, Pisang Tanduk dan semua jenis pisang yang kulitya tebal dan besar. Jenis pisang seperti pisang emas, pisang rastali lazimnya kurang sesuai kerana ia mempunyai kulit yang agak nipis dan lembut. Bahan lain yang diperlukan adalan seperti Air kapur, Sirih, Garam, Gula dan juga Tepong Gandum. Kaedah membuat kerepek kulit pisang ini mudah sahaja dilakukan dimana mulanya pilih kulit pisang yang sesuai dan cuci bersih kulit pisang yang sudah disiapkan tadi. Kemudian ia di rendam ke dalam larutan air kapur sirih selama 20 minit bertujuan untuk menghilangkan tanda kehitaman dan getahnya. Sediakan larutan air garam dengan melarutkan satu sudu teh garam pada 1 liter air. Seterusnya adalah merendam kulit pisang ke dalam larutan air garam tersebut kira-kira selama 20 minit. Seterusnya langkah yang perlu dibuat adalah membuat larutan air gula dengan melarutkan 3 sudu makan gula pasir pada 1 liter air.  Seterusnya adlah merendah sekali lagi kulit pisang ke dalam larutan air gula tersebut kira-kira selama 20 minit. Kemudian ia diangkat dan ditoskan dan sebaiknya terus dijemur untuk mengeringkannya secara semulajadi dibawah sinaran matahari atau mengeringkan dengan oven pemanas letrik.


Apabila kepingan kulit pisang tersebut telah kering maka dikumpulkan dan sedia untuk digoreng dalam kuali yang ada minyak panas. Pastikan kulit pisang tersebut yang telah di jemur dibawah sinar matahari sehingga benar-benar kering. Masukkan kepingan tersebut dalam kuali panas dan apabila sudah cukup masak selalunya ia akan menjadi warna matang atau berwarna kuning kecoklatan. Ada juga dimana dikalangan pengusaha yang inginkan untuk penggorengan dengan tepung sebagai lapisan luar bagi tujuan untuk lain kepelbagaian. Caranya dengan ulangi langkah diatas tetapi kulit pisang tersebut dimasukkan dalam adunan tepung. Ia kemudian boleh digoreng sehingga masak dan ditoskan minyaknya. Kerepek kulit pisang yang siap digoreng boleh terus dihidangkan kepada keluarga atau dimasukkan kedalam bungkusan sesuai untuk dipasarkan. Lazimnya kaedah pembungkusan kerepek pisang perlu didalam plastik khas yang tebal dan kedap udara untuk mengekalkan keranguannya. Bubuh label yang sesuai dan menarik sama seperti produk kerepek yang lain. Kerepek kulit pisang adalah produk yang berkhasiat, murah dan enak dimakan yang akan digemari oleh semua golongan masyarakat daripada kanak-nakan sehingga orang dewasa. Saya percaya rencana dalam 'anim agro technology' kali ini akan memberi inspirasi kepada pembaca untuk membuatnya sendiri atau membeli kerepek kulit pisang. Wasallam!!.
KULIT PISANG.... IA DIBUANG SAHAJA...
BOLEH DIPROSES..KEREPEK JADINYA...
BELAJAR MUDAH... ENAK RASANYA...
ADA PENGETAHUAN...TULIS RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Singnasih, Bandung,
Indonesia.
(16 Jamadilakhir 1438H)

Tuesday, March 21, 2017

KEREPEK KULIT UBI - UNIKNYA!

KEREPEK KULIT UBIKAYU merupakan satu produk baru berasaskan kepada Ubi Kayu (Manihot esculenta) yang jarang dijumpai dinegara kita. Kita biasa dengan kerepek ubi yang diperbuat daripada isi ubikayu yang dihiris halus dan kemudian ia akan digoreng sehingga rangup. Bagi tujuan menyedapkan kerepek ubi ini biasanya akan ditambah perisa seperti garam, sambal, serbuk lada hitam, serbuk kari dan sebagainya. Kini kerepek ubi atau didalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Tapioca Chips' telah menembusi pasaran antarabangsa. Bagaimana pun di Malaysia belum ada peulis blog menjumpai usahawan kerepek kulit ubi yang mana mereka menjadikan 'kulit ubi' sebagai bahan asasnya. Dalam lawatan penulis ke Indonesia baru-baru ini telah berpeluang untuk melawat usahawan yang membuat kerepek ubikayu daripada kulitnya. Mulanya mungkin agak pelik bagi penulis yang tidak pernah pun melihatnya. Bagaimana pun setelah melihat sendiri proses membuat kerepek ubi daripada kulit ubikayu amat mudah rupanya proses tersebut pada para pengusaha yang berpengalaman ini. Produk ini dianggap lebih unik berbanding kerepek ubi kayu biasa yang juga diusahakan oleh mereka ini. Penulis sempat membeli dan merasa akan keenakkan kerepek kulit ubi kayu ini dan ia memang boleh dibanggakan. Begitu kreatif mereke ini yang menjadikan kulit ubikayu dijadikan kerepek yang enak. Artikel subuh ini saya menulis terus dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pembuatan kerepek kulit ubi kayu sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Ubi Kayu merupakan sejenis tanaman kontan yang mudah diusahakan di negara tropika malahan ia juga merupakan sumber makanan ruji dibeberapa negara. Lazimnya jangkamasa menuai ubikayu sekitar 10 - 14 bulan bergantung kepada pengurusan, varieti dan kesuburan tanah dimana ubi tersebut sitanam. Pokok ubikayu yang sedia dituai mempunyai bahagian umbisi yang berada didalam tanah dan perlu dicabut menggunakan alatan khas mencabut ubi atau secara manual. Sila baca beberapa rencana yang telah ditulis sebelum ini mengenai alat mencabut ubikayu (Sila klik disini) dan (Sila klil disini). Ubi kayu yang dipetik akan dikumpulkan dan dinersihkan daripada kekotoran tanah sebelum dibawa pulang untuk dimasak atau dijadikan kerepek. Ubi kayu mempunyai lapisan kulit yang tebal mengikut jenis, umur ubikayu dan kesuburan tanah. Ubikayu yang berkualiti akan mudah dikupas kulitnya dan dipisahkan daripada isinya dengan ada dua lapisan iaitu Kulit Luar berwarna coklat gela dan kulit dibahagian dalam yang berwarna putih apabila dikupas (Sila lihat foto disebelah). Bagi tujuan membuat kerepek kulit ubikayu digunakan bahagian kuit dalam yang berwarna putih. Kulit ini masih lembab berair semasa dikupas dari ubikayu dan perlu segera diproses untuk menjamin kualitinya.


Bergantung kepada skala perusahaan, kerja menyediakan bahan mentah kulit ubi kayu ini perlu dilakukan secara manual dengan gunakan pisau tajam dan ada kepakaran khusus. Kulit ubi dibahagian ini mudah pecah atau terpotong semasa mengupas ubikayu tersebut dan ini akan mencacatkan kerepek kulit ubikayu yang hendak dibuat. Sebaiknya setiap kepingan kuit ubikayu ini bersaiz sederhana atau pun besar untuk dapatkan keseragaman saiz kerepek yang sesuai. Kulit ubikayu yang telah diap dibuang kukit luarnya akan dikumpulkan dalam bekas dan dibasuh bersih (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun ada juga pembuat kerepek kulit ubikayu yang tidak membuang kulti bahagian luarnya tetapi kualiti kerepek yang dihasilkan kurang menarik. Bagi mendapatkan kuantiti yang banyak bagi dijadikan kerepek kulit ubi makan banyak kulit ubukayu yang diperlukan kerana ia merupakan bahan sisa yang selalu tidak digunakan. Oleh itu mereka yang mempunyai bekalan kulit ubikayu yang banyak mampu menyediakannya. 


Cara untuk membuat keepek Kulit Ubikayu yang rangup adalah mudah sama seperti membuat kerepek biasa. Kuit ubikayu adalah merupakan salah satu bahagian dari ubikayu (Dipanggil sebagai Singkong di Indonesia) yang memiliki tekstur sangat rangup meskipun belum diproses. Kulit ubikayu biasanya mungkin hanya dibuang begitu saja sebab banyak yang beranggapan bahawa kulit ubikayu itu sudah menjadi sampah setelah terpisah dengan isi ubinya. Namun kini ternyata kulit singkong yang sudah dianggap sampah ini dapat dijadikan sebagai makanan ringan yang sangat enak untuk dinikmati. Ini kerana kulit ubikayu dapat dijadikan kereoek kulit ubi yang sangat renyah dan enak. Mungkin ada yang masih bingung bagaimana cara memproses kulit ubikayu menjadi kerrepek yang banyak disukai oleh semua orang. Berbanding dengan kerepek ubi yang biasanya dibuat dari bahagian dalam isinya saja maka ianya adalah unik. Caranya sangat mudah untuk membuat keripik kulit ubikayu namun anda harus membersihkannya terlebih dahulu dan mencucinya dengan air sampai bersih. Kulit bahagian paling luar atau kulit nipis yang berwarna kecoklatan itu tidak termasuk atau tidak dapat dijadikan sebagai kerepek sehingga harus dikupas terlebih dahulu. Bahan untuk promosi terdiri daripada kulit ubikayu 500 gram, garam 3/4 sudu teh, gula merah yang ditapis halus 25 gram, 800 ml air bersih, minyak gorengan 500 gram, ketumbar yang sudah dihancurkan 1/2 sudu teh dan bawang putih yang dihaluskan 5 biji. Kesemua bahan ini akan menjadikan kerepek ubikayu ini menjadi lebih enak dimakan.


Mula-mula perlu dibersihkan kulit ubikayu dengan cara mengupas kulit nipis yang berwarna kecoklatan itu secara berhati-hati. Setelah itu kulit ubikayu itu mesti dicuci dengan air dan basuh sampai bersih. Seterusnya adalah aktiviti dimana kulit ubikayu tersebut direbus selama 5 minit atau dimasak didalam air mendidih bertujuan untuk mengukuhkan strukturnya agar tidak patah atau pecah lagi. Seterusnya ia kemudian di angkat dan ditoskan dan sisihkan sejenak untuk mengeringkannya daripada air rebusan. Kemudian dicampurkan kulit ubikayu tersebut dengan ramuan seperti ketumbar, bawang putih, gula merah dan garam halus sambil diadunkan sehingga rata. Kemudian ia perlu dijemur kulit ubikayu tersebut untuk seketika yang sudah dicampur dengan ramuan sehingga sampai kering lalu diangkat. Langkah berikutnya adalah menggoreng kulit ubikayu tersbut yang sudah kering dalam minyak panas dalam kuali sehingga masak dan rangup. Kemuidan diangkat dan ditoskan minyaknya. Lazimnya kerepek kulit ubikayu ini enak dimakan terus atau dimasukkan dalam bungkusan plastik yang kedap udara untuk tahan lama. Kerepek kulit ubikayu ini yang sudah siap sesuai untuk disajikan dan dinikmati ketika sedang bersantai sebagai makanan ringan. Pembaca blog boleh mencubanya sendiri selepas membaca rencana ini. Wasallam!!!.
KEREPEK UNIK... KULIT UBIKAYU ASALNYA...
DIBUANG KULIT LUAR... ISI KULIT ASASNYA...
DIGORENG RANGUP... PERISA DITAMBAHNYA...
MARI MENCUBA... USAHA MURNI JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Sirnagalih,
Bandung, Indonesia.
(12 March 2017).
Melancong bersama famili di Bandung.

Monday, March 20, 2017

KELADI LAMBUK - PETIK DAN MASAK (Part 2)

KELADI LAMBOK (Caladium spp) merupakan sejenis keladi yang kurang dikenali ramai berbanding dengan Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak dan sebagainya. Kini keladi Lambuk atau dikenali juga dengan nama Keladi Lambok atau Kemumu dikalangan penduduk tempatan merupakan mana ia merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan bersaliran salir dan ada kelembapan. Penulis hanya mengenali akan tumbuhan keladi ini setelah membuat banyak lawatan kekawasan dipendalaman Pahang seperti di Daerah Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh dimana keladi ini rupanya dijadikan sayuran yang unik. Apa tidaknya kladi ini dijadikan bahan masakan seperti masakan sebagai Masak Gulai Ikan Masin, Masak Goreng Lambuk Bersardin (Sila anda lihat foto diatas) an hebatnya ia dijadikan sebagai Ulam atau dimakan sebagai Salad. Saya ada menulis mengenai keladi lambuk tahun lepas dengan judul 'Keladi Lambuk - Enak Gulainya' dalam blog ini (Sila klik disini) dan artikel 'Tanam Keladi Lambuk' selepas itu (Sila klik disini). Bagaimana pun kali ini saya menulis dengan lebih saintifik mengenai keladi lambuk berdasarkan kepada laporan kajian kes yang dilakukan oleh En Ali iaitu pakar tanaman daripada Pejabat Pertanian Daerah Raub bersama penulis sendiri. Mungkin tidak ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang telah kenal secara saintifik akan tumbuhan keladi lambuk ini. Ia juga agak kurang dibuat kajian saintifik oleh penyelidik tempatan kerana berkemungkinan sehingga kini keladi lambuk dianggap mempunyai nilai ekonomi yang rendah. Penulis blog belum berjaya menjumpai petani atau usahawan pertanian yang menanam keladi lambuk ini secara monokrop dengan luas dan berskala komersil. Keladi lambuk lazimnya ditanam disekeliling rumah atau sekitar penjuru kebun sebagai bahan untuk dijadikan sumber batang keladi lambuk bagi kegunaan sendiri. Kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih dan jarang atau tidak kenal akan keladi lambuk antara puncanya. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bekaitan dengan teknologi bagaimana untuk memetik batang keladi dan memasak hidangan keladi lambuk secara lebih jelas lagi.


Batang keladi Lambuk yang telah dipotong dan dibiang kulit lapisan luarnya kemudian sudah sesuai untuk proses berikutnya. Ia per;u dipotong pendek menggunakan pisau tajam sekitar ukuran 1.0 - 1.2 cm panjang bergantung keapada kehendak tukang masak (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kerja memotong nipis batang keladi lambuk ini dilakukan diatas lapisan daun pisang, bekas plastik dan pastikan tidak kotor terkena benda asing seperti tanah. Ada beberapa petua memasak keladi lambuk yang penulis blog dapat maklumat dimana masakkan keladi lambuk tidak sesuai dicampur dengan bahan lain seperti jagung, kentang, terung dan sebagainya didalam gulai dimana ia akan juga menjadikan makanan tersebut menjadi gatal. Pengalaman penulis di IP Kuala Lipis baru-baru ini mengesahkan bahawa jika sayuran keladi lambuk ini dicampur dengan jagung telah menyebabkan rasa 'gatal' ditekak selepas memakannya. Keladi lampuk yang dipotong-potong dibersihkan dan terus dimasak atau di bungkus untuk dijual dipasar minggu atau pasar tani. Sebaiknya pembungkusan keladi lambuk yang dijual adalah dalam bentuk batang yang belum dipotong, kiub yang telah siap dipotong malahan ada yang menjualnya sebagai batang keladi lambuk yang asli (tidak dibuat apa-apa prosesan).


Semasa penulis membuat tinjauan dibeberapa pasar tempatan, ada sering kali terjumpa batang keladi lambuk dijual bersama dengan sayuran kampung yang lain. Di Pasar mingguan Kg Dong, Raub, Pahang dan Pasar Minggu Hari Ahad di Bandar Raub sering dijual pelbagai sayuran kampong termasuk batang keladi lambuk (Sila lihat foto disebelah). Gerai sayuran kampong ini menjual batang keladi lambuk bersama dengan bunga kantam.daun ubi, daun meranti, terung pipit, belacan, jantung pisang, kucai, cemperai, jering dan beberapa sayuran kampong yang lain. Harga jualan batang keladi lambuk adalah RM1.50 - RM2.50 seikat bergantung kepada saiz ikatan, musim jualan dan juga kualitimya. Di Pasar Tani Mega UTC Kuantan penulis dapati terdapat sekitar 2-3 buah gerai yang ada menjual keladi lambuk dan keladi kemahang untuk penduduk sekitar bandar Kuantan setiap hari Ahad. Dalam temubual penulis dengan penjual tersebut ada dinyatakan bahawa bekalan batang keladi lambuk dan keladi Kemahang ini ada yang datang dari Raub, Lipis dan juga datang dari Kuantan sendiri. Terdapat ramai yang membeli keladi Lambuk dan keladi Kemahang terutama mereka yang asalnya datang dari daerah Raug, Jerantut dan Kuala Lipis dan bermastautin di Kuantan. Penulis juga dimaklumkan beberapa pemilik restoren masakan asli Pahang ada membeli batang keladi lambuk dan keladi Kemahang untuk dijadikan menu dipremisnya. 


Dalam pada itu Jabatan Pertanian telah berjaya mengadalah satu Simposium Tanaman Potensi Negeri Pahang yang dirasmikan oleh YB Pengerusi Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang pada 9 Mac 2017. Simposium ini yang dihadiri oleh seramai 300 orang pegawai dan petani serta usahawan telah membentangkan 7 jenis tanaman berpotensi untuk dimajukan di Negeri Pahang diantaranya adalah Durian Belanda, Lada Hitam, Belimbing Buluh, Strawberri (Tanah Tinggi Cameroon Highlands), Mesta, Keladi Lambuk dan Keladi Kemahang. Kertas bertajuk Potensi Tanaman Keladi Lambuk dan Keladi Kemahang mendapat sambutan peserta kursus kerana ia merupakan kali pertama pembentangan keladi ini secara teknikal yang disampaikan oleh pakar yang berpengalaman. Jabatan Pertanian juga merancang untuk menanam keladi Lambuk dan Keladi Kemahang di sekitar Kg Budu, Daerah Kuala Lipis secara komersil pada tahun 2017. Projek ini dijangka akan menjadikan tanaman ini menjadi lebih diterima dan mudah diperoleh oleh penduduk negeri Pahang dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info beguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Menu masakkan Keladi Lambuk dengan Udang.
KELADI LAMBUK... KURANG DIKETAHUI...
ARTIKEL DITULIS... ADA 2 PART SEKALI...
TERANGKAN CARA... SEJENIS KELADI...
DIMASAK ENAK... MAKAN DENGAN NASI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 401, Superior Deluxe Room,
Hotel D'Valley, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1438H).

Sunday, March 19, 2017

KELADI LAMBUK - PETIK DAN MASAK (Part 1)

KELADI LAMBOK (Caladium spp) merupakan sejenis keladi yang kurang dikenali ramai berbanding dengan Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak dan sebagainya. Kini keladi Lambuk atau dikenali juga dengan nama Keladi Lambok atau Kemumu dikalangan penduduk tempatan merupakan mana ia merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan bersaliran salir dan ada kelembapan. Penulis hanya mengenali akan tumbuhan keladi ini setelah membuat banyak lawatan kekawasan dipendalaman Pahang seperti di Daerah Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh dimana keladi ini rupanya dijadikan sayuran yang unik. Apa tidaknya kladi ini dijadikan bahan masakan seperti masakan sebagai Masak Gulai Ikan Masin, Masak Goreng Lambuk Bersardin dan hebatnya ia dijadikan sebagai Ulam atau dimakan sebagai Salad. Saya ada menulis mengenai keladi lambuk tahun lepas dengan judul 'Keladi Lambuk - Enak Gulainya' dalam blog ini (Sila klik disini) dan artikel 'Tanam Keladi Lambuk' selepas itu (Sila klik disini). Bagaimana pun kali ini saya menulis dengan lebih saintifik mengenai keladi lambuk berdasarkan kepada laporan kajian kes yang dilakukan oleh En Ali iaitu pakar tanaman daripada Pejabat Pertanian Daerah Raub bersama penulis sendiri. Mungkin tidak ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang telah kenal secara saintifik akan tumbuhan keladi lambuk ini. Ia juga agak kurang dibuat kajian saintifik oleh penyelidik tempatan kerana penulis dapati berkemungkinan sehingga kini keladi lambuk dianggap mempunyai nilai ekonomi yang rendah. Penulis blog belum berjaya menjumpai petani atau usahawan pertanian yang menanam keladi lambuk ini secara monokrop dengan luas dan berskala komersil. Keladi lambuk lazimnya ditanam disekeliling rumah atau sekitar penjuru kebun sebagai bahan untuk dijadikan sumber batang keladi lambuk bagi kegunaan sendiri. Kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih dan jarang atau tidak kenal akan keladi lambuk antara puncanya. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bekaitan dengan teknologi bagaimana untuk memetik batang keladi dan memasak hidangan keladi lambuk secara lebih jelas lagi.


Mungkin ramai berpendapat memetik batang keladi untuk dijual atau digunakan sendiri dalam masakan sendiri mudah sahaja. Bagaimana pun daripada tinjauan penulis dan pengalaman penulis sendiri memetik batang keladi untuk dijadikan bahan masakan perlukan kemahiran dan pengetahuan tersendiri. Pertama sekali adalah pastikan batang keladi yang hendak dituai tersebut merupakan keladi yang boleh dimakan. Sebagai contoh keladi lambuk sesuai dimakan dimana ia dipilih pokok yang telah matang. Elakkan daripada mengambil batang keladi ketika musim hujan kerana lazimnya pada waktu ini pokok keladi adalah dalam keadaan 'reproductive' yang mana ia menyebabkan rasa gatal apabila dimakan terutama untuk beberapa jenis keladi liar yang tidak dikenali termasuk keladi kemahang. Gunakan pisau tajam yang bersih dan potong pangkal batang padi dari perdunya (Sila lihat foto disebelah). Potong bahagian bawah batang dan buang bahagian daunnya sebelum dibawa untuk pproses seterusnya.

Batang atau pelepah keladi lambuk yang telah dipotong perlu untuk dikumpulkan dengan meletakannya diatas daun keladi dikebun. Pastikan jangan diletak diatas tanah untuk elakkan kekotoran dan pencemaran. Seterusnya batang keladi ini akan dikerat sepanjang 12-15 cm bergantung kepada kesesuaian dan kehendak. Batang keladi yang dikerat boleh diikat sekali atau diikat mengikut saiz jika bertujuan untuk menjualnya (Sila anda lihat foto disebelah). Hanya mengambil batang keladi yang sihat, bersih dan tidak rosak sahaja. Batang keladi yang masih segar sebaiknya ia segera diproses untuk dimasak bagi tujuan mendapatkan kesegarannya. Jika disimpan lama maka ia akan menjadi lembik bagaimana pun ia boleh disimpan dalam peti ais walau pun tidak digalakkan.

Proses seterusnya adalah asas penting didalam menyediakan batang keladi lambuk sebelum dimasak. Batang keladi lambuk perlu dibuang lapisan kulit luat atau nama temopatan ia dipanggil sebagai 'Menyepat'. Menyepat adalah kerja membuang kulit luar batang keladi mengunakan pisau tajam untuk membersihkan batang keladi tersebut dan elakkan kejadian gatal, kulit agak keras dan mencantikkan batang keladi tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kerja menyepat ini mudah bagi mereka yang berpengalaman tetapi sukar kepada mereka yang kali pertama membuatnya. Ini kerana kulit luar batang keladi ini sangat nipis dan mudah terputus jika perbuatannya kasar. Kerja perlu dilakukan dengan sabar dan berhati-hati dan ianya menjadi lebih sukar untuk saiz batang keladi yang kecil. Penulis yang memang berpengalaman dalam mekan batang keladi dikampong zaman remaja dulu tidak kekok melakukan kerja ini. Batang keladi lambuk yang telah siap dibuang lapisan kulit atau siat 'menyepat; ini akan dipotong untuk dimasak atau pun diikat untuk dijual kepada pelanggan. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk mengetahui info selanjutnya. Semuga anda dapat info berguna dengan membaca artikel dalam blog anim agro technology. Wasallam!!!.
MENANAM KELADI.... APA JENISNYA...
KELADI MAEAR... JUGA KELADI CINA...
KELADI LAMBUK... APA BENDANYA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, M Design Hotel,
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1438H)

Saturday, March 18, 2017

IMPORT BIJI KOPI - TIDAK PERLU PERMIT

MINUMAN KOPI (Coffea spp) merupakan antara jenis minuman yang sangat penting diseluruh dunia. Kopi telah diminum oleh berjuta manusia setiap hari dengan kandungan bahan caffiene yang menyegarkan. Jumlah keluasan tanaman kopi diseluruh dunia (Green coffee) mengikut data FAOSTAT pada tahun 2010 adalah sebanyak 10,139,797 hektar. Keluasan tanaman kopi di Brazil sahaja adalah seluas 2,155,570 hektar. Jadi memang sahlah penulis blof ini katakan yang pengeluar kopi terbesar didunia adalah Brazil dengan sebanyak 2.44 juta mt pada tahun 2010 diikuti pula dengan Vietnam (1.057 million mt), Colombia (887,661 mt), Indonesia (791,000 mt) dan yang ke lima adalah negara India (262,300 mt). Negara lain yang tersenarai berikutnya adalah seperti Ethiopia, Peru, Mexico, Guatamala dan ke 10 negara Honduras. Keluasan tanaman kopi di Malaysia pula adalah seluas 9,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 telah menurun kepada hanya seluas 8,557 hektar pada tahun 2005 dan pada tahun 2010 hanya seluas 3,160 hektar sahaja. Anggaran pengeluaran kopi di Malaysia pada 2015 sebanyak 20,591 metrik tan yang mana ia bernilai RM 12,355,000 sahaja. Kajian penulis dapati kebanyakan kawasan tanaman kopi berada di Negeri Sabah (65%) dan Johor (20%) dan Sarawak (5%). Ada sedikit yang masih ditanam dinegeri lain seperti di Pahang, Selamgor dan Kedah. Kebanyakan tanaman kopi dibawah pokok kelapa dan buah-buahan sebagai tanaman selingan atau tanaman intergrasi. Jenis kopi yang di tanam diseluruh dunia ada 3 jenis iaitu Coffea arabica, Coffea liberica dan Coffea robusta. Jenis yang paling luas ditanam di Malaysia sekarang  adalah jenis Cofea liberica di Semenanjung dan di Sabah ada jenis ditanam dari Coffea liberica dan Cofea robusta. Malaysia adalah negara pengimport kopi dengan anggaran sebanyak 100 metrik tan setahun untuk kegunaan domestik dan kuga kebanyakannya adalah diproses untuk pasaran eksport. Pengimport kopi perlu mendapatkan Import Permit daripada MOA sebelum dibenarkan membawa masuk biji kopi mentah sebagai kawalan. Bagaimana pun pada bulan Januari 2016 kawalan ini telah dimansuhkan. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini saya menulis mengenai liberasasi kopi untuk dijadikan bahan rujukkan anda. 

Daripada laporan rasmi yang dirujuk penulis menunjukkan keperluan produk kopi di Malaysia menjelang tahun 2020 adalah sebanyak 27,250 tan metrik setahun. Dari laporan menunjukkan penggunaan kopi jenis Arabica merupakan sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan pasaran dunia diikuti dengan Kopi Jenis Robusta sekitar 28 peratus dan Kopi Jenis Liberica sebanyak dua peratus sahaja. Kopi Robusta antara biji kopi yang paling banyak diimport Malaysia kerana ia merupakan jenis kopi paling banyak ditanam didunia dan harga pasaran duna yang rendah berbanding dengan harga biji kopi arabica dan liberica. Kopi yang ditanam di Malaysia adalah daripada jenis Liberica (90 peratus) dan Robusta (10 peratus) manakala biji kopi mentah yang banyak diimport adalah daripada jenis Robusta dan Arabica. Mengikut data statistik Jabatan Pertanian, terdapat peningkatan pada bilangan pengimport biji kopi mentah daripada 95 syarikat pada 2014 kepada 99 syarikat (2015). Di samping itu penulis blog tahu dimana pengeluaran biji kopi tempatan didapati menurun daripada 16,332 tan metrik pada 2009 berbanding 14,739 tan metrik pada 2013. Bagi import biji kopi mentah pula terdapat peningkatan ketara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Jumlah import adalah sebanyak 51,579 tan metrik dengan nilai RM401.93 juta pada 2009 berbanding 106,555 tan metrik yang bernilai RM972.3 juta (2013). Penggunaan perkapita kopi di Malaysia adalah sebanyak 0.86 kilogram seorang berdasarkan kepada kajian yang dijalankan pada tahun 2015. Dianggarkan keperluan produk kopi di Malaysia menjelang tahun 2020 adalah sebanyak 27,250 tan metrik.


Bermula tari tahun1969 lagi didapati pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah diamanahkan untuk tujuan mengawal kebenaran mengimport biji kopi mentah sebelum diambil alih oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada 1987di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Namun begitu pada 11 -16 Disember 2014 berdfasarkan kepada satu Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport Keluaran Pertanian dimana telah memutuskan bahawa Jawatankuasa Teknikal dan Pentadbiran Kelulusan Mengimport Biji Kopi Mentah telah dipindahkan atau diambil alih oleh Jabatan Pertanian berkuat kuasa 1 Januari 2015. Ini bermakna syarikat yang ingin untuk mengimport biji kopi mentah perlu mendapatkan kebenaran daripada MOA. Pada 28 Januari 2016 pula Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 menyatakan dimana proses pengimportan biji kopi mentah telah diliberalisasikan berkuat kuasa serta merta mulai tarikh tersebut. Hal ini didakwa mampu berjaya memudahkan proses pengimportan biji kopi mentah. Syarikat tidak perlu mendapatkan kelulusan kuota import akan tetapi masih perlu memohon permit import (IP) daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia untuk Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri di Sabah dan Sarawak.


Permit import kopi adalah diperlukan kerana pengimportan bahan pertanian masih lagi tertakluk di bawah Akta dan peraturan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa (MAQIS) serta Peraturan-peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 (FAMA). Pengimportan biji kopi mentah dilihat tidak akan memberi kesan signifikan kepada pembangunan industri kopi di Malaysia khususnya di peringkat perladangan kerana kopi yang ditanam di Malaysia adalah jenis Liberica manakala yang diimport pula jenis Arabica dan Robusta. Menerusi liberalisasi kebenaran mengimport biji kopi mentah, industri kopi akan berkembang pesat dengan kemasukan bekalan biji kopi yang berkualiti tinggi dan konsisten pada harga berpatutan. Liberalisasi ini juga bersifat sementara. Ia dijangka mampu mengatasi isu lambakan biji kopi mentah di pasaran tempatan pada masa hadapan. Liberalisasi ini juga dijangka menyumbang kepada penglibatan lebih ramai usahawan industri kecil dan sederhana di samping meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar melalui aktiviti pengeksportan produk-produk berasaskan kopi. Selain itu ianya juga boleh menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan melalui aktiviti perkembangan industri hiliran kopi. Semuga anda mendapat info terbaik dari blog Anim Agro Technology setiap hari. Wasallam!...

IMPORT KOPI... DARI LUAR NEGARA...
PALING BANYAK..JENIS ROBUSTA...
ADA PERMIT... KINI TELAH TIADA...
MINUM KOPI... JENIS KOPI 3-RASA...

By,
Dato M Anem,
Senior Agronomist,
Kilang Kopi 434, Jalan Sulaiman,
Muar, Johor,
Malaysia.

(17 Ramadan 1437H)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...