KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, February 20, 2017

NENAS - PENYUKUAN DARI JAMBUL

BENIH NENAS (Ananas comosus) merupakan input asas penting dalam usaha untuk menanam nenas selain daripada keperluan input lain seperti baja, racun dan sebagainya. Benih nenas boleh didapati secara umumnya daripada Sulur Tanah (ground suckers), Sulur Udara (Aerial Suckers), Sulur Tangkai dan juga bahagian Jambul nenas (Crown). Beberapa teknik aruhan dilakukan untuk menghasilkan benih nenas seperti menggunakan bahan Cyclnillidae (pada kadar 1.6 liter sehektar (Martinez. LR, 2005) dan penggunaan bahan Chloroflurenol (pada kadar 3,750 liter sehektar).  Penulis blog dapati bahan tanaman nenas daripada sulur tanah merupakan sumber benih tanaman nenas yang paling selalu digunakan kerana ianya mudah didapati, murah dan mudah untuk ianya dikendalikan. Terkini adalah benih nenas yang disediakan dimakmal iaitu Benih Kultur Tisu (tissue culture). Benih kultur tisu bagaimana pun belum disyorkan (not yet recomended) oleh Jabatan Pertanian dan LPNM untuk ianya digunakan kerana masaalah variasi Somaclonal. Variasi somaclonal adalah dimana pokok nenas yang tumbuh akan ada sedikit perbezaan sekitar 10 - 30% daripada ciri-ciri pokok induk. Teknik lain dalam menyediakan benih nenas adalah dengan melalui kaedah pembiakan dinurseri melalui Kaedah PENYUKUAN SULUR, Kaedah BELAHAN BATANG TUNGGUL NENAS dan juga Kaedah PEMOTONGAN MATA TUNAS DAUN (Leaflet bud cuttings). Pada masa rencana ini ditulis bekaln benih nenas terutama untuk varieti MD2 sangat berkurangan akibat ramai petani telah berminat dengan nenas ini yang mendapat harga baik dipasaran. Nenas MD2 merupakan jenis nenas premium dimana ia ada permintaan benih nenas mencecah jutaan benih dalam masa setahun sedangkan bekalan benihnya tidak mencukupi. Benin nernas MD2 pernah dijual doantara RM2.00 - RM2.50 satu sulur masa ini iaitu ketika lebih ramai petani minat untuk menukar kepada nenas vareieti MD2. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi penghasilan benih sulur nenas secara kaedah penyukuan jambul. Inovasi ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk nenas MD2.


Teknik pembiakan nenas melalui penyukuan sulur lazim dilakukan sebagai satu kaedah dimana sulur tanah akan dibelah 4 dahulu. Kemudan belahan ini akan diberikan rawatan dengan racun kulat seperti Benomyl dengan kepekatan 0.01% agar ia tidak rosak akibat serangan kulat. Sukur belahan ini kemudian akan disusun dalam nurseri dengan jarak 10 cm x 10 cm didalam barisan diatas batas yang mempunyai media sesuai. Apabila sulur ini tumbuh maka ianya boleh dialihkan keladang setelah ianya berumur sekitar 5-6 bulan dalam nurseri dengan saiz sekitar 30 cm tinggi (Sila  rujuk rajah diatas). Kaedah ini hanya dapat memberikan 1 belahan dan akan menjadi satu unit anak benih sahaja untuk ditanam kelak. Teknologi ini telah lama dilakukan oleh pekebun kecil nenas yang kekurangan benih tanaman terutama bagi nenas varieti baru yang ingin ditanam. Teknik ini agak mengambil masa lama untuk mendapatkan benih yang banyak berbanding dengan teknik baharu yang akan dipaparkan.


Teknologi atau Teknik Penyukuan Jambul (Crown Quartering Method) telah lama juga diperkenalkan dialam industri nenas tetapi kurang popular kerana ia lambat dan jumlah jambul adalah terhad dimana lazimnya hanya ada satu jambul pada sebiji buah nenas. Bagaimana pun selain dari aktiviti penyukuan sulur kini penyukuan jambul telah berjaya menghasilkan banyak benih nenas dan prosesnya lebih cepat. Pilih jambul daripada buah nenas matang dari varieti yang terpilih dan kemudian di belah empat. Belahan jambul yang dibelah 4 tadi kemudian dirawat dengan larutan racun kulat Benlate dengan 0.01% untuk elakkan ia menjadi busuk. Kemudian keratan jambul ini akan disemai didalam nurseri dengan jarak 10 cm x 10 cm dengan susunan 5 baris setiap batas. Amalan menyembur dengan Organic Plant Booster pada kadar 15 ml/L dilakukan selepas seminggu ia disemai. Sulur mula kelihatan selepas 2 minggu semburan Organic Plant Booster dibuat. Anda boleh terus link untuk dapat membaca rencana mengenai plant booster dengan artikel saya (Sila klik disini). Sulur yang pertama dapat diambil setelah berumur 4 bulan atau 117 hari setelah disemai diladang dan ia boleh diubah ke ladang. Setiap 3.5 bulan sulur yang seterusnya akan dapat diambil menjadikan banyak sulur benih yang dihasilkan kemudian. Hasil dari penggunaan plant booster ini sebenarnya yang menjadkan teknologi penyukuan jambul amat berjaya dilaksanakan.


Hasil daripada aktiviti pemerhatian yang dijalankan di Ladang Nenas En Zulkafli dari Kg Tok Siak, Kubang Pasu mendapati teknik penggunaan Organic Plant Booster semasa menyediakan benih dan aktiviti semburan diladang nenas amat ketara kejayaannya. Antara asas temuan dalam pemerhatian ini dimana (1) Sulur yang keluar adalah lebih daripada 1 dan dijangka mencapai 4-5 sulur untuk jangkahayat pokok sehingga umur 11 bulan. (2) Tempoh pengambilan sulur hanya antara 3.5 - 4 bulan iaitu lebih cepat dari teknologi lama hampir 6-7 bulan, (3) Tempoh hayat belahan jambul dijangka sehingga 11 bulan (extended lifetime), (4) Sulur benih yang diperolehi adalah sihat dan subur, (5) Pokok nenas MD2 yang ditanam menggunakan benih ini boleh diaruh lebih  awal pada umur 7 bulan dan mampu menghasilkan buah dituai pada umur seawal 12 bulan (pada keadaan tanpa rawatan biasanya ia matang pada 14-15 bulan), (6) Tangkai buah nenas yang terhasil adalah panjang, bedar dan tegap dan (7) Tempoh bunga kembang lebih cepat pada pokok benih penyukuan jambul berbanding dengan pokok daripada sulur tanah. (8) Ujud keseragaman saiz bunga dan buah pada hampir seragam dan sama besar (9) Penggunaan bahan Organic Plant Booster pada pokok nenas yang disembur setiap 2 minggu sekali menjadikan kurang serangan perosak dan penyakit pokok nenas. Penulis blog sempat berkunjung keladang En Zulkifli dimana merupakan kawasan nenas yang ditanam berkepadatan tinggi dengan amalan teknologi TEM yang dipopularkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!...


BENIH NENAS... FAKTUR UTAMA..
SULUR TANAH... SULUR UDARA...
PENYUKUAN JAMBUL...DI CUBA...
LEBIH CEPAT... LEBIH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas MD2 Zulkkifli,
Kg Tok Siak, Kubang Pasu, 
Kedah, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1438H)

Sunday, February 19, 2017

BELALANG DAUN SERANG NANGKA

BELALANG DAUN  atau dikenali dengan nama 'LongHorn Grasshooper' didapati telah menyerang beberapa lokasi tanaman nangka di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Negeri Pahang. Daripada temubual penulis dengan En Yong yang mempunyai kawasan tanaman buah seluas 40 hektar dengan tanaman nangka J33 (Tekam Yellow), serangan belalang ini dikesan bermula semanjak awal Febuari 2016 dan meningkat pada pertengahan Febuari 2016 sehingga ia dijadikan sasaran untuk kempen kawalan serangan secara menyeluruh. Tanaman nangka Tekam Yellow di kawasan TKPM adalah singkatan kepada Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang yang terletak di Daerah Temerloh, Pahang. TKPM ini merupakan satu projek TKPM paling luas di Malaysia dengan keluasan fizikal 3,600 hektar (10,000 ekar) yang mula dibangunkan 9 tahun lalu iaitu semenjak tahun 2008. Daripada keluasan tersebut seluas 3,026 hektar telah pun dibangunkan dan kawasan seluas 2,292 hektar telah ditanam dimana sebahagian daripadanya telah mengeluarkan hasil. Kawasan yang dahulu hutan telah mula dibangunkan dengan membersihkan kawasan dan membuat infrastruktur ladang seperti jalan masuk utama, sistem pengairan, pembentung, kolam, jalan ladang, parit sempadan dan sebagainya. Projek ini dibiayai dibawah EPP7 iaitu oleh kerajaan persekutuan dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dengan bertujuan untuk menyediakan kawasan tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayuran kepada negara untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan untuk aktiviti hiliran atau tujuan pemprosesan. Beberapa tanaman yang sesuai dikenalpasti dikawasan ini seperti tanaman Buah Nangka (Artcarpus heterophyllus), Betik (Carica papaya), Kelapa Pandan (Cocos nucifera), Nenas (Ananas commosus), Belimbing Besi (Averrhoa carambola), Herba, Sayuran dan beberapa jenis tanaman selingan lain. Kini tanaman utama di TKPM Lanchang telah pun ditentukan sebagai Tanaman Nangka. Hampir 80% nangka yang siap ditanam adalah varieti Tekam Yellow (J33). Nagka jenis lain yang ada ditanam di TKPM Lanchang ini adalah seperti Varieti Mastura (J37) dan Nangka Subang Chap Boy (J38). TKPM Lanchang merupakan salah satu daripada 18 lokasi TKPM diseluruh Negeri Pahang dan sebahagian dari 76 buah TKPM diseluruh Malaysia yang telah dibangunkan semenjak RMK ke 9 dan RMK Ke 10. Kini TKPM merupakan satu kawasan pengeluaran makanan yang utama di negara ini dengan pelbagai jenis produk makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Projek TKPM ini melibatkan ramai petani dengan sistem pertanian yang lebih terancang dan berjaya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kes serangan belalang daun atau Longhorn Grasshooper yang berlaku di TKPM ini yang perlukan kawalan daripada merosakkan tanaman nangka. Sesungut yang berwarna coklat keputihan ini mempunyai nodes seakan bentuk tanduk yang halus.


Serangan belalang daun ini berlaku dikawasan tanaman nangka yang telah matang berumur 5-9 tahun dibeberapa lot dibahagian timur. Ia berlaku selepas musim buah hampir habis dan musim panas bermula. Belalang Hijau yang menyerupai warna daun ini amat sukar dilihat jika tidak digoyang pokok nangka yang mana ketinggian kini mencapai 15 - 20 kaki (Sila lihat foto disebelah). Belalang ini adalah Longhorn grasshooper dari Order Orthopera, keluarga Tettigoinidae, Genus Onomarchus dan merupakan spesis Leuconotus dari jenis Katydid. Penelitian penulis pada belalang daun dewasa ini mendapati ia mempunyai saiz yang besar sekitar 12- 13 cm panjang. Saiz belalang yang besar ini disebabkan ia ada dan mempunyai makanan daun nangka yang banyak disekitar TKPM ini. Apa yang penulis tertarik dimana ia mempunyai sepasang kepak yang sama seperti sehelai daun dan amat sukar dilihat ia melekat pada daun (Sila lihat foto paling atas). Ciri unik belalang ini dimana ia mempunyai sepasang sesungut (anttanae) yang panjang berbeza dengan belalang biasa dimana sering dilihat sesungut ini lebih panjang daripada ukuran badannya. Kitaran hidup belalang ini adalah sekitar 12 bulan (setahun) melibatkan beberpa peringkat (instar). Belalang Jantan mampu menghasilkan bunyi nyaring (stridulation) semasa panas matahari hasil gesekan organ menghasilkan bunyi yang berada dibahagian belakang sepasang kepaknya. Ada spesis yang mana belalang daun betina inijuga mampu menhgasilkan bunyi nyaring. Bunyi ini adalah untuk menarik pasangan bagi proses mengawan. Ia mempunyai sepasang kaki belakang yang besar untuk melompay dan sepasang kepak untuk terbang. Belalang kecil lebih laju berbanding dengan belalang besar.

Melihat kepada pokok nangka yang telah diserang selama 2 minggu didapati bahagian atas daun yang diserang menjadi seakan 'hangus' dan mereput (Sila lihat foto disebelah). Pada pokok nangka yang matang agak jelas dilihat hampir keseluruhan daun dibahagian atas akan kelihatan coklat dan reput. Belalang ini akan duduk dibahagian atas dan bawah daun mengikut keadaan. Pada waktu tengahari dan panas biasanya ia berada dibahagian bawah daun tetapi pada waktu mendung dan malam ia akan berada dibahagian atas daun. Foto yang penulis ambil menunjukkan dengan jelas akan simptom kerosakkan pada daun yang mereput dimana ia akan menyebabkan proses fotosintesis berkurangan dan pokok menjadi tidak produktif. Pada kawasan pokok nangka varieti Subang Chap Boy (38) di lot Gemilang Sdn Bhd kadar serangan mencecah 80% kawasan tanaman seluas 10 ekar ini. Bagaimana pun kadar serangan agak kurang serius bagi kawasan tanaman nangka varieti Tekam Yellow (J33). Pada pemerhatian penulis mendapati pokok varieti Tekam Yellow ianya dilihat agak selektif serangannya iaitu mengikut barisan atau pokok individu sebaliknya pada varieti J38 dilihat lebih menyeluruh. Berkemungikinan daun daipada pokok varieti J38 lebih disukai daripada varieti J33.


Antara kawalan yang dilakukan oleh petani bagi mengawal serangan ini adalah dengan membuat semburan racun serangga yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Racun jenis Cypermethrin digunakan dengan dos yang ditulis pada label. Racun ini dibancuh dalam air bersih dan disembur menggunakan High Power Sprayer terus kepada bahagian daun dan rumpai disekeliling tanaman pokok nangka (Sila lihat foto disebelah). Semburan ini setinggi 15-20 kaki dihalakan dibahagian bawah dan atas daun sehingga cukup basah. Semburan ini dilakukan pada waktu petang dimana belalang kurang aktif dengan kekerapan 2 minggu sekali bagi kawasan tanaman nangka yang diserang. Mengikut En Yong pemilik ladang Rofken Sdn Bhd ini semburan racun serangga memeng tidak dilakukan pada bulan Disember dan Januari kerana masa itu penghasilan buah nangka bulan itu adalah memuncak. Beliau memetik sekitar 20 metik tan dalam sebulan dan dijual dengan harga diantar RM1.80 - RM2.00 sekilogram harga ladang. Buahnya dijual kepada FAMA dan pemborong swasta sehingga ke Negeri Kedah. Beliau berharap buah nangka dari TKPM Lanchang boleh dieksport ke China kerana penghasilan dari TKPM Lanchang sahaja dijangka mencecah 6 juta metrik tan setahun pada masa akan datang. Pada waktu ini didapati buah nangka diladang beliau adalah diperingkat hujung tetapi berlaku serangan belalang daun yang agak serius.


Setelah semburan dilakukan, penulis blog dapat melihat bagaimana belalang daun dewasa, belalang daun muda dan pupa mula terkesan raxun dengan bergerak dari bahagian bawah daun. Daripada yang berzaiz besar dan kecil kemudian akan jatuh ketanah dan kemungkinan akan mati selepas itu (Sila lihat foto disebelah). Selain itu akan dilihat belalang daun dewasa berterbangan dari daun tinggi tetapi keadaannya sudah tidak stabil terkena racun. Pemerhatian penulis mendapati ada juga belalang daun ini yang memang berada didalam semak samun disekitar keliling pokok nangka. Semak ini berkemungkinan adalah perumah alternatif kepada belalang ini dalam keadaan biasa. Bagi penggunaan racun serangga sistemik seperti metamidophos dan sebagainya masih belum disyorkan penggunaannya di kawasan serangan ini kerana masih terdapat buah nangka yang belum dipetik lagi. Racun kuat ini boleh digunakan pada pokok muda yang masih belum berbuah atau kawasan pokok dewasa yang sudah tiada buah untuk dituai lagi dengan teknik 'trunk injection'. Cara ini bagaimana pun tidak dibenarkan lagi untuk kawalan belalang daun ini yang mula dirasai akan kehadirannya merosakkan daun nangka. Kesungguhan pegawai pakar daripada Jabatan Pertanian bekerjasama dengan Persatuan Peserta TKPM Lanchang akan meneruskan usaha dalam membenteras serangan belalang daun ini sehingga ia dijangka akan berakhir dalam bulan April-Mei 2017 akan datang. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
Penulis dengan Pengurus TKPM Lanchang dan pakar tanaman.

Penerangan strategi kawalan bersama pakar dan pemilik ladang.
BELALANG DAUN.... SUDAH MENYERANG...
CUACA SESUAI.... PEMBIAKAN BERULANG....
MAKAN DAUN NANGKA...WAKTUNYA SIANG...
PERLU DIKAWAL... ELAKKAN KERUGIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lot Gemilang dan Rofken,
TKPM Lanchang, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(17 Febuary 2017)

Saturday, February 18, 2017

USAHAWAN LABU DI TKPM - BERJAYA

LABU MANIS (Cucurbita moschata) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang popular ditanam dikalangan petani di Malaysia sebagai tanaman kontan komersil. Tanaman labu manis sama dengan tanaman tembikai dan timun menjadi tanaman pilihan petani komersil dibeberapa projek Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sebagai tanaman yang memberikan pulangan baik. Nama tempatan tanaman ini adalah seperti Labu Manis, Labu Lemak, Labu Taiwan dan ada yang kata Labu Madu (Terengganu). Tanaman ini dipercayai memang berasal dari Amerika Tengah. Selain dibuat sayur penulis blog dapati labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai. Labu manis adalah makanan yang kaya dengan pelbagai zat mineral sama seperti keledek dan baik untuk kesihatan. Daripada tinjauan penulis dibeberapa negeri mendapati pengeluar utama tanaman labu manis seperti di Johor, Terengganu, Pahang dan Perak dengan keluasan tanaman labu manis sekitar 1,468 hektar pada tahun 2015 (Sumber: Laporan statistik tanaman Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Didapati terdapat banyak varieti atau kultivar labu manis yang ditanam di Malaysia tetapi kini hanya beberapa varieti sahaja yang menjadi pilihan petani berdasarkan kepada permintaan pasaran. Pemerhatian oleh penulis blog ini mendapati diantara varieti yang popular di tanam adalah dari jenis Varieti China dan Varieti Taiwan. Varieti labu manis yang paling popular di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor daftar 767. Ini kerana buah labu manis berkualiti, saiz sederhana dan pokok yang tahan penyakit. Rencana subuh ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman labu manis yang dilaporkan dalam akhbar tempatan sebagai satu testimoni sebagai satu bahan bacaan dan sumber maklumat untuk anda.

Usahawan labu En Muhamad Hazani merupakan salah seorang penanam labu mas di TKPM, Titi Gantong, Bota, Perak. Beliau memilih tanaman labu manis kerana tanaman ini mudah ditanam, kos pengeluaran yang rendah dan juga mempunyai pasaran yang terjamin.  Jenis Labu Manis yang ditanam merupakan sejenis tanaman menjalar daripada keluarga Cucurbitaceae yang sering ditanam secara selingan dengan jagung atau tembikai. Tanaman ini adalah di antara tanaman yang paling mudah ditanam tanpa memerlukan penjagaan rapi, sekali gus ianya sesuai sebagai ‘peringkat percubaan’ bagi mereka yang baru menceburi dalam bidang pertanian. Menyedari faktor itu, Muhamad Hazani Aziz, 34, menjadikan tanaman labu sebagai salah satu komponen utama ladangnya yang keseluruhan berkeluasan 9.1 hektar. Kini tanah seluas 1.2 hektar telah pun diperuntukkan untuk tanaman labu. Selain itu beliau ada menanam jagung, cabai, pisang dan nanas. Penulis blog ada melawat TKPM Titi Gantong ini beberapa kali untuk meninjau sendiri teknologi penanaman jagung manis secara komersil. Menurut anak jati daripada Kampung Sungai Jejawi, Seberang Perak dimana pemilihan tanaman labu didakwa mampu mengeluarkan hasil setiap dua musim dalam setahun dan semusim dan ia juga mampu mengeluarkan hasil 6 - 7 tan bagi tanah berkeluasan 0.4 hektar. Pengeluaran hasil buah labu banyak bergantung kepada amlan agronomi tanaman.


Tanaman labu hanya ambil masa singkat sekitar 3 bulan untuk ianya dituai dan dipasarkan jika dijaga dengan baik. Walau pun kini harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan dan musim. Harga biasa selalunya RM1.00 sekilogram ke atas walau pun ia pernah mencecah sehingga RM3.50 sekilogram manakala pasaran pula sesuai untuk merata negeri. Buah labu manis yang matang tahan lama disimpan. Lazimnya tanaman labu manis alan mengambil masa 75 hari dengan tempoh mula berbunga pada hari ke-45 dan ia lebih mudah jika ditanam di kawasan berhampiran ternakan kelulut (Trigona spp) kerana tidak memerlukan bantuan pendebungaan. Ternakan kelulut bagaimana pun sesuai diletakkan ditempat redup agar ia tahan lama. Elakkan penggunaan sebarang racun untuk kita melindungi kelulut atau lebah dan semut yang membantu dalam proses pendebungaan labu manis. Penelitian penulis blog dapati proses penjagaan tanaman sangat mudah dan tidak memerlukan air yang banyak. Semusim hanya tiga atau empat kali disiram air manakala baja digunakan adalah baja asas najis ayam, daun dan buah ditabur secara berperingkat. Penjagaan juga tidak lama apabila mencapai usia 30 hari dimana bila pokok mula menjalar maka ia sudah tidak memerlukan penjagaan rapi.

Amalan lazim bagi mendapatkan hasil labu yang baik adalah dimana pokok perlu ditanam pada jarak dua meter dan sepokok boleh mengeluarkan enam hingga tujuh biji labu. Beliau kini telah menanam sebanyak 700 pokok untuk kawasan tanah hanya 0.4 hektar tanah. Bayangkan jika anda menanam seluas 5 hektar dengan labu manis dan hasil yang akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat ianya memang lumayan. Proses penting jika tiada atau kurang agen pendebungaan adalah dengan proses pendebungaan tiruan atau dengan kaedah Pendebungaan Berbantu. Setiap bunga labu manis perlu dikunjungi dan dengan alatan khas disentuh bunga tersebut meletakkan debunga kepada stigma agar berlaku proses pembentukkan buah labu (Sila lihat foto diatas). Kerja ini perlu dilakukan terutama pada musim hujan dimana kadar pendebunggan pada masa ini agak rendah berbanding dengan musim panas. Dalam pada itu ada penanam labu yang sering petik pucuk daun labu manis untuk dijual kerana permintaan daun labu manis untuk dimasak sayur juga amat tinggi. Pucuk labu manis selalunya dimasak lemak yang enak sesuai dimakan bersama nasi putih dan ikan kering. Ia juga merupakan kegemaran penulis dan sering mendapatkannya dipasar tani. Menu sayur [ucuk labu masak lemak ini sering dihidangkan direstoren makanan Melayu Tradisional.

Dalam pada itu En Muhamad Hazani berkata tanaman labu mempunyai pelbagai jenis atau varieti seperti ada yang berbentuk panjang atau bulat dimana dia menanam jenis Labu Mas yang mempunyai kelebihan tersendiri. Diantara beberapa keistimewaan labu mas ini isinya lebih manis, serat lebih halus berbanding jenis lain. Buah yang selalu dihasilkan mempunyai berat sekata dan bentuk bulat yang cantik. Malahan jenis ini juga mampu mengeluarkan lebih banyak hasil dan pokoknya memang tahan lasak. Labu jenis ini juga sesuai dijadikan pelbagai jenis masakan terutama kuih lepat labu kerana isinya yang manis dan serat halus. Labu ini juga didapati tidak memerlukan modal besar seperti sesetengah tanaman lain malahan risiko serta musuh tanaman juga agak kurang namun mampu memberikan pulangan yang lumayan mencecah ribuan ringgit jika dijaga dengan baik dan cuaca yang mengizinkan. Bagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini atau yang bermodal kecil, labu manis adalah tanaman sesuai. Bagaimana pun pada saya apa yang penting adalah semangat, usaha dan minat harus ada untuk bergelut dalam bidang ini. Bapa kepada tiga anak itu katanya sebelum ini pernah berkerja sebagai mekanik dan pekerja kontrak di Shah Alam, Selangor. Namun ianya hanya bertahan sebulan sahaja dan kemudian nekad kembali ke kampung untuk terus membantu menguruskan sawah padi bapanya sebelum beralih kepada tanaman sayur yang lebih luas pasarannya. Syukur kepada Allah, berbekalkan usaha dan sokongan keluarga selain bantuan Jabatan Pertanian saya mampu membuktikan petani bukan lagi kerjaya ‘orang kampung’ dan mampu memberikan masa depan yang cerah. Labu adalah bahan makanan berkhasiat dan baik untuk kesihatan. semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!..

MENANAM LABU... ADALAH SATU USAHA...
LABU MANIS...LABU MAS SAMA SAJA...
MUDAH DITANAM...SENANG DIJAGA...
HARGA LUMAYAN... BUAH TAHAN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Hotel Jerantut Hill Inn,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(16 Jamadilawal 1438H)

Friday, February 17, 2017

KELULUT - SARANG KURANG RISIKO

 
MENTERNAK KELULUT (Trigona spp) merupakan satu jenis hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa yang perlu dilakukan oleh bakal usahawan menternak kelulut didalam memilih sarang kelulut yang baik dan mampu menghasilkan hasilan madu seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan.


Dalam akhbar tempatan di paparkan artikel bertajuk 'Cari sarang kelulut kurang risiko' ia telah mempaparkan bagaimana usahawan kelulut telah menyedari akan kepentingan menyediakan sarang kelulut yang baik. Ini kerana hanya daripada koloni kelulut yang baik akan menghasilkan madu kelulut yang berkualiti apabila siap diproses dimana ia mengandungi pelbagai khasiat. Kini sarang kelulut telah dipelbagaikan dengan pelbagai rekabentuk, saiz, bahan digunakan dan hiasan. Terdapat sarang kelulut yang dibuat dari daripada ketulan simen walau pun kebanyakan usahawan akan menggunakan sarang kelulut dari pokok kayu balak (Sila lihat foto disebelah). OMAR merupakan seorang usahawan kelulut yang sering mengambil madu kelulut daripada sarang kelulut apabila ianya telah matang. Omar telah mulakan usaha menternak kelulut setelah dia menerima latihan khusus dengan Jabatan Pertanian dimana ia amat berminat menternak kelulut semenjak 4 tahun lepas. Berdasarkan kepada minat adan percaya dengan khasiat madu beliau kini meningkatkan aktiviti kerana telah terbukti madu kelulut membantu merawat pelbagai jenis penyakit antara faktor yang mendorong individu ini menceburi dunia pencarian pelbagai madu lebah sejak usia 15 tahun. Kini Omar Sahari telah berumur 43 tahun yang juga pengusaha madu kelulut berkata pencarian sarang lebah kelulut lebih mudah berbanding sarang lebah lain. Ini kerana ia hanya memerlukan lubang kecil sama ada pada kayu, batu atau tunggul yang berada di sekelilingnya. Selain daripada lokasi sarangnya yang mudah didapati didakwa lebah kelulut tidak mempunyai sengat seperti lebah lain yang lebih berisiko. Bukan itu sahaja, madu lebah kelulut juga lebih banyak khasiatnya biarpun rasa madunya manis-manis masam.


Sebenarnya usahawan ini menyatakan dimana sebelum beralih kepada perusahan madu kelulut secara serius dahulu sebenarnya dia antara pencari madu tualang (Apis dorsata) dan pernah memanjat pokok setinggi 91.4 meter untuk mendapatkan madunya. Risikonya mencari lebah tualang sangat tinggi biarpun saya tidak pernah terjatuh yang kini telah menetap di Kampung Parit Sangit, Semerah, Batu Pahat, Johor. Menyentuh berkenaan pencarian sarang kelulut, Omar berkata, dia mendapatkan bekalan sarang itu daripada kenalan yang tinggal di kawasan kampung dan Orang Asli. Sarang Kelulut yang dibeli sekitar RM250 hingga RM500 bergantung kepada saiz tunggul. Selepas itu ia diperbaiki dan dibuat rumah kecil di atas sarang berkenaan untuk menempatkan madu yang dihasilkan lebah kelulut. Malah madu lebah boleh terhasil seawal dua hari dengan terbentuknya propolis. Beliau menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sarang kerana terdapat permintaan yang menggalakkan daripada peminat madu kelulut. Biasanya antara 80 hingga 100 sarang diperoleh dalam tempoh sebulan. Harga bagi sarang jenis Trigona itama bermula RM450 hingga RM600, sementara sarang jenis Trigona thoracica dijual pada RM900 hingga RM1,200 setiap satu bergantung kepada besar saiz sarang atau tunggul,” katanya. Omar berkata dimana bagi madu yang diproses pula dia menjual satu kilogram (kg) dengan RM400, sementara bagi botol bersaiz 150 milimeter dijual RM50 setiap satu. Permintaan madu kelulut semakin meningkat sepanjang tahun dengan promosi khasiat yang dipaparkan oleh media massa dan dari kepercayaan awam.


Daripada pemerhatian dilaporkan sarang madu kelulut yang paling besar penternak ini pernah ada adalah sarang di kayu balak. Beliau mendapatkannya selepas seorang kenalan dari FELDA Pasak, Kota Tinggi, Johor memberitahu ada sarang lebah kelulut di kayu balak yang ditebang bagi memberi laluan projek pembinaan empangan tiga tahun lalu dimana ianya adalah diantara koleksi peribadi paling disayanginya. Kini dia berdasarkan pemerhatian penjagaan sarang madu kelulut ini dikatakan berbeza daripada sarang madu lain kerana tidak boleh diletakkan di tempat yang panas. Jika diletakkan di tempat panas akibatnya bahan propolis mudah rosak dan cair hingga menjejaskan menghasilan madu kelulut. Mereka yang berminat dengan pemeliharaan lebah kelulut perlu menjaga sarangnya sebaik mungkin kerana perlu diletakkan ditempat redup dan berbumbung. Panduan ini penting kerana kebanyakan pembeli sarang bukan saja terdiri daripada pengusaha madu kelulut tetapi turut juga membabitkan peminatnya yang meletakkan sarang di kawasan rumah mereka. Jika dibandingkan madu kelulut dengan madu jenis lain lazimnya madu kelulut ini antara terbaik kerana mempunyai khasiat tersendiri. Madu kelulut mampu membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya asma, luka dalaman, darah tinggi, antibarah, mengawal paras gula dalam darah dan boleh mengatasi demam. Bagi mendapatkan kesan yang baik pengambilan madu kelulut perlu konsisten. Ia boleh diambil dengan mencampurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk dan diminum sebelah pagi sebelum sarapan. Ada yang tidak suka dimana mereka boleh minum terus satu sudu besar madu kelulut tanpa mencampurkan air ketika pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sarapan. Cara ini sesuai untuk membantu mencegah dan merawat batuk, selesema, sakit tekak dan masaalah resdung. Penternakan kelulut kini menjadi tumpuan ramai usahawan muda dimana pihak kerajaan dan swasta ada memberikan khidmat latihan teknikal serta bantuan tertentu didalam industri ini. Madu Kelulut menjadi popular`setelah promosi melalui DUTA KELULUT PAK SABRI ALI yang berjalan lebih dari 2,000 km diseluruh negara dalm masa 52 hari. Kini madu kelulut dijadikan 'Super Food Malaysia' kerana kehebatan khasiatnya. semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
MADU KELULUT... SUPERFOOD MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT... MUDAH TERNAKNYA...
BATANG KAYU ... RUMAH ASAL DUDUKNYA...
LAPORAN AKHBAR... TESTIMONI BUKTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Jerantit Hill Inn,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1438H)

Thursday, February 16, 2017

FERTIGASI GANTUNG - JIMAT 50% KOS

FERTIGASI GANTUNG (Hanged Fertigation) merupakan satu teknologi penanaman sayur berasaskan kepada tanaman tampa tanah yang digantung. Kini telah ramai petani dan penanam sayur komersil yang menukar sistem tanaman mereka kepada teknologi fertigasi gantung kerana dikatakan ia mampu menjimat kos sehingga 50 peratus. Antara sebab pemilihan teknologi ini adalah kerana ia akan menyelamatkan penanaman jika musim banjir bagi kawasan tanah rendah dan jaminan penghasilan lebih baik. Teknik fertigasi gantung semakin diikuti oleh ramai pembaca blog. Saya telah menulis lebih daripada 10 artikel mengenai Fertigasi Gantung dalam blog ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi gantung?. Teknik fertigasi gantung adalah salah satu cara penanaman menggunakan beg semaian yang diikat dengan tali dan digantung pada sistem para (berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong). Sistem para perlu dipasang dengan kukuh untuk menampung beg semaian yang diisi dengan media tanaman seperti Coco peat atau Peat moss (sabut kelapa) serta paip untuk pengairan dan pembajaan. Tanaman yang sesuai untuk teknik ini adalah jenis sayur-sayuran berbuah termasuk timun, terung, cili, peria, kacang panjang dan petola. Kemahiran petani dalam menyediakan struktur para yang kukuh mampu mengelakkan daripada ia runtuh semasa tiupan angin kencang atau tampung berat tanaman. Selain itu kemahiran petani dalam membancuh air larutan baja membolehkan tanaman mendapat nutrien yang mencukupi dan tepat. Penulis dapati amalan 'vertical technology' dalam penanaman sayur ini menjadi pilihan ramai petani. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini menulis bagaimana teknologi fertigasi gantung mampu menjimatkan kos. Projek fertigasi gantung yang diusahakan melalui teknik ini didapati lebih menguntungkan dan berdaya maju. Berbanding kaedah fertigasi biasa yang ditanam di atas tanah atau di dalam beg semaian.

Antara beberapa kelebihan Fertigasi Gantung adalah dimana ia dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil. Kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh, boleh menggunakan mesin dengan mudah, tanaman lebih subur dan kurang penyakit. Selain itu penulis blog juga dapati penggunaan racun dapat dikurangkan, semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap serta efisyen menggunakan jentera penyembur yang sesuai. Kemudian hasil dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan beg semaian yang lebih tinggi serta jangka hayat tanaman lebih lama. Oleh itu penulis buat kesimpulan awal dimana secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa. Daripada beberapa lot penanam sayur dengan kaedah fertigasi Gantung di projek Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian didapati hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari lebih lama berbanding penanaman secara konvensional.

Sistem ini didakwa dapat memberi pulangan maksimum kepada petani di mana jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus. Teknik ini sangat sesuai diaplikasikan di kawasan tanah yang sering dilanda beberapa masaalah seperti keadaan geografi tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur termasuk tanah bris. Petani yang mengusahakan tanaman di kawasan yang kerap berlaku banjir sangat digalakkan mencuba teknik ini memandangkan ia tidak menjejaskan keadaan fizikal mahu pun kualiti hasil malah dapat menjamin pengeluaran hasil yang berterusan. Kini dengan menerusi penggunaan mekanisasi ladang yang sesuai kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang fertigasi gantung, orang ramai boleh membaca tulisn saya dalam anim agro technology atau lain-lain sumber rujukkan. Dalam lawatan lain penulis lawat tanaman peria katak dengan cara fertigasi gantung.  Mungkin tidak ramai yang menggemari peria katak kerana beranggapan isinya pahit. Bagi mereka yang tahu khasiatnya pasti tercari-cari herba berkenaan. Peria katak selain dibuat ulam, boleh juga dimasak dan dijadikan jus minuman. Ia dikatakan penawar penyakit kencing manis.


Bagaimana pun tinjauan penulis blog dalam lawat kebun usahawan muda iaitu En Saipul Nizam berumur 37 tahun babru-baru ini telah menjadikan tanaman peria katak sebagai salah satu komponen utama ladangnya yang keseluruhan berkeluasan 0.68 hektar. Beliau turut menanam rock melon, cili besar, cili api, sayur kailan, halia, timun, petola dan kacang panjang yang dijalankan secara giliran selain mengikut permintaan pasaran. Tanaman peria katak mengambil masa antara empat hingga lima bulan sebelum dituai dan ia mudah ditanam sekiranya menjaga pembajaan serta dapat mengatasi serangan serangga perosak. Beliau telah pun menggunakan kaedah fertigasi gantung untuk menanam peria katak ini. Ia lebih mudah kerana beg semaian tidak diletakkan pada bahagian bawah sekali gus memudahkan penjagaan. Peria katak ini perlu disemai dalam tempoh dua bulan hingga ia bercambah. Kemudian anak pokok peria katak ini dipindahkan ke dalam beg semaian,” katanya yang ditemui di ladangnya di Kebun Cili Off Jalan Mapetra, Sungai Lui, Batu 24 Hulu Langat, Selangor. Menceritakan cerita pembabitan awal beliau dalam pertanian pada tahun 2012, Saipul Nizam mengakui sebelum ini tiada asas pertanian dan tidak berminat langsung dalam bidang berkenaan. Beliau asalnya memang tiada asas pertanian hingga satu hari mak saya beritahu pakcik saya mengusahakan tanaman cili centil hingga memberikan hasil lumayan. Dorongan keluarga telah meyakinkan dia untuk membuat perubahan dalam diri kerana tidak mahu saya bekerja makan gaji. Saya menyahut cabaran mak untuk berjinak-jinak dalam pertanian. Kemudian dia buat uji kaji sendiri dengan menanam cili api sebanyak 200 beg semaian menggunakan kaedah fertigasi di belakang rumah dengan modal permulaan RM1,000 yang pernah bekerja dihotel di ibu kota dulu.

Sebenarnya beliau tidak menyangka langkah permulaan membuahkan hasil apabila semua tanaman cili api yang diusahakannya itu berjaya. Disepanjang tempoh tanaman cili itu, saya mempelajari selok- belok penjagaan dan pembajaan supaya dapat mengatasi masalah sekiranya ingin menanam dengan skala lebih besar suatu hari kelak. Beliau seronok dapat jual cili api itu dengan RM10 sekilogram. Ia menjadi pembakar semangat untuk meneruskan projek pertanian ini. Kini selepas melihat dimana sebanyak 200 beg semaian cili berjaya mengeluarkan hasil, telah berambah dari 1,000 kepada 7,000 beg semaian. Saipul Nizam berkata, sejak kejayaan menanam pokok cili, dia kemudian nekad berhenti kerja di sebuah hotel dan menubuhkan syarikat Pertanian Global Berkembar Enterprise serta menyewa tapak ladang di Hulu Langsat sebagai projek perintis. Dari situ dia mula menanam pelbagai jenis tanaman dan yang terbaru peria katak. Harga ladang bagi peria katak saya jual sekitar RM3 sekilogram sementara harga pasaran antara RM4 hingga RM6 sekilogram. Kini beliau sedang mencari syarikat pengeluar jus herba atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan peria katak untuk dibekalkan terus kepada mereka sekali gus dapat menanam peria ini secara berterusan. Bapa kepada tiga anak itu mempunyai dua pekerja tetap turut menyediakan kursus pertanian serta khidmat pemasangan tanaman fertigasi. Melihat kepada kejayaaan positif usahawan muda in penulis blog anim agro technology percaya teknologi penanaman sayur dengan Fertigasi Gantung amat sesuai dimasa akan datang. Diharap artikel ini mempu memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
FERTIGASI GANTUNG...CARA BERTANI...
POLIBEG DITANAM... GANTUNG TINGGI...
LARUTAN AIR BAJA...SENTIASA DIBERI...
POKOK TAHAN LAMA...HASILNYA TINGGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Hotel Jerantut Hill,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1438H)

Wednesday, February 15, 2017

DAUN NENAS - JADI CENDERAMATA

TANAMAN NENAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dimajukan di negara kita terutama apabila varieti nenas MD2 diperkenalkan kerana kualitinya yang premium. Selain daripada hasil buah nenas yang boleh dijual bagi menjana pendapatan, sulur dan jambul nenas kini boleh dijual menjadi bahan tanaman dan memberikan pendapatan. Kini bahagian daun nenas pula boleh diproses menjadi silaj bagi dijadikan makanan ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Bagaimana pun kali ini penulis blog dapati daun nenas boleh dijadikan produk cenderamata istimewa daun nanas. Semasa lawatan penulis ke negara Filipina, mereka telah pun mempromosikan baju istimewa yang dibuat daripada dun nenas iaitu dinakan sebagai 'Barung'. Baju Barung ini dijual dengan harga mahal diantara RM500 - RM1,000 sehelai bergantung kepada saiz dan kualitinya. Nenas merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai usahawan tempatan yang menjadikan daun nenas sebagai produk cenderamata yang ada nilai ekonomik seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.


Tanaman buah tropika dikenali dengan nama nanas bukan saja tinggi kandungan vitamin C malahan daun tanaman kontan itu juga mempunyai serat yang tinggi. Kandungan serat tunggi ini bagaimana pun belum dapat dimenafaatkan sepenohnya dikalangan penanam nenas dan usahawan lain. Bagaimana pun menyedari keistimewaan pokok nanas ini seorang individu atau pengusaha cenderahati dari Batu Pahat, Johor iaitu Puan Azra Hussin berumur 38 tahun telah mengambil inisiatif menggunakan sepenuhnya daun tanaman itu dalam pembuatan beberapa jenis produk atau cenderamata yang dihasilkan. Katanya idea utnuk beliau penghasilan cenderahati 100 peratus daripada daun nanas terhasil sejak memulakan perniagaan percetakan di Shah Alam, Selangor lebih 10 tahun lalu. Kini hasil penelitian bercampur hobi dan minat maka beliau dari minat yang ada membuat kajian penyelidikan dan pembangunan (RnD) terhadap daun nanas dan mendapati ia boleh dikomersialkan menjadi bahan asas dalam pembuatan cenderahati. Beliau telah mula berkecimpung dalam pembuatan kraf tangan berasaskan daun nanas ini pada 2013 dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 70 jenis cenderamata berasaskan bahan berkenaan (Sila lihat foto diatas).  Diantara  70 jenis cenderamata yang dihasilkan Azra daripada kertas daun nanas.


Idea untuk membuat cenderamata daripada daun nenas ini disebabkan memang banyak daun nenas dikawasan kampongnya yang dibuang begitu sahaja atau dibakar setiap kali selepas menuai hasilnya. Kaedah membersihkan sis tanaman nenas ini dilakukan untuk penanaman nenas musim berikutnya. Bergantung kepada varieti nenas, jangkamasa penanaman dan penuaian nenas diantara 110 bulan - 14 bulan. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor di Johor Bahru oleh penulis dan wartawan lain. Seterusnya Puan Azra berkata di antara produk yang dihasilkan daripada kertas daun nanas ini termasuk kotak cenderahati, kotak tisu, penanda buku, bingkai gambar dan rantai kunci. Selain itu produk seperti bekas pensel, beg kertas dan buku cenderahati pelbagai saiz. Teknik pembuatan kertas ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan menjalani proses semula jadi untuk tujuan pengeringan kertas. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata, beliau memilih daun nanas kerana keistimewaannya yang pelbagai termasuk mempunyai kandungan serat yang tinggi, kukuh dan lebih tahan lama. Kini jika serat lain hanya boleh dibuat kertas maka serat nanas ini lebih istimewa kerana boleh menghasilkan benang.


Bermula dengan daun nanas diambil dari kebun ia kemudian diracik atau digunting halus, direndam semalaman sebelum direbus (Sila lihat foto disebelah). Bahan berkenaan dibiarkan selama dua hari sebelum dikisar menggunakan mesin industri bagi mendapatkan serat paling berkualiti. Kemudian serat nanas yang sudah dikisar dimasukkan dalam acuan lain sebelum dikeringkan. Jika cuaca panas selalunya proses pengeringan serat untuk dijadikan kertas hanya mengambil masa sehari. Kesemua proses dari awal ini mengambil masa seminggu dan daripada lima guni putih daun nanas lazimnya ia boleh menghasikan 100 keping kertas nanas. Kebiasaannya dia membuat mengikut saiz 17 x 24 inci bagi memudahkan cara penghasilan dalam membentuk pelbagai saiz cenderamata. Menyentuh bekalan bahan mentah khususnya daun nanas, Azra berkata, ia diperoleh mudah daripada kebun penduduk kampung di sekitar Batu Pahat. Ia sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Beliau selalu pergi sendiri ke kebun nanas milik pekebun untuk mendapatkan daun. Kebanyakan pekebun terbabit tidak menggunakan daun nanas sebaliknya hanya mengambil buah nanas saja. Biasanya daun nanas dibuang atau dibakar. Kini sambutan cenderamata ini amat menggalakkan hasil penjualan dalam talian dan pameran kraf di sekitar Johor dalam sebulan saya mendapat tempahan 2,000 hingga 3,000 unit cenderahati termasuk dari Pahang serta Melaka. Bekalan bahan mentah setakat ini sentiasa mencukupi, tetapi saya mempunyai kekangan dari segi tenaga kerja membuat kertas nanas kerana penghasilannya rumit dan remeh berbanding kraf lain. Usaha penulis blog menulis semula info teknologi memproses daun nenas menjadi cenderamata atau kraftangan ini perlu digalakkan dengan lebih aktif. Ini akan memberikan pendapatan tambahan jika lebih ramai yang mengusahakan dan pasaran boleh disusunatur dengan lebih bail lagi. Semuga anda mendapat info terbaik membaca artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM NENAS... DIAMBIL BUAHNYA...
DAUN TERBUANG... MEMBAZIR SAJA...
DIPROSES LAGI...JADI CENDERAMATA....
ADA NILAI...PENDAPATAN BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Jerantut Hill Inn,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1438H)


Tuesday, February 14, 2017

KEREPIK DURIAN - CARA MEMBUATNYA

KEREPIK DURIAN (Durian Chips) merupakan satu produk berasaskan durian yang boleh dikomersilkan di negara kita. Durian (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah tropika yang luas ditanam di negara kita sekitar 110,000 hektar yang direkodkan pada tahun 2016. Kawasan utama pengeluaran durian adalah di Raub, Pahang, Sekitar Batu Kurau di Perak dan di Daerah Muar / Ledang di Johor yang dikelanpasti sebagai kluster pembangunan tanaman durian oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Beberapa varieti durian yang kini sudah semakin popular adalah seperti Varieti Musang King atau Durian Raja Kunyit (D197), Durian Ochee, D24, Durian Merah dan beberapa lagi. Kebanyakan buah durian dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan tempoyak, durian crepe, ais krim durian, durian sejuk beku dan sebagainya. Saya ada menulis banyak rencana mengenai durian dalam blog anim agro technology.  Durian varieti D197 atau Musang King kini merupakan antara varieti yang paling popular dikalangan peminat makan durian (kerana rupanya ada manusia yang tidak langsung makan durian). Ia dijual dengan harga antara RM30 - RM45.00 sekilogram pada masa puncak tahun 2016 malahan mencecah kepada RM70.00 pada bulan Disember 2016 (musim sudah melawas). Promosi durian Musang King yang dijalankan amat berjaya dilakukan dan ia kini mencapai standard untuk dieksport keluar negara. Lebih ramai petani yang melakukan cantuman dewasa durian kampong atau dari varieti lain kepada varieti Musang King. Setidak-tidaknya pun mereka akan menanam durian dengan membeli benih durian musang king yang telah jadi 'Advanced Planting Material' atau singkatannya APM sahaja. Bagaimana pun rencana petang Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai produk kerepek durian dan bagaimana proses untuk membuatnya. Beberapa kali penulis hadir kursus membuat kerepek biji durian di beberapa lokasi.


Buah durian seperti namanya memang mempunyai beberapa komponen iaitu Kulit Durian, Isi Durian dan Biji Durian. Biasanya semasa makan durian semua bijinya dan kulitnya akan dikumpulkan dan kemudian dibuang dalam tong sampah dirumah. Penulis bagaimana pun lazimnya akan kumpulkan semua biji durian dan kemudian ianya direbus dengan bubuh sedikit garam sehingga 20 minit. Apabila sejuk ia amat enak dimakan dimana isinya yang berwarna putih berasa lemak dan amat mengenyangkan. Biji durian juga sering dikumpulkan dan disemai untuk dijadikan anak benih sebagai pokok penanti (root stock). Pokok penanti ini setelah cukup umur akan dicantum dengan matatunas durian daripada varieti yang disyorkan. Benih ini akan ditanam diladang apabila cukup umur.  Memang amat jarang dibincangkan bagaimana bijii durian ini boleh diproses seperti dijadikan Kerepek Biji Durian. Sebenarnya biji durian tertentu seperti buah durian dari varieti Munthong, Chanee dan Kanyou di Thailand yang gred rendah sering diproses menjadi Kerepek Biji Durian dan dijual dimerata-rata tempat terutama dikawasan tumpuan pelancong. Di lapangan terbang Bangkok banyk produk kerepek biji durian dijual dalam pembungkusan menarik dan harga juga memang lumayan.


Membuat kerepek biji durian telah penulis beberapa kali membuat kursus semasa bertugas di Muar, Johor. Kursus ini diadakan di Tangkak dimana disana terdapat banyak biji durian yang dikumpulkan didalam pusar pertanian dan juga penjual durian di sekitar daerah tersebut dahulu. Biji-biji yang ada akan dikutip dan dibersihkan dari kotoran sama ada untuk dijadikan anakbenih penanti bagi proses pengeluaran biji benih atau dipilih sesuai untuk dibuat kerepek. Biji yang besar, tidak terlalu tua dan tidak cacat dipilih dan dibuang kulit luarnya (berwarna coklat) dibasuh dengan bersih dan ditoskan (Sila lihat foto disebelah). Biji durian ini kemudian perlu direndam dalam air bersih selama 10 jam (semalaman) untuk melembutkan isinya. Kemudian ia dibersihkan sekali lagi baki kulitnya yang masih melekat dengan pisau atau 'peeler'. Sebaiknya biji durian ini ditoskan dan dijemur sehingga kering selepas direndam untuk elakkan ia berlendir dan menyukarkan pemotongan. Bersihkan biji durian tersebut dan kumpulkan untuk dibawa ke meja kera bagi tujuan menghiris nipis menjadi kerepek.


Lazimnya kerja-kerja pemotongan atau penghirisan biji durian dilakukan dengan menggunakan pisau tajam atau peeler. Kerja ini dipanggil 'menyagat' dengan tujuan untuk mendapatkan kepingan nipis yang sesuai untuk digoreng kelak. Pemotongan menggunakan alat sagat kena berhati-hati untuk dapatkan hirisan yang sekata dan elok. Sebaiknya ketebalan hirisan sekitar 2-3 mm kerana jika terlalu nipis akan hilang rasa kerepek durian manakala jika terlalu tebal akan kurang cirinya sebagai kerepek (Sila lihat foto disebelah). Hirisan kepingan biji durian ini sebaiknya terus diproses untuk penggorengan. Elakkan menyimpan hirisan ini terlalu lama kerana ia akan rosak disebabkan 'masuk angin' dan hasil kerepek kurang berkualiti. Bagi tujuan iti sebaiknya kerja-kerja menyagat dilakukan dengan tempat penggorengan kerepek biji durian.


Kerja menggoreng kerepek biji durian amat kritikal dilakukan kerana ia akan dapat menentukan kualiti kerepek ini. Sediakan kuali sesuai dengan diisi dengan minyak masak yang baharu untuk penggorengan. Minyak terpakai memang tidak boleh digunakan kerana ia akan menjejaskan warna kerepek biji durian yang digoreng. Sebaiknya api pemanasan menggunakan dapor gas yang mana api boleh dikawal untuk menentukan suhu tidak terlalu panas atau kurang panas. Masukan hirisan biji durian tersebut kedalam minyak panas dan kacau sehingga bertukar warna kekuningan sekepas disagat (Sila lihat foto disebelah). Sentiasa mengacau gorengan ini agar ia masak sekata atau seragam sehingga sesuai untuk diangkat dan ditoskan minyaknya. Kena sentiasa lihat dimana apabila warna asal biji durian tersebut daripada warna putih bertukar kekuningan masa sesuai diangkat dan toskan. Kemudian bagi menambahkan lagi keenakkan kerepek biji durian ini boleh bubuh sedikit garam dan ratakan. Kalau tanpa garam maka rasa kerepek biji durian ini tawar sahaja. Ada juga yang menambah perasa seperti kari, sambal dan gula untuk mengubah rasa kerepek biji durian ini. Ia sesuai dimakan terus atau dimasukkan dam plastik pembungkusan dan kemudian dijual dipasaran dengan label yang menarik. Walau pun kerepek durian ini masih kurang popular di Malaysia berbanding dengan negara jiran tetapi dengan membaca rencana dalam anim agro technology kali ini diharap anda boleh mencubanya. Wasallam!!!.

KEREPEK BIJI DURIAN... APA DIA...
BIJI DIKUMPUL... DIPROSES PULA...
DIGORENG PANAS... BUBUH PERASA...
DIBUNGKUS... JUADAH ISTIMEWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Tangkak,
Jalan Bekoh, Tangkak,
Johor, Malaysia.
(15 JamadilAwal 1438H)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...