KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, January 4, 2017

CARA BUAT SERBUK KARI

SERBUK KARI (Curry Powder) merupakan serbuk rempah yang mengabungkan pelbagai jenis herba untuk hidangan berempah yang terkenal di banyak negara seperti di negara kita Malaysia, Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara serta kini di Eropah. Dari segi sejarah didapati kari yang dipercayai berasal daripada India merupakan salah satu daripada menu istimewa masyarakat Asia yang sangat popular. Kami sekeluarga sering juga masak berasaskan kepada rempah kari sama ada guna kari buatan sendiri atau pun rempah kari komersial keluaran syarikat tempatan. Kini beberapa syarikat ternama menjuarai produk kari dan banyak lagi syarikat bertaraf kecil-kecilan yang menghasilkan serbuk kari pelbagai kegunaan. Terdapat banyak jenis kari yang kita boleh beli dari kedai tetapi kari yang paling popular adalah SERBUK KARI IKAN, SERBUK KARI DAGING, SERBUK KARI CAMPURAN, SERBUK KARI KURMAK dan banyak lagi mengikut keperluan. Kalau masa dahulu hanya masyarakat Asia sahaja yang suka makan kari, kini telah ada kemajuan dimana masyarakat Eropah, China, Jepun dan banyak lagi bangsa didunia telah mula menyukai makan hidangan kari ini. Di Malaysia terdapat berpuluh-puloh syarikat yang menghasilkan serbuk kari untuk pasaran domestik dan angarabangsa. Mereka mendapatkan sijil HALAL dan MesTI untuk produk yang berasaskan dari rempahratus ini. Sebut sahaja jenama kari BABA'S, ADABI, ADAMI, MAK SITI pastinya semua mengenalinya. Harga serbuk kari yang berpatutan menyebabkan ramai pengguna membeli serbuk kari dalam paket. Dipasar basah pula banyak kedai-kedai yang menjual serbuk kari pelbagai jenis mengikut keperluan dan ditimbang mengikut sukatan. Artikel petang cuti Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai rempah kari yang kita sering guna dan makan untuk 'panaskan' minda kita.

Serbuk kari yang berbeza digunakan untuk masakkan jenis kari berlainan. Kita boleh masak kari berasaskan ikan dinamakan Kari Ikan atau Kari Kepala Ikan (Sila lihat foto disebelah). Restoren menjual kari kepala ikan kini telah menjadi ikon di Malaysia yang sentiasa dikunjungi oleh rakyat tempatan dan pelancong asing. Selain itu kita memang biasa dihidangkan dengan Kari Ayam yang boleh dikatakan menjadi resepi atau menu harian dikebanyakan restoren diseluruh negara terutama untuk makan tenagahari. Ia juga dijual di gerai, hotel-hotel, kantin dan sebagainya. Kari ayam merupakan sejenis hidangan yang dimakan oleh semua kaum dan semua peringkat umur. Kini Kari Daging juga merupakan sejenis hidangan yang sangat popular di Malaysia sama ada menyediakan Kari Daging Lembu, Kari Kambing, Kari Gulai Kawah dan sebagainya. Selain itu Kari Telur juga merupakan menu hidangan yang popular terutama di asrama atau kantin sekolah dengan menggunakan telur ayam atau telur puyoh. Penulis juga sering membuat Kari Ikan Sardin yang sesuai dimakan dengan Lempeng Kabol, Roti Jala atau pun Roti biasa. Penulis juga dapati kini makanan seperti Mee Kari dan sebagainya semakin popular dengan bahan asas yang menggunakan kari. Sebut sahaja mee kari ada banyak outlet menjualnya di restoren, gerai pasar malam, pasar besar, pasaraya malahan mee kari menjadi menu di beberapa otel terkemuka. Bertapa hebat dan pentingnya kari dalam masyarakat kita masa kini.

Selain daripada serbuk kari mudah dibeli dari mana-mana kedai outlet, ia juga mudah disediakan sendiri dirumah. Apa pun seseorang itu mesti mengetahui bagaimana untuk membuat serbuk kari dan mempunyai peralatan sesuai untuk menyediakanya. Kalau hendak senang pilih sahaja serbuk kari yang ada dipasaraya atau kedai runcit dan boleh terus gunakan. Penulis berkongsi maklumat bagaimana hendak membuat kari sendiri yang boleh disesuaikan dengan citarasa sendiri. Bagi menyediakan kari sendiri perlu disediakan bahan-bahannya terdiri daripada 14- 16 batang Cili kering atau  lada kering, 16 sudu besar Biji Ketumbar, 8 sudu besar Jintan Manis, 4 sudu kecil Halba, 4 sudu kecil Biji sawi, 4 sudu kecil Lada hitam, 2 sudu besar Serbuk Kunyit dan juga 2 sudu besar Serbuk Halia. Cara membuat juga mudah dimana mula-mula sekali dengan ambil cili kering atau  lada kering perlu digunting kecil-kecil untuk dibuang bijinya. Kemudian perlu di lakukan teknik sangai atau menggoreng tanpa minyak dengan gunakan kuali sesuai. Cara menggoreng dengan memanaskan kuali dengan panaskan gunakan api sederhana dikawal sentiasa. Kemudian bahan-bahan seperti cili kering, ketumbar , jintan manis , halba, biji sawi dan lada hitam disangai sehingga sesuai masaknya. Pastikan ia dipanaskan tidak terlalu lama yang akan merosakkan kualiti kari yang akan dibuat.


Semasa memanaskan dalam kuali, pastikan anda akan memasak rempah tersebut sehingga mengeluarkan aroma. Goyang kuali dengan baik agar supaya rempah dapat dipanggang sekata (Sila lihat foto disebelah). Kawal kepanasan api dengan baik. Kemudian apabila semua ramuan rempah tersebut siap dipanggang maka tutupkan api dan biarkan agar rempah menjadi sejuk pada suhu bilik. Sebaiknya beberapa kaedah membuat kari adalah dengan menjadikan serbuk sama ada menggiling atau paling senang gunakan alat pengisar kering (Blender). Masukkan bahan tadi dalam alat pengisar dan kisar sehingga menjadi serbuk. Sebelum itu pastikan memasukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Antara alat yang sering digunakan untuk membuat bussines kecil kecilan membuat kari maka boleh menggunakan Alat Mortar atau Coffe grinder. Serbuk kari yang telah siap iniboleh digunakan terus atau dimasukkan kedalam pembungkus plastik atau jar yang kedap udara untuk menyimpan lama. Kalau pengguna hendak kari yang pedas maka komponen seperti cili kering boleh ditambahkan lagi atau kalau hendak kurangkan pedas dengan kurangkan kuantiti cili. Adalah lebih enak kalau kari yang baru disiapkan ini dimasak terus dengan ikan, ayam atau daging yang masih segar. Semuga artikel ini dalam anim agro technology memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
MEMBUAT KARI... MUDAH SAHAJA...
RAMUAN DISANGAI...DIKISAR JUGA...
SERBUK KUNYIT... DICAMPURKANNYA...
DIMASAK TERUS.... WANGI AROMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Gerai Kari Kepala Ikan Isnin,
Jalan Semambok, Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(26 Rabiulawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...