KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 24, 2016

SARUNG BUAH NANGKA

SARUNG BUAH NANGKA merupakan satu kaedah yang baik untuk menghasilkan buah nangka yang berkualiti. Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis buah dari jenis tanaman buah-buahan tropika yang kini semakin popular di negara kita. Pokok nangka kini ditanam secara komersil terutama di Negeri Pahang dibeberapa buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Terdapat seluas 4,
Di Negeri Pahang terdapat seluas 1,582  hektar tanaman nangka dilaporkan pada tahun 2015 dengan seluas 488 telah berhasil dimana jumlah pengeluaran hasil sebanyak 1.957 juta kilogram bernilai sekitar RM 4.4 juta. Masih terdapat pokok nangka yang baru ditanam (1,094 hektar) yang akan menjadikan Negeri Pahang akan menjadi pengeluar utama nangka di Malaysia. Apabila keseluruhan kawasan TKPM dan kawasan tanaman nangka swasta di Pahang matang, maka anggaran jumlah hasil boleh mencecah sebanyak 6.35 juta metrik tan bernilai sebanyak RM78.6 juta setahun. Harga ladang buah nangka masa kini diantara RM0.80 - RM2.00 sekilogram bergantung kepada varieti, kualiti dan musim pengeluaran. Daripada pemerhatian penulis mendapati kemuncak pengeluaran hasil nangka di Pahang adalah daripada bulan November - Januari dengan puncaknya pada Disember. Antara beberapa varieti popular tanaman nangka yang ditanam seperti Varieti Nangka Tekam Yellow (J33), Nangka Mastura (J37), Nangka Mantin (J32) dan beberapa lagi. Nangka Tekam Yellow kini menguasai lebih daripada 70% yang dumajukan diseluruh negeri Pahang. Anda boleh baca artikel mengenai nangka Tekam Yellow dari tulisan saya sebelum ini (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan menyrung outik buah nangka untuk menentukan buah nangka adalah lebih berkualiti selaran dengan Kempem MyGAP.


Pokok Nangka yang telah matang akan mula berbunga dan berbuah sekitar 3-4 tahun bagi pokok yang dijaga dengan baik dan mengikuti amalan agronominya. Bunga nangka lazimnya akan keluar pada lokasi yang sama atau berhampiran sama ada pada bahagian batang utama dan dahan leteralnya. Amat penting bagi petani mempastikan 'point' keluar bunga dan buah ini dijaga baik dan tidak rosak ketika memetik hasil. Apa yang penulis buat penelitian pada beberapa usahawan tanaman nangka yang luas dikawasan TKPM mendapati pokok nangka selalunya menghasilkan buah nangka yang banyak dan besar pada tahun berselang dimana ia tidak berbuah pada tahun berikutnya. Penulis dapati dalam satuy barisan tanaman ia jelas kelihatan ada pokok angka berbuah lebat dan yang disebelahnya tiada buah langsung semasa musim puncak (Sila lihat foto disebelah). Kejadian ini bagaimana pun kurang diteliti kerana jumlah hasil buah sepokok amat kurang ketara pada keseluruhannya. Putik buah nangka yang bersaiz 16 -18 cm panjang amat sesuai untuk dibalut dengan pembalut buah bagi tujuan menghalang daripada serangan oleh Lalat Buah. Lalat Buah (Bactocera umbrussa) yang hadir kepada putik nangka kerana pada waktu ini putik buah nangka sudah mengeluarkan aroma khusus. Lalat Buah dewasa akan bertelur pada bahagian kulit buah nangka. Apabila telur lalat buah tersebut menetas maka larvanya akan memakan isi buah nangka dan seterusnya menyebabkan buah rosak. Kesan dari serangan lalat buah membolehkan buah rosak dari peringkat awal buah terbentuk sehingga buah hampir masak. 

Putik Buah Nangka dibalut sebaiknya menggunakan bahan pembalut yang cerah, tidak boleh ditembusi Lalat Buah, Murah, Tahan Lama dan memberikan warna kulit buah yang menarik ketika dituai (Sila lihat foto disebelah). Antara bahan pembalut yang terbaik dan sering digunakan adalah guni plastik. Guni plastik ini lazimnya diperolehi daripada beberapa pembekal yang asalnya adalah pembungkus gula, baja, bahan-bahan lain dan dibersihkan dahulu sebelum digunakan. Bagaimana pun ada juga yang menggunakan pembalut daripada guni, kain terpakai, kertas tebal dan plastik. Lazimna jangkamasa diambil dari proses membalut putik nangka yang berukuran 16 - 18 cm ini sehingga buah nangka masak sekitar 100 - 105 hari. Daripada beberapa kajian di TKPM, penulis blog mendapati buah nangka amat kurang menjadi ketika musim kemarau dan panas berpanjangan. Kesannya adalah dimana buah menjadi kecil dan ringan. Apa yang menyedihkan dimana apabila buah nangka tersebut dibelah, komposisi isi nangka amat kurang sebaliknya hanya banyak jerami. Walau pun ada sistem pengairan diberikan pada pokok nangka, oleh kerana suhu tinggi sehingga mencecah lebih 34 Celcius pada Januari - April 2016 maka kualiti buah nangka amat menurun. Kajian penulis di ladang Halek (TKPM Bera) dan Ladang Suhan Movies (TKPM Lanchang) mendapati kesan kemarau pada tahun 2016 memang didapati menjejaskan keseluruhan penghasilan nangka.

Buah nangka yang dibalut akan dipetik selepas sekitar 100 hari ianya dibalut. Buah nangka yang masak ini dikenali dengan ada bau nangka masak yang kuat selain dari pada warna kulitnya agak lembut dan kekuningan. Buah ini akan dibuka sarungnya dengan memotong tali pengikat pada tangkai buah dengan menggunakan scateurs.  Kemudian sarung plastik ini dikumpulkan untuk diguna semula jika masih berkeadaan baik. Tangkai buah dipotong sekitar 3-4 inci dari batang atau dahan dengan scateurs. Buah ini kemudian akan dikumpulkan diatas lapisan kertas plastik (atau bekas pembalut buah) dikawasan pengumpulan hasil (Sila lihat foto disebelah). Lapisan plastik ini adalah menghalang buah nangka dari terkena kekotoran tanah. Buah nangka yang masak ini akan diasingkan mengikut gred dikadang sebelum dinaikkan keatas lori untuk dibawa kepusat pengumpulan hasil atau dihantar terus kepada pemborong. Buah yang berkualiti dengan gred A akan diasingkan dengan buah yang rendah kualitinya. Ini akan memudahkan pembeli memberikan harga semasa aktiviti menimbang buah. Bergantung kepada kualiti buah dan masa, buah nangka dijual dengan harga ladang diantara RM0.80 - RM2.50 sekilogram (Varieti Tekam Yellow). Antara lokasi pasaran utama buah nangka dari Pahang ini adalah disekitar Lembah Kelang dan Negeri Pahang sendiri. Hasil tulisan ini diharap dapat memberikan sedikit info tentang perlunya membalut buah nangka sebagai satu amalan agronomi yang penting. Penulis blog Anim Agro Technology mendapati kini ramai pemilik ladang nangka telah membalut menggunakan pembalut Plastik MyGAP yang disarankan oleh Jabatan Pertanian. Semuga anda mendapat info berguna .. Wasallam!!!...
MEMBALUT NANGKA... AMALAN BIASA...
PLASTIK MYGAP... DIPERKENALKANJUA...
BUAH CANTIK... BERKUALITI ADA HARGA...
ARTIKEL DITULIS... RUJUKKAN ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Plot En Halek, TKPM Tebing Tinggi,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...