Thursday, January 31, 2013

FEIJOAS

Reactions: 
FEIJOAS (Acca sellowwiana syn Feijoa sellowiana) merupakan sejenis buah yang kita orang Malaysia tidak berapa kenal. Buah ini adalah sejenus buah dari keluarga Myrtaceae yang juga dikenali sebagai 'Pineapple Guava' atau 'Guavasteen' atau bahasa kita 'Jambu Batu Nenas' kerana bnetuk buah seperti buah jambu batu tetapi rasa isinya seperti buah nenas. Saya membaca sebuah buku "Tropical and Sub-Tropical Fruits' terbitan CABI International (2011) dan menjumpai penulisan mengenai buah Feijoas untuk rujukkan dan pengetahuan pembaca. Sekali pandang bentuk buah ini macam buah jambu batu atau limau lemon yang berbentuk bujur sahaja. Buah ini adalah natif di Amerika Selatan seperti Brazil, Paraguay dan Uruguay yang tumbuh dikawasan tanah tinggi lebih 1,000 meter dari paras laut. Pada masa ini beberapa negara telah menanam buah feijoas ini seperti di New Zealand, California USA dan beberapa negara lain semakin berminat untuk menanamnya seperti di China, Rusia, Jepun dan Australia. Walau pun saya belum pernah makan buah ini, saya rasa ada potensi juga kalau buah ini sesuai ditanam dinegara kita. Artikel subuh hari Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah yang tidak pernah saya kenal iaitu Buah Feijoas.


Pokok renek sederhana kecil ini mempunyai bentuk pokok banyak cabang dengan ketinggian pokok sekitar 2 - 5 meter. Daunnya berwarna hijau gelap dibahagian atas serta sedikit keputihan dibahagian bawah dengan saiz 3-7 cm panjang. Buahnya berbentuk ovoid bulat dengan berwarna hijau gelap berukuran 4 - 7 cm panjang. Walau pun saya belum pernah makan buah ini, dengan melihat gambar buah dibawah sudah agak akan rasanya yang masam. Isinya bewarna putih krim dengan seakan ada tekstur seperti gelatin (Lihat foto dibawah). Buganya adalah jenis Hermoprodite dengan boleh melakukan pendebungaan sendiri bagi verieti tertentu tetapi kebanyakannya adalah dibantu oleh agen pendebunga seperti serangga dan burung. Buah akan terbentuk selepas 20 - 26 minggu selepas anthesis berlaku. 


Walau pun pokok ini dalam kategori Buah Sub-tropika, ia tahan dalam keasaan salji bagaimana pun buah dari kawasan lebih panas dikawasan subtropika mempunyai saiz lebih besar. Pokok ini masih boleh hidup dengan suhu - 11 celsius walau pun boleh menjajaskan kualiti buah. Tumbuhan ini sesuai dalam banyak jenis tanah tetapi jenis tanah lom berpasir atau berpasir dengan saliran baik amatlah digalakkan untuk tanaman ini. Keperluan pembajaan Feijoas disekitar 20 - 30 kg N/ha, 40 kg P serta 20 kg K untuk pokok muda meningkat kepada 120 kg/ha pada pokok dewasa bersama 80 kg P dan 100 kg K.   


Pennaman dijalankan dengan menggunakan biji benih yang disemai dalam polibeg dan apabila cukup umur diubah keladang. bagaimana pun terdapat kaedah keratan batang dan lenturan (layering) pernah dijalankan dibeberapa negara. Anak benih cantuman pula kini menjadi pilihan dengan mencantum anak pokok penanti berumur 1 tahun dengan mata tunas daripada varieti terpilih. Jarak penanaman adalah 2-4 meter pokok dalam barisan dan 4 - 5 diantara baris tanaman. Lakukan cantasan pembentukkan untuk mendapatkan pokok seimbang.  Cantasan seterusnya bagaimana pun dijalankan agak minima untuk tumbuhan ini. Kawalan penyakit dan perosak dijalankan terutama untuk serangan Chinese wax scales, Greedy scales dan Ulat Pengulung Daun. Kawalan rumpai dan program pembajaan mengikut keekerapan dan jumlah yang sesuai mengikut umur. 


Laporan daripada beberapa buku yang saya baca mendapati pokok mula mengeluarkan hasil selepas 2 - 4 tahun ditanam. Ini bergantung kepada cara pengurusan, faktur jenis benih digunakan, varieti serta jenis tanah. Kajian juga menunjukkan pokok Feijaos ini mempunyai jangkahayat hidup ekonomik selama 30 - 40 tahun. Pengeluaran hasil pada tahun ke 10 merupakan paling banyak dihasilkan. Kadar anggaran hasil adalah sebanyak  4 - 5 metrik tan/ha pada umur  4 tahun dan meningkat sebanyak 20 - 25 metrik tan setahun pada tahun ke 10 penanaman. Buah yang dipetik digredkan mengikut kualiti dan boleh disimpan didalam suhu 0 celsius selama 4 - 5 minggu sebelum dimakan oleh peminat. 
WASALLAM SEMUA!

BUAH FEIJOAS... PELIK NAMANYA...
MACAM BUAH JAMBU...MASAMNYA...
AMERIKA ASAL... DAN JUGA USULNYA... 
INGIN MELIHAT ... BILA AGAKNYA...

By,
M Anem
Kompleks MARDI , Serdang,
Selangor,
Malaysia
(18 RabiulAwal 1434H)




  

Wednesday, January 30, 2013

STRAWBERRIES

Reactions: 
STRAWBERRIES atau kita panggil STRAWBERI atau nama saintifiknya (Fragaria x ananassa) merupakan sejenis buah dari keluarga Rosaceae yang rasanya ramai rakyat Malaysia kenal. Ini kerana tanaman ini telah popular di negara kita dimana ianya ditanam d Cameroon Highland untuk kunjungan pelancong dikawasan tanah tinggi tersebut. Kalau kita pergi masuk kekawasan penanaman strawberi di Cameroon Highland, ia memang amat menyeronokan kerana kita dapat tengok, pegang, ambil gambar, petik malahan merasa buah yang kita beli dari ladang tersebut. Dulu kala tanaman ini kurang berjaya diusahakan dinegara kita tetapi dengan teknologi baru kita mampu menanam dan melihat pokok tersebut subur. Bagaimana pun saya bukan hendak cerita pengalaman tersebut sebaliknya berkongsi maklumat teknologi tanaman strawberi yang dijalankan di negara temperate bersandarkan buku yang saya baca dan juga pengalaman penulis sendiri. Pengeluaran buah strawberi dunia mencecah sebanyak 4.5 juta metrik tan setahun dengan USA mengeluarkan hampir 30% daripada jumlah pengeluaran dunia. Negara lain yang banyak menanam strawberi adalah seperti Turki, Sepanyol, Mesir, Korea Selatan, Jepun, Mexico dan Jerman. Saya berpeluang membuat lawatan teknikal tanaman strawberi di Mesir, China, Vietnam Utara, Korea Selatan dan Indonesia. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" informasi mengenai tanaman strawberi untuk menambahkan ilmu pengetahuan pembaca blog ini.


Pokok strawberi merupakan pokok renek (herbaceous plant) yang hanya mencapai ketinggian 15 - 20 cm dan kanopi pokok cuma 20 - 40 cm lebar (Lihat foto sebelah). Pokok ini merupakan jenis Hermaprodite dimana terdapat bunga jantan dan bunga betina yang akan melakukan pendebungaan sendiri. Bagaimana pun bantuan serangga seperti lebah madu akan membantu dalam proses pendebungaan. Tanaman strawberi boleh tumbuh dalam pelbagai jenis iklim tetapi perlukan suhu sejuk untuk memecahkan peringkat 'dormancy'. Suhu tinggi yang lelebihi 30 celsius boleh merosakan kualiti buah strawberi. Pokok ini juga tahan didalam keadaan salji (frost) dibawah -15 hingga -20 celcius dimana ianya jadi dormant.  Penanaman didalam struktur pelindung kini menjadi satu alternatif tanaman strawberi. Kaedah penanaman boleh dijalankan secara terbuka di kebun atau didalam rumah greenhouse. Kaedah sistem fertigasi tanaman strawberi semakin popolar di negara tropika seperti Malaysia.


Penanaman strawberi menggunakan bahan dari 'Stolon' anakbenih dengan 'node' dari rumpun pokok induk kultivar yang sesuai (Lihat foto  sebelah). Stolon untuk  dipilih jadi anakbenih akan diasingkan ini boleh disemai dalam polibeg dahulu atau terus ditanam didalam sistem fertigasi. Jarak penanaman bergantung kepada sistem digunakan. Terdapat 3 sistem penanaman strawberi yang saya dapati sesuai untuk diamalkan iaitu Kaedah Batas (Matted System), Kaedah Singkat (Hill system) dan Kaedah Kultur Dalam Beg (Beg System). Kaedah Batas selalunya dijalankan untuk tanaman yang agak lama (antara 2 - 4 tahun) dikawasan atas tanah yanag ada suhu sangat sejuk dengan kepadatan tanaman 25,000 - 50,000 pokok sehektar. Strawberi ditanam diatas batas dengan sulur batang menjalar diatas tanah dan mengeluarkan akar pada ruasnya. Kaedah penanaman singkat pula adalah dimana ia ditanam dengan kepadatan sehingga 120,000 pokok sehektar untuk satu pusingan tanaman sahaja. Ia ditanam diatas tanah terbuka dengan disediakan batas atau didalam struktur rumah pelindung (tunnel) yang kini lebih popular. Kaedah ketiga adalah menanam strawberi didalam polibeg terutama di kawasan Eropah Utara dimana penggunaan bahan kimia amat kurang.  Ia ditanam didalam rumah hijau (greenhouse) dengan bahan media tanaman khusus (80% cocopeat dengan 20% perlite) atau teknologi NTF (Nutrient Thin Film) sercara Fertigasi. Kepadatan tanaman cara ini sekitar 12 - 16 pokok satu meter persegi. Cara ini membolehkan menanam lebih satu pusingan setahun iaitu pusingan 3-5 bulan sekali.  Kalau kita melawat ladang strawberi di Cameroon Highland pun, kemungkinan ada kesemua kaedah ini ada dijalankan.


Tanaman strawberi memerlukan amalan cantasan dan latihan menjalar. Amalan membuat cantasan ini dibuat dengan tangan iaitu bagi memudahkan petani untuk menyembur racun rumpai, mengurangkan daun semasa 'winter' dan kawalan penyakit. Diantara masaalah serosak tanaman adalah seperti Penyakit Reput Akar disebabkan oleh Phythopthora spp atau Verticukulum spp yang merugikan petani. Serangan pada bahagian buah dan daun strawberi juga berlaku disebabkan oleh Kulat Botrytis spp serta kulat Collectotricum spp yang mana ia boleh dikawal menggunakan racun kimia dan baka yang tahan serangan. Serangan oleh virus juga mengancam tanaman stawberri dimana pembawa atau vektornya adalah Aphid (Aphids spp.). Penggunaan anakbenih strawberri daripada teknologi kultur tisu (tissue culture) atau juga dipanggil sebagai 'Micro-propogation technique' memang dapat mengurangkan kadar serangan ini. Pastikan menggunakan sumber anak benih atau stolon yang tidak pernah terkena serangan virus yang merugikan petani.


Tanaman komersil strawberi lazimnya boleh menghasilkan buah 3-6 bulan selepas ditanam bergantung kepada keadaan iklim.  Dikawasan negara beriklim sejuk, penghasilan paling optima selalunya adalah pada tahun kedua penanaman strawberi. Kadar pengeluaran hasil pada keadaan pengurusan biasa mencapai 30 mt sehektar tetapi penanaman secara komersil memberikan hasil sebanyak 50 mt sehektar. Bergantung kepada keadaan cuaca dan cara pengurusan, jangkahayat tanaman strawberi boleh hidup skala ekonomik selama 1 - 4 tahun ( Dikawasan panas selama 1 tahun  dan juga di kawasan sejuk selama 4 tahun). Kaedah memetik hasil buah strawberi adalah menggunakan tangan untuk memilih buah yang telah masak. Bagaimana pun di USA telah ada mesin menuai strawberi untuk ladang komersil dan tujuan diproses bagi pelbagai produk berasaskan buah strawberi.  Buah strawberi boleh disimpan selama  7 - 10 hari dalam keadaan suhu sejuk  sekitar 1 - 2 celsius (cold room) untuk dipasarkan dalam bentuk strawberi segar. Kita di Malaysia memang suka melawat tanaman strawberi di Cameroon Highland. Buah yang dijual pun bukan semua dihasilkan disana, katanya banyak juga yang diimpot dari luar negara untuk keperluan pelancong tempatan.
Wasallam!

BUAH STRAWBERI...MERAH WARNANYA....
DICAMEROON HIGHLAND...DITANAMNYA...
DIMAKAN SEGAR... JEM PULA DIBUATNYA...
RASANYA MASAM... YANG MANIS PUN ADA...

By,
M Anem
Banyak kali lawat ladang Strawberi,
Cameroon Highland
Pahang,
Malaysia

(17 RabiulAwal 1434)

   

  

Tuesday, January 29, 2013

NUTS - WALNUTS

Reactions: 
WALNUTS (Juglans regia) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Juglandaceae yang menghasilkan buah kacang walnuts.  Tumbuhan ini berasal daripada kawasan beriklim sub-tropika dan kawasan bersuhu sederhana sejuk. Pengeluaran walnut dunia pada tahun 2010 dianggarkan sebantak 2,65 juta metrik tan setahun dengan kebanyakan pengeluaran daripada negara di Asia. Menurut data oleh FAI Statistik, Negara pengeluar walnut disenaraikan sebagai USA, Iran, Turki, Mexico, Ukraine, Romania, India, Perancis dan Chile. Dari segi pengeluaran pula, negara Romania telah merekodkan produktiviti walnuts tertinggi didunia iaitu sebanyak 23 metrik tan sehektar walau pun kadar purata pengeluaran dunia sekitar 3 metrik tan sehektar. Sama ada faktur teknologi, kesesuaian iklim, baka tanaman atau pun cara pengurusan, kawasan di Eropah Timur tetap merupakan negara pengeluar utama walnut dunia pada tahun 2010. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dan hasil walnuts iaitu sejenis buah yang popular digunakan sebagai bahan ramuan makanan kesihatan dan beberapa kehunaan lain. 


Tumbuhan Juglans regia ini merupakan pokok mempunyai batang yang besar  macam pokok balak dengan ulurlilit batang sekitar 2-3 meter dan ketinggian sehingga 35 meter. Pokok ini rendang dengan daun dahan yang rimbun dan perlukan banyak cahaya matahari untuk kesuburan. Batang pokok mempunyai kulit yang agak lembut berwarna coklat kelabu dan lazimnya ada ruang udara atau empulur kosong ditengahnya. Daunnya berbentuk pinnate dengan sebanyak 5-9 helai daun dalam satu tangkai daun. Saiz satu tangkai rumpun daun adalah sekitar 25 - 40 cm panjang dan mempunyai susunan sama bersilang (pair alternate). Daun yang berwarna hijau ini mempunyai ukuran sekitar 10 -18 cm panjang dan lebar sekitar 6 cm. Bunga pokok walnuts berupa bunga panjang bertangkai sepanjang 5 - 8 cm dimana bunga jantan berada dipangkal jambak dan bunga betina dibawahnya. Buah walnuts adalah berbentuk bulat dan berwarna hijau ketika muda dimana mengandungi biji bersaiz besar didalamnya. Biji walnut inilah yang diambil sebagai satu jenis nut yang mengandungi khasiat sangat tinggi dan bernilai tinggi.


Beberapa rujukkan menunjukkan terdapat banyak verieti tumbuhan walnuts iaitu melebihi 10 jenis. Antara varieti yang popular seperti Vina, Valcor, Marbot, Lara, Jupanetti, Serr dan banyak lagi. Kajian mendapati penanaman pokok walnuts lazimnya menggunakan bahan anak benih cantuman dari pokok penanti yang tahan kepada serangan penyakit. Pokok ini perlu ditanam dengan jarak sekitar 8m x 9 meter dengan kepadatan sebanyak 160 pokok sehektar. Lazimnya penanaman dikira untuk selama 35 tahun sebagai ekonomik. Pokok walnut juga mampu tumbuh dengan   ketinggian mampu mencapai 50 meter dan boleh hidup sehingga 200 tahun lamanya. Tanah jenis tanah dalam melebihi 3  meter sesuai untuk ditanam dengan pokok walnuts. Baja dengan kandungan unsur Nitrojan yang tinggi diperlukan dari peringkat awal pertumbuhan. Bekalan air juga diperlukan untuk pertumbuhan cergas dari peringkat awal penanaman. Kawalan rumpai, serangga perosak, nematod dan kulat disesuaikan dengan konsep IPM dan penggunaan racun serangga.


Pokok walnuts mula mengeluarkan hasil selepas 4-5 tahun ditanam bergantung kepada pengurusan kebun. Rekod menunjukkan hasil mula optima mulai tahun ke 8 dan seterusnya. Bagi ladang walnut komersil, alatan jentera digunakan untuk mengegarkan pokok (Foto sebelah), memungut buah yang gugur diatas tanah (sweeping and collecting), mesin pemecah kulit dan seterusnya memproses biji walnuts. Bagi petani kecil-kecilan, buah yang gugur akan dipungut secara manual dan diproses secara manuak juga. Anggaran pengeluaran hasil sebanyak 0.6 metrik tan sehektar pada tahun keempat meningkat kepada 6.7 metrik tan sehektar pada tahun ke 8. Biji walnuts mengandungi Protin yang amat tinggi dimana setiap 100 gram terdapat 65.2 g lemak, 15.2 g protin serta 7.9 gram fiber. Kacang walnuts ini banyak tinggi kandungan asid amino yang berguna untuk kesihatan. Biji walnuts banyak digunakan sebagai makanan kesihatan iaitu sebagai bahan anti-oksidan yang efektif. 
WASALLAM!

NAMANYA WALNUT... ENAK RASANYA...
BUAH MUDA HIJAU ... DIAMBIL ISINYA...
POKOK DIGEGAR.... JATUH BUAHNYA...
BUAH DIKUTIP... DIPROSES SETERUSNYA...

By,
M Anem
Pinggiran Putra,
Selangor,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1434H)


Monday, January 28, 2013

DURIAN - CANTASAN DEWASA

Reactions: 
DURIAN (Durio zibethinus Murr) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Malvaceae yang luas ditanam di Malaysia. Terdapat lebih daripada 110,000 hektar tanaman durian dilaporkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Pertanian di seluruh negara dimana sebahagian besar daripadanya adalah terdiri daripada Durian Kampung (Tradisional) yang ditanam secara dusun bercampur sementara sebahagian lagi adalah durian varieti klonal yang ditanam secara monokrop. Bagi kebanyakan durian lama yang ditanam dikawasan kampong tradisional, pokoknya adalah tinggi, berumur lebih dari 20 - 70 tahun dan ditanam bercampur dengan buah-buahan lain dikaawasn dusun campuran. Pokok durian kampong ini ada yang berkualiti sangat baik, ada yang sederhana dan banyak juga yang mempunyai kualiti buah yang rendah. Ketika berlakunya 'Lambakkan Buah Durian', lazimnya durian kamponglah yang paling teraniaya kerana boleh dikatakan hingga tidak ada harga langsung. Orang tengah atau peraih tempatan yang selalunya datang untuk membuat pajakkan dan menjenguk durian kampong dulu pun tidak mahu membelinya dari petani ketika berlaku lambakkan. Perkara ini memang berlaku beberapa tahun sekali apabila banyak buah durian dihasilkan dan ianya gugur serentak pada jangkamasa yang pendek. Banyak program telah pun dikenalpasti untuk mengatasi masaalah lambakkan buah durian ini diantaranya seperti program jualan terus, aktiviti pemprosesan, durian sejuk beku, durian 'minimal process', promosi pelancongan 'makan durian' dan sebagainya. Merujuk kepada blog mengenai tanaman durian iaitu http://durianinfo.blogspot.com, saya tertarik dengan teknik untuk membuat cantasan pokok durian sebagai satu teknologi yang boleh diamalkan. Semasa saya sedang menulis artikel ini (Cuti rehat hari Jumaat), rakan saya En Hashim Hassan telah pun telefon bertanya sama ada atau tidak teknologi cantuman durian dewasa boleh di ketengahkan. Ini kerana kaatanya ada program khas Jabatan Pertanian terhadap program pemulihan kluster durian terutama terhadap durian kampong dengan menggantikan pokok lama dengan varieti bermutu. Saya menulis maklumat mengenai potensi cantasan dewasa durian dalam "Anim Agro Technology" untuk difikirkan bersama kesesuaian teknologi tersebut.


Cantasan merupakan perkara asas yang perlu diamalkan oleh penanam pokok durian. Tanaman durian secara semulajadinya adalah pokok saka yang mampu tumbuh setinggi lebih 100 kaki (30 meter) dan boleh hidup sampai beratus tahun. Semasa saya melawat Pulau Aur di Mersing, saya sempat melihat beberapa pokok durian dipulau tersebut yang cukup besar dan menurut Imam Harun, pokok-pokok telah berumur lebih daripada 100 tahun (Lihat indahnya Pulau Aur di foto sebelah). Menjawab kepada soalan bagaimana hendak menjalankan cantasan dewasa pokok tersebut, rasanya tidak ada jawapan saya boleh berikan kerana pokok tersebut setiap musim menghasilkan beratus-ratus biji buah durian berkualiti. Saya fikir lebih baik pokok saka tersebut di uruskan secara tradisional dimana buah boleh di jual dengan label 'Durian Organik'. Ini kerana memang tidak ada sebarang bahan kimia yang digunakan langsung di puncak pulau tersebut.


Teknologi membuat cantasan dewasa hanya sesuai untuk varieti atau klon durian baru yang mudah diuruskan. Durian dari 12 varieti terpilih yang di syorkan oleh Jabatan Pertanian boleh dijalankan program cantasan awal serta cantasan dewasa untuk mendapatkan kualiti pokok dan buah yang baik. Sila baca artikel mengenai beberapa varieti durian popular di Malaysia (Klik disini). Cantasan pembentukkan durian perlu dijalankan dari peringkat awal pertumbuhan iaitu dari tahun pertama ditanam. Dahan paling bawah adalah sekitar 75 - 80 cm dari tanah dan biarkan 5 - 6 dahan berikutnya untuk membesar (Lihat rajah sebelah). Bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang baik, potong batang utama pada cabang selepas cabang yang ke 5 - 6 pokok tersebut. Aktiviti cantasan ini akan menyebabkan dahan yang ditinggalkan akan membesar. Dahan yang ditinggalkan ini akan menjadi dahan utama yang akan menghasilkan buah durian kelak. Bagaimana pun kita perlu sentiasa membuang tunas baru di bahagian pucuk yang akan tumbuh setelah pucuk dibuang. Jika tidak dibuang tunas tersebut, ia akan membesar dan menjadi pucuk baru yang terus tumbuh tinggi.


Semasa bertugas di Daerah Muar, Johor dulu saya sempat membuat pemerhatian terhadap seorang petani Cina yang menjalankan 'Cantasan Dewasa' atau 'Topping' terhadap pokok durian yang telah berumur lebih 15 tahun di Kg Paya Redan, Jorak. Sebanyak 22 pokok durian sedang berhasil telah pun dipotong 25 - 30% dari atas pucuknya dengan gergaji (mengikut kesesuaian dahan pokok sedia ada). Apabila banyak dahan bahagian atas dibuang, kanopi kawasan kebun menerima sinaran matahari yang lebih banyak. Seterusnya petani tersebut menanam 2 baris limau jenis Lemon (Citrus lemon), Limau Kasturi, Jagung, Keledek di antara barisan durian. Pada tahun pertama dan kedua selepas pucuk dibuang, hasil durian yang keluar dari dahan amat sedikit (30 - 40%) daripada jumlah yang lazimnya gugur. Kehilangan hasil durian bagaimana pun ditampong dengan hasil dari tanaman jagung dan keledek. 


Beberapa minggu lepas, saya ke Muar dan mengunjungi ladang tersebut dimana sempat berjumpa pemilik kebun. Katanya tidak ramai yang sanggup membuat 'topping' pokok durian kerana banyak kerja peringkat awal yang perlu dijalankan terutama membuang tunas baru di pucuk yang di potong. Katanya varieti durian yang beliau tanam dari varieti D24 dan D168 boleh dijalankan 'topping'. Keberanian beliau bermula selepas beliau melawat negara Thailand yang mendapati banyak pokok durian disana adalah rendah dan boleh dipetik sebelum buah gugur. Percubaan membuat cantasan dewasa yang dia jalankan belum ramai petani yang ingin mencubanya. Sekarang beliau rasa puas hati kerana aktiviti yang dibuat 5 tahun dulu menghasilkan kejayaan dimana kini buah durian lebih banyak dan tidak ada tanda atau masaalah serangan penyakit berbahaya. Buah durian beliau boleh dipetik dengan menggunakan tangga dari pokok yang rendah dan mudah untuk diuruskan berbanding dengan pokok yang biasa. Pemerhatian ini bagaimana pun perlukan kajian lebih saintifik oleh para penyelidik dengan menggunakan varieti atau klon khusus dan masa sesuai. Semuga tulisan ini menambah ilmu kepada kita semua.

BUANG PUCUK...CANTASAN DEWASA...
POKOK DURIAN... TINGGI ASALNYA...
BELUM RAMAI...BERANI MENCUBA...
POKOK RENDAH... HASIL BERGANDA...

By,
M Anem
Pagoh, Muar,
Johor, 
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1434H)


Sunday, January 27, 2013

BUAH BERDURI

Reactions: 
BUAH BERDURI (Thorned fruit) adalah jenis buah-buahan yang mempunyai duri pada kulitnya. Duri yang terdapat pada 'Kulit Buah' tersebut mempunyai fungsi tersendiri apabila ujud struktur pada kulit buah mempunyai duri sama ada bentuk durinya tajam, tumpul, dempak atau pun bentuk lebih halus seperti rambut. Saya tidak membincangkan bahagian 'Batang' pokok buah mempunyai duri kali ini kerana ia akan ditulis didalam artikel lain. Beberapa jenis buah-buahan tropika yang mempunyai duri yang dapat saya bincangkan kali ini adalah seperti Buah Durian, Durian Belanda, Nangka, Cempedak, Rambutan, Pulasan dan Salak. Keujudan duri pada buah ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita untuk membeli buah tersebut kerana mungkin ada beberapa kesukaran untuk kita membuka dan memakannya. Sering dilaporkan terdapat beberapa kes terpencil dimana manusia tercedera akibat duri yang ada pada buah-buahan sama ada sengaja atau tidak sengaja terkena duri. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis buah berduri untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan rujukan dari pelbagai buku.


DURIAN merupakan 'Raja Segala Buah' yang mempunyai duri. Nama buah Durian (Durio zibethinus) juga berasal dari perkataan asal iaitu 'DURI' dimana ia dimaksudkan buah yang berduri menjadi 'Buah Durian' - Lihat foto diatas. Daripada 10 orang yang saya tanya apakah dia buah yang berduri?, Jawapan mereka 100% mengatakan dan menjawab 'Buah Durian' sebagai jawapan yang pertama. Duri pada buah durian mempunyai bentuk dan ketajaman yang berbeza-beza mengikut varieti durian, kedudukan duri pada buah (Pangkal, tengah dan hujong buah) serta antara luar dan bahagian lekuk pangsa. Duri pada durian terbentuk semenjak peringkat putik lagi dengan struktur yang lembut dan akan menjadi keras dan tajam apabila durian telah matang. Buah durian yang gugur setelah masak akan jatuh ketanah dan dengan ujudnya duri, ini akan menyebabkan buah tidak mudah pecah kerana duri akan bertindak sebapai pelapik (absorber atau cushion). Walau pun durian berduri, itu tidak menjadi masaalah kepada tupai dan monyet untuk makan buah durian tanpa menggunakan alat khusus. Haiwan tersebut mampu menebuk kulit buah durian dengan mudah tanpa luka macam kita membuka durian dengan pisau dan sarung tangan. Itu pun kadang-kadang luka juga apabila tidak ada kemahiran.




DURIAN BELANDA (Anonna muricata) merupakan sejenis buah yang juga mempunyai duri. Durian Belanda (Soursop) merupakan buah yang mempunyai kulit nipis berwarna hijau (Lihat foto diatas) dengan duri yang lembut dan ia didapati  tidak merbahaya. Duri pada durian belanda adalah lembut apabila buah cukup masak walau pun ianya agak keras sedikit semasa buah masih muda. Fungsi sebenar duri pada buah tersebut tidak tidak dapat dipastikan kerana buah ini lazimnya apabila masak akan menjadi lembut dan isinya sama ada masam atau sedikit manis. Membelah durian belanda dengan pisau tajam juga mudah dimana durinya tidak menganggu semasa potongan dihidangkan.



Adakah buah nangka dikategorikan buah berduri?. Nangka (Artocarpus heterophyllus) memang mempunyai kulit berduri. Buah nangka ketika muda mempunyai kulit yang keras dengan duri yang agak dempak (tidak tajam tirus seperti buah durian). Bagaimana pun terdapat juga beberapa varieti nangka yang ketika muda mempunyai kulit berduri agak tajam. Serangan ulat pengorek buah pada kulit nangka bermula diperingkat putik lagi dengan Lalat Buah (Bactocera spp) bertelur pada kulit buah nangka (dicelah-selah duri) dan apabila menetas akan menjadi larva yang merosakkan buah.



Seperti juga buah nangka, Buah Cempedak (Artocarpus chempeden) juga dikategorikan sebagai buah yang berduri.
CEMPEDAK mempunyai kulit berduri dempak dimana ia berbentuk 5 segi. Cempedak menghasilkan aroma yang kuat apabila masak seperti juga buah nangka. Fungsi duri pada buah cempedak juga menjadi 'cushion' apabila buah tersebut bergesel dengan batang pokok atau pun ketika dibalut. Saya juga ada mencipta Alat Pembalut Putik Cempedak (APC-2) menggunakan plastik dan galah bagi membalut putik cempedak yang agak tinggi. Duri pada buah cempedak sama seperti duri pada buah nangka yang tidak berapa tajam dan mempunyai bentuk yang agak unik. 




RAMBUTAN (Nephelium lappaceum) juga mempunyai kulit yang ada 'duri' walau pun ia lebih bersigat sebagai RAMBUT. Buah ini mempunyai ciri duri yang lembut macam rabut yang menyebabkkan buah ini di panggil sebagai 'Rambut + tan'. Fungsi 'duri' atau rambut pada buah rambutan ini adalah untuk memberi perlindungan pada buah apa bila ia jatuh ketanah ketika dipetik. Selain itu, ia memanjangkan lagi jangkahayat buah rambutan selepas dipetik. Terdapat beberapa varieti seperti Rambutan Anak Sekolah yang ada duri atau rambut agak keras dan tahan selama lebih 7 hari. Buah rambutan kalau tidak ada rambut, macam mana rupanya?. Bulat dan agak pelik juga rupanya. 



PULASAN (Nephelium mutabile) merupakn buah yang mempunyai duri yang pendek seperti rambut tetapi ia lebih keras dari bulu rambutan (Lihat foto diatas). Pulasan merupakan sejenis buah eksotik yang tidak mudah untuk mendapatkan hasil konsisten kerana masaalah 'fruit set' adalah kritikal. Duri pada buah pulasan memudahkan kita untuk memulaskan buah tersebut untuk pecahkan kulit dan makan isinya. Bayangkan jika buah pulasan tersebut licin sahaja macam buah limau. Tentu ia susah untuk dipulas terutama sekali jika tangan sedikit basah. Duri pada pulasan memudahkan kita memakan buah tersebut. 



Satu lagi buah yang ada duri adalah buah SALAK (Salacca glabrescens). Salak adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae yang pokoknya juga mempunyai duri pada pelepah daun (pokok kumpulan palmae - nama lama). Buah salak mempunyai kulit yang seakan bersisik dan terdapat duri pada sisik tersebut yang agak alus dan tajam pada verieti tertentu. Salak Indonesia (Salacca endulis) juga jenis buah salak yang ada duri pada kulit buahnya.

Beberapa buah lain yang mempunyai duri tidak dapat dibincangkan kali ini. Duri pada buah agak berbeza dengan duri pada pokok buah (pokok limau / citrus) dan sebagainya. Fungsi duri pada buah ini bergantung kepada jenis buah, cara ia pembiakan, cara ia dituai dan bermacam lagi kemungkinan alasan saintifik. Bagaimana pun apabila disebut sahaja 'Buah Apa Yang Berduri?', ramai akan terus menjawab 'Buah Durian'. Wasallam!

BUAH BERDURI ... DURIAN PASTINYA...
DURIAN BELANDA... IA BERDURI JUGA...
DURI RAMBUTAN... MACAM RAMBUT SAJA...
DURI PULASAN... PENTING PERANANNYA...

By,
M Anem
Presint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1434H)


Saturday, January 26, 2013

BUKU TEKS BM TAHUN 3

Reactions: 
ADA APA DALAM BUKU ITU?   Suspen sungguh!
BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 bagi Sekolah Kebangsaan di Malaysia telah menggunakan buku baru mulai tahun persekolahan 2013. Buku KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan mula digunakan mulai Januari 2013. Buku setebal 162 mukasurat atau halaman ini telah memasukkan kejayaan saya pada muka surat 158 dengan gambarnya sekali dan merupakan satu kebanggaan kepada saya sendiri. Ia mempaparkan Alat Pembalut Putik Buah-buahan iaitu satu Inovasi Rekacipta kumpulan kami daripada Pejabat Pertanian Daerah Mersing pada tahun 2000. Inovasi yang menang didalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam  ini (AIPA) telah berjaya di paparkan pada Akhbar Utusan Malaysia di Muka Hadapan pada 14 Mac 2000 dan telah pun dicetak didalam Buku Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia 2012 (Rujuk artikel tersebut - Klik disini). Kini buku ini telah dan akan digunakan oleh berjuta pembaca buku teks tersebut untuk beberapa tahun akan datang.  



Buku Teks Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 3 ini terbitan DBP mengandungi 10 Tema atau Tajuk iaitu Tema 1 - Sekolah, Tema 2 -Keselamatan, Tema 3 - Kesihatan dan Kebersihan, Tema 4 - Perpaduan, Tema 5 - Ekonomi kita, Tema 6 - Pertanian dan Penternakan, Tema 7 - Tradisi kita, Tema 8 - Negaraku tercinta, Tema 9 - Alam ceria hidup sejahtera dan Tema 10 - Sains, Teknologi dan Inovasi. Foto dan isi cerita kisah saya termasuk didalam Tema 10 iaitu Sains, Teknologi dan Inovasi sesuai dengan rekacipta yang kami jalankan. Ia dimulakan didalam Unit 10 - Inovasi dan Rekacipta pada mukasurat 157 dengan tajuk 'Stor Botol Plastik' dan bersambung pada mukasurat 158 iaitu bahagian 'Kata Sendi Nama'.   



Dalam mukasurat 158 dibawah tajuk 'Kata Sendi Nama' dipaparkan satu rekacipta bertajuk 'Alat Pemanjat Pokok Kelapa Serbaguna' dari ciptaan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Kuala Terengganu. Berikut dibahagian tengah mukasurat 158 terpampang wajah saya yang sedang memegang Alat Pembalut Putik Cempedak (Ringkasnya APC-2). Ditulis pada tajuk ialah 'Alat Pembalut Putik Buah-buahan'. Alat ini sebenarnya merupakan satu sistem terdiri daripada bahagian Kepala atau 'Hooper' dan galah mudahlaras (adjustable) yang boleh dipanjangkan sehingga 10 meter. Putik Cempedak dan buah-buahan lain yang sesuai dan tinggi diatas pokok boleh dibalut dengan mudah menggunakan alat ini. Putik cempedak yang dibalut peringkat awal menghalang dari serangan Lalat Buah (Bactocera umbrussa) dan buah tidak akan rosak akibat serangan serangga ini. Harga atau kos satu unit alat ini adalah RM 80.00 lengkap pada masa ia dicipta (Tahun 2000 - 12 tahun dahulu).  


Alat Pembalut Putik Cempedak (APC-2) ini telah pun lama digunakan di seluruh negara semanjak tahun 2000. Ia telah diterbitkan dan dimasukkan didalam akhbar Utusan Malaysia pada 14 Mac 2000 dimana ia ujud didalam ruangan 'Arkib Berita' website iaitu url: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000 &dt=0314 &pub=utusan_ malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm. Penerbit buku ini telah menghubungi saya pada pertengahan tahun 2012 untuk memohon keizinan dari saya. Mereka memohon untuk menggunakan maklumat dan foto yang terdapat didalam lamanweb 'Utusan Online' ini yang mereka jumpa. Saya tiada keberatan untuk mereka menggunakan maklumat dan foto tanpa apa-apa imbuhan pun. Kemudian DPB menghantar satu e-mail secara rasmi untuk mendapatkan kebenaran tersebut dan saya jawab melalui email juga tanda bersetuju. Saya semalam membeli senaskah buku tersebut yang berharga RM 9.40 senaskah di kedai buku di Putrajaya.



Semasa melawat ke rumah adik saya dan bertanya sama ada ada anaknya ada belajar di tahun 3, dia ambilkan buku teks tersebut dan membuat semakan. Setelah kami memeriksa pada mukasurat 158 , sah memang ada foto saya telah diterbitkan. Mereka semua mengesahkan memang itu adalah wajah bapa saudara yang merupakan seorang perekacipta. Saya juga berterimakaseh kepada pasukan Penulis, Editor, Pereka Grafik dan Illustrator buku ini serta DPB dan rakan-rakan yang bersama-sama merekacipta alat ini dan telah menjadikan buku ini sebagai buku rujukan untuk sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia mulai tahun 2013. Wasallam!



BUKU TEKS ... BUKU BAHASA MALAYSIA....
TAHUN 3 ....DEWAN BAHASA & PUSTAKA...
MUKASURAT 158 ... INOVASI DICERITA...
MAKLUMAT DITULIS... ADA MUKA SAYA...

By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia
(14 Rabiul awal 1434H)

Friday, January 25, 2013

ISI REKOD LADANG

Reactions: 
REKOD LADANG (Farm Record Keeping) merupakan satu aktiviti yang perlu dibuat oleh petani bagi menyimpan maklumat aktiviti ladang. Pernahkah anda belajar atau diajar mengenai sistem penyimpanan rekod ladang yang mudah?. Mungkin jawapannya dikatakan 'Ada', mungkin menjawab 'Ada tetapi tidak mempraktikkan' dan ramai yang kata 'saya tidak tahu pun mengenai menyimpan rekod ladang'. Foto diatas merupakan kulit buku rekod ladang yang saya telah pernah mengajar kepada ramai pegawai pengembangan dan petani pada pertengahan tahun 1980'an dulu. Sehingga sekarang pun isi kandungan rekod ladang tetap sama sahaja. Apa yang berbeza masa sekarang ialah keujudan peralatan 'KOMPUTER' yang sangat berkesan digunakan sebagai sistem penyimpanan rekod ladang. Kalau dahulu kita kena tulis setiap kali ingin masukkan maklumat dengan pen atau pensil, kini kita boleh menyimpannya menggunakan alat Komputer Desktop, Laptop dan terkini menggunakan 'Smart phone' sahaja. Saya yang baru beli Nokia Lamia 920 semalam dan mendapati smartphone tersebut sangat praktikal untuk menyimpan rekod ladang seperti ini kerana mempunyai sistem yang canggih (Lihat model Nokia Lamia 920 dibawah). Artikel petang Jumaat ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti mengisi rekod ladang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.   


Rekod Ladang adalah satu dokumen bertulis yang mengandungi catitan yang di rekodkan meliputi semua aktiviti ladang seperti buku simpanan kira-kira. Rekod ladang penting untuk mengetahui kekuatan kewangan dalam operasi ladang, rekod yang terurus bagi membantu petani agar berjaya dalam perladangannya. Selain itu rekod ladang membantu dalam usaha membayar cukai, diguna sebagai bukti untuk membuat pinjaman, memperbaiki kekuatan dan kekurangan pusingan lepas. Diantara faedah penyimpanan rekod ladang adalah seperti (1) Memberi maklumat tentang kegiatan-kegiatan di ladang pada masa itu. (2) Sebagai satu panduan dalam pengurusan diladang. (3) Maklumat dan data digunakan untuk membuat perancangan dan belanjawan ladang. (4) Menunjukkan keuntungan bersih yang sebenar bagi sesuatu projek. Petani yang menyimpan rekod ladang perlukan pengetahuan untuk mengisi rekod ladang dengan belajar atau latihan hands-on sebelum mengamalkannya. 



1.Ramai petani di negara kita masih belum mengamalkan pengisian rekod ladang diatas beberapa sebab. Diantara punca yang saya boleh nyatakan adalah seperti (1) Tujuan petani bukan untuk maksimakan keuntungan tetapi sekadar meneruskan pertanian tradisional secara warisan. Petani masih tidak anggap pertanian sebagai perniagaan oleh itu tiada dorongan untuk membuat simpanan ladang.
(2) Penyimpanan Rekod ladang memakan masa dan tidak memberi menafaat nyata pada masa singkat. (3) Ada petani yang tidak faham Rekod Ladang, Buta Huruf, serta tidak menjalankan aktiviti pertanian komersil. (4) Kekurangan modal untuk membeli buku rekod ladang atau Komputer kerana saiz tanah yang kecil dan tidak ada apa yang hendak diatitkan. (5) Pendekatan Kerajaan kepada pengembangan Amalan Teknologi sahaja seperti Benih, Baja, Penyakit, Perosak dsb dan tidak menekankan kepentingan Pengurusan Ladang dan Penyimpanan Rekod Ladang. Banyak lagi perkara yang menyebabkan rekod ladang kurang dipraktikkan di kalangan petani terutama petani atau pekebun kecil.

Buku Rekod ladang mencatitkan rekod tanaman yang ditanam dalam kebun. Rekod ini mencatitkan jenis tanaman yang ditanam mengikut tarikh ditanam dalam petak dikhususkan. Jika banyak jenis yang ditanam, data boleh disatukan didalam rekod yang sama dan nyatakan keluasan serta bila hasil tanaman dijangka akan dituai. Penting juga dicatitkan jumlah tanaman yang dituai dicatitkan serta jumlah hasil dituai. Maklumat ini pelu dicatit dan digunakan untuk mengira untung rugi setiap jenis tanaman yang diusahakan. Rekod tanaman lazimnya akan dicatit pada awal musim penanaman dan akhir musim penanaman.

Rekod Belian mencatitkan semua maklumat mengenai pembelian input ladang (Baja , Benih, Bahan Kimia, Peralatan Ladang, Kompos) serta semua jenis perkhidmatan berbayar (membajak tanah, menggali parit, upah menanam dan sebagainya).  Nyatakan nama jenis input/ perkhidmatan yang dibeli dan kuantiti atau unit serta harga belian (Rujuk Jadual diatas).  Sebaiknya setiap input ditulis harga setiap unit belian (setiap kilogram, bag, botol, jam kerja) dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menentukan pengiraan setelah penutupan penggunaan input.  Perlu dijumlahkan jumlah pembelian input ladang setiap kali ada pembelian input dan penggunaan input ladang. Jika boleh catitkan nama kedai atau kontraktor dimana kita membeli inout untuk rujukan jika ada masaalah berbangkit kemudian. 

Bagi Rekod Jualan perlu diisikan jenis hasil yang dituai mengikut kawasan yang telah dituai hasilnya. Kuantiti hasil yang dikutip mestilah didasarkan kepada keluasan CHE bagi kawasan yang dituai bukannya keluasan fizikal kebun. Setelah dikumpulkan hasil asingkan diantara hasil yang boleh dijual dengan hasil rosak yang tidak boleh dijual. Nyatakan berapa banyak jumlah hasil dijual dan harga jualan setiap unti dalam ruangan tersebut (Lihat Jadual diatas). Tulis jumlah terimaan dari bayaran diruangan pendapatan kasar. Nilai ini mesti sama dengan sifir iaitu Jumlah Hasil dharab dengan Harga SeUnit kerana jika tidak ada pelarasan akan menyukarkan pengiraan. Selalunya dinyatakan juga saluran pemasaran dan sebarang catitan berkaitan dengan aktiviti jualan yang dijalankan. Jika ketiga-tiga rekod ladang paling mudah diatas (Jadual 1, 2 dan 3) dapat dibuat, setidak-tidaknya ramai petani di Malaysia akan mengetahui akan faedahnya kelak. Semuga artikel petang ini dapat memberikan cetusan idea kepada pembaca semua. Wasallam! 




Buku Rekod Ladang paling simpel oleh Jabtan Pertanian.

REKOD LADANG ... PENTING DIISI...
REKOD TANAMAN...PENTING SEKALI...
MEMBELI INPUT ... DITULIS IKUT HARI...
REKOD JUALAN... UNTUNG DAH PASTI...

By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1434H)

Thursday, January 24, 2013

KENCUR DAN PECEL

Reactions: 
KENCUR (Kaempferia galangga) merupakan sejenis sayuran jenis herba yang popular dikalangan masyarakat Jawa di Malaysia terutama di Johor, Selangor dan kawasan lain. Orang Melayu panggil Kencur sebagai 'Cekur' iaitu saya dapati ianya macam pusing-pusing huruf sahaja. Kencur adalah tumbuhan ubatan dari keluarga Zingiberaceae (sama dengan keluarga Halia) yang mempunyai umbisi. Menanam kencur amat mudah sahaja, boleh ditanam dikawasan keliling rumah dan amat cepat membiak jika dijaga dengan baik. Sediakan bekas tanaman atau batas yang sesuai untuk menanam kencur dikeliling rumah dan isikan dengan tanah campuran 3:2:1 (boleh beli di kedai nurseri dengan harga RM 2.00 - RM 3.00 satu beg plastik). Pastikan bahagian bawah bekas atau pasu ada lubang untuk mengalirkan air keluar dari dalam bekas. Bahan terpakai seperti bekas botol minyak masak 5 kg, baldi plastik terpakai, bekas tin biskut dan sebagainya boleh digunakan untuk dijadikan bekas menanam kencur. Bagi mereka yang ingin menanam kencur di kebun sayur (jika ditanam meluas) boleh menyediakan batas yang sesuai ukurannya. Penanaman kencur secara komersil boleh dilakukan dikawasan kebun dikeliling rumah juga. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman kencur dan juga resepi paling enak didunia iaitu "Ikan Keli Masak Lemak Kencur" untuk hidangan anda semua.


Benih tanaman kencur adalah daripada umbsi atau Rizom Kencur yang boleh didapati daripada rumpun pokok sediaada atau dibeli daripada pasar dimana umbisi tersebut ambil yang masih segar. Rumpun kencur yang bergumpal-gumpal diasingkan dengan tangan dan boleh terus ditanam diatas tanah sama ada dengan daun atau tanpa daun (Lihat foto sebelah). Bagi benih kencur yang dibeli dari pasar, pilih rizom yang masih segar, belum kering dan mempunyai mata tunas. Buat penyiraman dengan kekerapan sesuai agar benih kencur dapat tumbuh dengan baik. Sebaiknya gunakan baja organan yang boleh dibeli dikedai pertanian dan jangan sesekali menggunakan racun rumpai, racun serangga atau racun kulat untuk tanaman kencur Biarkan ianya tumbuh secara organik dimana kaedah kawalan IPM sesuai untuk tanaman kencur. Tanaman kencur  memang kurang masaalah serangan perosak dan penyakit. Tumbuhan ini mudah hidup jika dijaga dengan baik dan boleh mula dituai hasil 2-3 bulan kemudian. Jumlah tuaian kencur mengikut bagaimana ianya di uruskan. 


Kaedah untuk menuai kencur adalah dengan mencabut seluruh rumpun atau memotong sebahagian atau separuh daripada rumpun kencur. Semua komponen kencur seperti daun, umbisi dan akar boleh digunakan sebagai ulam atau ubat-ubatan. Jika kencur ditanam secara organik maknanya semua bahagian bunga, daun, akar dan rizom memang selamat untuk dimakan. Bersihkan kekotoran tanah dengan air sehingga betul-betul bersih. Daun dan Rizom Kencur yang dipetik sebaiknya dimakan terus walau pun ianya boleh disimpan didalam peti sejuk untuk 1-2 minggu. Kalau kita tanam dikeliling rumah, ambil beberapa rumpun kencur yang kuantitinya mencukupi untuk dimakan atau dimasak. Tanam semula ditapak rumpun yang baru dituai dengan menambah tanah campuran kedalam bekas tanaman. Cara ini akan mempastikan bekalan kencur untuk rumah kita sentiasa ada.


Menu paling enak daripada kencur adalah 'Masak Keli Lemak Kencur'  atau "Pecel Ikan Keli". Ikan keli segar atau Ikan Pari (Tuka) perlu dibakar diatas bara api arang (Lihat foto sebelah) sehingga masak (ada hangus sedikt pun okay). Ikan keli ini perlu dibakar dan diambil bahagian isinya sahaja (buang kepala dan duri). Bagi menyediakan ramuan pecel, tumbuk hingga lumat bawang merah (dibakar dahulu), Bawang Putih (Dibakar), Belacan, Cili Padi, Rizom Kencur (dengan daun sekali), Asam Keping atau Asam Jawa dan sedikit garam perasa. Sediakan santan kelapa yang masih segar (diparut sendiri atau dibeli) dalam bekas. Campurkan ramuan pecel kedalam adunan santan kelapa dan kacau sehingga rata. Panaskan diatas api sehinga santan suam-suam dan masukan ikan keli bakar yang telah disiat-siat atau ikan pari bakar. Masukkan garam dan asam keping atau air asam jawa sehingga rasanya sesuai. Potong daun kencur halus-halus dan tabur kedalam adunan tersebut. Pecel Keli ini sedia dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas (nasi agak lembik sedikit lagi sedap). Ikan keli dan Ikan Pari boleh ditukar dengan ayam jika mahu. Pada saya, menu masakan ini merupakan menu yang paling sedap didunia! 
Wasallam!


Pecel Ikan Keli dengan Kencur.

KENCUR DITANAM... KELILING RUMAH...
DIDALAM PASU ... MENGGUNAKAN TANAH...
KELI DIBAKAR ... WARNA AKAN BERUBAH... 
DIJADIKAN PECEL... AMBOI ENAK BAH!....

By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(28 Safar 1434H)      

Wednesday, January 23, 2013

BERAS PULUT

Reactions: 
BERAS PULUT (Sticky Rice atau Glutinuous Rice) adalah sejenis beras (Oryza sativa var. glutinosa) yang melekit setelah dimasak dengan keadaan melekat seperti gam. Beras ini juga dipanggil sebagai Beras Pulut (Malaysia), Beras manis (Sweet rice), Beras Berlilin (Waxy rice), Beras Permata (Pearl rice), Beras Botan, Beras Mochi dan Beras Biroin. Kita di Malaysia memang biasa dengan beras pulut kerana masyarakat Melayu telah menggunakan beras pulut untuk dijadikan banyak jenis makanan ttadisional yang enak dal lazat. Beras Pulut di negara kita lebih dikenali dengan nama Beras Pulut Putih dan Beras Pulut Hitam. Kedua-dua jenis beras pulut ini telah ditanam disawah padi semenjak dulu kala sehingga kini walau pun tidak ada data rasmi mengenai keluasan penanamannya dicatitkan. Saya berpeluang melawat petani di Bukit Rambai , Melaka dan Merlimau yang menanam pulut hitam untuk pasaran tempatan. Sebenarnya kandungan 'gluten' dalam beras pulut akan menyebabkan pulut akan melekit dan 'sticky' apabila dimasak. Kita di Malaysia banyak mengimpot beras pulut putih dari negara-negara jiran bagi kegunaan kecil-kecilan dan industri perkilangan yang mengeluarkan makanan berasaskan beras pulut. Petang Selasa ini sementara tunggu waktu maghrib, saya sempat menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai beras pulut untuk pengetahuan dan rujukan pembaca blog ini. 


Kawasan penanaman pulut adalah diAsia Tenggara terutama Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Myanmar, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan beberapa negara lain seperti Jepun, China, Korea, Bangladesh, Taiwan dan Indai Timur. Kawasan Lembah Sungai Mekong telah lama menanam padi pulut semenjak beribu tahun dahulu dan amat produktif. Tanaman padi pulut ini mengambil masa lebih lama jika dibandingkan dengan tanaman padi biasa. Semasa bertugas memberi ceramah di Laos pada 2011 dan berkursus pada 2012, saya sempat melawat beberapa lokasi sawah di Laos yang mana lebih 80% daripada varieti padi yang ditanam adalah jenis padi pulut. Beberapa varieti padi pulut ditanam dengan luas dan memberikan pulangan memuaskan kepada penanam padi pulut. DI Malaysia hanya pulut hitam PH9 sahaja yang banyak ditanam secara keil-keilan untuk pasaran tempatan (Rujuk Artikel Padi Pulut Hitam - Klik disini). Artikel tersebut manyatakan anggaran keluasan tanaman pulut hitam di Malaysia sekitar 15 - 20 hektar di Melaka dengan anggaran hasil sebanyak 4.0 - 4.5 metrik tan sehektar. 


Basi Pulut melekit disebabkan kandungan 'gluten' yang mana kandungan tersebut dikenali sebagai 'glutenin' dan 'gliadin'. Kajian juga menunjukkan bahan Amylopectin juga mempengaruhi kelekitan nasi pulut yang dimasak. Rasa nasi pulut juga agak berbeza dengan nasi biasa dimana ia lebih lemak, lebih rasa manis dan sedap dimakan serta lembut. Ada yang lebih suka masak beras pulut separuh masak kemudian dikukus bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum. Harga beras pulut putih dan beras pulut hitam adalah lebih mahal daripada beras biasa. Lazimnya beras pulut dijual sedikit-sedikit sama ada ditimbang mengikut kehendak pembeli atau telah di bungkus dalam bungkusan 0.5 kg atau sekilogram. Di Pasar Rabu Alor Setar, Pasar Khadijah, Pasar Payang dan beberapa lokasi lagi beras pulut banyak dijual secara runcit. 

BERAS PULUT... PUTIH WARNANYA...
PULUT HITAM ... MAHAL HARGANYA...
DIMASAK MELEKIT... ISTIMEWANYA...
PELBAGAI MAKANAN... SEDAP RASANYA...

By,
M Anem
Alor Setar,
Kedah,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1434H)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA