DELIMA (Punica granatum Linn) merupakan sejenis pokok buah-buahan tropka dan sub-tropika dari keluarga PUNICACEAE. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Afghanistan dan Himalaya dan disebarkan kekawasan lain diseluruh dunia. Buah ini terkenal diseluruh dunia kerana bijinya yang macam biji delima atau 'diamonds'. Nama-nama lain bagi buah delima adalah Pomegranate (English), Granatepped (Belanda), Rodi ; Rodia (Itali), Anaar (India), Zakuro (Jepun), Dalimba (Canada), Kok Mak Pi La (Laos), Granada (Sepanyol), Delima ; Granada (Filipina) dan Thap thim (Thailand). Buah delima kurang popular di tanam dan di makan di Malaysia kerana tidak banyak di tanam dan sukar untuk mendapatkan buah delima segar dipasaran. Penulis menganggarkan terdapat seluas 30-35 hektar CHE tanaman delima yang ditanam secara suka-suka di Malaysia. Buah delima dimakan segar, diproses untuk dijadikan jus, diekstrak untuk minyak dan juga dijadikan makanan kesihatan. Artikel ini penulis berkongsi maklumat mengenai buah delima berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman menjaga stesen pertanian dahulu.
Pokok delima merupakan jenis pokok renek dengan ketinggiam mampu mencapai 3-6 meter walau pun ada juga spesis yang kerdil serta berduri pada hujung ranting. Pokoknya mempunyai dahan dengan bunga 1-5 kuntum pada hujung ranting dan agak berlilin sama ada ianya berwarna merah atau kuning. Saiz bunga kira-kira 4-5 cm panjang. Daun delima berwarna hijau dengan susunan yang bertentangan antara daun berukuran 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar serta mempunyai permukaan atas yang berkilat. Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang deselaputi isi manis sama ada berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar.
Penanaman Delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak. Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan KERATAN BATANG yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan. Lazimnya anak pokok yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih. Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia.
Pembajaan dijalankan menggunakan baja tumbesaran NPK 15:15:15 bersama baja organik mengikut jadual pembajaan. Pembajaan untuk menghasilkan bunga dan buah dijalankan pada tahun ke 3-4 dengan baja NPK 12:12:17:2. Kawalan musuh dan penyakit dijalankan mengikut kadar serangan. Terdapat sejenis rama-rama dimana ianya gemar bertelur pada daun dan ulatnya akan mengorek buah delima. Serangga penghisap daun juga menjejaskan kualiti hasil dan perlu dikawal dengan racun kimia atau kawalan secara bersepadu. Kulat Antraknos (Collectotricum spp) juga menyerang bahagian buah dan daun pokok delima.
Buah delima yang masak perlu dipetik apabila telah cukup masak. Buah yang tidak masak adalah masam dan tidak boleh dimakan segar atau dijual kecuali ada permintaan. Kajian ahli saintis makanan mendapati setiap 100 gram bahagian buah delima mengandungi 78% air, 14.5% karbohiderat, 1.6% protin, 0.1% lemak, 5.1% serabut, 0.7% mineral, vitamin dan juga tenaga. Buah delima mengandungi bahan TANIN dan ASID CITRIK yang mempunyai sifat antioksidan dan juga dipercayai mempunyai kesan anti-tumor. Kandungan vitamin C yang tinggi dan Asid Borik menyebabkan buah ini ada kesan antiseptik yang baik untuk kesihatan manusia.
Buah delima boleh dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus, perasa minuman, sirap, sos, sayuran ulam atau rojak (yang muda). Khasiat jus dari buah delima juga merawat batuk, demam panas, ulser mulut, melawaskan sistem penghadaman serta masaalah cirit birit. Air rebusan kulitnya juga berkesan untuk mengubati sakit perut, rawatan sakit kerongkong dan sebagainya. Ada yang menumbuk halus bunga delima dan dicampur dengan minyak bijan bagi dijadikan tampalan pada kesan terbakar. Biji delima yang dikisar dan ditelan bersama jus buah dapat mengatasi masaalah cacing pita. Baahagian daun juga jika direbus dan dicampur dengan kulit boleh digunakan untuk atasi masaalah cirit birit, hilangkan bau mulut dengan berkumur dan banyak lagi. Wah! Sungguh banyak menafaat buah delima seiring dengan namanya DELIMA...
BERBIJI BANYAK.....BUAH DELIMA....
WARNANYA MERAH...MANIS RASANYA....
SENANG DI TANAM..DI MANA-MANA...
MARI MENANAM....HATI TAK MERANA....
Related articles for reading:
1. ANGGUR (Klik disini)
2. KENTANG (Klik disini)
3. JERING (Klik disini)
4. SENGKUANG (Klik disini)
5. MENGKUDU-Noni (Klik disini)
6. ROSELLE (Klik disini)
7. KURMA (Klik disini)
8. POPULAR FRUIT CLONES IN MALAYSIA (Klik disini)
9. MATA KUCING (Klik disini)
By,
M Anem
Thistle Resort Port Dickson,
Negeri Sembilan
(2 Zulkaedah 1432H)
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
CERMAI BELANDA
CERMAI BELANDA (Eugenia uniflora Linn) merupakan sejenis pokok renek dari keluarga MYRTACEAE yang boleh tumbuh di negara kita yang menghasilkan Buah Cermai Merah atau dikenali sebagai Cermai Belanda. Kita di Malaysia lazim melihat cermai berwarna hijau kekuningan yang di makan segar atau di proses buat jeruk. Mungkin tidak ramai orang Malaysia kenal akan jenis cermai ini yang menghasilkan buah berwarna merah cantik apabila masak. Buah ini berasal natif dari Brazil dan dikenali juga sebagai Surinam Cherry, Cayene Cherry, Brazillian Cherry, Pitanga dan Nangapiri. Kajian saya mendapati sukar untuk mendapatkan maklumat keluasan tanaman Cermai Belanda di Malaysia dan mungkin cuma sekitar 5-10 hektar CHE sahaja. Itu pun ditanam di Stesyen Pertanian, individu-individu atau yang tumbuh sendiri. Artikel pagi ini saya menulis megenai tanaman Cermai Belanda berdasarkan pemerhatian dan pembacaan beberapa buah buku.
Marfologi pokok cermai belanda merupakan jenis pokok renek dengan ketinggian sekitar 3-7 meter dari paras tanah. Dahannya adalah agak halus dan lurus atau selalunya bengkang bengkok. Daunnya merupakan daun jenis ringkas berwarna hijau gelap dengan susunan yang bertentang berukuran 2.5-6.0 cm panjang dan 1.5-3.0 cm lebar. Saya dapati daunnya agak berkilat. Bunganya berbau wangi dengan kelopak luar yang berwarna putih kekuningan dan kelopak dalam putih sepenuhnya. Selalunya terdapat 1-4 kuntum bunga pada satu ketiak daun dimana ukuran garispusat bunga berukuran sekitar 1 cm.
Buah cermai belanda adalah jenis berjuntai dimana mempunyai bentuk sama seperti cermai hijau tempatan dengan ukuran garispusat 1-4 cm dan mempunyai 7-8 bonjolan. Buah muda berwarna hijau akan bertukar kepada warna oren sebelum masak berwarna Merah Saga. Buah yang terlalu masak akan menjadi kehitaman dimana kulitnya sangat nipis. Pemerhatian saya terhadap buah ini di Stesyen Pertanian Tangkak dulu mendapati isi buah berwarna merah oren dengan banyak jus (berair) sama ada rasanya MANIS atau MASAM. Buah yang tidak cukup masak mempunyai rasa KELAT dan juga Masam. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram cermai belanda mengandungi 85-90 gram air, Kabohiderat (8-12 gram), Protin (1 g), Serabut (0.5 g) dan Vitamin C sebanyak 20-30 mg (Banyak tu!...).
Laporan juga menunjukan bahagian daun cermai belanda mengandungi unsur TANIN iaitu kira-kira 20-28%. Daunnya juga mengandungi pati terdiri daripada asetat geranil, geraniol, cinoel, terpinen, politerpin, sesquesterpin dan juga sitronelal. Bahagian bijinya mengandungi banyak resin dan ianya adalah bersifat Toksik kepada manusia. Dari segi khasiat pemakanan buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jem, jelly, halwa manisan atau diproses untuk dijadikan acar buah. Masa majlis kenduri kahwin dan makan nasi minyak sering dihidangkan acar buah yang mengandungi Cermai Belanda. Terdapat wain dan tapai yang dibuat dari buah ini di Brazil dengan proses penapaian. Dari segi perubatan pula buah cermai belanda jika direbus dulu dan airnya diminum sesuai untuk rawatan darah tinggi. Daun yang direbus dan airnya diminum mampu mengecutkan tisu serta sebagai tonik perut yang baik.
Penanaman cermai belanda dijalankan dengan menggunakan biji benih atau melalui TUT. Pemerhatian saya mendapati lazimnya biji yang matang akan bercambah 3-4 minggu selepas disemai dalam pasu atau polibeg. Pertumbuhan anakbenih agak perlahan dan rendah (Lihat Foto anak benih). Selepas 2 tahun selalunya pokok akan mula berbunga dan berbuah. Pastikan diberikan baja asas, baja pembesaran dan kawalan serangga perosak semasa mula menanam sehingga berbuah. Kajian mendapati pokok yang menggunakan anakbenih Keratan/TUT akan berbuah dalam masa 2-3 tahun tetapi dari benih biji memerlukan masa 5-6 tahun untuk berbuah.
Pokok Cermai Belanda mempunyai masaalah serangan beberapa jenis penyakit seperti Bintik Daun, Daun Berjalur dan Antraknos yang disebabkan oleh kulat. Kadang-kadang serangan yang teruk akan menyebabkan dahan dan ranting mati jika tidak dibuat kawalan berjadual. Bahagian akar juga sering diserang penyakit reput akar terutama jika kawasan penanaman agak lembab dan tiada saliran yang sempurna. Serangga yang menyerang tanaman ini seperti Ulat Makan Daun, Ulat Makan Buah dan juga serangan Lalat Buah (Daucus spp.). Kawalan minima diperlukan seperti semburan racun kimia dan konsep kawlan bersepadu (IPM). Mungkin yang berminat hendak tanam inginkan anak benih...dari mana nak beli?
Pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan dikawasan rumah kerana mempunyai bentuk pokok yang menarik, buah yang cantik warnanya dan juga bunganya memberikan aroma yang segar. Pokok ini juga boleh dijadikan 'Pokok Pagar' dikeliling rumah banglo, rumah kampong, Semi-D atau teres jika ada kawasan yang sesuai. Pemerhatian saya jika pokok ini selelu dicantas akan memberikan banyak ranting dan daun yang lebat. Ada beberapa pendapat dan kajian dimana daun pokok ini yang diramas atau dilumatkan akan menghasilkan minyak pati yang meruap dan ianya mampu menghalau nyamok dikawasan rumah. Tanin dari kulit pokok pula mungkin boleh digunakan sebagai bahan untuk menyamak kulit. Saya percaya selepas membaca artikel ini ramai akan melihat lebih dekat akan tumbuhan ini disekeliling anda!
MENANAM CERMAI...CERMAI BELANDA.....
BUAHNYA CANTIK....MERAH MENYALA...
DIJADIKAN UBAT....WAIN DAN CUKA....
SEBAGAI HIASAN...HATI PUN GEMBIRA...
By
M Anem,
Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia
(1 Zulkaedah 1432H)

Wednesday, September 28, 2011
POKOK TURI - AGRONOMI DAN GUNANYA
POKOK TURI (Sesbania grandiflora syn Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga FABACEAE atau Keluarga Kekacang yang mudah untuk tumbuh di Malaysia. Tumbuhan ini hidup dengan subur dikawasan perumahan dan kebun dan digunakan paling popular iaitu bahagian pucuknya untuk dimasak 'Sayur Turi Masak Lemak' yang dicampur dengan labu manis. Pokok turi terdapat diseluruh kawasan tropika yang lembab dari Asia Tenggara, Afrika sehingga Amerika Tengah dan Australia Utara. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Kembang turi, turi, gallito, walking stick, hummingbird tree, scarlet wisteria tree, agati, Corkwood tree, Agati à grandes fleurs, Shiro gochou, Daun turi, Kacang turi, Agasto, Sesbãnia, Scarlet wisteria tree, Swamp pea, Vegetable hummingbird dan West Indian pea. Penulis dapati tidak ada dilaporkan secara khusus keluasan tanaman turi di Malaysia tetapi menganggarkan terdapat seluas antara 200-220 hektar CHE tanaman turi di Malaysia pada tahun 2015 yang ditanam sebagai tanaman selingan atau hiasan di kawasan rumah atau di tepi jalan. Pokok turi jarang ditanam secara monokrop daripada tinjauan dilakukan. Dari segi varieti turi juga belum ada pendaftaran dibawah 'National Plant Variety Listing' di Jabatan Pertanian. Artikel subuh kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan bentangkan teknologi tanaman turi untuk tatapan anda semua berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan bacaan teknikal.
Pokok Turi adalah tumbuhan yang dipercayai natif dari Malaysia, Indonesia, India dan Asia Tenggara lain. Tumbuhan renek yang banyak bercabang ini mampu mencapai ketinggian sehingga 8-15 meter dengan jangkahayat umur selama 20 tahun. Daunnya berwarna hijau dengan susunan bersilang merupakan daun kompoun yang berbentuk 'pinnate'. Saiz daun adalah 2 cm lebar dengan panjang kira-kira 3-4 cm dimana daun muda agak kekuningan. Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang 30-50 cm mempunyai kulit dan bercabang. Akar pokok turi ada akar tunjang dimana terdapat bintil-bintil akar (Root nodules) seperti jenis pokok keluarga kekacang yang lain. Bunganya sama ada berwarna putih atau ungu atau kemerahan berukuran 5-10 cm panjang berbentuk kacang pea. Bunga yang belum terbuka berukuran 3 cm. Buah turi adalah pod kekacang berwarna hijau dengan 30 - 50 cm panjang dan 8 mm lebar yang leper dengan membengkak pada kawasan berbiji. Biji pokok turi adalah berbentuk kacang pea yang hijau ketika muda dan coklat merah apabila cukup matang. Saiz bijibenih 3.5 mm garispusat dengan purata berat 1 gram setiap biji.
Pokok Turi sesuai tumbuh dikawasan yang panas dan lembap. Pokok turi selalu tahan dikawasan yang mudah banjir dimana akarnya akan dapat membentuk sistem ketahanannya tersendiri jika tenggelam dalam air. Ketahanan pokok turi dalam cuaca kemarau yang panjang juga menyebabkan pokok ini mampu bertahan sehingga 9 bulan pada cuaca kering. Bagaimana pun satu kelemahan pokok turi adalah dahannya yang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Ini kerana dahan pokok turi yang banyak daun mudah sekah atau patah. Pokok turi didepan rumah penulis di Muar, Johor telah hidup lebih 15 tahun diatas tanah gambut dimana ketinggiannya cuma 4 meter sahaja. Pokok ini selalu dipetik daun pucuknya dan dibuat cantasan untuk dimasak oleh keluarga atau orang kampong yang datang minta daun turi. Saya fikir pokok turi ini boleh dikategorikan sebagai Turi Organik kerana tidak pernah dibubuh racun atau baja kimia dan hanya gunakan bahan baja organik sahaja. Memang berbali mempunyai pokok turi yang selalunya tidak ada masaalah penjagaan dan selalu berhasil terutama dimusim hujan.
Penanaman pokok turi sangat mudah dengan menggunakan biji atau ada juga yang menggunakan keratan batang. Pokok Turi boleh menghasilkan buah 9 bulan selepas ditanam dimana bunganya akan didebungakan oleh sejenis burung yang dipanggil 'Humming Bird' dibanyak negara tetapi dinegara kita selalunya proses pendebungaan akan dibantu oleh serangga lain atau burung kelicap. Benih Biji Turi perlu direndam 24 jam dan disemai dalam polibeg atau pasu mengandungi media tanah campuran atau 'cocopeat'. Setelah benih berumur sebulan maka ia sudah sesuai untuk ditanam dikebun atau kawasan rumah yang sesuai. Jarak penanaman disyorkan untuk penanaman monokrop komersial (Jika berminat) adalah 1.2 m x 1.2 m untuk memberikan kepadatan pokok yang sesuai. Berikan air dan baja asas pada peringkat awal penanaman setiap masa mengikut kesesuaian sehingga matang ketika berumur 9 bulan. Kajian juga menunjukkan pertumbuhan pokok turi pada tahun pertama dan kedua adalah cepat dimana mampu mencapai 5 meter selepas 9 bulan ditanam. Pertumbuhan pada tahun ketiga dan seterusnya agak perlahan. Pokok turi mempunyai masaalah serangan serangga perosak seperti Ulat makan daun, Ulat pemotong daun dan Ulat pengorek batang. Terdapat juga ulat pengorek buah kacang dan serangan cacing nematod (Meloidgyne spp) pada bahagian akar. Kawalan serangga perosak ini boleh menggunakan racun serangga yang biasa digunakan. Bagaimana pun pastikan tidak memetik hasil selepas dibuat semburan racun.
Laporan penanman komersial pokok turi di India dan Indonesia menunjukkan dimana kadar pertumbuhan pokok sangat cepat dimana jika sering dicantas jangkahayat umur pokok akan jadi pendek. Kadar pertumbuhan pokok turi bergantung kepada jenis tanah, sumber air dan cara amalan pengurusan kultura yang ada dijalankan. Pertumbuhan diatas tanah berpasir cuma setinggi purata 1.8 meter selepas 9 bulan berbanding dengan setinggi 3.2 meter diatas tanah lom. Kajian menunjukkan hasil tuaian biomas pokok turi sebanyak 65.1 kg/pokok dari kawasan tebing sungai dikawasan pastura terbuka sebanyak 25.4 kg/pokok. Bahagian daun, bunga, kacang dan buah pokok turi boleh dimakan. Bahagian BUNGA merupakan paling berguna untuk dimakan sebagai salad atau sayuran. Bunga berwarna putih lebih bernilai dari bunga berwarna merah di Filipina dan Thailand. Bunga yang masih dalam bentuk KUDUP (Belum terbuka) selalu dimakan mentah atau dikukus atau dimasak sebelum dimakan. Penulis dapati ia merupakan makanan sumber protin yang baik.
Ramai orang Malaysia tidak tahu yang daun pokok turi sangat berkhasiat untuk dijadikan makan ternakan. Daun turi boleh mula dituai 4 bulan selepas ditanam. Penulis membuat rujukkan dan mendapati daun turi kaya dengan protin (36% daripada berat kering) dan kandungan Vitamin A (9,600 IU). Pucuk daun turi sangat sedap untuk dimasak lemak dengan labu manis dan dimakan dengan nasi panas (Sila lihat foto sebelah). Daun turi yang dituai dari keliling rumah ditanam sendiri adalah percuma sahaja dan masih segar tetapi jika hendak beli di pasar basah atau pasar malam ianya dijual dengan harga RM 1.00 - RM2.00 satu ikat (Purata 5-6 tangkai). Daun ini perlu diceraikan dan dibasuh bersih sebelum dimasak dengan labu manis. Anda boleh mencari resepi memasak daun turi masak lemak dimana-mana buku resepi atau google sahaja dilamanweb. Selain itu bahagian kayu, kulit dan batang pokok turi boleh digunakan sebagai kayu api, bahan bakar dan lain-lain kegunaan.
SELAMAT NENANAM POKOK TURI !...Wasallam..
POKOK TINGGI ....POKOK TURI.....
DIKAWASAN RUMAH...DITANAM BERSERI....
PUCUK DIPETIK...MASAK LEMAK LAGI...
SEDAP DIMAKAN....KENYANG YANG PASTI....
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Persint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Ditulis pada 30 Shawal 1432H
(Posting pada 15 Julai 2016)

POKOK TURI
POKOK TURI (Sesbania grandiflora syn Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga FABACEAE atau Keluarga Kekacang yang tumbuh di Malaysia. Tumbuhan ini hidup dengan subur dikawasan perumahan dan kebun dan digunakan paling popular iaitu bahagian pucuknya untuk dimasak 'Sayur Turi Masak Lemak' yang dicampur dengan labu manis. Pokok turi terdapat diseluruh kawasan tropika yang lembab dari Asia Tenggara, Afrika sehingga Amerika Tengah dan Australia Utara. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Kembang turi, turi, gallito, walking stick, hummingbird tree, scarlet wisteria tree, agati, Corkwood tree, Agati à grandes fleurs, Shiro gochou, Daun turi, Kacang turi, Agasto, Sesbãnia, Scarlet wisteria tree, Swamp pea, Vegetable hummingbird dan West Indian pea. Penulis menganggarkan terdapat seluas antara 200-220 hektar CHE tanaman turi di Malaysia pada tahun 2011 yang ditanam sebagai tanaman selingan atau hiasan di kawasan rumah atau di tepi jalan. Artikel kali ini saya bentangkan teknologi tanaman turi untuk tatapan anda semua berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan bacaan teknikal.
Pokok Turi adalah tumbuhan yang dipercayai natif dari Indonesia, India dan Asia Tenggara lain. Tumbuhan renek yang bercabang ini mampu mencapai ketinggian sehingga 8-15 meter dengan jangkahayat umur selama 20 tahun. Daunnya berwarna hijau dengan susunan bersilang merupakan daun kompoun yang berbentuk 'pinnate'. Saiz daun adalah 2 cm lebar dengan panjang kira-kira 3-4 cm dimana daun muda agak kekuningan. Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang 30-50 cm mempunyai kulit dan bercabang. Akar pokok turi ada akar tunjang dimana terdapat bintil-bintil akar (Root nodules) seperti jenis pokok keluarga kekacang yang lain. Bunganya sama ada berwarna putih atau ungu atau kemerahan berukuran 5-10 cm panjang berbentuk kacang pea. Bunga yang belum terbuka berukuran 3 cm. Buah turi adalah pod kekacang berwarna hijau dengan 30 - 50 cm panjang dan 8 mm lebar yang leper dengan membengkak pada kawasan berbiji. Biji pokok turi adalah berbentuk kacang pea yang hijau ketika muda dan coklat merah apabila cukup matang. Saiz bijibenih 3.5 mm garispusat dengan purata berat 1 gram setiap biji.
Pokok Turi sesuai tumbuh dikawasan yang panas dan lembap. Pokok turi tahan dikawasan yang mudah banjir dimana akarnya akan membentuk sistem ketahanannya tersendiri jika tenggelam dalam air. Ketahanan pokok turi dalam cuaca kemarau yang panjang juga menyebabkan pokok ini mampu bertahan sehingga 9 bulan pada cuaca kering. Bagaimana pun satu kelemahan pokok turi adalah dahannya yang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Pokok turi didepan rumah penulis di Muar, Johor telah hidup lebih 15 tahun diatas tanah gambut dimana ketinggiannya cuma 4 meter sahaja. Pokok ini selalu dipetik daun pucuknya dan dibuat cantasan untuk dimasak oleh keluarga atau orang kampong yang datang minta. Saya fikir pokok turi ini adalah jenis organik kerana tidak pernah dibubuh racun dan hanya gunakan bahan baja organik sahaja.
Penanaman pokok turi sangat mudah dengan menggunakan biji dan ada juga yang menggunakan keratan batang. Pokok boleh menghasilkan buah 9 bulan selepas ditanam dimana bunganya akan didebungakan oleh sejenis burung yang dipanggil 'Humming Bird' dibanyak negara tetapi dinegara kita oleh serangga lain atau burung kelicap. Benih perlu direndam 24 jam dan disemai dalam polibeg atau pasu mengandungi media tanah campuran atau 'cocopeat'. Setelah benih berumur sebulan sesuai untuk ditanam dikebun atau kawasan rumah yang sesuai. Jarak penanaman disyorkan untuk penanaman monokrop komersial (Jika berminat) adalah 1.2 m x 1.2 m untuk memberikan kepadatan pokok yang sesuai. Berikan air dan baja asas pada peringkat awal penanaman setiap bulan sehingga matang ketika berumur 9 bulan. Kajian juga menunjukkan pertumbuhan pada tahun pertama dan kedua adalah cepat dimana mampu mencapai 5 meter selepas 9 bulan ditanam. Pertumbuhan pada tahun ketiga dan seterusnya agak perlahan. Pokok turi mempunyai masaalah serangan serangga perosak seperti ulat makan daun, ulat pemotong daun dan ulat pengorek batang. Terdapat juga ulat pengorek buah kacang dan serangan nematod (Meloidgyne spp) pada bahagian akar.
Laporan penanman komersial pokok turi di India dan Indonesia menunjukkan yang pertumbuhan pokok sangat cepat dimana jika sering dicantas jangkahayat umur pokok akan jadi pendek. Kadar pertumbuhan pokok turi bergantung kepada jenis tanah, sumber air dan amalan pengurusan kultura yang dijalankan. Pertumbuhan diatas tanah berpasir cuma setinggi purata 1.8 meter selepas 9 bulan berbanding dengan setinggi 3.2 meter diatas tanah lom. Kajian menunjukkan hasil tuaian biomas pokok turi sebanyak 65.1 kg/pokok dari kawasan tebing sungai dikawasan pastura terbuka sebanyak 25.4 kg/pokok. Bahagian daun, bunga, kacang dan buah pokok turi boleh dimakan. Bahagian BUNGA merupakan paling berguna untuk dimakan sebagai salad atau sayuran. Bunga berwarna putih lebih bernilai dari bunga berwarna merah di Filipina dan Thailand. Bunga yang masih KUDUP (Belum terbuka) dimakan mentah atau dikukus atau dimasak sebelum dimakan.
Ramai orang Malaysia tidak tahu yang daun pokok turi sangat berkhasiat untuk dijadikan makan ternakan. Daun turi boleh mula dituai 4 bulan selepas ditanam. Saya dapati daun ini kaya dengan protin (36% daripada berat kering) dan kandungan Vitamin A (9,600 IU). Pucuk daun turi sangat sedap untuk dimasak lemak dengan labu manis dan dimakan dengan nasi panas (Foto sebelah). Daun turi yang dituai dari keliling rumah adalah percuma sahaja dan masih segar tetapi jika hendak beli di pasar basah atau pasar malam ianya dijual dengan harga RM 1.00 satu ikat (Purata 5-6 tangkai). Daun ini perlu diceraikan dan dibasuh bersih sebelum dimasak dengan labu manis. Bahagian kayu, kulit dan batang pokok turi boleh digunakan sebagai kayu api, bahan bakar dan lain-lain kegunaan. SELAMAT NENANAM POKOK TURI !...
POKOK TINGGI ....POKOK TURI.....
DIKAWASAN RUMAH...DITANAM BERSERI....
PUCUK DIPETIK...MASAK LEMAK LAGI...
SEDAP DIMAKAN....KENYANG YANG PASTI....
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Persint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 Shawal 1432H)

Tuesday, September 27, 2011
PENGURUSAN TANAMAN KELADI
Keladi (Collocasia esculenta) adalah tumbuhan dari keluarga Araceae iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan umbisi keladi yang digunakan sebagai makanan tradisional yang sehingga sekarang masih sangat digemari ramai. Di Malaysia terdapat seluas 4,520 hektar tanaman keladi pada tahun 2011 dimana paling luas di tanam di Negeri Johor, Perak dan Selangor. Terdapat beberapa jenis keladi di Malaysia dimana Keladi Cina, Keladi Mawar dan Keladi Sarawak adalah jenis yang popular boleh dimakan apabila sudah dimasak. Pengalaman penulis mendapati cara masak boleh dilakukan dengan cara direbus, dibuat penggat atau paling syok digoreng. Terdapat banyak jenis keladi keladi yang tidak boleh dimakan seperti keladi liar kecuali perlu diproses dengan cara-cara tertentu terlebih dahulu barulah dimasak dan boleh dimakan. Jika keladi tersebut tidak diproses terlebih dahulu mengikut kaedah khusus maka sesiapa yang makan menyebabkan pemakannya akan mabuk atau keracunan. Kebanyakan keladi liar, keladi untuk perhiasan (Ornamental) serta keladi landskap yang ada di Malaysia tidak boleh dimakan. Antara beberapa jenis keladi yang boleh dimakan ialah seperti Keladi Sarawak,Keladi Bantan, Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Nibong, Keladi Ice-cream dan lain-lain. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Tecchnology" saya menulis teknologi dan pengurusan tanaman keladi.
Kajian saya di Johor dan sekitar Lembah Kelang mendapati pemintaan terhadap keladi untuk dimakan adalah tinggi maka tidak hairanlah jika sekilo keladi mentah sekarang berharga sampai RM 3.00 hingga RM 5.00 sekilogram. Saya pernah membeli sebiji keladi cina di Pasar Borong Selangor minggu lepas berharga RM 9.50 sen sebiji (Harga runcit 6.00/kg). Keladi juga merupakan bahan yang sesuai untuk diproses menjadi ‘Kerepek Keladi’ yang saya sangat suka dan kerepek keladi dijual dengan harga sampai RM 12.00 hingga RM15.00 sekilogram. Seminggu hendak raya saya telah pergi Banting untuk cari kerepek keladi dan ditawarkan pada berharga RM 20.00 sekilogram (Kalau dalam satu bungkusan 250 kg dijual RM 5.00/paket). Oleh itu nampaknya usaha menanam keladi yang dijaga baik akan mendatangkan pendapatan yang lumayan apa lagi kalau diproses sendiri untuk dibuat kerepek. Petani yang telah berjaya menanam keladi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Mereka perlu mendapatkan ilmu pengetahuan melalui latihan formal oleh Pegawai Pertanian, belajar dari rakan-rakan yang ada dikawasan berhampiran dan juga menjalankan projek penanaman keladi secara kecil-kecilan dahulu.
Antara kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan adalah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti Kawasan dan Tanah Sesuai
Satu perkara asas dalam usaha untuk menanam keladi perlu dilakukan oleh petani atau pengusaha adalah mencari kawasan atau tanah yang sesuai bagi digunakan untuk menanam keladi. Pengalaman saya mendapati di Johor, Selangor dan Perak mempunyai kawasan tanah gambut yang sesuai untuk tanaman keladi selain dari tanah mineral yang gembur. Tanah yang sesuai ialah tanah gembur berpasir atau tanah gambut sederhana dalam. Rupabentuk mukabumi perlu tanah pamah yang rata dimana keadaannya agak lembab. Bagi tanah gambut ia memerlukan tanah yang agak berair. Tanah yang kering adalah tidak sesuai untuk tanaman keladi kerana tanaman keladi memerlukan tanah yang berair secara berterusan lembab. Pemerhatian saya mendapati tanah gambut yang baru dibuka atau kawasan tanah gambut telah terbakar sangat subur ditanam keladi.
2. Menyediakan Kawasan
Kerja menyediakan kawasan dibuat setelah mendapat tanah yang sesuai untuk tanaman sama ada tanah sendiri, tanah sewa, tanah pajak atau tanah milik kerajaan (TOL). Kerja asas penyediaan infa seperti jalanladang, sistem perparitan, pondok/setor, kalbat takungan air perlu disiapkan dahulu (Lihat foto sebelah). Kawasan semak hendaklah dibersihkan terlebih dahulu mengikut jadual. Cara membersihkannya boleh dilakukan dengan cara manual seperti menggunakan cangkul atau meracun mengikut kesesuaian keadaan tempat (Kawasan sedia ada) dan persekitarannya atau menggunakan jentera yang sesuai. Kalau kawasan tersebut sering terendam air maka perlulah dibuat sistem peparitan atau tali air terlebih dahulu sehingga dapat menyalirkan air dengan sempurna. Tanaman keladi mudah rosak atau mati jika terendam dalam air yang agak lama. Bagaimanapun pengalaman saya di Bt 13, Air Hitam, Muar, Johor mendapati perlu dipastikan kedalaman parit iaitu tidak terlalu dalam kerana tanah akan terlalu kering terutama dimusim kemarau dan menjejaskan pertumbuhan pokok keladi dan mengundang masaalah kebakaran tanah gambut.
3. Lubang Penanaman Keladi
Apabila kawasan telah dibersihkan maka barulah aktiviti membuat lubang untuk penanaman dijalankan. Lubang digali pada kedalaman 30 cm - 40 cm atau kira-kira sedalam dua mata cangkul. Lazimnya jarak penanaman atau jarak antara satu lubang dengan lubang yang lain pada baris yang sama ialah kira-kira dua kaki. Ada juga yang menanam dengan jarak baris dengan baris yang lain selebar 3 kaki bergantung kepada keadaan kawasan. Setengah petani membuat lubang dengan cara menugal. Alat untuk menugal menggunakan sebatang kayu yang besar lilit bulatannya kira-kira 15 inci yang bulat sepanjang 4-5 kaki. Lubang yang ditugal perlu sedalam antara 30 – 40 cm. Kaedah menugal sesuai untuk tanah gambut kerana cepat, mudah dan cekap.
4. Benih Keladi
Benih Keladi adalah penting disediakan semasa kita menyiapkan kawasan tanaman. Benih perlu di cari atau dibeli dari pembekal yang dipercayai dari segi varieti, kualiti, bebas penyakit dan saiz yang dikehendakki. Pengalaman saya di Muar, Johor mendapati ramai petani yang memilih anakbenih keladi yang bersaiz besar sedikit kerana cepat tumbuh dan tahan lasak. Saiz anakbenih dengan adanya empat atau lima pelepah daun sesuai dipilih. Pemerhatian juga mendapati elok jika benih keladi tersebut di biar dua tiga hari agar akarnya tumbuh sedikit. Elakkan menanam terus anakbenih tersebut setelah yang baru dicabut dari pokok induk. Harga anak benih keladi bergantung kepada varieti, saiz dan jarak penghantaran iaitu antara RM 0.20 – RM 0.40 satu unit.
5. Menanam
Benih keladi sebelum ditanam perlulah dipotong pucuknya terlebih dahulu dan tinggalkan panjang dari pangkal benih kira-kira sepanjang 30 cm - 40 cm. Bagi lubang yang diperbuat dengan cara mencangkul, ditengah dasar lubang tersebut perlulah didibuat lubang tambahan sedalam kira-kira 4 inci dari paras dasar lubang . Seelok-eloknya sebelum lubang kecil yang dinyatakan di atas dibuat perlulah lubang tersebut ditabur dengan sedikit baja seperti tanah bakar atau abu tandan kelapa sawit bakar atau dibubuh sesudu besar baja organik yang diproses dengan baik agar hama dari najis binatang itu tidak merosakan tanaman keladi.
6. Pembajaan Keladi
Pembajaan keladi dijalankan seawal seminggu sebelum benih keladi ditanam didalam lubang dengan baja organik atau MOP. Jangan lakukan pembajaan terlalu awal kerana baja tersebut yang masih panas dan ia boleh merosakan anakbenih keladi yang hendak ditanam. Apabila pokok keladi telah mengeluarkan dua daun maka bubuh baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada kadar 20 gram sepokok. Program pembajaan boleh dijalankan sebaiknya setiap bulan sehingga bulan ke 5. Selepas itu baja NPK 12:12:17:2 perlu diberikan pada kadar sesuai yang disyorkan. Baja ini bertujuan untuk mempercepat proses pembentukan dan juga pembesarkan isi atau ubi keladi yang ditanam.
7. Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai dikawasan tanaman keladi perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga sedia untuk dituai. Perlu diingat semasa tanaman keladi membesar,rumput rampai dan anak-anak keladi juga turut membiak dan membesar. Kerja-kerja mencabut dan membuang sulur atau anak-anak keladi perlu dijalankan secara manual setiap masa. Rumpai yang tidak dikawal akan menyebabkan keladi yang ditanam lambat membesar dengan baik dan sempurna. Kerja-kerja membersih anak-anak keladi dan rumput rampai perlu dilakukan sekurang -kurangnya sebulan sekali supaya tumbesarannya baik. Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan dikebun keladi. Tanamam keladi yang subur dapat dilihat apabila bentuk daunnya lebar, tebal dan berwarna hijau pekat.
8. Kawalan Penyakit dan Perosak
Tanaman keladi tidak mempunyai banyak musuh dan penyakit jika dijaga dengan baik. Lazimnya selepas tiga minggu benih keladi ditanam disyorkan agar petani menyembur racun serangga bagi mengawal Kumbang Pengorek Umbisi dan Serangan Koya pada daun. Serangan koya sering berlaku pada musim panas yang agak panjang menggunakan ’white oil’. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan setiap tiga minggu sekali jika terlaku banyak serangga atau ulat pemusnah. Tujuan seburan racun serangga ini adalah untuk mengawal benih keladi di diserang serangga perosak atau ulat pemusnah. Antara penyakit tanaman keladi adalah Penyakit Hawar Daun dan Penyakit Reput Umbisi yang mudah dikawal dengan pemeriksaan selalu.
9. Mengutip Hasil
Keladi Cina dan Keladi Mawar akan matang apabila umur keladi mencapai lapan atau sembilan bulan dengan pengurusan kebun yang baik mengikut cara Amalan Pertanian Baik (APB). Selepas umur lebih 9 -10 bulan akan berlaku penurunan saiz umbisi dan tahap kesuburan tanaman. Tanda-tanda keladi sesuai untuk dituai apabila daun mulai layu dan batang mulai kering. Cara menuai pula dengan mencabut pokok keladi dan dibersihkan dengan membuang daun dan akar rambut disekelilingnya. Tanda lain keladi cukup umur ialah apabila kelihatan akarnya telah berkurangan iaitu akarnya hanya tinggal atau berada separuh bahagian dan kebahagian bawah. Elakkan mencabut keladi terlalu lambat kerana keladi tersebut akan rosak dan busuk disebelah bawah dan ini menurunkan kualiti serta harga jualan. Keladi yang berkualiti baik mempunyai beratnya satu kilo keatas dan bentuk yang seragam. Bagi keladi yang bersaiz kecil dikategorikan gred B atau C dimana harganya adalah lebih rendah. Pastikan keladi dijual dengan segar dipasaran.
SELAMAT MENCUBA!
TANAH GAMBUT...DITANAM KELADI...
BENIH KELADI....CARI YANG BERKUALITI...
LEPAS 9 BULAN....HASIL MENJADI....
DI JADIKAN KEREPEK...HARGA TINGGI...
By,
M Anem
Projek ACDA Kg Bt 18, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia
(29 Shawal 2011)
Penulis memeriksa keladi di Muar. |
Antara kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan adalah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti Kawasan dan Tanah Sesuai
Tanah gambut di Air Hitam, Muar. |
2. Menyediakan Kawasan
Jalanladang, parit dan kalbat. |
3. Lubang Penanaman Keladi
Barisan anakbenih keladi ditanam. |
4. Benih Keladi
Keladi berumur 1.5 bulan. |
5. Menanam
Penulis di kebun keladi mawar di Muar |
6. Pembajaan Keladi
Tunjukajar oleh AO Daerah. |