Support My Blog

Thursday, March 31, 2011

BENIH SAYURAN (Part 1)



Benih Sayuran merupakan satu keperluan asas dalam penanaman sayur-sayuran di Malaysia. Bekalan benih kebanyakannya di dapati daripada Kedai Pertanian atau ada petani yang menghasilkan benih sendiri (sayuran tradisional) untuk penanaman pada pusingan berikutnya. Kajian saya mendapati kebanyakan biji benih sayuran daun dan sayuran jenis buah hampir 90 peratus adalah diimpot dari luar negara seperti dari China, Thailand, Myanmar, Indonesia, Taiwan dan sebagainya. Pengimpot dan pengedar biji benih tempatan menjlankan usahasama dengan syarikat pengeluar benih untuk menbekalkan benih-benih yang berkualiti untuk diedarkan kepada petani-petani di Malaysia. Benih sayur-sayuran juga di keluarkan oleh Jabatan Pertanian dan beberapa agensi lain di Malaysia. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat mengenai benih-benih sayur-sayuran yang diedarkan di Malaysia oleh salah satu syarikat terkenal di Malaysia iaitu Syarikat Green Eagle Seeds yang berpengkalan di Bandar Bukit Puchong, Selangor berdasarkan risalah terbitannya.


Syarikat Sin Seng Huat yang ditubuhkan semenjak 1936 merupakan sebuah syarikat berkaitan pertanian yang mengedarkan benih sayur-sayuran di Malaysia dan mengeluarkan benih bermutu dan bertaraf antarabangsa. Banyak jenis benih sayur-sayuran yang diedarkan kepada seluroh petani dalam Malaysia daripada bayam sehinggalah Tomato yang sesuai di tanam dikawasan tanah rendah dan tanah tinggi. Beberapa syarikat lain yang ada mengedar benih sayur-sayuran seperti LecKat Corp Sdn Bhd, Green World Genetic Sdn Bhd, Utara Seed Sdn bhd dan beberapa lagi.


1. BENIH : BAYAM

Terdapat 5 jenis bayam yang dikeluarkan oleh syarikat ini iatu Bayam Hijau Bulat Tempatan (801), Bayam Bulat Tempatan Separuh (802), Bayam Daun Hijau Tajam (803), Bayam Daun Emas Bulat (805) dan Bayam Merah Bangladesh (806). Ciri-ciri dan foto setiap jenis bayam tersebut di tunjukkan dalam risalah syarikat tersebut.

Keperluan benih bayam ialah sebanyak 3 kg sehektar. Setiap 1 gram benih bayam mengandungi lingkungan 900-1,100 biji benih bayam.


2. BENIH : ASPARAGUS

Benih asparagus (Asparagus officinalis) yang dijual adalah F1 Hybrid Asparagus Hasil Tinggi (136) yang mempunyai batang berwarna hijau segar , berminyak serta batang yang lurus panjang. Banatng mengandungi serat rendah dan rangup serta agak manis. Benih No 136 ini mudah ditanam serta cepat membesar dalam cuaca panas lembab. Kadar keperluan benih sebanyak 9-22 kg benih sehektar. Benih ini akan ditanam dan dijangka kutip hasil selepas 6-7 bulan di tanam.



3. BENIH : SELASIH

SELASIH WANGI (No 502) merupakan sejenis benih yang ditanam dengan ciri-ciri berdaun hijau berminyak, tumbuh menegak dan batangnya berwarna merah. Tanaman ini kaya dengan aroma kuat seperti bau paper mint dan cengkih dan seakan ada citarasa sos tomato. Pertumbuhan agak cepat dan tahan cuaca panas lembab dan mula kutip hasil 38-50 hari lepas tanam sama ada di tuai secara memotong atau cabut semuanya. Kadar kepeluan benih sebanyak 1.1-1.4 kg benih sehektar. 1 gram mengandungi 1,000-1,100 biji benih selaseh.



4. BENIH : KACANG PANJANG

Ada 2 jenis benih Kacang panjang (Vigna sesquapedalis) yang dikeluarkan iaitu Kacang Panjang Hijau Muda (No 330) dan Kacang panjang Hijau Gelap (No 331). Perbezaan hanya warna kacang panjang tersebut. Panjang kedua-dua jenis lingkungan 65-75 cm dan isinya adalah padat. Hasil akan dituai dalam masa 48-55 hari lepas tanam dengan kadar benih digunakan sebanyak 8-11 kg sehektar. Kira-kira 8-10 biji benih dalam 1 gram benih kacang panjang.



5. KACNG BOTOR atau KECIPIR

Benih Kacang Botor (Psopcarpus tetragonolobus) dipasaran adalah dari jenis Hijau Minyak (No 332) adalah bersegi 4 dengan berukuran 15-17 cm panjang dan 3 cm lebar. Benih ini akan mula kutip hasil 60-70 hari lepas tanam. Saya ada menanam benih ini dikuarters ketiaka bertugas di Segamat, Johor dulu dan memang puas makan hasilnya. Kadar penggunaan benih sebanyak 7.4 - 9.8 kg sehektar. Berat 1 gram benih mengandungi 5-7 biji benih.


6. KACANG BUNCIS

Dua jenis benih Kacang buncis (Phaseolus vulgaris) ialah Kacang Buncis Bunga Merah (942) dan Kacang Buncis Bunga Putih (943). Buah Kacang Buncis ini berwarna hijau dan berminyak serta berukuran 16-18 cm panjang dan 0.7-0.8 cm garispusat. Sbanyak 18-20 kg benih kacang buncis diperlukan untuk sehektar tanaman. Setiap 1 gram mengandungi 5-6 biji benih. Hasil akan mula dituai 48-55 hari lepas tanam.



7. TERUNG

Terdapat 4 jenis Terung (Solanum melongena) yang mendapat permintaan petani iaitu Varieti Terung F1 Hibrid Terung Ular (301), Varieti F1 Hibrid Terung sekaki (302), Varieti Terung Fu Chew (303), Varieti Terung Bulat sentul (304) dan Varieti terung Kecil Mutiara (305). Keperluan biji benih terung sebanyak 0.3-1.0 kg sehektar. Berat setiap 1 gram benih terung 200 biji. Tempoh mengutip hasil jenis 301 ialah 68 HLT, Jenis 302 (55-66 HLT), Jenis 303 (55-60 HLT), Jenis 304 (55-60 HLT)dan Jenis 305 (55-60 HLT).


8. KOBIS

Benih Kobis (Brassica oleracea) ada 2 jenis iaitu Varieti Kobis F1 Hibrid Semua Musim (311) dan Varieti Kobis F1 Hibrid Kobis Cameroon Cross (313). Kobis akan dituai 90-110 hari lepas tanam dan memerlukan sebanyak 300400 gram sehektar. Berat setiap 1 gram benih kobis mengandungi 200-220 biji benih.


9. LOBAK MERAH

Jenis lobak merah (Daucus carota) yang ada pasaran di Malaysia ialah Lobak F1 Hibrid Merah Bunny King (128) yang berwarna merah berukuran 18-20 cm panjang. Hasil akan mula dikutip 90-110 hari selepas ditanam bergantung kepada cuaca.


Sekian.


By

M Anem

Serdang

Selangor.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...