Tuesday, August 31, 2010

KACANG TANAH - PENGENALAN

Kacang Tanah (Arachis hypogea) merupakan sejenis tanaman kekacang dari keluarga Fabaceae yang juga dari kategori tumbuhan jenis kekacang. Kacang tanah juga di panggil sebagai Groundnut, Peanut Pygmy nut, monkey nut, goober nut dan juga earthnut. Tanaman ini dipercayai berasal dari Peru, Amerika Selatan dan kini ditanam dibeberapa negara diseluroh dunia. Tanaman kacang tanah merupakan bahan yang asas untuk dijadikan minyak kacang sama seoerti kacang soya. Penanaman kacang tanah di Malaysia semakin berkurangan kerana ia kurang menarik minat petani. Hanya beberapa kawasan yang masih ada menanam kacang tanah seerti di Perak (Lembah Kinta dan Sungkai), Terengganu (Kawasan Ulu Terengganu), Johor (Tangkak dan Mersing) sert beberpa kawasan di Pahang. Hanya petani tradisional yang menanam kacang tanah dengan menggunakan varieti tempatan sahaja. Malaysia merupakan 'net importer' kacang tanah dengan nilai jutaan ringgit setahun. Penulis kali akan berbincang mengenai tanaman kacang tanah berdasarkan pengalaman semasa bertugas di Daerah Mersing yang menjalankan aktiviti penanaman kacang tanah di kawasan Endau pada awal tahun 2000 dulu. Kini kawasan tersebut dah tidak tanam lagi kacang tanah dan dibuat kedai serta kilang IKS. Bagaimana pun aktiviti penanaman kacang tanah telah digantikan dengan tanaman Roselle (Hibiscus sabdarifa) yang mana Daerah Mersing masih menjadi salah satu kawasan pengeluar rosel dalam negeri Johor semenjak saya perkenalkan pada tahun 1998 dulu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kacang tanah untuk berkongsi maklumat.


Pengeluar utama kacang tanah di dunia adalah negara China (14.3 juta mt/tahun) diikuti dengan Negara India (6.25 juta mt/tahun) dan USA (3.24 juta mt/tahun) dengan anggaran pengeluaran kacang tanah dunia sebanyak 34.4 juta mt/tahun. Dikalangan negara-negara ASEAN kacang tanah banyak di tanam di Indonesia (1.25 juta mt/tahun), Myanmar (1.0 juta mt/tahun) dan Vietnam (500,000 kg/tahun). Malaysia merekodkan sekitar 25-30 hektar setahun keluasan tanaman kacang tanah. Negeri Perak masih merupakan kawasan utama pengeluaran kacang tanah di Malaysia. Terdapat banyak kultivar kacang tanah diseluroh dunia dan proses pembiakan kacang tanah dibuat semenjak 7,500 tahun dahulu di Amerika Selatan. Antara kultivar yang terdapat dan popular didunia seperti kultivar Spanish, Valencia, Runner dan Virginia. Kultivar yang popular dan biasa ditanam di Malaysia ialag kultivar Kacang Tanah Mangneta. Jenis ini mempunyai biji berwarna kemerahan (mangneta) dengan biji antara 3-4 dalam buah kacang. Jabatan Pertanian ada mengeluaran benih jenis ini yang banyak ditanam di kawasan Perak. Kebanyakkan kultivar yang ditanam menggunakan biji benih dan untuk kegunaan segar. Kajian lanjut menjenis jenis kacang tanah kultivar baru tidak begitu aktif dijalankan.

Tanaman kacang tanah mempunyai daun berbentuk oposite pinnate dengan 4 helai daun satu tangkai. Bungannya berwarna kuning yang tumbul dari pangkal rumpun dan dekat ruas pada batang pokok. Selepas berlaku proses pendebungaan, bunga ini akan masuk kedalam tanah untuk membentuk buah kacang yang mempunyai antara 3-4 biji kacang didalamnya. Kerja-kerja menimbus perlu dibuat dipangkal rumpun untuk pastikan pembentukkan buah kacang. Akar kacang tanah terdiri dari jenis akar serabut yang panjangnya lingkungan 10-15 cm. Akar kacang tanah dapat mengikat nitrojen dalam tanah bila bergabung dengan rhizobium bacteria. Kacang Tanah adalah jenis tanaman yang jalankan pendebungaan sendiri (Self pollination). Proses pendebungaan yang berjaya akan menghasilkan buah kacang tanah yang banyak jika diesuaikan dengan kerja-kerja menimbus tanah. Oleh itu pemilihan tanah gembur dan peroi amat signifikan dengan penanaman kacang tanah.

Penyediaan tanah dijalankan dengan dengan membajak dan merotor. Tanah pasir gembur atau tanah bekas lombong sesuai untuk tanaman kacang tanah. Pilih benih dari kultivar yang sesuai seperti Mangneta dan pastikan benih terpilih dari pembekal yang terjamin. Jangan gunakan biji kacang tanah di kedai kerana tidak pasti benih tersebut cukup matang atau tujuan pengeluarannya untuk dimakan. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 45 cm bergantung kepada sistem tanaman sama ada diatas batas atau atas tanah tanpa batas. Masukkan 2 biji benih dalam satu lubang. Rawat biji benih dengan racun kulat dan racun serangga untuk mengelakkan daripada dimakan semut. Pembajaan kacang tanah dengan baja organik sebanyak 2.5-3.0 mt/ha di berikan dan sebaiknya buat semburan dengan racun pra-cambah (Atrazine dll) sebelum menanam. Baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 diberikan mengikut pakej teknologi. Buat kawalan rumpai dengan cara manual atau penggunaan racun rumpai yang minima. Kambus pangkal pokok dengan tanah untuk proses pembentukkan kekacang dalam tanah bagi meningkatkan bilangan buah. Kacang tanah yang ditanam secara meluas di China dan India perlukan jentera khas untuk kerja menuai.

Antara perosak tanaman kacang tanah adalah seperti Ulat Pengorek Kekacang dan Penyakit Kulat Mold yang disebabkan oleh Kulat Aspergillus flavus mampu merosakkan tanaman. Kulat perlu dikawal mengunakan kaedah IPM. Kacang tanah akan matang dalam masa 120-150 hari selepas ditanam. Tanda-tanda pokok telah matang adalah apabila sebahagian daun mulai kering dan layu. Penuaian dijalankan sama ada secara manual dengan mencabut pokok atai jentera penuai (kawasan luas). Biji kacang tanah dileraikan daripada pangkal pokok dan bersihkan dari kekotoran tanah. Buat grading mengikut saiz dan bentuk serta tahap kecacatan. Buah yang dibiarkan pada rumpun juga boleh disimpan untuk dijadikan benih tanaman. Kegunaan kacang tanah di Malaysia kebanyakannya adalah untuk di makan segar. Biji kacang tanah di rebus atau dikukus dengan membubuh sedikit garam dan serbuk kunyit (di R&R PlUS Highway) untuk mengekalkan warna kuning. Harga jualan kacang tanah siap direbus kira-kira RM 1.50-2.00 setiap 100 gram. Penggunaan kacang tanah di dunia pula banyak untuk di proses bagi penghasilan minyak kacang tanah (Minyak masak), Peanut Butter, Tepung Kacang tanah dan banyak lagi produk kesihatan dan kecantikan. Produk kacang tanah juga di proses untuk membuat perwarna seperti cat, dye dan juga membuat barangan plastik.

Bagi saya kacang tanah merupakan keperluan asas yang messti ada di dapur. Masakan kuah sate perlukan kacang tanah. Kacang tanah goreng juga dimakan bersama nasi lemak sebagai pelengkap bersama sambal, timun dan ikan bilis. Kuah rojak dan kuah 'Pecel' menggunakan ramuan utama kacang tanah. Kuih kegemaran saya sejak dulu kala semasa Hari Raya Aidilfitri adalah REMPEYEK. Kueh tradisional ini menggunakan kacang tanah sebagai komponen utama dan ramuan lain ialah tepung beras, jintan manis, bilis, garam dan ketumbar. Banyak lagi jenis-jenis kuih tradisional yang guna kacang tanah. Industri tanaman kacang tanah di Malaysia merudum semenjak 10 tahun lalu. Ini adalah disebabkan petani di Endau pernah menyatakan kerja-kerja menanam kacang tanah agak rumit dan perlukan tenagakerja tinggi , potensi penghasilan yang agak rendah dan kualiti yang tidak menentu. Kos impot kacang tanah jauh lebih murah berbanding dengan kos untuk kita keluarkan sendiri. Galakan penanaman kacang tanah mungkin boleh dibuat untuk mendapatkan kacang tanah segar bagi kegunaan direbus kerana kacang rebus yang ada di R&R PLUS banyak kadalah diimpot. Semuga artikel ini dapat memberikan sedikit infomasi kepada para pembaca sekelian. Wasallam!..
TANAMAN KONTAN...KACANG TANAH....
TANAH PEROI ...AKAR TAK SUSAH..
JENIS MAGNETA....DIKAJI SUDAH...
MALAYSIA IMPOT...BELI LAGI MURAH...


Related article:
1. Kacang Parang (Klik disini)
2. Kacang Kuda (Klik disini)
3. Kacang Soya Hijau (Klik disini)
4. Kacang Pea (Klik disini)
5. Kacang Lentil (Klik disini)
6. Kacang Hijau (Klik disini)
7.  Kacang Botor (Klik disini)


By
M Anem
Senior Agronomist,
Kompleks PICC,
Precint 5, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
(21 Ramadan 1432H)
Kemaskini pada 1 Muharam 1436H

TENGGEK BURUNG (Part 1)

POKOK TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rutaceae yang merupakan tumbuhan renek yang tumbuh secara semulajadi di Malaysia. Tumbuhan ini diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung kecil suka hinggap diatas pokok ini (seperti burung kelicap, burung murai, burung2 kecil) untuk makan bunganya dan menjalankan aktivitinya. Penulis ingin berkongsi pengetahuan mengenai tumbuhan ini yang dijadikan sebagai ULAM TENGGEK BURUNG yang mempunyai khasiat menakjubkan. Penulis mengenali tumbuhan ini semasa bertugas di MIADP Melaka dan membuat sedikit kajian ringkas ketika itu dan menjadikan ulam ini sebagai hidangan jika ada pelawat luar dari Melaka.

Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari. Kalau dibuat anggaran, agak-agak antara 10-15 hektar secara CHE mungkin ada. Saya belum dapat pluang melawat kebun yang menanam pokok tenggek burung secara monocrop dengan meluas. Saya ada melawat kawasan tanaman ini ditanam bercampur-campur dengan tanaman herba dan tanaman sayuran yang lain sahaja. Kawasan utama pokok ini dipercayai di Melaka, selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Tumbuhan Tenggek Burung merupakan tumbuhan yang hidup secara Liar (Wild crop) terutama di kawasan lembab di kawasan tepi parit JPS bersama-sama semak samun lain sebelum di tanam secara komersial. Batangnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi coklat keperangan apabila menjadi kayu keras. Pokok ini mampu mencapai ketinggiaan 2-3 meter jika dibiarkan. Daunnya berwarna hijau pekat serta tebal. Pucuk pokok ini dipetik dan digunakan sebagai ulam yang berkhasiat. Bunganya berwarna putih (Lihat Foto disebelah) dan digemari burung untuk makannya serta ada biji apabila matang. Akar nya mempunyai sistem akar tunjang. Tumbuhan ini tahan dengan keadaan panas dan sukar mati dikawasan semulajadi.

Pembiakan pokok ini boleh dibuat secara keratan atau cabut anakbenih dari kawasan sedia ada. Kajian lebih lanjut mengenai kaedah pembiakan tumbuhan ini perlu di buat seperti Teknik Kultur Tisu dan sebagainaya. Anak benih boleh di alihkan kedalam pasu atau polibeg besar atau diatas batas jika hendak ditanam dikawasan rumah. Peringkat awal penanaman perlu di siram, Baja organik dan baja NPK 15:15:15 boleh digunakan peringkat pertumbuhan. Jika ditanam secara kommersial jarak penanaman yang sesuai ialah 1.5 m x 1.5 m dan pastikan sentiasa dicantas untuk memperbanyakkan cabang. Pembentukkan cabang dibuat dengan memetik pucuk atau dahan untuk sistem cabang seimbang.


Pokok tenggek burung tidak mempunyai banyak perosak dan penyakit. Bagaimana pun pada pemerhatian penulis ada sejenis ulat yang makan pucuk muda dan Ulat Pengerat Daun (Spodoptera litura). Bagi meningkatkan banyak pucuk muda dan daun banyakkan menggunakan baja organik atau sebaiknya tahi ayam proses. Kawalan rumpai dijalankan dengan kaedah manual. Elakkan menggunakan racun rumpai atau sebarang jenis racun kerana pucuk muda di makan sebagai ulam. Pucuk muda akan keluar dengan lebih kerap pada musim lembap dikawasan semulajadi tetapi jika di tanam sebagai program bumi hijau tiada masaalah.


Kajian para pegamal perubatan tradisional mendapati pucuk tenggek burung boleh digunakan untuk perubatan atau dianggap tanaman ulam untuk kesihatan (jika tidak dicemar dengan toksik). Pada asasnya ulam ini dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga khasiatnya ialah dapat meningkatkan organ seks bagi lelaki (melambatkan air mani, menegangkan zakar dan ....) serta juga memperbaiki pengedaran darah. Kajian secara saintifik mengenai kandungan kimia dalam ekstrak ulam tenggek burung perlu di pergiatkan. Kandungan lain seperti antioksidan mungkin ada pada ulam daun tenggek burung.

Penulis memetik ulam tenggek
burung di Kg Sg Miang, Pekan, Pahang
Ulam tenggek burung sesuai dimakan segar sebagai ulam dan mempunyai rasa PAHIT dan KELAT yang kurang sedap...oleh itu untuk menyesesuaiakan cara makan biasanya diambil 4-6 helai daun muda (pucuk) dan dimakan bersama-sama sambal belacan yang pedas dngan nasi panas. Hanya mereka yang benar-benar minat akan suka makan ulam daun tenggek burung. Pastikan ulam tersebut telah dibasuh dahulu sebelum dimakan ditakuti ada 'Tahi Burung" masih melekat akibat dari burung yang suka bertenggek di pokok tadi...!

Kajian penulis di melaka dan Muar mendapati seikat ulam tenggek burung direstoran dijual dengan harga RM 1.00 (mengandungi 5-8 pucuk) dan di pasar dijual dengan harga RM 2.00 - RM 2.50 satu ikat (mengandungi 15-20 batang pucuk). Belum ada rujukkan yangg saya temui mengenai kajian analisa kewangan untung rugi tanaman ini dibuat sama ada oleh usahawan atau jabatan kerajaan. Kalau ada penanam komersial yang ingin 'share' dengan saya mengenai kos pengeluaran, pendapatan bersih, NPV dn sebagainya adalah dialu-alukan.


Kajian lanjut mengenai potensi tanaman ini perlu dibuat untuk mempastikan ianya boleh dikomersialkan sebagai ulam segar atau boleh diproses untuk dijadikan Jus Tenggek Burung, Teh, Serbuk, Puree dan sebagainya. Kawasan tumpuan pengeluaran juga bolh diujudkan dan kawasan tersebut boleh memohon Sijil Perladangan Organik (SOM) Jabatan Pertanian untuk mempastikan kualiti ulam mnepati ciri-ciri yng dikehendakki demi keselamatan makanan.


MAKAN ULAM...ULAM TENGGEK BURUNG...
BANYAK KHASIAT...BUKAN MACAM TERUNG....
SESUAI SEBAGAI UBAT...NANTI TAK MURUNG....
DAH TANAM BANYAK2...HANTAR PASAR BORONG.....

By
M Anem
Presint 11
Putrajaya
Malaysia
(12 Mac 2010)

Sunday, August 29, 2010

PEMBIAKAN TAMPANG TUMBUHAN




Apakan dia Pembiakan Tampang
atau Vegetative Propogation ?
Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak lebih 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. Di Malaysia industri tanaman pitaya hampir musnah akibat serangan penyakit Erwinia kerana anakbenih yang digunakan semuanya dari keratan yang mudah diserang yang dibiakan melalui keratan. Artikel ini saya menulis teknologi mengenai pembiakan tanaman secara tampang berdasarkan pengalaman penulis, pemerhatian, pembacaan dan proses pembelajaran di universiti dulu.

Kebaikan2 Pembiakan Tampang adalah boleh mendapatkan anak pokok yang seragam dan sama (True-to-type) dengan pokok asal atau ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya, pokok cepat berbunga atau berbuah dan kebolehan untuk dibiakkan sepanjang tahun. Selain itu pembiakan tampang boleh dibuat dengan jumlah yang banyak dalam satu masa. Kaedah ini juga dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas. Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan atau Keburukan dalam Pembiakan Tampang seperti tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini. Kadang2 juga berlaku insiden dimana pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit berkaitan serangan virus. Kaedah Pembiakan Tampang ini juga memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit dan perlukan perkakasan khas.

Jenis-jenis Pembiakan Tampang
Terdapat dua cara dalam perlaksanaan pembiakan tampang di Malaysia iaitu dengan Kaedah Pembiakan Semulajadi dan Pembiakan Cara Buatan. Kaedah bergantung kepada ini kepada sifat semulajadi tumbuhan tersebut dan kesesuaiannya. Bagi Pembiakan Secara Semula Jadi ada 6 cara iaitu RAYAPAN, SULUR, UMBISI, BEBAWANG, RIZOM, TUBER dan AKAR TUBER.


A) KAEDAH PEMBIAKAN SEMULAJADI


1) Kaedah Rayapan (stolon) 
Cara ini adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum. 


2) Kaedah Pembiakan Sulur
adalah dimana Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya kebanyakan jenis Pisang (Ravenala) dan Keladi'


3) Pembiakan Cara Umbisi 
Pembiakan cara ini ialah menggunakan umbisi semulajadi untuk dijadikan benih seperti Keledek, Sengkuang, Gladiolus, abaca dsb.

4) Pembiakan Kaedah Bebawang (leaf scale) 
Kaedah dimana bebawang diambil dan ditanam seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Lily, Amaryllis.


5) Pembiakan Kaedah Rizom 
Kaedah dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah permukaan tanah tumbuh sebagai pokok baru seperti halia, bunga tasbih, iris, rumput dan kunyit.


6) Pembiakan Cara Tuber 
Dibuat dengan mudah seperti tanaman kentang dan keladi.


7) Pembiakan Kaedah Akar Tuber 
Kaedah dimana Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar seperti tanaman dahlia, keledek dan gloriosa. 


8) Kaedah Pembahagian (Division atau Quartering) 
Ini adalah kaedah terbaru yang boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang.


B) KAEDAH PEMBIAKAN SECARA BUATAN

Bagi Kaedah Pembiakan Secara Buatan terdapat 3 cara paling popular dilaksanakan iaitu dengan membiakan tampang cara KERATAN, CANTUMAN dan LENTURAN/ MENGETUT.


1. KERATAN
Kaedah KERATAN dibuat pada daun , batang dan akar. Bagi teknik Keratan Dahan atau batang menggunakan keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana keras dan keratan kayu hijau atau lembut. Caranya ialah dengan memilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit yang panjang keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu secara serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun dan tentukan sekurang- kurangnya ada satu (1) tunas untuk akar dan satu (1) tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan kemudia di siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu. Antara nya seperti jenama SERADIX.

Bagi Teknik Keratan Daun pula dijalankan menggunakan bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan ornamental atau bunga-bungaan banyak yang sesuai dibiak dengan cara ini. Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

Bagi Teknik Keratan Akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Penulis pernah membiakan tanaman sukun di kampong dengan banyak untuk diedarkan kepada penduduk kampong di Gersik, Muar, Johor beberapa tahun dulu.

Penjagaan Keratan yang rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit. Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.


2. CANTUMAN
Cantuman adalah satu kaedah pembiakan tampang yang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Kaedah ini berjaya membiakan tanaman buah-buahan terpilih dengan kejayaan yang tinggi. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan. Nurseri swasta dan Jabatan Pertanian ada menyimpan pokok induk untuk dicantum dan diedarkan kepada petani. Tanaman durian Raja Kunyit atau juga dipanggil Musang King atau D169 contohnya dicantum kerana menerima permintaan yang begitu tinggi pada masa ini di Malaysia.

Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :



a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
Cantuman dengan Kaedah Sandingan dijalankan dengan menyandingkan dua anak benih dan mengikis bahagian kambium dikedua-dua batang/dahan anak benih. Rapatkan bahagian tersebut dan ikat dengan 'plastic tape' dengan kuat untuk elakkan air masuk. Biarkan untuk beberapa masa sehingga sandingan melekat. Potong bahagian yang di kehendakki di bawah sandingan dan akar penenti dibahagian atas.

b) Cantuman mata tunas
Cantuman menggunakan mata tunas adalah kaedah yang paling lazim digunakan. Tunas dan pokok penanti dipilih dari bahan yang segar, tidak berpenyakit, sesuai dan masa cantuman yang tepat. Beberapa kaedah cantuman mata tunas ialah seperti Kaedah Cantuman 'T' , Kaedah Cantuman Tampal dan Kaedah Cantuman Takuk. Semua kaedah ini boleh dipelajari di pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia. Kursus jangkapendek boleh dipelajari dengan menjalankan latihan teori dan praktikal.

c) Cantuman Belahan
Kaedah Cantuman Belahan merupakan satu lagi teknik cantuman yang juga di panggil sebagai 'Cleft Budding'. Teknik ini sesuai untuk dahan atau batang muda dimana pokok penanti dibelah dua dan masukkan 'scion' kedalam belahan dan ikat dengan kuat. Kaedah ini perlukan penjagaan yang lebih diperingkat awal untuk mempastikan gabungan cantuman belahan ini cukup kuat sebelum di alih kedalam polibeg. Kaedah cantuman belahan mempunyai 3 teknik iaitu Teknik Belahan Tepi, Teknik Belahan Rencung dan Teknik Belahan Baji.

Pokok Penanti (Stock Plant)
Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas. Penyediaan pokok penanti adalah dijalankan awal terutama untuk buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, limau manis, mangga, manggis, cempedak dan sebagainya. Biji benih yang dikumpul disemai dalam polibeg yang sesuai.

Mata tunas (Scion)
Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros. Pemilihan mata tunas sangat kritikal dengan kriteria tidak terlalu tua atau tidak terlalu muda. Mata tunas yang hendaak dibawa jauh perlu di balut dengan kertas atau kain basah dan hendaklah di cantum dengan pokok penanti sebaik-baiknya pada hari yang sama. Pengalaman penulis membawa mata tunas tanaman koko pada pertengahan tahun 1980'an untuk program cantuman koko dulu masih segar dalam ingatan.

Cara mencantum mata tunas
Kaedah Cantuman tampal imulakan dengan menyediakan pokok penanti kemudian potong dua garisan daripada atas ke bawah iaitu panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. Pemotongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. Buatkan satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.

Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. Kira2 satu minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.





3. LENTURAN (Layering)
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:
a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut
)

Lenturan udara (tut)
Lenturan Udara merupakan teknik yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut dibuat dengan menyediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Gunakan tanah campuran biasa digunakan iaitu 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik. Campur dengan 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik.



Cara memilih dahan yang sesuai untuk di tut ialah dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya  1cm garis pusat. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.


Cara mengetut dibuat dengan menyediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat. Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas dan Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik. Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik. Benih yang sesuai boleh diubah apabila sesuai digunakan.


Penulisan artikel diatas berdasarkan ingatan penulis ketika belajar di Universiti dulu iaitu subjek yang agak menarik. Kini terdapat lebih 750 Usahawan Nurseri di seluroh Malaysia yang membuat perniagaan pengeluaran benih tanaman. Agak-agak berapa juta anak benih keratan, cantuman dan tut yang dikeluarkan oleh mereka dalam setahun?.....Belum ada data yang menunjukkan keperluan dan pengeluaran anak benih di Malaysia yang tepat pada masa kini. Wallahualam....

KERATAN, TUT, CANTUMAN....MEMBIAK POKOK...
BENIH DIJUAL....ADA YANG TAK ELOK...
KALAU BUAT SENDIRI....PASTI TAK DISOROK...
BELAJAR MEMBIAK BAKA....KENA SERONOK.....



Related rticles:
1. Cashflow Sayuran (Click here)
2. Cashflow Buah-buahan (Click here)
3. Cashflow Umbisi (Click here)
4. Harga Benih Sayuran (Click here)
5. Racun Rumpai (Click here)
6. Racun Kulat (Click here)
7. Racun Tikus (Click here)
8. Nurseri in Malaysia (Click here)
9. Kontrol benih dunia ? (Click here)
10. Benih Sayuran (Klik disini)
11. Benih Kelapa MATAG (Klik disini)
12. Biakbaka Tumbuhan (Klik disini)
13. Bioteknologi (Klik disini)
14. Tut Pokok (Klik disini)
15. Popular Fruit Clones in Malaysia (Klik disini)


By
M Anem
Orang Johor
23 Ramadan 1431H

Malaysia

PEMBIAKAN BENIH TUMBUHAN


Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang mengikut peredaran masa. Semua organisma yang hidup membiak untuk mempastikan keujudannya didunia tidak pupus. Dari Kaedah Pembiakan paling mudah melalui proses MITOSIS pada Amoeba sehingga kepada kaedah pembiakan organism kompleks organism akan menjalani evolusi dalam proses pembiakan. Artikel kali ini membincangkan maklumat khusus menganai pembiakan tumbuh-tumbuhan (Plant Propogation) yang saya pelajari sejak sekolah sehingga ke Universiti dan bekerja dalam bidang pertanian. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pembiakan benih tumbuhan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Pada amnya tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara iaitu Cara SEXUAL dan cara ASEXUAL. Cara sexual ialah pembiakan melibatkan proses pendebungaan jantan dan betina yang menghasilkan bijibenih atau spora (Pakis). Kaedah Pembiakan lain bagi tumbuhan iaitu Asexual juga dipanggil sebagai pembiakan tampang (Vegetative) seperti melalui proses keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain. Kaedah pembiakan tampang dapat menghasilkan anak pokok yang tulin menyerupai pokok induk atau di panggil “ True –to – type”.

Pembiakan melalui Biji benih
Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan
biji benih. Benih dihasilkan melalui proses pendebungaan dari peringkat pokok matang, berbunga, bunga kembang sehingga menjadi biji dibantu oleh agen pendebungaan seperti angin, serangga, hermaprodit, air, manusia dsb. Hasil pendebungaan akan terbentuk biji benih yang akan dormant atau bercambah apabila mendapat kesesuaian persekitaran. Pokok yang mengeluarkan benih adalah seperti pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh juga dibiakan secara tampang (vegetative propogation).

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih
Boleh menghasilkan baka-baka baru melalui proses hybrid
•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
•Anak pokok mungkin lebih cergas
(hybrid vigour) berbanding dengan induknya


Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih
•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy period)
•Pokok Mengambil masa yang panjang untuk matang
•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya
•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim


Cara pemilihan Biji benih
Dalam pembiakan biji benih perlu faham apakah cirri-ciri utama dalam pemilihan biji benih. Kesilapan awal dalam pemilihan benih akan merugikan petani terutama dalam penanaman pokok saka seperti buah-buahan, kelapa sawit, getah dan sebagainya kerana jangkamasa untuk menuai sangat lama. Kalau benih kelapa sawit selepas 3 tahun baru dapat tahu potensi hasil, kalau tanaman getah selepas 5-7 tahun. Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:


a. Matang
Pilih benih yang matang sahaja untuk ditanam. Benih yang tidak matang akan menyebabkan pertumbuhan pokok tidak cergas diperingkat awal dan kadang-kadang pokok tidak sempat berhasil. Pemerhatian penulis di TKPM Sekijang, Segamat, Johor beberapa kali menjumpai benih timun dan petola yang tidak matang digunakan dan hasilya amat mengecewakan. Timun tumbuh baik selepas 10 hari kemudian berhenti pertumbuhan dan berbunga. Kalau petani ingin menggunakan benih sendiri pastikan diambil dari pokok induk yang benar2 matang dan tidak rosak.


b. Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
Benih yang hendak ditanam mesti dipastikan ketulenannya dari pihak-pihak yang boleh dipercayai. Jika benih tidak tulen akan merugikan petani seperti benih padi yang telah bercampur dengan benih padi burung. Varieti MR219 contohnya boleh dibeli dari pembekal yang disahkan oleh pihak berkuasa untuk ketulenannya. Benih kelapa Matag juga merupakan hybrid antara Tagnanan dan MRD/MYD yang hanya 40-50% sahaja yang tulen. Hanya ada dua (2) sahaja pembekal masa kini yang disahkan dalam pembekalan benih kelapa Matag iaitu Jabatan Pertanian dan Estet Jenderak UP Plantation di Perak.

c. Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
Benih yang hendak ditanam perlu berisi, bersih dari kekotoran serta segar. Ini akan mempastikan petani hanya memilih benih yang berkualiti sahaja. Jika ada tanda-tanda kekotoran maka perlu di buang dahulu sperti tanah, batu, pasir yang bercampur dalam benih padi. Elakkan menggunakan benih padi yang ringan kerana pasti banyak hampa dan kurang berisi.


d. Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
Biji benih perlu diuji tahap BERNAS dengan menjalankan beberapa ujian dahulu. Benih padi contohnya perlu mencapai tahap kebernasan melebihi 95% keatas untuk menjadikan kepadatan tanaman disawah akan dicapai yang akan menentukan bilangan anak pokok
(tiller) dan saiz rumpun. Jabatan Pertanian ada menyediakan kemudahan makmal untuk menguji tahap bernas benih tanaman di 4 pusat benih tanaman.

e. Bebas dari penyakit dan perosak
Benih tanaman mesti bebas dari sebarang penyakit atau perosak. Pemeriksaan rapi perlu dibuat pada peringkat awal untuk mempastikan tidak ada serangan atau jangkitan apabila telah ditanam. Terdapat juga agen penyakit yang dipanggil sebagai
‘seed born disease’ yang akan memberi kerosakan pada tanaman. Penyakit ini selalu berlaku jika sumber benih memang telah ada penyekit tersebut seperti virus dan bakteria.

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan terlalu lama.

Percambahan biji benih
Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti
peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksigen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

Rawatan percambahan biji benih
Biji benih perlu dibuat rawatan percambahan untuk mempastikan benih tersebut dapat cambah seperti dikehendakki. Di Negara-negara maju rawatan biji benih dimestikan utnuk dijalankan sebagai satu syarat. Ada benih yang mempunyai
jangkasama dormant yang lama (Tidak mahu cambah) yang lama dan perlu dirawat untuk pecahkan ‘dormancy period’ . Beberapa cara yang dijalankan untuk rawatan bijibenih adalah seperti Perlelasan, Stratifikasi, Vernalisasi dan Pemeraman. Kaedah Pelelasan (scarification) adalah satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa (iaitu kulit bijibenih) dan merendam biji benih dalam asid atau air panas. Ini akan lembutkan kulit tersebut dan proses percambahan akan dipercepatkan. Tanpa rawatan ini agak lambat untuk benih bercambah kerana biasanya bibibenih jenis ini agak keras dan tebal. Kaedah kedua iaitu Stratifikasi ialah dimana proses melembutkan testa dengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik. Proses ini membantu melembutkan dan memecah lapisan kulit bijibenih dan mempercepatkan proses percambahan.

Kaedah Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah. Masukkan bijibenih dalam petisejuk (ditempat beku kurang 0 darjah celcius) dalam jangkawaktu tertentu. Suhu sejuk akan menyebabkan jangkamasa dormat akan dipendekkan. Kaedah Pemeraman (fermentation) adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih. Benih padi perlu direndam dan bercambah sebelum ditabur kesawah padi. Proses merendam benih padi selama 1 malam membolehkan perc ambahan yang serentak apabila disemai.

Menyemai Biji benih
Ada benih tanaman yang boleh terus ditanam di lading dan ada juga benih yang perlu menjalani prroses menyemai
(Sowing). Benih yang boleh terus digunakan biasanya bersaiz agak besar, cepat tumbuh, mudah diuruskan dan mudah diperolehi. Benih yang perlu disemai biasanya bersaiz kecil, mahal, perlukan penjagaan rapi, mudah diserang musuh dan penyakit serta kuantiti yang banyak. Buat rawatan sebelum menyemai bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.

Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau Cuprum sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air). Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri yang mampu menyokong anak-anak benih, menyimpan air secukupnya, mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar dan bebas dari biji benih rumpai. Contoh media percambahan ialah seperti vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

Benih perlu disemai dengan cara yang betul. Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar. Bagi Biji benih halus sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah. Bagi Biji benih kasar perlu di sediakan medium percambahan serta bekas semaian yang sesuai. Kemudian pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul akan dibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke dalam beg plastik.

NAK TANAM POKOK...BIJIBENIH DI CARI...
BENIH YANG BAIK...BENIH YANG BERNAS...
KUALITI DIJAMIN...PERTUMBUHAN CERGAS...
KONGSI ILMU BIJIBENIH...KENA WARAS...


By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(Kemaskini pada 6 Mei 2013)
PBT


Saturday, August 28, 2010

RACUN NEMATOD

Nematod (Meloidogyne spp.) merupakan sejenis perosak yang berada didalam akar tumbuhan yang mengganggu pertumbuhan tanaman. Ramai petani tidak mengetahui tanda-tanda serangan nematod pada peringkat awal. Serangan nematod boleh di kurangkan risiko dengan pemilihan bahan tanaman yang sesuai, mengelakan mengambil tanah atau benih dari kawasan yang telah diserang dan juga melaksanakan kawalan secara bersepadu. Artikel ini berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis racun nematod yang ada di Malaysia berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis.

Di Malaysia terdapat 4 jenis racun nematod yang di luluskan oleh LPRMP iaitu:
a. dazomet
b. fenamiphos
c. carbofuran
d. cadusafos


dacomet
Racun nematod yang mempunyai bahan aktif dazomet bertindak dengan penguraian kepada methyl isotiosanat dengan cara tindakaan yang tidak diketahui. Racun ini berkesan digunakan untuk mengawal nematod. Dipasaran racun jenis ini dijual dengan nama dagangan BASAMID GRANULAR.


fenamiphos
Racun yang mengandungi bahan aktif fenamiphos ini adalah dari kumpulan organophosphate yang bertindak dengan cara sistemik dan juga sentuhan. Cara tindakannya melalui penghalang 'cholintrase' yang bertindakbalas. Racun ini digunakan untuk kawal nematod dipelbagai peringkt. Antara nama dagangan racun ini dipasaran seperti LANCER 10G, NEMACIDE 10G dan NEMACUR 10% GR. Jenis racun ini popular digunakan petani seperti penanam jambu batu di sekitar Muar Johor.

carbofuran
Jenis racun nematod ini mengandungi bahan aktif carbofuran yang bertindak dengan penghalang 'cholinesterase' pada cacing nematod. Racun ini adalah jenis sistemik dan berbentuk buriran atau lain-lain bentuk . Antara nama-nama dagangan racun jenis ini adalah seperti CARFURAN 3G, CHA FURAN, FURADAN 3G, POFER 3G, SERBACO G33, SYSTEMIS 3G.

cadusafos
Jenis racun ini mengandungi bahan aktif kumpulan organophosphate yan juga bertindak sebagai penghalang 'cholinetrase' pada mangsa.Bentuk dipasaran adalah dalam bentuk butiran (granule). Racun ini jenis memusnahkan secara sistemik dan nama dagangan adalah APACHE 10G.


Cara mengguna racun nematod perlu mengikuti kaedah yang betul. Baca label pada kotak racun nematod yang dibeli dan patuhi arahan iaitu penggunaan mengikut kadar dan masa yang tepat. Patuhi arahan Post Harvest Interval (PHI) dengan betul kerana kesan sisa baki racun sistemik adalah agak lambat. Gambar bawah menunjukkan tanaman Jambu Batu Giant (Psidium guava) yang ditanam di Tg Minyak Melaka yang saya baru lawati. Mereka menggunakan racun nematod untuk pastikan tiada serangan.


By
M Anem
Ptjaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA