Friday, July 30, 2010

BURUNG PIPIT - MAKAN PADI


Burung Pipit (Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami dipelbagai kawasan lapang. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit yang saya tahu mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi kawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yangg habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra) iaitu (Foto disebelah). Saya memang gemar menangkap dan belajar mengenai burung pipit semanjak zaman kanak-kanak lagi.

Dalam pembacaan saya mengenai burung pipit boleh dikatakan bahawa terdapat sebanyak 15 jenis burung pipit yang popular di Malaysia dan kebanyakkannya dinamakan mengikut rupabentuk fizikal, habitat, tempat populasi banyak ditemui dan warna bulu. Berikut adalah 15 jenis burung pipit iaitu Pipit Raya, Pipit Kepala Hitam, Pipit Kepala Putih, Pipit Rumah, Pipit Batu, Pipit Kuning, Pipit Dada Kuning, Pipit Jawa, Pipit Padi, Pipit Pinang, Pipit Rawa, Pipit Rimba, Pipit Tanah, Pipit Tuli dan Pipit Uban (Foto di kiri).

Burung pipit kebanyakkannya terbang berkumpulan dan mendiami kawasan tanaman padi yang hampir masak. Kumpulan burung ini terbang beramai-ramai dan sering mengeluarkan bunyi yang kuat dan bersahutan. Burung ini mempunyai kepak yang kuat untuk terbang dengan sepasang kaki yang ada kaki untuk hinggap pada ranting atau daun. Burung pipit membiak dengan bertelur dalam sarang yang diperbuat daripada ranting dan daun rumput kering.


"Orang-orang" dipasang ditengah sawah dan digoyang untuk halau burung pipit.


Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang atau kawasan terpencil menjadi satu ancaman kepada pesawah. Jika tidak dikawal serangan burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 60-70% jika tiada kawalan langsung. Biasanya petani akan membuat "ORANG-ORANG" ditengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik dari satu punca. Orang-orang ini akan bergerak-gerak seperti manusia sambil petani menjerit-jerit menghalau burung tersebut. Tali tersebut juga di gantung dengan tin-tin susu (2-3 tin) yang digantung dan akan mengeluarkan bunyi yang mengejutkan burung pipit lalu terbang. Pengalaman saya ketika menanam padi di Solok Komong Muar dan Sawah Ring dulu mendapati penat juga nak goyang tali kerana burung pipit yang lapar tetap terbang dan datang balik makan padi hingga kenyang!

Kawalan serangan burung pipit juga dapat dikawal dengan memasang jaring atau pukat dikawasan strategik. Burung yang terkejut akan terbang dan terlanggar jaring lalu melekat. Saya ada mendengar dari En Zul mengenai rakan beliau iaitu seorang profesional yang menangkap burung pipit secara komersil menggunakan pukat atau jaring pipit. Rakan beliau ini mendapatkan leses dari PERHILITAN untuk menangkap burng pipit. Katanya kaedah yang digunakan mampu tangkat sehingga 300 - 400 ekor burung yang dijual dengan harga RM 0.50 - RM 1.00 seekor di kedai jual burung.

Saya ada kaedah tersendiri menangkap burung pipit. Saya gunakan getah pelekat yang diperbuat dari "damar batu" (Foto di kiri )yang dihancurkan kemudian dipanaskan dan dicampur dengan susu getah untuk jadi getah pelekat. Cara lain buat getah pelekat ialah dengan campurkan minyak hitam terpakai dengan susu getah. Getah ini di padang dilokasi burung pipit sering hinggap dan kita bersiul memengil burung pipit datang. Apabila kaki burung hinggap pada ranting yang dibalut getah, kita datang dan kutip burung pipit tersebut. Buangkan getah pelekat dengan minyak dan kapas. Masukkan dalam sangkar yang diperbuat dari pelepah rumbia. Saya jual pada rakan2 dengan harga RM 0.30 seekor untuk pipit padi dan RM 0.50 untuk pipit uban pada awal tahun 1970'an.

Artikel burung pipit memberikan saya ingatan zaman dulu ketika menjaga sawah padi kerana masa itu pengeluaran bahan makanan ialah padi dan tanaman kontan dimana tanaman getah dan kelapa sawit belum sepopular seperti masa kini. Saya makan beras baru selalu yang sangat berzat (Proses padi jadi beras dengan lesung kayu : foto sebelah), makan ikan air tawar dari sungai depan rumah (Tiada makanan komersial), makan sayuran kampong (Daun ubi, paku pakis, batang keladi, meranti - tanpa baja kimia dan tiada guna racun) dan masak dengan kayu api. Mana nak cari anak kita sekarang?....Hai Burung Pipit...

BURUNG PIPIT....SAIZNYA KECIL LAGI....
TERBANG BERKUMPULAN...DISAWAH PADI....
KENANGAN SILAM....MENGINSAFI DIRI...
APA NAK BUAT....BUAT ARTIKEL LAGI....

By
M Anem

Orang Johor

TUPAI


Tupai (Callosciurus cenisep atau C. nigrovittatus, atau C. notatus) merupakan sejenis binatang dari keluarga Sciuridae iaitu sejenis Rodentsia yang terdapat dinegara kita dan sering dikenali sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan. Tupai merupakan sejenis binatang Mamalia yang berdarah panas dan memakan kebanyakannya dari jenis tumbuh-tumbuhan dihabitatnya. Tupai merupakan sejenis binatang yang makan bahagian Buah, Daun, Kulit Pokok malahan bahagian akar tumbuhan. Antara pokok buah-buahan yang menjadi kegemaran ialah buah Durian (Durio zibethinus Murr) , Kelapa, Rambutan , Mangga, Betik, Manggis, Nangka , Duku, Langsat dan banyak lagi. Ada peribahasa "Kelapa di Tebuk Tupai"...maknanya... Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengenalan haiwan tupai yang terdapat dikampong dan ianya dikategorikan sebagai perosak kerana makan buah-buahan tempatan seperti Durian, Nangka, Cempedak dan sebagainya.

Di Malaysia terdapat lebih 12 jenis tupai yang dikenalpasti popular dan lazim ditemui dimana kebanyakkannya adalah jenis Tupai Terbang iaitu yang habitatnya diatas pokok (walau pun banyak lagi yang belum popular atau belum di kenalpasti dalam hutan dan sekitar kebun). Antara jenis-jenis tupai yang ada ialah seperti Tupai Tanah dan antara Jenis Tupai Terbang yang ada ialah Tupai Terbang Bintang, Tupai Kinabalu, Tupai Kerawak putih-Kuning, Tupai Terbang Berjambang, Tupai Terbang Dada Putih, Tupai Terbang Comot, Tupai Terbang Merah, Tupai Terbang Pipi Kelabu, Tupai Terbang Thomas, Tupai terbang Ekor Terbang dan Tupai Terbang Kecil. Namanya memang comel-comel....

Bahagian buah yang menjadi kegemaran tupai adalah buah yang hampir masak dimana tupai akan membuang kulit dengan menebuk dan memakan isinya. Akibatnya buah akan berlubang kemudian rosak dan seterusnya busuk akibat serangan kulat serta tidak sesuai untuk dimakan segar atau dijual. Tanda-tanda serangan Tupai adalah apabila didapati kulit dan biji bertaburan diatas tanah dan apabila diperiksa buah telah berlubang. Yang paling menjengkelkan kita adalah apabila buah yang ditebuk belum habis dimakan, tupai akan tebuk buah lain yang lebih manis dan masak mengikut kesukaannya.

Tupai adalalah mamalia yang bersosial dimana mempunyai masyarakat dimana Tupai Jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu musuh.
Kelebihan tupai yang saya perhatikan ialah kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau dari bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang dia hinggap. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu memgigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok.


Kawalan tupai agak rumit juga iaitu dengan menyediakan perangkap khas iaitu dengan memasang Perangkap Kotak berpintu 'spring' yang diberikan umpan dan tupai akan masuk kedalam perangkap tersebut. Kutip tupai yang masuk dalam perangkap dan musnahkan. Bentuk perangkap lain adalah dengan memasang perangkap seperti peranggkap tikus yang diikat pada dahan laluan utama tupai. Apabila tupai lalu untuk memakan umpan maka ianya akan tersepit dan boleh mati. Kaedah yang paling popular dikalangan pemilik dusun ialah dengan menembak tupai pada musim tertentu. Tupai akan ditembak menggunakan peluru penabur dan ianya paling berkesan untuk memusnahkan tupai. Kaedah lain ialah dengan memberikan umpan yang telah dibubuh racun (sesuai jika bukan musim buah) dan apabila tupai makan akan mati perlahan-lahan.

Kaedah memusnahkan sarang tupai di pokok atau diatas tanah juga dapat mengurangkan populasi tupai. Kaedah memusnahkan sarang tupai ialah dengan membakar atau membuangnya. Tupai tidak boleh di halau dengan mendengar salakan anjing seperti binatang monyet dan babi hutan. Bagi tupai tanah yang saiznya agak lebih besar akan sukar dikawal jika sekitar dudun kita semak samun yang tebal dimana ianya sesuai untuk tupai bersembunyi.  
Ada juga penggemar binatang liar memelihara tupai sebagai binatang peliharaan dalam sangkar atau Sarang. Biasanya makanan seperti buah-buahan tempatan diberikan sebagai makanan serta air minuman. Daripada pembacaan saya mendapati kebanyakkan tupai terbang di Malaysia adalah dilindungi oleh Akta Hidupan Liar maknanya tidak boleh di tangkap atau di bunuh sewenang-wenangnya. Hukuman dan denda dibawah akta ini juga agak berat.

Tupai merupakan perosak tanaman yang boleh mendatangkan kerugian kepada petani sehingga 70-80 % banyaknya. Petani yang menanam durian merupakan mereka yang paling terjejas setiap musim jika tidak dibuat kawalan sempurna. Tupai dengan giginya yang tajam akan mengigit kulit dan makan isi buah durian sehingga habis atau dimakan sebahagian sahaja. Kesan gigitan tupai menyebabkan kita tidak dapat jual durian kerana hanya kualiti buah durian yang baik sahaja akan menjadu buruan peminat durian. Tanda serangan tupai apabila kita lihat buah durian sudah ditebuk sebelum gugur dan terdapat sisa-sisa gigitan. Demikianlah pengetahuan saya mengenai tupai yang saya ingin 'share' dengan para pembaca...maklumlah dulu masa kecil memang duduk kampung kat Muar, Johor memang suka lastik tupai sebagai satu acara kebanggaan kami untuk mengetahui siapa sebenarnya HERO..JUARA LASTIK...


BUAH YANG SEDAP...DITEBUK TUPAI...
KALAU DITEMBAK...KEPALA BERSEPAI...
KALAU DIPERANGKAP...TINGGI TAK CAPAI...
APA NAK BUAT....REZEKI TERGADAI...

By
M Anem,

Senior Agronomist,
Tangkak Agriculture Station,
Jalan Bekoh, Ledang,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 10 Ogos 2013)

Saturday, July 24, 2010

MENGKUDU (Noni)

Pokok Mengkudu (Morinda citrifolia) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rubiaceae yang pernah menjadi satu lagenda kepada penduduk dunia kerana kemampuannya untuk menjadi makanan kesihatan yang menakjubkan. Pokok mengkudu juga dikenali dengan nama Great morinda, Indian mulberry, Dunaakai (Tamil Nadu, India) , Dog dumpling (Barbados), Mengkudu (Malaysia), Beach mulberry, Cheese fruit or Noni (Hawaiian). Tetapi kini telah tersebar dikawasan tropika seluruh dunia.

Saya terlibat dengan projek penanaman mengkudu dan juga menanam mengkudu dekat rumah ketika bertugas di Mersing dan Segamat pada tahun 1990’an. Setelah beberapa tahun berlalu… apa dah jadi dengan industri penanaman pokok mengkudu sekarang… Dulu satu ketika, orang ramai berebut-rebut nak cari benih mengkudu dan menanam mengkudu kerana dikatakan harga mahal dan keajaiban khasiat Mengkudu! Mereka menebang getah tua di Segamat dan menanam mengkudu dan mendapatkan bantuan teknologi mengkudu dari Jabatan Pertanian.

Habitat asal pokok mengkudu adalah dikawasan hutan yang ada teduhan atau kawasan tepi kebun. Pokok mengkudu boleh tumbuh dengan kadar 0.75-1.5 meter setahun dan mula perlahan setelah pokok matang. Pokok menkudu boleh tumbuh dikawasan bermasaalah dan akan berbuah sepanjang tahun. Kaedah pembiakan mengkudu juga mudah melalui keratan batang, biji benih dan keratan akar. Kaedah menyemai biji benih paling mudah dan lazim dijalankan kerana mudah untuk dapatkan biji benih dari buah yang masak. Kutip buah mengkudu yang besar dari pokok yang banyak hasil dengan daun yang lebar. Keluarkan biji dan rendam dalam air bersih. Maklumat yang saya baca mendapati terdapat kira-kira 40,000 biji setiap kilogram biji mengkudu dengan kadar percambahan sehingga 90% kejayaan.

Semai benih mengkudu dalam polibeg dan setelah ada 4-5 helai daun atau 1-2 bulan biarkan terdedah kepada cahaya matahari perlahan2. Benih berumur 24-36 minggu sesuai ditanam diladang dengan jarak tanaman 18 kaki x 24 kak atau mengikut kesesuaian jika di kawasan dusun atau dibawah tanaman kelapa. Buat lubang penanam dan masukkan baja asas serta baja MOP untuk peringkat awal. Pokok mengkudu akan matang dalam masa 18 bulan selepas ditanam. Sebanyak 4-8 kg buah mengkudu sepokok sebulan boleh dituai sepanjang tahun. Daripada pemerhatian saya pokok mengkudu mampu tumbuh sehingga ketinggian 9 meter jika tidak dibuat cantasan. Jika pokok dibiarkan tinggi buah yang tua dan ranum akan gugur dan pecah dan sukar untuk menuai.


Pokok mengkudu berbunga sepanjang tahun dan buah yang masak akan mengeluarkan bau yang kuat jika jatuh. Bentuk buah adalah oval dan berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning keputihan apabila matang dengan saiz antara 4-8 cm panjang. Buah mengkudu banyak mengandungi biji, Walau pun baunya kuat tetapi jarang-jarang manusia makan segar buah mengkudu… ianya perlu diproses untuk dijadikan makanan kesihatan. Ada setengah petani menggoreng biji mengkudu untuk dijadikan makanan tetapi di Malaysia jarang dibuat. Terdapat sejenis semut yang suka tinggal dan buat sarang pada daun mengkudu dan ini mengurangkan serangan serangga perosak.

Buah mengkudu mempunyai banyak khasiat. Kajian saintis mendapati setiap 100 g buah mengkudu serbuk mengandungi 71% karbohidrat dan 36% Serabut (fiber), 5.2% protein dan 1.2% lemak. Kajian juga mendapati terdapat pelbagai unsur mikronutrient seperti 9.8 mg vitamin C (1200 mg), 0.048 mg niacin (vitamin B3), 0.02 mg zat besi (iron) dan 32.0 mg potassium. Vitamin A, Kalsium dan Sodium. Dalam jus mengkudu juga mengandungi vitamin C sebanyak 33.6 mg per 100 g jus. Kandungan lain seperti phytochemicals termasuk lignans, oligo- dan polysaccharides, flavonoids, iridoids, fatty acids, scopoletin, catechin, beta-sitosterol, damnacanthal dan alkaloids.

Buah mengkudu didakwa mampu mengelak dan menyembuhkan kanser dan menyihatkan tubuh manusia. Terdapat pelbagai produk jus mengkudu dipasaran dalam pelbagai bentuk. Paling popular adalah dalam bentuk jus atau cecair yang dulu dijual dengan harga RM 80 – RM 100 untuk 250-300 liter/sebotol. Walau pun sungguh mahal tetapu masa itu semua ‘Crazy’ tentang jus mengkudu. Banyak jus yang diimpot dari USA dan Hawai selain dari banyak syarikat tempatan yang mengeluarkan produk mengkudu untuk kesihatan. Saya pernah beli dan guna tetapi kini sudah tak beli lagi…

Daun hijau , bahagian akar dan rizom mengkudu juga didakwa mampu mengawal masaalah sengugut wanita dan membersihkan saluran kencing. Batang pokok mengkudu mengeluarkan pewarna yang boleh digunakan untuk mencanting baju batik iaitu warna kekuningan yang cantik. Kajian mengenai biji mengkudu yang dibuat mendapati ianya mengandungi asid Linolik yang sangat baik untuk kulit manusia. Telah hampir 14 tahun dulu tanaman mengkudu menjadi ‘kegilaan’ petani di seluroh Malaysia dan dunia… kini masih ramai petani yang masih mempunyai pokok tersebut di kawasan kebun dan ramai telah tebang juga.

Teknologi tanaman mengkudu masih sesuai dan usahawan memproses buah mengkudu masih ada dan aktif lagi. Mungkin pada masa akan datang satu kaedah yang sesuai untuk usaha penanaman mengkudu dari mula pengedaran benih, menanam, penjagaan, penuaian, penggreddan, penjualan, kawalan harga, pemprosesan dan pengedaran produk perlu dikukuhkan.

ADA TANAMAN…. DINAMAKAN MENGKUDU….
DIPANGGIL BUAH NONI… DITANAM BERIBU-RIBU…
DULU ‘HAVOC’…. KINI DAH MACAM BEKU….
HARAP DIMAJUKAN….DIJADIKAN PRODUK BARU….


By,
M Anem
P11 Putrajaya
(Julai 2010)

BAWANG PUTIH (Garlic)



Bawang Putih (Allium sativum) atau Garlic (English) merupakan sejenis tumbuhan dari Keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu Bawang Besar, Bawang Kecil, Leek, Chive dan Rakkyo. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Penulis telah berpeluang belajar mengenai tanaman bawang putih ketika berkursus di Korea Selatan pada tahun 1990 dan tahun 1996 iaitu semasa menjalani kursus pendek Semaul Undong di Semaul Undong Training Center (SUTC) dan Kursus Pengurusan Esekutif di Central Officer Training Institute (COTI), Seoul. Saya melihat bagaimana bawang putih ditanam secara komersil dan juga sebagai tanaman disekeliling rumah. Menghairankan kerana saya lihat terdapat ramai para petani tua yang menanam bawang putih akan makan bawang putih yang masih segar dikebun..wow baunya memeng kuat!.


Saya dengan peserta India dan Indonesia di kebun bawang putih En Park di Chosun, Korea.


Tumbuhan Bawang Putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan umbisi (bulb) yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bulb, bawang putih dibentuk dari pelbagai biji buah yang menjadi satu rumpun umbisi. Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Barat dan dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pebiakbakaan genetik (Plant breeding) sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara tadisi seperti di China dan India kerana didakwa memberikan nilai kesihatan dan perubatan. 

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia, ini kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah Negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea Selatan (2%), Rusia (1.6%) dan USA (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik yang kebanyaknnya di impot dari China. Harga runcit bawang putih di Malaysia antara RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan ianya berubah-ubah.

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat cina dan menjadi satu kemestian. Banyak produk perubatan bawang putih dijual di kedai farmasi dan oleh syarikat jualan multilevel (MLM). Antaranya seperti Garlic Capsule, Garlic Health Pawder, Garlic Juice, Mixed Garlic with Fruits dan sebagainya. Harga produk makanan kesihatan bawang putih juga agak tinggi.


Semasa di Korea saya perhatikan cara menanam bawang putih juga agak mudah. Ianya ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas , musim luruh dan juga musim sejuk. Benih tanaman dari bulb yang telah dipilih dan dimasukkan 2-3 inci didalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit tanaman bawang putih kecuali serangan cacing nematod dan penyakit akar putih (White root disease). Serangga lain ialah Kutu Thrip dan hamana. Kawalan menggunakan white oil. Tanaman bawang gputih memerlukan baja organik yang tinggi dan jarang-jarang digunakan racun kimia di Korea.Boleh kata tanaman bawang putih macam tanaman organik juga.

Mengikut En Park Hee Joon petani di Chosun yang saya temui, terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di Korea iaitu Jenis Bawang Putih Keras Tangkai dan Jenis Bawang Putih Lembut Tangkai. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim yang sejuk sementara jenis yang lembut tangkai sesuai pada musim cuaca agak panas dan kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa. Bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan ini memberikan rasa yang sedap pada masakan. Beliau menanam bawang atas batas berukuran 4 kaki lebar dan panjang ikut teres dekat rumah. Benih tanaman bawang putih ini didapati dari sumber simpanan sendiri sejak turun temurun. Sebahagian besar hasil dijual borong kepada peraih yang ada secara 'Contract Farming'. Tanah pasir gembur dengan baja organik diamalkan dan boleh katakan beliau tidak menggunakan sebarang racun kimia dan hasilnya dijual sebagai bawang putih organik.


Penuaian dijalankan apabila bawang putih telah cukup umur atau telah matang dimana daun bawang telah mulai kering. Cara menuai oleh En Park amat mudah iaitu dia mencabut rumpun bawang putih menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar akan dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur (Foto sebelah) . Bawang putih akan dibuat kerja menggred dengan cara mengukat iaitu 10 kg satu ikat ikut saiz kecil, sederhana dan besar. Anggaran hasil bawang putih yang di capai oleh En Park di antara 6 – 8 metrik tan satu hektar. Pemerhatian saya mendapati tanaman bawang putih sangat mudah kerana tidak banyak masaalah serangan penyakit dan perosak. Penanaman cara organik di kebun yang saya lawati ini juga menunjukkan satu indek kualiti.

Penyimpanan bawang putih seperti saya katakan sangat kritikal untuk pastikan bawang dalam keadaan rehat (dormant) beberapa lama dengan pada suhu panas (lebih 18°C atau 64°F) dalam kawasan yang agak kering. Pada masa biasa (musim panas), bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani di Korea secara tradisional. Bawang putih juga tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk untuk menentukan kualiti. Bawang putih yang dikupas kulit ada yang menyimpan dalam cuka atau wine. Makan bawang putih yang segar yang dicabut terus dari batas tanaman didapati sangat 'juicy' dan memberikan kesan kesihatan yang baik kerana kandungan anti-oksidan yang banyak. Ramai petani di Korea Selatan makan bawang putih mentah dan  memang kelihatan sihat walau pun umur mencecah lebih 70 tahun.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sebelum masihi di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, Kabohiderat (33 gm), Gula 1 gm), serat (2.1 gm), Lemak (0.5 gm), Protin (6.39 gm), Beta Karotin ( 5 microgram), Thiamine (Vitamin B1 – 0.2 microgram), Riboflavin (Vitamin B2 – 0.11 micrograms), Niacin (Vit B2 – 0.7 mucrogram), Asid Panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), Folate 3 microgram), Vitamin C (31.2 mg), Kalsium (181 mg), Besi (1.7 mg), maagnesium (25 mg), Posforan (153 mg), kalium (401 mg), Sodium (17 mg) dan Zink (1.16 mg). kandungan zat lain ialah seperti manganese (1.672 mg) dan Salenium (14 micrograms).kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.


Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Saya dapati menjadi budaya di Korea dimana orang-orang berumur makan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk-batuk. Inilah maklumat yang saya dapat kumpul dari pembacaan dan pengalaman semasa di Korea dulu..Wallahualam....

BAWANG PUTIH....TUMBUHAN BERGUNA...
MALAYSIA IMPOT....DARI NEGARA CINA....
PERGI KOREA....PENGALAMAN DI TERIMA....
DAH BACA ARTIKEL...DIBERI PERCUMA....


Artikel berkaitan bawang:
1. Bawang Merah (Klik disini)
2. Bawang Besar (Klik disini)
3. Daun Bawang (Klik disini)
4. Benih Sayuran (Klik disini)

By
M Anem
Presint 11,Putrajaya
(2 kali ke Korea pada 1990 - 1996)
Updated 28 Ogos 2012

Friday, July 23, 2010

Belalang Kunyit


Belalang Kunyit (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan serangga ini adalah merupakan serangga perosak. Belalang kunyit berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dengan titik-titik hitam pada bahagian badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Ia mempunyai 3 pasang kaki dimana setiap kaki mempunyai kuku (claws) untuk mencengkam pada dahan atau daun. Sepasang kaki bersaiz besar dibahagian belakang dan ia berfungsi untuk melompat seterusnya kepak belalang tersebut akan digunakan untuk terbang. Sepasang kepaknya terletak dibahagian belakang belalang membolehkan ia terbang kemana-mana dengan mudah. Mata belalang kunyit adalah bersaiz besar dan jenis mata kompound. Belalang kunyit juga bersaiz sehingga 8-15 cm panjang bergantung kepada umur dan lokaliti. Kajian daripada beberapa buku menunjukkan bahawa jangkamasa umur belalang kunyit diantara 6.5 - 8.5 bulan dimana ia sering salin kulit. Belalang kunyit jantan lazimnya salin kulit sebanyak 6 kali sementara belalang betina salin kulit sebanyak 7 kali (Lebih besar). Belalang ini aktif pada suku diantara 27 - 30 darjah selsius dan kurang aktif pada suhu sejuk atau malam hari. Artikel kali ini saya menulis mengenai belalang kunyit dalam "Anim Agro Technology' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengenali belalang kunyit.


Belalang ini merupakan belalang jenis perosak yang makan pucuk muda pada tanaman seperti pucuk ubikayu, pucuk pisang, tanaman ornamental dan dikalangan estet ia juga menyerang tanaman getah serta kelapa sawit. Kitaran hidup belalang kunyit adalah tidak lengkap dimana ia bertelur didalam tanah dan menjalani beberpa peringkat salin kulit terus menjadi belalang dewasa. Maknanya belalang kunyit amat berbeza dengan serangga lain yang tidak melalui peringkat Larva (Nimfa). Penulis suka tangkap belalang kunyit ketika kecil dulu menggunakan teknik khas yang dicipta oleh kami untuk menangkap belalang kunyit menggunakan jerat sabut kelapa. Benang sabut kelapa dibuat jerat yang diikat pada kayu lurus atau kayu buluh yang panjang kira-kira 1 meter. Sewaktu pagi sebelum cuaca panas, belalang kunyit tidak begitu aktif dan kami akan pergi kepokok ubikayu (Pokok yang paling mudah nak carri lokasi belalang kunyit) atau anak pokok getah muda atau pokok pisang. Buka jerat dan letakkan dihadapan belalang kunyit yang pasif, biasanya belalang kunyit akan bergerak dan cuba melompat maka jerat akan terkena!


Hasil tangkapan belalang kunyit akan di kumpulkan dan masukkan dalam plastik kemudian plastik akan diikat sehingga belalang mati. Belalang kunyit kemudian di goreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam (Ligat foto sebelah) . Ada yang suka makan bila diggoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protin dan rasanya memang sedap.... itu kira-kira 40 tahun dulu di kampong saya di Muar, Johor!. Kini hidangan belalang kunyit telah dijadikan resepi unik dibeberapa negara seperti di Indonesia, Irian Jaya dan beberapa negara di Afrika sebagai satu hidangan istimewa. Populasi belalang kunyit ini sangat aktif pada cuaca panas kering. Belalang ini mampu membiak dengan cepat jika cuaca panas dan ada bahan makanan yang sesuai. Jumlah belalang kunyit yang terlalu banyak dibeberapa negara mampu merosakan 'vegetation' dengan teruk. 


Tidak banyak maklumat kajian tentang species belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain.


Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau dimana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan seranggan boleh dibuat dengan cara manual (Tangkap dan goreng seperti saya buat dulu) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (Dulu guna Malathion atau Decis). Kajian mengenai belalang ini oleh para saintis tempatan perlu dibuat untuk mempastikan belalang ini tidak mengancam tanaman sehingga menjadi ancaman seperti yang berlaku di Australia dan Benua Afrika (Musnahkan beribu-ribu ekar tanaman dalam masa singkat). Maklumat mengenai kajian saintifik belalang kunyit juga tidak banyak. Oleh itu sesiapa yang ada maklumat saintifik belalang kunyit kita boleh share.. Inilah artikel belalang kunyit . Wasallam!.


BELALANG KUNYIT ...WARNANYA CANTIK....
BERCORAK-CORAK...MACAM BAJU BATIK....
DULU SAYA MAKAN...KINI JADI CERDIK...
BUKAN APA....NAK BERITAHU KAT ADIK-ADIK...

Related articles:
1. Belut (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Itik Muscovy (Klik disini)
4. Tupai (klik disini)


By
M Anem
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang / Muar,
Johor
Malaysia
(Kemaskini artikel pada 3 March 2013)

Thursday, July 22, 2010

Teknologi Tanaman Nenas



Nanas (Ananas comosus) sejenis tanaman tropika dari keluarga Bromelioaceae yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nama lain nenas adalah Nanas, Nenas, Pineapple (English), pina (Spanish), ananas (Argentina), anaasa (Telugu India) dan sebagainya. Sejarah Nenas telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis dimana ini selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nenas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor. Penulis terlibat dengan projek tanaman nenas ketika bertugas di Muar dengan membangunkan dan memberi khidmat nasehat teknikal lebih 300 hektar ladang nenas di Mukim Air Hitam dan Mukim Sg Balang. Artikel ini ditulis untuk share maklumat mengenai tanaman nenas dengan pembaca. Industri nenas di Malaysia kini di terajui oleh Lembaga Perusahaan nenas malaysia (LPNM). Jabatan Pertanian mungkin masih relevant dalam pembangunan tanaman nenas terutama penanaman kawasan baru dan Tanah Terbiar di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Pada tahun 2008 FAO menyenaraikan pengeluaran nenas dalam negara di Malaysia menduduki Ranking ke 8 mengikut nilai USD 69,620 dan ke 10 mengikut pengeluaran selepas Minyak sawit (1) dan getah (2). Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas akan ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 416,070 metrik tan. Negeri Johor merupakan nageri paling luas dengan tanaman nenas terutama di daerah Pontian (3,686 ha), Daerah Kluang (2,950 ha) dan Daerah Muar (1,266 ha) secara komersial dan pekebun kecil.


Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna kuning keemasan. Buah Nanas Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada pesaing dan berpotensi untuk dipertingkatkan mutunya.Pada masa ini 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk pasaran eksport dan lebihan 5% adalah untuk pasaran domestik manakala nanas segar menyumbangkan 3% untuk pasaran eksport dan 70% untuk pasaran domestik Singapura merupakan pasaran eksport tradisi bagi nenas segar dan diikuti oleh Asia Barat. Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Brunei dan Hong Kong.

Penanaman Nenas di tanah Gambut perlukan saliran berupa peparitan perlu dibina dahulu bagi menurunkan paras air yang sememangnya keadaan tanah gambut di Malaysia selalunya menakung air. Parit utama beukuran 1.5m x 1.2 m x 1.2 m perlu di gali begitu juga dengan parit kedua (1.2 mx 0.9m x 0.9m) dan parit sokongan (0.9 mx 0.9mx 0.6 m). Saliran yang berlebihan pula akan mempercepatkan proses kesusutan mengakibatkan tanah kekeringan berterusan. Pertumbuhan pokok akan terganggu.

Menebang dan Pembersihan Kawasan perlu dilakukan dalam musim panas, 3-4 bulan kemudian kayu akan kering. Pembinaan Jalan & Lorong dibuat dengan kerja mengumpul kayu-kayu besar dipotong 5m panjang, disusun melintang di atas jalan-jalan cadangan sebagai pelapik penyokong. Batu-batu laterit dimampatkan setebal 10-20cm melapisi atasnya. Kemudian sediakan lorong-lorong dibina daripada lapisan laterit setebal 10-20 cm dan selebar 3-4m.

Pokok nenas boleh ditanam daripada bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah. Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri seperti pokok sihat dan subur, berbuah besar (Foto sebelah), bertangkai pendek dan tegap serta berjambul tunggal. Kecekapan dalam pemilihan benih akan meningkatkan hasil sehingga 10-15%. Pengambilan Benih dengan mengutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik. Benih dikelaskan mengikut saiz Kecil (30 cm), Sedang (45 cm) dan Besar (60 cm).

Apabila perlu disimpan benih sebelum ditanam maka langkah-lanhkah penyimpanan perlu dituruti bagi mengelakkan kerosakan dan musnah pada benih tanaman. Saya dapati kaedah ini kurang difahami oleh petani yang baru mengushakab nenas. Benih-benih perlu disusun selapis dengan kedudukan bahagian pangkal diterbalikkan ke atas. Pastikan benih disimpan di tempat yang bernaung dan yang penting pastikan penyimpanan benih tidak melebihi 1 bulan. Kalau benih banyak mati maka kos akan meningkat untuk beli benih dan kerja sulaman.

Sebaiknya buat Rawatan Benih untuk pembasmian serangga atau kulat dimana benih dicelupkan ke dalam larutan racun serangga atau kulat. Racun serangga digunakan ialah 24ml Malathion dicampur dengan 18l(4gelen) air bersih dan racun Kulat jenis Benlate 75C.

Kepadatan tanaman nenas sangat bergantung kepada objektif perlaksanaan projek, jenis baka dan sistem penanaman. Pada umumnya, kepadatan tanaman tunggal bagi setiap baka ialah 43,500 pokok/ha atau 17,424 pokok/ek dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30cm(3'x2'x1'). Bagi sistem Tanaman kepadatan tinggi, > pokok/ha (20,000pokok/ek) memenuhi keperluan peningkatan hasil.

Kayu pancang berentangkan tali atau dawai digunakan sebgai penanda barisan. Tali atau dawai itu berbubuh tanda bagi pengukuran jarak tanaman sepanjang barisan. Kayu tugal ditugalkan untuk membina lubang tanaman sepanjang rentangan tali. Kedalaman lubang 10-15cm(4-6 inci) adalah disesuaikan dengan saiz benih 30-60cm (1'-2')panjang. Tanam sulur bersaiz sama di petak yang sama. Satu sulur untukl satu lubang, tanah disekelilingnya dipijak agar sulur berdiri tegak. Laksanakan kerja menanam nenas penanaman pada musim lembab.

Kaedah Pengawalan rumpai dikawasan nenas dilaksanakan secara manual iaitu dengan tangan, mencabut, memotong, menajak dan sungkupan atau dengan kawalan kimia dengan menyembur racun herba yang berbagai jenama memerlukan pemilihan yang sesuai dengan langkah kawalan yang diambil. Gunakan racun Paraquat 50-100ml/18 liter air untuk memusnahkan rumput rencam atau Racun Glyphosate 80-100ml liter air untuk lalang. Jika perlu diulang lagi 4-6 minggu kemudian.

Bagi pengawalan Rumpai Sebelum Tanam perlu gunakan racun rumpai pracambah dan disemburkan merata di permukaan tanah. Antara racun disyorkan ialah KROVAR 1 (120 gm/18 liter air / 2kali semburan) atau GESAPAX (120 gm/ 18 liter air) atau jenama lain2 seperti COMBI 80, DIRAN, DIURON, KARMEX dan KIMEX.

Bagi tanaman nenas pembajaan adalah sangat penting dimana satu formulasi am baja, jadual dan kadar pembajaan untuk tanaman nanas di atas tanah gambut telah ditentukan. Terdapat du ajenis formulasi pembajaan iaitu Formulasi Pembajaan Semburan dan Formulasi Pembajaan Tabur. Bagi formulasi baja semburan larutan BS-1 dan larutan BS-2 digunakan (Larutan mengandungi Kapor Terhidrat, Zink Sulfat, Kuprum Sulfat dan Fe Sulfat) serta Urea. Larutan ini disembur pada tanaman nenas.

Bagi Formulasi Pembajaan Tabur digunakan Baja campuran nanas (BCN) berunsur NPK dalam nisbah 30 : 1 : 32 adalah sesuai untuk tanaman nanas berbagai kultivar di atas gambut. Keperluan BCN oleh pokok setiap kali pembajaan ialah 14g/pokok. Sepusingan hayat, tanaman nanas BCN diperlukan sebanyak 42g/pokok. Formulasi tersebut ialah Ammonium Sulfat(SA) – 72 kg , Christmas Island Rock Phosphate(CIRP) – 1 kg dan Muriate of Potash(MOP) 27 kg.

Pokk nenas perlukan proses ARUHAN PEMBUNGAAN (Menghormon) walau pun Pokok nanas dalam keadaan biasa mengalami pembungaan sendiri pada 12-18 bulan selepas ditanam. Beberapa faktor alam sekitar seperti suhu, jangka masa siang hari dan banyaknya sinaran matahari mampu merangsang pengaruhan bunga semula jadi. Kadar pertumbuhan tampang yang cepat kesan rangsangan pembajaan nitrogen yang berlebihan, pengairan atau hujan akan menghalang pembungaan. Nanas merupakan tanaman yang peka terhadap bahan-bahan kimia pengawalatur pertumbuhan.

Penggunaan Hormon Pembungaan dengan Pil NAA sebanyak 1 biji/pokok yang dimasukkan tepat ke dalam pucuk nanas sering dibuat oleh petani dan merupakan kaedah yang paling mudah. Kaedah lain ialah dengan menggunakan
Cecair NAA (Planofix) iaitu sebanyak 4.5ml Planofix / 18 l air dan sembur 50 ml larutan atau dituangkan ke tengah-tengah setiap pokok. Kaedah ketiga ialah dengan menggunakan Ethephon (Etherel) sebanyak 30 ml ETHEREL campur 180 g Urea dan 18 l air dimana sebanyak 40-50 ml larutan setiap pokok. Sembur atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk atau semburkan seluruh pokok. Cara keempat ialah dengan gunakan Asetilena (Kalsium Karbaid) iaitu sebanyak 200g Kalsium Karbaid + 18 l air yang diguna sebanyak 50 ml larutan sepokok dan disemburkan atau dituangkan ke tengah-tengah pucuk pokok.

Perlu diketahui bahawa Masa Aruhan palig disyorkan ialah pada Waktu malam leh itu petani lazim menjalankan mengikut kesesuaian iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Ciri Kesesuaian Pokok untuk aruhan mestilah Pokok yang sihat dan subur, Mempunyai 35-40 daun segar yang berfungsi dan 1 bulan selepas pembajaan. Kejayaan aruhan pembangunan dinilai melalui peratus pembangunan yang terjadi selepas 45 - 60 hari aruhan diberikan. Pengiraan peratus pembangunan dilakukan apabila pucuk pokok nanas telah mengeluarkan permulaan bunga berwarna merah.

Terdapat kaedah untuk memanipulasi saiz buah dengan penggunaan 2-(3chlorophenoxy) propionic acid atau ringkasnya CPA (3-CP) ialah sejenis kimia hormon untuk mengaruh pertumbuhan buah khusus untuk kv.gandul. Contoh hormon ini dalam pasaran ialah FRUITONE CPA. Tujuan Penggunaan hormon ini adalah untuk Meningkatkan saiz buah, Membantutkan tumbesaran jambul lantas menggiatkan tumbesaran buah, Mengeraskan kulit buah bagi mengelakkan kecederaan semasa punggah dan angkut ke kilang dan Memampatkan isi nanas untuk ketahanan daripada kecederaan. Kadar Penggunaannya ialah sebanyak 1 ml CPA (3-CP) + 1 liter air
2. 50 ml larutan setiap biji dengan menyemburkan keseluruhan bahagian buah sewaktu bunga-bunga telah habis layu.

Pada umumnya buah nanas akan mula boleh dituai apabila buah-buah tersebut masak dengan memperlihatkan ciri-ciri kemasakan terutama warna kulitnya. Pastikan memetik mengikut Indeks kematangan iaitu satu petunjuk yang merujuk kepada perubahan warna kulit yang turut sama merubah ciri dalaman isi buah dan paras kandungan gula asid. Bagi Indeks Kematangan (Nanas Gandul) terdapat 3 ciri iaitu Warna kelopak mata (baktea) bertukar daripada kemerah-merahan kepada putih layu atau Warna bebuah (fruitlet) berubah daripada kemerah-merahan kepada perang kehitaman atau Diantara 146-152 hari selepas tarikh aruhan pembungaan. Penuaian yang lewat akan menjejaskan mutu buah. Apabila 25% bebuah berwarna kuning isi buah telah mulai fermen dan tidak lagi sesuai untuk kalengan.

Bagi Indeks Kematangan Pelbagai Kultivar Nanas Segar, Nenas Sarawak/N36 apabila Buah Muda mempunyai Warna Kulit Hijau Tua dan isi putih; Buah masak kulit bahagian pangkal kuning dan isi buah yang kuning pucat. Indeks kematangan boleh dirujuk kepada risalah MPIB atau FAMA. Teknologi tanaman nenas diperbaiki setiap masa untuk mempastikan industri ini berterusan di Malaysia.


TANAH GAMBUT ..DITANAM NENAS....
POKOK NENAS ...PERLU CUACA PANAS...
NENAS MORRIS...BERDURI DAN BERTUNAS...
NEGERI JOHOR... PENGELUAR YANG GANAS...

Related articles :
1. Nenas Organik (Klik disini)
2. Pasaran Nenas dunia (Klik disini)
3. Nenas MD 2 (Klik disini)
4. Nenas Moris di Kedah (Klik disini)
5. Gambir (Klik disini)


By
M Anem
Johor
Malaysia

TEKNOLOGI PENGGORENGAN VAKUM

Teknologi Penggorengan Vakum (Vacuum Fry Technology -VFT) merupakan satu teknologi yang masih baru di Malaysia. Teknologi ini mula di bangunkan semenjak 1970'an untuk penghasilan produk snek seperti kerepek kentang (Potato chips). Saya telah berpeluang melawat dan belajar teknologi ini di SPAT, Surabaya, Indonesia (Foto dibawah) dan Kursus di MARDI serta melawat kilang VFT di C&C Mushroom ,Gerisek Muar, Johor yang menjalankan aktiviti Penggorengan Vakum. Artikel ini ditulis bagi berkongsi pengalaman penulis dengan pembaca yang ingin mengetahui teknologi Penggorengan Vakum.

Teknologi Peggorengan Vakum menggunakan Teknik Penggorengan makanan dimana bahan mentah direndam dalam minyak yang dipanaskan dibawah tekanan rendah dalam sistem tertutup. Ini akan menyebabkan penurunan takat suhu didih dalam minyak masak dan air dalam bahan mentah. Tujuan teknologi ini diamalkan adalah untuk mengeluarkan antara 75-90% air yang terkandung dalam bahan mentah bagi menghasilkan produk yang stabil. Kaedah ini akan mengekalkan "RASA' dan "JUICINESS" bahan mentah yang digoreng. Saya amat kagum pertama kali merasa produk Vakum Fry di SPAT Indonesia iaitu Nangka dan nenas yang mengekalkan kemanisan dan rasa asal produk tersebut.

Prinsip Pengorengan Vakum ialah dengan mengeluarkan (menyahkan) air dalam bahan mentah apabila suhu minyak mencapai takat didih air dan minyak akan diserap kedalam bahan mentah tersebut. Keadaan suhu yang rendah ini akan menyebabkan nilai pemakanan, warna dan rasa dapat dikekalkan berbanding dengan penggorengan biasa yang suhu dan tekanan tidak dikawal. Kaedah ini memerlukan ilmu yang cukup dan alatan yang cekap bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan ekspot. Tahap teknologi yang ada dari Teknologi Mudah (SPAT , Indonesia), Teknologi Sederhana & Tinggi (MARDI) dan Teknologi Tinggi (C&C Mushroom, Muar) bergantung kepada saiz modal yang ada pada pengusaha.
Sistem Pengorengan Vakum Fry di SPAT, Surabaya, Indonesia.
Antara produk Pengorengan Vakum Fry yang saya temui ialah Nenas, nangka, Betik, mangga, Epal, Pisang, kentang, Durian (Mun Thong) dari kategori buah-buahan sementara kategori sayuran seperti Kacang panjang, Cili, Cendawan Tiram Kelabu, Bendi, Timun dan sebagainya. Teknologi ini juga sesuai untuk produk laut seperti ikan, sotong dan udang. Diantara produk yang paling saya suka ialah Nenas dan Nangka serta cendawan Tiram Kelabu. Lawatan saya ke Kilang C&C Mushroom di Gaung Kepar, Sawah Ring, Muar, Johor dengan pemiliknya iaitu En Chew yang memproses gorengan vakum Cendawan Tiram Kelabu dan Durian Mun Thong (Bekalan durian dari Siam) mendapati potensi pasaran amat tinggi. Peralatan Pengorengan Vakum Fry Kilang ini bernilai lebih dari RM 1.5 juta yang teknologinya diimpot dari Taiwan. Pasaran kilang ini seluruh Hypermarket di Malaysia serta ekspot ke Jepun dan Asia Barat.

Komponen utama sistem Pengorengan Vakum ialan Compressor, Dandang (Boiler), Vacuum Frying Vessel, Cooking Oil Filter, Vacuum Pump, Water Pump dan Cooling tower serta Heater. Teknologi SPAT di Indonesia merupakan satu sistem termurah yang telah dibangunkan dengan kos lingkungan RM 40,000 - RM 50,000 satu unit yang mampu memproses sebanyak maksima 25 kg bahan mentah sekali goreng. Semasa latihan amali di SPAT kami diajar dari mula mengupas buah nenas sehingaa selesai menggoreng. Walau pun teknologi ini agak mudah tetapi banyak pemahaman perlu dikaji untuk dapatkan produk vakum fry yang terbaik.

Proses penggorengan vakum dimulakan dengan pembersihan bahan mentah (Contoh nenas, mangga atau nangka) dengan mengupas kulit dan potong dengan ketebalan 1-1.5 cm (Ikut bentuk buah). Sebaiknya bagi bagi bahan seperti mangga perlu di stimkan dulu bertujuan untuk menyahkan enzim. Kemudian rendam dalam larutan sirap dan sejukbekukan dalam suhu -20 darjah selsius untuk 30 - 45 minit. Setelah itu keluarkan dari peti sejuk dan toskan mangga tadi. Masukkan bahan mentah tadi kedalam tray gorengan vakum fry bersuhu antara 90 - 100 darjah selsius selama 30-60 minit (Pastikan bahan tenggelam dalam minyak). Periksa tekanan dalam vakum fry pada 750-760 mmHg. Keluarkan setelah siap digoreng dan masukkan kedalam alat penyahminyak (Spinner) selama 10 -15 minit. Apabila dah sejuk boleh dimakan terus atau di bungkuskan serta dilabelkan.

Harga produk Vakum Fry adalah tinggi kerana proses yang hendak dijalankan adalah agak sukar dan cerewet. Saya telah beberapa kali menjalankan percubaan menggoreng cara vakum fry di Sawah Ring, Muar (Ada 1 mesin dibeli dari SPAT Surabaya) tetapi produk akhir tidak seperti di kehendakki. Antara ciri-ciri produk yang kami buat ialah produk yang 'keras' dan rasa asal tidak seperti yang dikehendakki. Kajian awal mendapati mungkin faktur suhu dalam dandang (Sukar nak kekalkan suhu stabil pada 90-100 Celcius) dan kualiti minyak sawit yang digunakan. Oleh itu sistem penyejukkan dan minyak kelapa digunakan bagi meningkatkan kualiti produk.

Teknologi Penggorengan Vakum perlu di kembangkan lagi secara agresif seperti di Thailand dan Vietnam yang mampu mengeluarkan banyak produk Vakum Fry. harga jualan produk antara RM 5.00 - RM 10.00 satu bungkus (Cendawan seberat 100 -150 gram). Ruang pasaran adalah luas untuk produk vakum fry seperti di Asia Barat, Jepun, Eropah dan sebagainya bagi produk buah-buahan tropika, cendawan dan sayuran terpilih. Semuga teknologi ini akan menjadi satu amalan dan industri yang kukuh pada masa akan datang.

TEKNOLOGI BARU....PENGORENGAN VAKUM...
PELBAGAI BUAH ...BOLEH DI PROSES...
HARGA JUALAN....TINGGI MELANTUN...
PRODUK KURANG... RAMAI YANG PROTES..
CARI TEKNOLOGI....KURSUS DI INDON ...
PRODUK DI KELUARKAN...BARULAH SUKSES...

By
M Anem
Suka makan produk Vakum Fry
Surabaya

Wednesday, July 21, 2010

Proses Jeruk Kedondong



Bagaimana kita nak Buat Jeruk Buah Kedondong?

Buah Kedondong (Spondalis dulcis) merupakan sejenis buah tempatan yang berbuah sepanjang tahun dengan pengurusan yang baik. Terdapat seluas lebih 150 hektar tanaman kedondong di Malaysia yang ditanam secara komersil atau secara suka-suka keliling rumah. Rasa buah kedondong adalah sangat masam dan selain daripada di makan segar ianya sesuai untuk di buat jeruk (Pickle). Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang memberikan khidmat nasehat mengenai proses membuat jeruk di Segamat beberapa tahun lalu.

Buah kedondong yang sederhana tua diambil dari pokok pilih buah yang seragam saiznya, tidak terlalu tua dan bentuk yang dikehendakki. Sebanyak 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain seperti mangga muda, cermai, betik, keluing dan apa2 buah yang ingin dijerukkan) dan perlu dibersihkan dari kekotoran dengan air bersih. Bagi kedondong disyorkan buang kulit hijau atau kupas dahulu dan toskan untuk dapatkan warna dan keseragaman. Sebaiknya buah kedondong tidak di belah dua tetapi jika saiznya agak besar disyorkan untuk dibelah dua.

Buah kedondong yang bersih dimasukkan kedalam bekas (plastik atau lain2 bekas) dan kemudian masukkan kira-kira 1/2 cawan garam kasar yang dilarutkan dalam 2 liter air (Tidak larut sangat pun tak apa asalkan jumlahnya mencukupi). Garam ini akan larut perlahan-lahan mengikut masa nanti. Kemudian masukkan sebanyak satu (1) cawan gula pasir kedalam bekas yang mengandungi buah kedondong tadi. Bagi mempastikan jeruk kita sedap masukkan 1/2 keping gula kabung ( boleh juga ganti dengan 2 sudu besar gula melaka atau gula merah).

Masukkan juga sebanyak 4 biji cili padi (Capsicum frutscens) bagi memberikan rasa pedas kepada jeruk kedondong kita. Ada pengusaha yang tidak mahu bubuh cili padi (Jadi ianya adalah optional). Rasa pedas, manis dan masin akan memberikan lagi rasa ummph kepada jeruk kita kelak. Masukkan juga sebanyak 2 liter air untuk air gula kemudiannya dan sebanyak 1 sudu kecil garam halus atau secukup rasa.

Simpan selama 2-3 hari dalam bekas untuk dapatkan rasa jeruk kedondong yang sebenar. Jeruk kedndong boleh dimakan sendiri atau jika buat banyak boleh dijual. Saya tinjau potensi harga jualan jeruk kedondong antara RM 0.30 – RM 0.50 sebiji bergantung kepada saiz. Golongan kanak-kanak , remaja dan ibu-ibu mengidam adalah antara mereka yang minat makan jeruk kedondong. Selamat menanam pokok kedondong dan buat jeruk kedondong sendiri !

Ringkasan Cara-cara buat Jeruk Kedondong.
1. Kupas, basuh dan tuskan buah kedondong -
2.rendam dalam air garam semalaman.
3. Bilas buah kedondong dan tuskan.
4. Masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus.
5. Kemudian sekali masukkan cili padi (Jika mahu).
6. Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah ke 2 supaya bila kita dah siap toskan buah maka air gula dah cukup sejuk
7. Simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.


TANAM KEDONDONG....DIBUAT JERUK...
PROSESNYA MUDAH... KERJA TAK TERUK...
MAKAN SENDIRI ... DIJUAL PUN BOLEH...
MAKAN JERUK... KAWAN TAK TOLEH...


Related articles:
1. Buat Jem Rambutan (Klik disini)
2. Bengkel Teknologi Nenas (Klik disini)
3. Proses Buah Naga (Klik disini)
4. Wheel Barrow (Klik disini)


By
M Anem
Dulu Suka Jeruk
Segamat, Johor,

Malaysia
Julai 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA