Support My Blog

Saturday, September 4, 2010

RACUN RUMPAI


Racun Rumpai (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Penulis kali ini berkongsi artikel yang mengandungi maklumat berkaitan dengan racun rumpai dalam 'Anim Agro Technology' kepada semua pembaca blog ini berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman dalam bidang pertanian selama hampir 30 tahun. Selama 2 tahun, artikel ini sentiasa mendapat kunjungan paling hebat dikalangan pembaca. Setiap minggi sekitar 150 - 200 pembaca akan membaca artikel ini.

Jenis-jenis Racun
(1) Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk elakkan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama.

(2) Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam penyemburan dijalankan.

(3) Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh.

Related articles:1. Rumput Israel (KLIK DISINI)
2. Rumput Kapalterbang (KLIK DISINI)
3. Rumput Kerbau (KLIK DISINI)
4. Sendayan (KLIK DISINI)
5. Senduduk (KLIK DISINI)
6. Menerong (KLIK DISINI)
7. Weeds in Paddy Field (KLIK DISINI)



Semua racun rumpai mempunpai Bahan Aktif (active ingredient) yang akan dicampur dengan air sebelum disembur pada rumpai. Bahan aktif inilah yang akan bertindakbalas dengan sel-sel tumbuhan samaada melalui proses fotosintesis, reverse osmosis, burning, tindakbalas Auxin IAA dan sebagainya. Bahan aktif ini diperolehi dari pelbagai sumber terutamanya dari aktiviti petrokimia. Lain-lain bahan aktif seperti cytikinin, Giberrallin dan sebagainya yang diperbuat secara sintetik atau daripada sumber semulajadi. Sila rujuk kepada artikel berkaitan pengalah hormon tumbuhan (Klik disini). 

Pembacaan dan kajian saya mendapati di Malaysia terdapat sebanyak 88 jenis racun dengan bahan aktif berlainan untuk racun rumpai yang didaftarkan dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP). Lembaga ini mengawal akta pendaftaran, pengedaran, perlesenan, pengiklanan, penguatkuasaan dan sebagainya. Antara bahan aktif untuk racun rumpai seperti Paraquat (Diharamkan) , 2,4-D , diuron, glyphosate, glufosinate,atrazine, propanil, MSMA, metribuzin, metachlor dan campuran beberapa bahan aktif.


A) Racun Rumpai kumpulan 2,4-D
Racun jenis ada 6 jenis a.i. ini bertindak dengan mengatur tumbesaran auxin IAA yang juga merupakan jenis racun sistemik. Jenis racun ini mengandungi bahan a.i. (active ingredient) seperti 2,4-D butyl ester adalah kumpulan phenoxycarboxylic asid. Contoh jenama dagangan seperti RUMPUTOX, BORNEOTOX, MEGATOX SPECIAL, SOLARTOX, PADITOX, PRISMA 45WSP.
Satu lagi racun pracambah yang mengandungi 2,4-D dimethylamine seperti jenama AMINE 60, AGROMINE, ALPHA AMINE, D AMINE 720, DENSER 700, ANCOM AMINE 48 dan banyak lagi.

Related articles:
1. Racun Kulat (Klik disini)
2. Racun Tikus (Klik disini)
3. Racun Nematod (Klik disini)



B) Racun Rumpai Kumpulan Alachlor
Racun ini juga jeis racun pracambah yang popular digunakan petani di Malaysia sebagai racun pracambah. Ia bertindak dengan cara sistemik melalui sel pucuk yang dihalang pertumbuhannya. Nama dagangan ialah LASSO.


C) Racun Rumpai Kumpulan Atrazine
Bahan aktif ialah atrazine yang juga racun pro-cambah jenis sistemik. Kaedah tindakan dengan menghalang proses fotosintesis. Nama dagangan dipasaran seperti ANTRACON 500, FEZPRIM 500FW, GESAPRIM 500FW, METAPRIM 50FW dan ZETRAZINE 500FW.


D) Racun Rumpai kumpulan Diuron
Racun yang mengandungi bahan aktif diuron popular dan banyak dipasaran. Racun ini merupakan racin sistemik yang menghalang fotosintesis. Antara nama dagangan racun ini seperti ANCOM DIURON 60, ANCOM DIURON F-42, CH DIURON 80, HERBIRON, HEXTAR DIURON 80 WP, MASTRA DIURON 80, NUFARM DIURON 500 SC dan banyak lagi.

Related Articles :-1. Lalang (KLIK DISINI)
2. Semalu (KLIK DISINI)
3. Paku Pakis (KLIK DISINI)


E. Racun Rumpai Kumpulan glufosinate ammonium
Jenis ini merupakan racun yang paling popular dikalangann petani. Ianya mengandungi bahan aktif glufosinate ammonium yang merupakan racun sentuh bertindak dengan menghalang sintesis glutamine. Terdapat banyak jenama dagangan racun jenis ini seperti AVANSTA 06, AVANSTA 15, BASTA 06, BASTA 15, BASTA 5.66, CHAMBER 15, FINALE, SINGA, TEPAT dan banyak lagi.


F. Racun Rumpai Kumpulan Glyphosate
Racun rumpai jenis ini juga antara jenis racun rumpai yang sangat popular di Malaysia. Bahan aktif seperti (a) Glyphosate dimethylamine dan (b) Glyphosate isoprophylamine (banyak produk). Racun jenis ini adalah sistemik dengan bertindak menghalang biosintesis protin apabila disembur pada rumpai. Jenama dagangan jenis (a) seperti D-M-A 160, INDEX, MONSTER , MOSTER, LOTUS 250, MASTERMIND, Q-WEAPON 52, SPIRIT 162, WEEDACT X-53, ZYNERGY 160 dan beberapa lagi.

Racun jenis (b) pula banyak dipasaran dengan jenama seperti ACOMAC, AGLOW 13.6, AGR GLYWEED 13.6, AMEX, AKIRA, ALLROUND, ABSORB 41, AGR GLYWEED, AGR GLYWEED 41, AGR UP 41, AKIRA, ALLOUT 13.6, ASBLU, ASSET NRG, ASSET GOLD, ATTAIN, BALASS, BINA GLYPHOSATE 41, BIONASA 600, BL GLYPHOSATE, BM GLYPHOSATE (270/ 41%/ 480), BRIGHT UP, BRIGHTLY 270, BRIGHTSPARK, CHALLANGE, CHALLANGER, CIRCLE, CLOSE-IT, CMC PHOSATE 136, CUT-OFF, CRUNCH 410, CONCEDE 136, GLYPHOSATE 41, DRY-UP, ECOMAX, OPTION 360, E-KILL 33, ERASE 360, GENANG, GET-IT, EE OPTION 360, GLYSATE 480 dan banyak lagi jenama dagangan. Kumpulan ini mempunyai hampir 300 jenama dagangan.

Related articles :
1. Racun tikus (Klik disini)
2. Racun Paraquat (Klik disini)


G) Racun Rumpai Kumpulan PASFA GLYPHOSATE 41
Racun rumpai jenis ini mengandungi bahan aktfi Pasfa glyphosate 41 dan antara jenis racun rumpau yang luas pasarannya dan banyak pengeluar. Tindakannya secara sistemik dan berkesan untuk mengawal rumpai. Terdapat hampir 100 jenama dagangan dan antaranya yang popular seperti PELADANG GLYPHOSATE 41, PELADANG-UP, PERFORMER, PLANTER 410, ROUND-UP, PUNCH, REWARD, SLASH 270, SONIC 27, SPEEDOUT, STAYOUT, SUPREMO, SURIA 41, SYABAS BETA, TOUCH-UP, THUNDER, TOMOHA, TOR FARM 40, TRIBROWN 27%, TRICROWN, VEGA, THYPOON, WAJA, WORRIOR, WEED-GO, WEEDO, WEEDKILLER, WEEDACT 480, WEEGO, WES-UP, WIPE OUT YUAN-YUAN 41 dan banyak lagi.


H. Racun Rumpai Kumpulan Propanil

Jenis racun yang ada a.i propanil merupakan racun sentuhan yang bertindak dengan menghalang proses fotosintesis. Kebanyakan racun ini digunakan dikawasan sawah padi. Antara jenama dagangan yang dijual dan digunakan di Malaysia adalah seperti ACM PROPANIL, BINGO 80WG, BONAZA 35, COBOL 350, MM PANIL 80WG, SEMAK 85, PADIMATE 80, SCEPTRE 80WG, SAMOFF, ZAPRONIL, ZEPRONEX 35, STAMWEED dan banyak lagi.


I. Racun rumpai kumpulan sodium chlorate
Racun jenis ini dikategorikan dalam kumpulan thiocarbamate yang mengandungi bahan aktif sodiujm chlorate yang bertindak dengan tidak selektif serta perangan atau pengering.Kesan semburan seperti rumpai akan terbakar. Antara jenama dagangan racun ini seperti AGR SODIUM, ANCOM SODIUM CHLORATE, BL SODIUM CHLORATE, IMAS-SODIUM CHLORATE, MAPA SODIUM CHLORATE, CH SODIUM CHLORATE dan lain2.


J. Racun rumpai jenis ai trichlopyr buyoxy ethyl ester
Racun rumpai yang mengandungi bahan aktif diatas merupakan racun jenis sistemik yang bertindak dengan menghalang tumbesaran auxin IAA yang akan membunuh rumpai. Terdapat beberapa nama dagangan sering didengar seperti AZIMOS, BLAZER 250, COSMOS, COWBOW, GARLOS 250, EMBARK 32.1, MASLON, KENLON, MELASMA, MENTOR 250, MM CLOPYR, TARLON, TRILEX, MORFECT, TRIDON, TRIDENT, TRILEX, WINTER, ZELCO dan banyak lagi.

Artikel diatas menunjukkan bahawa terdapat banyak jenis racun rumpai yang boleh digunakan oleh petani dalam aktiviti mengawal rumpai. Pengetahuan yang tepat dan betul perlu bagi petani melalui kaedah pembacaan dan bertanya kepada penjual racun. Pada masa ini boleh dikatakan 60-70% pengembangann racun dijalankan oleh penjual racun dan pemilik kedai pertanian. Pemilik kedai racun perlu mematuhi peraturan di bawah akta untuk mempastikan penggunaan pembelian racun rumpai adalah betu dengan khidmat nasehat sewajarnya. 

Penggunaan racun rumpai adalah satu daripada alternatif dalam aktiviti pengawalan rumpai dalam sektor pertanian. Kaedah lain seperti kawalan rumpai secara manual seperti menajak, menebas, membakar, menggunakan plastik silvershine, menggunakan tanaman penutup bumi (Centrosema pubecens), menggunakan struktur pelindung hujan (SPH) dan kaedah biologi boleh dijalankan. Semuga artikel ini memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada para pembaca. Wassalam.

RACUN RUMPAI...DISEMBUR SERENTAK...
JENIS RACUN SENTUH.... CEPAT BERTINDAK ...
RACUN SISTEMIK....LAMBAT MATI NAMPAK?...
BACA LABEL...FAHAMI ATURAN KELAK...
MENYIMPAN RACUN...AGAR TIDAK ROSAK...
BEKAS RACUN...MUSNAHKAN TIDAK?

Related Articles:1. Fotosintesis (Klik disini)
2. Industri Benih di Malaysia (Klik disini)
3. Kajian Penggunaan Racun di Malaysia (Klik disini)
4. Kawalan Perosak Bersepadu - IPM (Klik disini)
5. Knapsack Sprayer (Klik disini)


By
M Anem
Precint 11
Putrajaya
Malaysia

(Updated 2Oktober 2012)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...