Support My Blog

Monday, September 6, 2010

KACANG PARANG


KACANG PARANG (Canavalia gladiata) adalah tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu Leguminaceae) iaitu jenis kekacang (Legumes) yang juga di panggil sebagai 'sword beans'. Pokok kacang parang merupakan pokok kekacang yang tumbuh pada asalnya di kawasan Afrika dan Asia termasuk di Malaysia. Penanaman pokok kacang parang di Malaysia biasanya cuma secara hobi sahaja dan tidak diusahakan secara komersial. Satu lagi kacang yang menyerupai kacang parang ialah Kacang Lebar (Vicia faba) yang juga dipanggil sebagai ('broad beans', 'Fava Beans, Field Beans, Tic Beans ) yang ditanam secara komersial di banyak negara seperti China, Iran, Ethopia dan sebagainya. Di Indonesia ianya dipanggil 'Kacang paras-man, kara pedang, di Filipina (habos), di Thailand (Thua-phra) dan di Kemboja sebagai 'tiouehs'. Kebanyakannya biji kacang parang dan kacang lebar digunakan sebagai snek makanan ringan. Maklumat mengenai tumbuhan kacang parang amat kurang ditemui. Keluasan penanaman kacang parang di Malaysia juga tiada rekod tetapi penulis menganggarkan antara 15-18 hektar secara kiraan CHE. Kacang Parang di tanam sebagai tanaman hobi sahaja dikeliling rumah dan belum dikomersialkan. Penanaman menggunakan biji benih yang telah matang dan terus ditanam dilokasi yang terpilih. Biji dipiih dari buah yang matang dan pastikan ianya bebas penyakit dan cukup tua. Dua biji benih kacang dimasukkan dalam satu lubang. Penulis kali ini ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kacang parang dan kacang lebar. 


Kajian penulis dari buku SEA Vegetables: PROSEA menyatakan setiap 100 gram kacang parang mengandungi 88.6 g air, 2.7 g protin, 6.4 g kabohiderat, 0.2 g lemak, 1.5 g serat, 40 IU Vitamin A dan 100 kJ tenaga. Kacang Parang dilaporkan juga mengandungi zat canovalin, Urease, canavanine yang mengakibatkan tindakbalas berlendir dalam usus manusia jika dimakan terus dari buah kacang parang. Kegunaan untuk sayuran (Buah dan pucuk muda), makanan ternakan dan juga sebagai tumbuhan penutup bumi untuk kurangkan hakisan tanah. Kacang Parang mempunyai batang lembut berwarna hijau dan bersifat menjalar dengan ketinggian antara 0.5 - 1.5 meter. Daunnya berbentuk pinnate dan berwarna hijau dengan lebar kira-kira 10-20 cm. Bunganya berwarna putih kekuningan atau berwarna ungu keputinan ditengahnya (Lihat foto sebelah) sama seperti bunga kekacang lain (Kacang panjang, Kacang Buncis). Buah Kacang parang berbentuk seperti parang dengan mempunyai antara 5-8 biji didalamnya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan coklat kehitaman apabila matang. Bijinya berwarna hijau ketika muda dan coklat gelap apabila matang berukuran garispusat 2-4 cm.

Penanaman kacang parang lazimnya menggunakan bijibenih dari buah yang matang. Jarak tanaman disyorkan adalah 0.5 meter x 1.0 meter dangan ditanam diatas. Baja asas tahi ayam diberikan antara 0.5-1.0 kg sepokok dan sebaiknya ditanam diatas kawasan yang tidak mudah digenangi air. Pokok kekacang tidak tahan jika ditenggelami air. Pembajaan denngan NPK 15:15:15 sebanyak 15-20 gram sepokok dan apabila berumur 25-30 hari gunakan baja NPK 12:12:17:2 untuk pembungaan dan pengeluaran hasil. Antara musuh dan perosak tanaman kacang parang seperti pokok kekacang yang lain adalah seperti Kutu Daun (Aphis craccivora) yang menghisap cairan daun kekacang akibatkan daun kerinting dan dikawal dengan semburan racun profenos, malathion atau diazinon. Lalat Kekacang (Melanogromyza phseoli) pula menyerang peringkat anak benih dan disembur dengan racun diazinon, deltamethrin. Pengorek Lengai (Marucca testulalis) larnamya memakan bunga dan buah dikawal dengan racun serangga. Perosak Pengorek Kekacang (Eurchrysops cnejus) memakan buah muda dimana tandanya apabila ada lubang-lubang pada buah. Kawalan dengan semburan racun cypermethrin. Antara penyakit kacang parang seperti Penyakit Bintik Daun (Cercospora canescens) yang membentuk bintik bulat berwarna perang pada daun dikawal dengan racun maneb atau mancozeb. Penyakit Karat (Uromyces appendecis) menyerang daun yang akan jadi kuning dan kering boleh dikawal dengan racun jenis copper. Penyakit antraknos (Collectotricum lindenmunthiamum) akibatkan bintik2 berpusar pada buah dan daun dan dikawal dengan racun kulat seperti mancozeb, zibeb dan sebagainya. 

Kutip buah kacang parang yang matang iaitu apabila lenggai kacang telah kering dan berwarna coklat. Buah perlu dipetik sebelum ianya pecah dan biji kacang parang akan keluar atau jatuh ketanah. Kumpulkan lenggai kacang dan kemudiah keluarkan bibi kacang parang untuk dikeringkan. Biji Kacang Parang digunakan sebagai makanan ringan dengan digoreng dan dibubuh sedikit garam sebagai perasa. Biji ini akan dimasukkan kedalam bekas plastik untuk dijual sebagai makanan ringan atau 'snack food'. Kajian penulis mendapati satu paket yang mengandungi 100-150 gram dijual dengan harga RM 2.00 - RM 3.00 atau kira-kira RM 20-RM30 sekilogram. Kacang parang siap diproses sering dijual dikedai runcit, pasar malam dan juga pasaraya dalam bentuk sedia dipeketkan atau mengikut timbangan. Kacang ini sesuai dimakan pada setiap masa terutamanya sebagai makanan snek yang berkhasiat ketika waktu rehat. Ia juga sesuai dihidangkan pada waktu minum petang bersama kopi panas bersama tetamu atau ahli keluarga. Penanaman kacang parang belum dikomersilkan di Malaysia dan perlu ada perancangan jika ingin memajukan tanaman ini. Wasallam!.

KACANG PARANG... POKOK MANA...
LENGAI MATANG...AMBIL BIJINYA...
DIPROSES DULU...ADA CARANYA...
ENAK DIMAKAN... BERSAMA-SAMA...

By
M Anem 

Aenior Agronomist,
Room 305, Hotel Classic,
Muar, Johor,
Malaysia.
26 Ramadan 1431
(Kemaskini pada 8 Febuari 2015) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...